Tiada couple dalam islam

DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT

Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.

Dipetik daripada Kalam Ukhwah,
Syukbah Penerbitan dan Risalah Surau Perdana,
Kolej Matrikulasi Melaka

120 thoughts on “Tiada couple dalam islam

  1. assalamualaikum…
    sekadar bertanya…
    kenapa perasan sayang dan cinta tersebut tidak wujud setelah kita berjumpe dengan seseorang yang memang telah ditakdir kan tercipta untuk kita..??

  2. wa’alaikumussalam..

    maaf.. tak berapa faham soalan.. adakah soalan bermaksud, setelah kita berjumpa dengan orang yang ditakdirkan untuk kita, yakni jodoh kita, kita tidak rasa cinta dan kasih terhadapnya.. begitukah?.. harap boleh jelaskan soalan.. kalau ada siapa2 yang boleh berkongsi jawapan, silakan.. mohon diperjelaskan soalan dengan lebih baik.. takut salah faham..

    daripada pemahaman soalan sekarang.. mengapa tiada rasa cinta dan kasih terhadap orang yang telah ditakdirkan untuk kita.. satu soalan yang pelik.. macam mana boleh jadi macam tu?.. kalau kita berkahwin dengan dia.. yakni jodoh kita.. sudah tentu kita cinta dan kasihkan dia.. cinta itu boleh dibina.. asas cinta itu perlu betul.. aqidah islamiyyah.. bukan dari mata jatuh ke hati.. tapi dari hati mengalir ke anggota yang lain.. tautan hati itu kerana aqidahnya sama.. tanggungannya sama.. fikrahnya sama.. jadi bila ada masalah atau pertelingkahan.. cepat-cepat berbalik kepada itunjangnya.. yakni islam.. pasti akan selesai dan bermesra kembali.. insyaAllah..

    apa-apa pun.. bukanlah orang paling layak cakap mengenai hal ini.. harap yang lain boleh bantu.. insyaAllah..

    wAllahua’lam..

  3. Salam,

    Berikut ini sekadar pendapat mengenai persoalan Siti Aisyah:

    Kadangkala Allah jodohkan seorang perempuan yang baik dengan lelaki yang baik. Tetapi tidak timbul rasa cinta dan kasih padanya. Allah tidak mentakdirkan segala sesuatu itu sia-sia. Banyak cara melihat hikmah di sebalik persoalan ini.

    cara (i):

    Oleh kerana Allah sayangkan perempuan baik ini, Dia nak tingkatkan imannya, lalu Dia beri cobaan ini. Allah sayang kepada hambaNya. Kadangkala kalau kita dapat sesuatu itu dengan mudah, kebahagiaan memilikinya mungkin tidak lama. Kadang kita take for granted.

    Sungguh pun demikian, Allah tidak kejam, kerana Dialah yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengetahui

    ..kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan dan sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan [94:5-6]

    . Dua kali tu, Allah sebut. Ada juga yang mentafsirkan kesenangan yang diperoleh selepas kesulitan adalah lebih besar, dua kali ganda atau lebih, wallahua’lam.

    Allah bagi susah dulu supaya kita lebih appreciate. Yang pasti kesenangan atau kebahagiaan itu akan datang jika kita istiqomah bertawakkal dan berdoa dengan penuh harap padaNya…Allah janji tu! [Rujuk 2:38]. Kami berfirman:

    Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

    Ganjaran atas kesabaran ini Allah balas mungkin juga bukan dengan cara kita jatuh cinta dengan suami yang baik ini tetapi lebih besar lagi jika kita melayaninya dengan baik sungguhpun tidak ada rasa kasih. Berkat ini, mungkin Allah akan mengurniakan kita seorang mujahid atau mujahidah penyejuk mata yang boleh memberi kita bukan sahaja kebahagiaan yang sementara di dunia ini bahkan kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak…

    Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku [2:152]. [98]. Maksudnya: Aku limpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu.

    cara (ii):

    Mungkin perempuan itu memang baik dan tidak pernah menzalimi orang lain dan selalu berbuat baik kepada orang lain. Mungkin juga dia sangat3 baik sehingga menzalimi dirinya sendiri tetapi dia tidak sedar. Maka itulah kita doa:

    Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka[127].

    Walllahualam… Dah lewat kena tidor, esok kena bangun awal nak sediakan makanan dan lain2. Sama2 kita doakan each other. Dua cara aje yang dapat difikirkan malam ni (ooopss..pagi ni rather..). Yang baik itu dari Allah jika ada yg tersilap kata, itu adalah kelemahan diri penulis sendiri.

  4. qouting from “siti aishah”

    assalamualaikum…
    sekadar bertanya…
    kenapa perasan sayang dan cinta tersebut tidak wujud setelah kita berjumpe dengan seseorang yang memang telah ditakdir kan tercipta untuk kita..??

    pandangan sy..

    perasaan kasih dan sayang itu akan terpelihara bila kita menjaga semua pantang larang dan petua2 yang telah Allah gariskan.. (mengikut apa yang faham dari soalan..) bila kte belum berkahwin.. kita dilarang untuk berkasih sayang dan bermanja2 dgn yang bukan mahram.. mmg syaitan dan nafsu akan sibuk mengapi2kan supaya kasih sayang di antara pasangan yang tidak halal tu, berbunga2 dan mekar indah.. rasa sayang sgt2 kt pasangan kita tu.. rasa dunia mereka yang punya.. syaitan dan nafsu memainkan peranan mereka disini. sbb.. matlamat mereka, untuk memusnahkan hamba2 Allah.. bila ada perasaan macam ni.. mula la rasa nk keluar2 pegang2.. dll.. padahal.. Allah tak bagi buat time nih..

    ok.. bila kte dah kawen.. semua larangan itu.. dah jadi galakan.. bila buat, dpt pahala.. berkasih sayng dengan pasangan yang halal.. isteri sayang suami.. suami sayang isteri.. Allah galakkan perbuatan cintan cintun between suami isteri.. tp, bila kte dah jumpa jodoh kte tu, kenapa mcm.. xde pun perasaan org2 bercinta bila dah kawen? ya.. syaitan dan nafsu mainkan peranan juga di sini.. mereka terus berusaha untuk rosakkan hamba Allah.. kerja diorg time ni.. jarakkan suami isteri.. cuba hilangkan rasa2 sweet diantara suami isteri… dan.. suami isteri yang lemah imannya.. yg mudah terpedaya dgn nafsu dan syaitan.. akan terus dingin.. dingin sedinginnya.. padahal.. b4 kawen.. punyala berkobar2… na’uzubillah…

    semoga kasih sayang itu terus2 bercambah dan berbunga indah.. mohon jauhkan maksiat b4 kawen… amin2…

    sekadar pandangan.. harap beri teguran jika ada salah dimana2..

    wallahu’alam

  5. …dan kalau kita ditakdirkan pula berkahwin dgn orang yang sekufu tetapi belum pernah kita kenali dan telah melakukan segalanya mengikut syariat sebelum dan setelah berkahwin. Mungkin juga ini yang dimaksudkan oleh persoalan Siti Aisyah. Ada tak pasangan yang macam ni?

    Secara logikanya tidak ttp tidak mustahil. Dalam kes sebegini Allah mungkin nak beri ujian untuk mempertingkatkan iman kita. Jika kita redha dengan ketentuan ini dan terus menjalankan hidup menurut syariatnya dengan penuh tawakkal dan terus berdoa pasti Allah tak akan mengecewakan kita.

    Mungkin dia tak bagi kebahagiaan tu terus; sehingga 10 tahun kahwin pun mungkin tidak tersemai kasih sayang tu namun jika kita sabar dan yakin bahawa segala-galanya pasti ada hikmahnya, mungkin 20 kemudian Allah kurniakan kebahagiaan yang lebih bermakna melalui pengikat kasih – seorang atau 10 orang mujahid dan mujahidah yang mampu membawa bukan sahaja kebahagian di dunia malah kebahagiaan yang hakiki di dunia kita yang lebih kekal, iaitu kehidupan di akhirat.

    “… Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
    [Surah AlBaqarah: 38]

    Mungkin juga ini maslahatNya. Dia, Allah jualah yang Maha Mengetahui bahawa dengan perasaan “tanpa kasih namun redha” itu kita akan lebih komited atau lebih fokus dalam melahirkan mujahid dan mujahidah yang bakal menjadi pembela ummah ini. Otherwise kita mungkin leka dengan kebahagiaan kita yang hanya sementara itu… wallahualam. Allah jua yang Maha Bijaksana dan Maha Segala-galanya.

    Mungkin juga itu sebagai kafarah untuk kita “Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan (petunjuk). Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.”
    [Al-Furqan:29]

    Kita mungkin fikir kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai da’i dengan sebaiknya, aktif dalam segala gerakan/aktiviti jemaah. Tapi Dia jua yang tahu setakat mana keikhlasan kita dalam melaksanakan tugas2 tersebut. Kot mungkin ada sekali dua wujud perasaan ujub, riak atau yang sewaktu dengannya, ini mungkin kafarah kerana Allah sayang ke kita, dia nak bersihkan kita dari debu-debu yang mungkin melapisi hati kita dan secara tak sedar mula nak berkarat. Maka Allah cuci sikit-sikit debu-debu ni, bila dah keluar selapis baru nampak titik-titik hitam dan setelah bbrp tahun lamanya mencuci hati ini barulah dapat hilang titik2 hitam tu. Wallahualam…

    Dan mungkin juga Allah nak beri kesenangan/kebahagiaan yang berlipat kali ganda dari sedikit kebahagiaan yang mungkin dirasakan oleh insan biasa yang baru berumahtangga. Ini untuk da’i hebat. Takkan Dia nak bagi begitu saja. Maka Dia berilah cobaan ini dahulu, kerana “sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan dan sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan.
    [Al-Insyirah: 5-6].

    Huh! Dua kali tu, Allah sebut. Mungkin kebahagiaan yang nak diberiNya sekurang-kurangnya dua kali ganda dari kebahagian yang mungkin kita boleh kecapi pada masa ini tanpa melalui cobaan yang diberiNya ini. Wallahualam, Dia jua yang Maha Mengetahui. Kerana Allah Maha Segala-galanya; Dia tahu jika mungkin dengan cobaan itu kita lebih menghargai nikmat yang bakal diberikanNya itu otherwise kita mungkin take it for granted atau lebih buruk lagi mungkin kufur-ni’mat – nauzubillah min zalik. Wallahualam Dia jua yang Maha Segala-galanya.

    Kesimpulannya, kita serah kepada Allah. Jika itu ketentuannya kita harungi hidup ini dengan penuh redha. Yang pasti Dia tidak kejam.

    Sungguh orang-orang beriman itu sentiasa mengerjakan suruhan Allah dan RasulNya dengan penuh yakin dan tawakkal…dan tidaklah di antara mereka orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri dan tidak juga di kalangan mereka yang “.. suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak kerjakan kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. [Asy-Syuara’:226-27].

    Walllahua’lam. Sekadar pendapat…

  6. subhanAllah.. penerangan yang baik dan padat maknanya.. disertakan juga semangant motivasi.. jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang menyumbangkan pandangan.. moga istiqamah atas jalanNya dan dibalas syurga di akhirat kelak.. amin ya Rabbal alamin..

    sekadar menambah sedikit lagi pandangan.. dalam memelihara rumah tangga.. even though tak kahwin lagi.. tapi rasanya ini pengetahuan yang sepatutnya ada pada setiap muslim kerana suatu hari nanti akan membina baitul muslim.. kerana dalam ke arah tertegaknya islam, terdapat elemen baitul muslim.. maka perlulah kita mengetahui antara prinsip-prinsip baitul muslim.. dalam memelihara baitul muslim.. perlu menggunakan neraca Allah dalam setiap pertimbangan.. jadikan Rasulullah sebagai ikutan.. macam mana Rasulullah melayan isteri-isteri baginda.. Sabda Rasulullah saw bermaksud:

    “Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu.” – (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

    dan.. dalam memelihara rumah tangga.. ianya tanggungjawab dua belah pihak.. yang isteri harus memahami tanggungjawabnya.. yang suami tidak terkecuali.. dalam rumah tangga ada syari’atullah yang perlu dipatuhi dan ada sunnatullah yang juga perlu dipelajari, agar kebahagian dan keamanan rumah tangga berkekalan sehingga akhir hayat.. amin..

    boleh rujuk satu artikel menarik dari Ustaz Hasrizal bertajuk Cinta Antara Planet.

    wAllahua’lam.. sekadar pandangan.. penambahan sangat dialu-alukan.. dan jika terdapat yang salah, bantulah dalam menegur, jangan tinggalkan saudara seislam ini terkapai-kapai dalam lumpur tanpa menyedari diri ini bernafas dalam lumpur..

    wassalamu’alaikum..

  7. assalamualaikum…

    sy seorg pljr sekolah menengah..
    dulu sy penah bercinta tetapi hubungan itu telah putus dek kerana parents sy yg x suka..
    jd di sini sy ingin bertnya,jika kdg2 sy teringatkn dia adakah itu juga dipanggil zina hati?
    sedangkn sy sdh x ada ape2 hbgn dgnya..

  8. Afiq,

    Dgn kecetekan ilmu yang ada ini, pada saya “zina hati” juga bila teringat2 walau telah berpisah. Tapi ada caranya untuk melupakannya. (Mungkin Faisal boleh beri pendapatnya ttg hal ini krn dia banyak juga menulis perihal bab-bab “hati” ini). Antaranya:

    (i) Mengubat hati yang luka dengan “Obat Hati”
    (ii)Menggantikan kekasih lama itu dengan Cinta Yang Hakiki (Rabb dan Ilah Yang Satu). Cinta hakiki yang mampu memberi ketenangan yang hakiki sehingga tidak mungkin walau sesaat pun ada keinginan untuk menoleh balik mengingati yang lama.

    Rasanya Faisal pernah menulis perihal Obat Hati ni, jika tidak pun mungkin kita boleh minta Faisal buat satu post mengenai “obat hati” ni, salah satu ceramah popular satu masa dulu ialah dari Ustaz Ghazali Hasbullah yang kini dengarnya telah membuka satu tempat retreat di suburb Selangor tak silap nama tempatnya Darul Atiq lebih kurang cam gitulah…khas untuk mengobat hati dari pelbagai penyakit hati…dapat info ni dari seorang kaunselor di KUIM, wallahualam saya sendiri belum mengkajinya.

    Wallahualam, moga sama-sama kita memperoleh Cinta Hakiki sekaligus mendapat RedhaNya. Amin

  9. jazakumullahu khairan kathira kepada yang berkongsi pendapat.. semoga Allah tunjukkan kita semua jalan yang lurus yakni jalan Haq.. teruskan berada di atasnya.. amin..

    saya juga tidak mampu untuk memberikan kata putus untuk mengatakan apa jenis hukum sekali pun.. tidak cukup ilmu malah masih jauh sangat dari itu.. masih banyak sangat yang perlu dipelajari.. cuma mungkin sekadar kongsi pandangan dalam membantu saudara seagama.. insyaAllah..

    afiq.. dalam hal ini.. ada yang mengatakan zina hati itu adalah khayalan atau bayangan bersama dengan wanita tersebut.. yakni menggaulinya.. seperti mana yang terdapat dalam dinyatakan dalam page JAKIM mengenai isu ini.. tetapi.. dari pembacaan yang sedikit ini, ada juga yang mengatakan rindu itu juga suatu zina hati.. jadi.. saya sendiri tidak dapat membuat kata putus.. sememangnya sangat jauh dari martabat orang yang mampu melakukan sebegitu..

    cuma mungkin nak dikongsikan antara penyelesaian yang mampu kita buat selain dari memikirkan masalahnya.. jadi.. di sini.. seperti pandangan dari saudara/ saudari kita di atas.. hati ini perlu diubati.. dan mengubati hati ada banyak cara.. cuma.. pusing-pusing sekitar mana sekalipun.. tujuan semua itu adalah taqarrub ilallah.. mendekatkan diri kepada Allah.. dan hati rindu itu kerana hati tidak tenang.. dalam menenangkan hati, Allah berfirman dalam kitabNya..

    “… Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” – (Surah ar-Ra’d [13] : 28)

    dan mungkin juga kita boleh sibukkan diri kita dengan perkara lain.. kadang rindu ini hadir kerana kita yang terlalu memikirkannya.. kalau kita telah disibukkan dengan perkara kebaikan.. lalu tidak sebab untuk berfikir akan perkara lain.. pasti tidak timbul rindu itu.. kita harus sedar.. kita hanya hidup puratanay 60 tahun.. dan tiada jaminan untuk kita sampai 60 tahun itu.. boleh jadi selepas ini kita mati.. boleh jadi esok maut datang kepada kita.. boleh jadi minggu depan kita dipanggil Allah.. tiada siapa yang tahu akan ajalnya.. dan perlu kita ketahui 60 tahun itu bukanlah suatu masa yang lama.. bahkan ianya sangat sekejap!.. ketahuilah kehidupan kita satu garisan infiniti yang panjang.. dan 60 tahun itu hanyalah sekadar titik yang tidak lengkap bulatannya lantaran terlampau kecil perbandingan umur 60 tahun itu dengan hakikat umur kita yang sebenar.. kehidupan kita itu abadi.. tapi abadinya itu di akhirat.. ini hanya persinggahan.. bukanlah destinasi kita.. adakah dengan rindu kita mampu mendapat syurganya?.. adakah dengan perasaan sayang yang tiada ikatan sah itu mampu meraih rahmatNya?.. adakah dengan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat bersama dengan wanita itu mampu mendatangkan manfaat kepada kita?.. apa yang kita inginkan dari rasa kasih sayang bersama dengan wanita yang tidak halal bagi kita?.. masih terlalu banyak perkara.. yang mana.. jauh lebih besar.. jauh lebih penting.. jauh lebih utama.. untuk kita fikirkan..

    dan.. bukankah jodoh itu di tangan Allah.. kalau memang tidak mampu setelah berusaha dan berdoa sepenuh yakin.. disertai dengan tawakal yang penuh harapan.. maka redhalah dengan ketentuan.. siapa kita untuk mengatakan wanita itu milik kita?.. adakah kita Pencipta?.. adakah kita Yang Mentadbir semuanya?.. siapa kita untuk memberi keputusannya?..

    suka saya petik ungkapan kata-kata indah dari saudara seislam saya di sini (Adelaide).. mengenai cinta.. katanya..

    kalau aku berbicara dalam bahasa yang mudah, aku katakan. Cinta manusia itu urusan Dia. Cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita. Cinta dia hujungnya di mana? Cinta Dia hujungnya Syurga. Indahnya. Indahnya. Betul-betul jatuh cinta..

    (akhi Nizam, 2007)

    mungkin dapat disimpulkan di sini.. jagalah hati.. kerana hati itu ibarat cermin.. apa yang diletakkan padanya.. itula yang terpantul.. sekiranya maksiat sahaja yang diletakkan.. maka hasilnya juga adalah maksiat.. hati itu raja dalam badan.. apabila ia baik, maka baiklah seluruhnya.. tapi, jikalau ia buruk, maka buruklah seluruhnya.. dan.. kita perlulah meletakkan perkara yang lebih penting itu di atas.. Allah itu yang teratas dalam apa jua perkara.. firmanNya..

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” – (surah at-Taubah [9] : 24)

    dan.. jika masih dengan keputusan untuk bersama dengan wanita tersebut.. teruskan.. tak salah.. usaha.. doa.. tawakal.. yakin.. doa sepaya dilembutkan hati ibu bapa yang berkenaan.. agar menerima pilihan hati.. tapi sebelum itu.. diingatkan.. agar pilih dengan betul.. ikut neraca Allah.. biarlah cinta itu hadir dari hati dan jatuh ke anggota lainnya.. bukanlah cinta itu datang dari mata untuk disebarkan ke anggota lainnya.. kerana takut apabila apa yang enak pada mata itu hilang, maka hilanglah cinta dalam jiwa.. jika bercinta atas dasar yang benar, pasti bahagia.. dalam hadith nabi ada menyebut..

    “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” – (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    moga dapat meringakan sedikit beban persoalan di jiwa.. maaf kerana tidak dapat menjawab soalan dengan jawapan yang diinginkan.. sungguh, saya tidak mampu memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut.. moga dipermudahkan segala urusan..

    amin..

    wAllahu a’lam..

    sekiranya ada salah dari pandangan ini, harap ditegur.. jangan biarkan saudara seagama ini bergelumang dalam kekotoran yang tidak disedari.. bawalah saudaramu bersama ke syurga.. amin..

  10. Salam..

    Pengalaman moga jadi pengajaran…

    Dulu masa bercouple,ade terbace article ni, timbul kesedaran tp belum mampu nk tgglkan.Masa tu mmg jahil,iman pun lemah,kumpul dosa je, rasa sgt jauh dari Allah,hanya asyik dgn kehidupan dunia.

    Tp Alhamdulillah, Allah masih sygkan kami,Dia bagi kami hidayah utk berubah.Akhirnya kami ambil keputusan berpisah.Mmg pada mulanya pahit tp lama kelamaan semua itu dpt dihadapi dgn tabah.Itu semua mmg nikmat dariNya. Alhamdulillah..

    Skrg hati rasa lebih tenang,masih dlm usaha membaiki diri.Moga2 diri ini diampuni dr dosa2 yg dilakukan.

    Tuhan,ku zalimi diri ini..andai Kau tak ampuni & rahmati,alangkah ruginya diri ini..Tuhan,jgn Kau palingkan hati ini setelah Kau beri hidayah.Sesungguhnya Kau Maha Pengasih..

    Ya Allah, kurniakanlah kami cintaMu, kurniakanlah kami hati yg kuat dan selalu mengingatiMu..amin..

  11. wa’alaikumussalam..

    subhanAllah.. indahnya kisah hidayah Allah.. moga kita terus kuat dan sentiasa dalam petunjuk ar-Rahman ar-Rahim..

    amin..

    amin..

    amin ya Rabbal alamin..

    moga kita terus tetap istiqamah atas jalanNya..

    amin..

    jazakumullahu khairan kathira atas perkongsian pengalaman..

  12. Apa hkmnya bila kt mmpunyai prasaan dkt seseorg?tp kt x mluahkan prasaan itu?kt cma hrp org tu ditakdirkan utk kita.dlm masa yang sama org yang kt ska pun ska kat kt?
    Apa hkumnya mpunyai seorg shbt baik dgn llaki?

  13. maaf.. saya tidak dapat menyatakan hukumnya.. kerana sangat tidak layak untuk berbuat yang demikian.. cuma mungkin kalau saudara saudari seagama yang lain ada mendapatkan hukumnya dari mana-mana ‘ulama yang telah disertakan nas yang sohih, insyaAllah boleh dikongsikan.. walau bagaimanapun.. insyaAllah kita akan sama-sama cuba bincangkan persoalan ini.. dan diingatkan.. ini sekadar pendapat.. jika dirasakan ada yang salah, diharap untuk diperbetulkan.. dan adab dalam perbincangan ialah.. berlapang dada.. tidak semua yang kita suarakan itu betul, dan tidak semua yang kita tidak suarakan itu salah.. jadinya.. kalau ada salah, sila tegur dan betulkan.. insyaAllah..

    berbalik kepada permasalahan di atas.. pernah terdengar kisah cinta agung?.. kisah cinta Saidina Ali dengan Fatimah az-Zahra..

    menyingkap kisah Saidina Ali dan Fathimah az-zahra.. setelah bernikah, Fatimah berkata kepada Ali, “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah itu, ada seorang pemuda yang aku sangat cinta kepadanya.. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku.. Tapi semuanya itu aku simpan didalam hatiku…” Kata Ali, “Kalau begitu engkau menyesal berkahwin dengan ku?” Jawab Fatimah, “Tidak!! kerana pemuda itu adalah engkau.”

    daripada kisah ini.. saya berpandangan.. sebelum itu.. diingatkan sekali lagi.. ini hanya pandangan peribadi.. seorang pelajar.. seorang remaja.. bukan seorang ‘alim dalam hukum.. bukan juga seorang daripada fuqaha’.. jadi.. saya berpendapat.. daripada kisah cinta agung antara Fatimah dan Ali.. Fatimah telah lama mempunyai perasaan terhadap Ali.. dan dia menyimpan perasaan itu.. jadi.. bagi saya.. tidak mengapa mempunyai perasaan terhadap orang lain.. lagipun.. cinta itu fitrah manusia.. cuma.. dalam mempunyai perasaan itu, kita harus tidak terlalu mengikut perasaan sehingga keutamaan hidup kita jadi tunggang langgang.. niat dalam perbuatan-perbuatan kita terpesong.. dan macam-macam lagi.. Allah perlu tetap yang teratas.. jangan tanggungjawab lain terabai hanya kerana cinta..

    mungkin sekadar nasihat.. jangan terlalu mengharap.. tetapi jangan terlalu bersambil lewa.. kalau sudah mempunyai perasaan.. usahakan ke arah pernikahan.. ke arah yang halal.. dan cintai sesuatu itu seadanya, kerana takut satu hari nanti, ia menjadi suatu yang dibenci.. begitu juga dalam membenci sesuatu, bencilah seadanya, kerana takut suatu hari, ia menjadi suatu yang disayangi.. yang penting.. kalau sudah mempunyai perasaan, dan rasa sudah cukup kemampuan.. kemampuan ini perlu dinilai secara rasional.. jangan ikut rasa bercinta sahaja.. jangan ingat ingin berkasih sayang sahaja.. susah nanti.. kalau sudah cukup semua kemampuan.. maka usahakan ke arah yang halal.. jika rasa masih banyak perkara lain yang belum cukup.. maka buatlah perkara lain dulu yang lebih utama.. cuma terus2 berdoa.. supaya dikurniakan yang sebaiknya untuk diri sendiri.. dan satu lagi peringatan.. jangan hanya mencari yang soleh dan solehah, tapi jadi yang soleh dan solehah.. supaya nanti mampu membimbing..

    untuk soalan kedua.. sekali lagi dikatakan.. saya tidak mampu untuk menyatakan apa-apa hukum.. selain yang telah dinyatakan oleh ulama’ yang disertakan dengan nas yang sohih..

    dalam isu ini.. memang terdapat sesetengah orang yang lebih suka menyuarakan masalah dan pandangannya kepada sahabat berlainan jantina.. kerana dirasakan mereka lebih memahami perasaan.. lebih matang dalam berfikir.. dan banyak lagi alasan..

    cuma.. satunya nak diingatkan.. dalam bergaul.. islam telah meletakkan batas-batasnya.. tidak salah untuk bersahabat dengan sahabat yang berlainan jantina.. cuma ada batas-batasnya.. dan batas pergaulan dalam islam telah banyak sekali dikupas oleh ‘ulama dari seluruh dunia.. insyaAllah kita boleh luaskan pembacaan dan mencari yang haq.. yakni mencari kebenaran.. kebenaran hidup dengan cara islam.. islam itu adalah cara hidup.. Allah suka kepada hambaNya yang menuju dan mencari al-Haq..

    dan pandangan saya dalam hal ini.. saya rasa.. kalau boleh.. elakkanlah sahabat baik itu seorang yang berlainan jantina.. kerana dikhuatiri timbul masalah hati.. kalau bukan dua-dua belah pihak.. mungkin sebelah pihak sahaja.. kerana.. selalunya.. sahabat baik.. ruang lingkup perbualan dan perbincangannya sangat luas dan dalam.. sehingga menyentuh soal hati.. menyentuh isu perasaan.. hubungan mereka lebih intim berbanding dengan sahabat yang lain.. dikhuatiri ini membawa kepada masalah hati..

    cuma.. lain pula kesnya sekiranya memang kita sudah ada hati terhadapnya.. itu bukan lagi sahabat baik.. sekiranya ini yang terjadi.. maka usahakanlah ke arah pernikahan.. ke arah yang halal.. bergeraklah menuju kepada al-Haq.. yang benar.. yakni pernikahan.. hubungan yang halal.. janganlah berselindung dibalik nama ‘sahabat baik’.. usahakan untuk ke arah yang halal.. insyaAllah akan dibantu.. Allah suka hambaNya yang menuju ke arah yang haq.. kerana.. kalau ini yang terjadi.. samalah seperti apa yang dibualkan oleh ustaz dalam perbualan di atas.. yakni isu kakak angkat, abang angkat atau adik angkat.. semuanya hubungan yang salah berselindung di sebalik nama yang baik.. na’uzubillahi min zalik..

    semua ini sekadar pendapat dan pandangan peribadi.. yang mana salah.. bolehlah ditegur.. jangan biarkan saudara seagama ini bergelumang dalam kesalahan..

    moga kita dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki olehNya.. amin.. amin ya Rabbal alamin..

  14. Berat soalan ini kerana yang menulis ini hanyalah sekadar insan biasa yang cuba melaksanakan amanah Allah di muka bumi ini sebagai khalifahnya yang wajib menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu walau sepotong ayat dengan apa adanya dalam arti kata lain berkongsi ilmu. Maka penulis cuba sekadar apa adanya dengan ilmu yang tersangatlah sedikit.

    Perasaan kasih dan sayang itu adalah fitrah tetapi harus di kawal agar tidak terjadi zina hati (lihat komen2 dari soalan Afiq sebelum ini). Di antara tanda2 kebesaran Ilahi ialah Ia berkuasa ke atas hambaNya. Menurut Tuan Guru Dato’ Haron Din , biarpun manusia itu lelaki atau perempuan, mereka mempunyai ikhtiar memilih jodoh. Sifat-sifat luaran yang dimiliki oleh seseorang sering menjadi neraca.

    Dalam usaha untuk mendapatkan pasangan, agar seseorang itu minat kepadanya, terutamanya kaum wanita oleh kaum lelaki, seseorang itu perlu berkorban membuang sifat yang menjadi penghalang pertemuan jodoh. Selain doa usaha oleh seseorang yang dipercayai juga boleh dibuat.

    Tuan Guru sendiri pernah mempertemukan dua insan yang tidak mengenali satu sama lain tetapi apabila Tuan Guru memberitahu bahawa A kirim salam kepada B dan sebaliknya, timbul satu “perasaan” (tak ingat la pulak istilah yang Tuan Guru guna tu…) dan akhirnya mereka berkenan untuk membina baitul muslim hingga kini bahagia dengan zuriat yang menyejukkan mata…(banyak la lagi cerita Tuan Guru yang best2 tapi tak dapat nak tulis semua kat sini, antum semua nanti balik Malaysia kena gi daftar ikut kuliah Tuan Guru di Darussyifa’…seminggu sekali tiap Isnin magrib hingga kira2 jam 10:30pm. Borang ada dalam laman wen darussyifa’. Sungguh satu pengalaman menuntut ilmu dunia dan akhirat yang tidak dapat digambarkan…moga Allah panjangkan umur Tuan Guru agar hikmah dan cahaya ilmu yang ada padanya dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai lagi…(hu hu melalut la pulak penulis ni)…

    Menurut Ybhg Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam kuliahnya pada 3/9/07 mengenai Pendekat Jodoh, jodoh itu adalah rezeki yang telah ditentukan Allah untuk kita namun kita perlu juga berusaha untuk memperolehnya (macam kita cari rezeki ilmu dan wang ringgit juga) dalam lingkungan syariat yang telah ditetapkan. (Kuliah2 Tuan Guru ada dalam bentuk CD di Darussyifa’ dan dalam bentuk audio jika telah dimuatnaik boleh diperoleh dari laman Darussyifa’. Ada pautannya di blog Catatan Seorang Pengemis atau boleh terus ke laman Darussyifa’ di http://www.darussyifa.org/index.php).

    Antara doa pendekat jodoh: “Ya Allah, jadikan daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik2 pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”

    Dalam bahasa Arabnya begini (mohon Faisal edit jika ada word processor Arabic): “Allahummaj’alnii mahbuubatan fii quluubil mukminiina wabasysyirniibilghina ilaa mi a tin wa ‘isyriina hasanah, fallahu khairun haafizon wahuwa arr hamurraahimin”

    Lepas tu kita boleh juga buat solat hajat mohon doa jika B bin Nama ibu B itu orang yang beriman dan baik untuk kita dan agama kita maka mohon Allah pertemukan dan permudahkan jodoh. Amin ya rabbal alamin.

    Wallahua’lam.

    Salam Bangi

  15. Assalamualaikum…
    boleh tanya…adakah haram hukumnya kita mngucapkan lafaz sayang dan rindu kepada non-muhrim?
    sekian terima kasih..

  16. Assalamualaikum w.b.t.

    Komen saya ialah berkenaan soalan Zinirah, “Adakah haram hukumnya kita mengucapkan lafaz sayang dan rindu kepada non-muhrim?”.

    Sebelem saya memberikan pandangan lebih lanjut, ingin saya katakan di sini, setiap insan harus meraikan perasaan yang Allah ciptakan dalam hati mereka. Contoh perasaan-perasaan tersebut ialah rasa sayang, rindu, marah, sedih, gembira dan menyampah. Meraikan perasaan tersebut ialah satu cara untuk kita ‘keep in touch’ dengan diri kita yang sebenar. Dalam satu buku motivasi tulisan John Gray, dia menyebutkan, jika dipendam perasaan seseorang lelaki/perempuan, tidak diluahkan untuk dibincangkan dan dikongsi, dia akan hilang sensitiviti terhadap perasaan tersebut. Dengan kata lain, jika kita rasa marah, tetapi marah itu tidak disalurkan ke jalan yang betul, lama-kelamaan kita akan hilang ketegasan.

    Contohnya, mula-mula kita marah apabila ada orang yang jahil menghina Rasulallah. Oleh sebab, tidak disalurkan dengan cara yang betul, marah itu akhirnya hilang. Lama kelamaan, orang melukis yang bukan-bukan tentang Rasulallah pun kita tak ambil kisah.

    Berkenaan dengan RASA kasih dan sayang kepada yang berlawanan jenis, itu adalah fitrah yang Allah ciptakan untuk melengkapkan diri kita sebagai manusia. Kasih dan sayang boleh membawa kepada keburukan dan boleh kita jadikan rasa itu punca kita berbuat baik. Jika ada rasa kasih dan sayang, kasih dan sayang itu perlu dikawal agar tidak timbul tindakan yang berlawanan dengan panduan yang ditetapkan oleh Allah. Kita boleh ambil contoh perasaan marah. Tidak salah kalau kita marah pada yang berlawanan jantina ataupun yang sama jantina. Tapi, sama ada marah kita itu akan membawa kebaikan atau keburukan, kita sendiri yang menentukan.

    Dengan rasa kasih dan sayang pada yang berlawanan jantina, timbul pula isu lain. Bagaimana cara ‘melayan’ perasaan itu? Adakah perlu dilafazkan kasih dan sayang itu?

    Ingatlah pesan orang alim berkenaan dengan nafsu. Nafsu itu ibarat kuda yang kita tunggang. Kalau dapat kita tundukkan, kita yang dapat manfaat. Kalau kuda itu terus meliar, kita yang dapat padahnya.

    Rasa kasih dan sayang kepada makhluk itu berkait rapat dengan nafsu. Lagi, perasaan kasih dan sayang kepada yang berlawanan jantina, berkait rapat dengan nafsu syahwat yang amat bahaya kalau tidak dikekang. Dengan kata lain rasa kasih dan sayang itu perlu ditundukkan dan tidak timbul perkara yang berkaitan dengan nafsu.

    Oleh itu, ‘harus’ (bukan wajib… Sila ambil perhatian!) mengucapkan rasa sayang dan rindu kalau tidak membangkitkan nafsu syahwat. Kalau membangkitkan nafsu syahwat, jauhilah lafaz-lafaz tersebut.

    Sekadar pesanan, jika kita ada perasaan sayang dan rindu pada yang bukan muhrim, dan kita rasa cinta padanya, usahakan supaya bernikah. Selepas itu, nak sayang, nak rindu, nak bergandingan bahu susah dan senang, semua pun ‘halal’ (bukan harus…) :).

    Mudah-mudahan membantu.

  17. salam…
    minta antum bantu…
    dulu..
    ana seorang yang betul-betul mnjaga bab phubungan laki pmpuan

    tp la ni..
    muncul seorang adam.
    dia pnh luahkan perasaan dan nak sangat ana tlg dia..
    ana faham..
    x cara lain utk tlg dia melainkan kami menikah agar kami boleh tenangkan hati i.e nikah..
    kami sebaya..
    dia bersedia utk pikul tggjwb walaupun usia kami masih muda 20tahun…belajar pun xhbs lagi…
    kami ada jgk berbincang utk cari jalan utk mnghalalkan hubungn disamping mintak pndpt ustaz… mak ayah..tp ana xpasti si dia pnh duduk berbincang atau x dgn mak ayah dia..

    masalhnya. sekrang..
    kami lain benua…
    dia belajar di mesir bidang perubatan ana pula di malaysia..
    setakat ni alhmdlh..
    mak ayah kami agak saling kenal…tapi xlah terlalu kenal…
    dulu dia ada berbincang utk menkahi ana pada tahun akhir dia disana …

    tapi bila tgk gayanya sekarang ni ,,,
    dia macm dah xdpt tahan..
    tp..dia nak ana habiskan beljar,
    takkan ana nak brhenti belajar

    masalah hati syekh……
    susah nak jga..
    ABG ana suggest nikah…
    tapi..
    si dia kata ok je..
    cuma dia kata: xkan nak berjauhan dgn ana bila dah nikah..
    dia pun baru thun pertama…
    ana ckp…
    kita pisahlah buat sementara waktu slps nikah..
    tapi..
    dia kata ingat senang ke..
    kalu macam tu objektif nikah tu x tercapailah…

    mak dan ustaz2 ana pun ada ckp susah bila berjauhan kalo setakat dlm malaysia oklah….
    ini dua benua…
    ana risau…dia asek dok teringatkan ana………
    kami cuba utk mnjaga hubungan..
    tapi sukar…
    ALLAHHURABBI
    xkan ana nak bhenti blajar….
    atau nak suruh dia lupakan ana…
    mcm susah je…

    KAMI BUNTU …any suggestion….
    ???

    muassifah jiddan.

  18. aslmlkm.sy musykil ttg ssuatu prkara ni.Jodoh pertemuan ,hidup mati
    telah ditentukan Allah sejak azali.Tp jodoh ada orang kata,kt blh berusaha untk dapatkannya.klau org y kt tak suka tp dia doakan jodoh dia dengan kita,adakh dia akan mmliki kt?padahal dia th kt suka kat org lain.

  19. Wslm. Itu tak pasti. Hanya mrk yg cukup berilmu dpt menjawab. Jika dirujuk kepada kuliah Dato’ Harun Din mengenai Pendekat Jodoh, walaupun Allah dah tentukan jodoh, kita perlu juga berusaha untuk mendapatkan apa yang ditentukan oleh Allah itu, itu “usaha” yg saya faham dari kuliah tersebut. Wallahualam.

  20. Sambungan komen 22 utk 21: Jika orang yg kita tak suka tu jodoh kita yg tak suka ke dia ni, dia doa tu sebagai usaha dan jika benar jodohnya dengan kita, insyaAllah Allah akan melembutkan hati kita kepada dia walaupun hati kita dah ada pada yg lain. Itu urusan Allah, yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa, pasti Dia tahu bagaimana menguruskannya. Wallahu’alam.

  21. jazakumullahu khairan kathira semua yang berkongsi pendapat, terutamanya ummi dan khairul azmi fahmi (sahabat saya). moga Allah membalas jasa kalian dengan balasan yang terbaik di sisiNya. amin..

    sekadar perkongsian, pengisian ini dipetik dari e-mail saudara seagama. moga dapat manfaatkan sesuatu darinya. insyaAllah.

    Santapan Jiwa: JANJI ALLAH BAGI ORG YANG MAHU BERKAHWIN

    1-“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (An Nuur : 26)

    Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

    2-“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An Nur: 32)

    Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

    Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

    3-“ Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya.” (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)

    Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah
    Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

    4-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar Rum : 21)

    5-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (Al Mu’min : 60)

    Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankanNya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sebagainya.

    Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain-lain.

    Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan, pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dan lain-lain.

    Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram,
    melakukan apa yang diharamkan Allah, dan lain-lain.

    Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahawa Allah Maha Mendengar, dan lain-lain.

    Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari
    Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:

    “Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

    Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa
    sallam,

    “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35)

    Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

    “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

    6-”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153)

    Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

    7-“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Alam Nasyrah : 5 – 6)

    Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.

    8-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)

    Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalanNya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan lain-lain. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

    9-“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Al Hajj : 40)

    10-“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)

    Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

    Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah?

    moga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..

    amin..

  22. wa’alaikumussalam..

    menjawab pertanyaan yasmin.. saya bukanlah orang yang paling layak menjawabnya.. tetapi.. sekadar memberi pendapat.. eloklah sekiranya saudari yasmin rujuk kepada asatizah yang mampu memberi jawapan yang lebih meyakinkan..

    walau bagaimanapun, akan cuba memberi pendapat..

    sememangnya jodoh dan ajal telah ditetapkan.. tetapi adakah kita tahu dengan siapa jodoh kita?.. jadi kita harus berdoa untuk dapat yang terbaik dan berusaha ke arah menjadi yang terbaik.. kerana firman Allah..

    “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”

    ( Surah an-Nur [24] : 26 )

    sebenarnya doa satu senjata mukmin yang sangat berharga.. rasulullah sangat bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang didoakan.. kerana rasulullah yakin akan firman Allah..

    “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

    ( Surah al-Baqarah [2] : 186 )

    dan banyak lagi ayat lain mengenai doa.. di mana Allah Maha Mendengar permintaan hamba-hambaNya.. dan Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. oleh itu berdoalah kepadaNya setiap masa.. dan ketahuilah.. doa itu dimakbulkan dalam tiga cara.. pertama diberikan apa yang diminta.. kedua ditangguhkan apa yang diminta dan diberikan dengan lebih baik.. dan ketiganya, ditangguhkan terus sehingga ke hari akhirat, lalu dikurniakan keni’matan yang tiada tandingannya.. subhanAllah..

    sungguh, jodoh itu telah ditetapkan Allah.. tapi tahukah kita bagaimana, siapa, di mana atau apa sekalipun.. seperti ajal juga.. ajal telah ditetapkan.. tapi tahukah kita bagaimana keadaan kita ketika mati itu, adakah sempat kita melaksanakan tanggungjawab ketika hidup kita.. segalanya yang mampu berubah kita harus berdoa.. dan berusaha.. lalu bertawakal.. dan redha atas kehendakNya.. Dia Maha Mengetahui tiap sesuatu.. Allah tidak memerlukan sebab untuk melakukan apa sahaja.. seluruh alam raya, di atas, di bawah, di antara keduanya, segalanya di bawah pentadbiranNya.. tiada yang tidak tunduk patuh kepadaNya.. hatta syaitan sendiri akur kebesaran Allah.. sungguh pelik manusia yang lebih kecil, lemah, dan tidak mampu berbuat apa-apa hendak berlagak lebih hebat dari syaitan, dengan angkuhnya tidak mahu mengakui kebesaran Tuhan, Allahu Rabbi.. na’uzubillahi min zalik..

    ingat.. kita tidak tahu apa yang Allah telah tentukan untuk kita..

    “… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

    ( Surah al-Baqarah [2] : 216 )

    teruskan berusaha, teruskan berdoa.. jangan putus asa..

    walaupun kita tidak suka, tapi kehendak Allah tidak perlukan sebab.. Allah yang memegang hati-hati manusia.. tidak mustahil untuk Allah jadikan sesiapapun untuk menjadi anugerah kepada sesiapa pun..

    sekadar pendapat.. yang mana salah harap ditegur agar dapat membaiki diri.. insyaAllah..

    wallahua’lam..

    moga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..

    amin..

  23. wa’alaikumussalam..

    sekadar memberi pendapat untuk permasalahan BIRRUL WALIDAIN dalam komen ke-21..

    ana rasa tidak ada salahnya untuk nikah sekiranya kedua-duanya telah bersedia.. bersedia untuk alam rumahtangga yang mana 90% dalam kehidupan ini adalah tanggungjawab dan hanya 10% darinya bersuka-ria.. berkasih sayang.. sangat berat.. fikirkan semuanya.. keluar sebentar dari kepompong indah perasaan cinta dan kasih sayang.. berfikir ke hadapan.. benarkah kita telah bersedia?..

    jika sudah.. alhamdulillah.. nikah ini membuka pintu rezeki.. tapi ana kurang bersetuju dengan pendapat di bawah..

    kita pisahlah buat sementara waktu slps nikah..
    tapi..
    dia kata ingat senang ke..
    kalu macam tu objektif nikah tu x tercapailah…

    sahabat ana, yang mana ana sangat hormati mereka.. malah kagum dengan mereka.. ada ramai sahaja yang telah bernikah.. dan tidak terkecuali yang tinggal berasingan.. bagi mereka, nampaknya seperti mampu untuk meneruskan hidup.. tidaklah seperti terlampau ‘desperate’ (maaf, ana tidak tahu perkataan bahasa malaysia nya).. kalau belum bernikah.. bagaimana untuk meluahkan perasaan dan segalanya.. tapi setelah bernikah, itu semua kan halal?.. malah dapat pahala.. ingat.. nikah bukan hanya soal nafsu..

    tapi.. ada satu lagi sudut pandangan.. yakni bersabar.. tidak terlalu memikirkan soal ini.. teruskan pembelajaran.. teruskan pemantapan diri.. pesan sahabat ana..

    habiskan gear I ( I di sini mewakili ‘individu muslim’) baru masuk gear B ( B di sini mewakili baitul muslim).. karang gear I tak masuk habis lagi, nak masuk gear B, terhincut-hincut kereta, last-last mati tengah jalan.. nak repair bukan murah..

    jadi.. sabar.. banyak lagi perkara yang harus difikirkan.. datang rasa rindu atau apa-apa yang seerti dengannya, alihkan ke arah yang lebih berfaedah.. doa agar dipermudahkan urusan jodoh atau pernikahan ini..

    sebenarnya.. ini mengikut kehendak ibu bapa juga.. tanyalah mereka.. adakah mereka bersetuju untuk kahwin dan tinggal berasingan.. atau mereka ada pendapat lain.. mereka lebih ‘arif.. mereka lebih dahulu makan garam dari kita.. ana sekadar memberi pendapat..

    buat masa ini.. sepatutnya.. tidak bolehlah melafazkan rasa cinta dan kasih sayang seperti suami isteri.. kerana belum bernikah.. jagalah perhubungan.. ‘ringan-ringan’ sebelum kahwin akan memberi kesan terhadap satu-satu perkahwinan.. binalah baitul muslim yang sejati di sisiNya.. agar dapat bertemu semula antara dua kekasih hati di dalam raudhah di syurga..

    mungkin boleh perluaskan lagi ilmu pengetahuan mengenai rumah tangga.. kerana pendapat ana hanyalah satu pecahan yang sangat sangat kecil dari ilmu yang luas itu..

    mohon maaf sekiranya ada kesalahan dalam pendapat, harap ditegur untuk diperbetulkan..

    wallahua’lam..

    moga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..

    amin..

    moga bahagia dunia akhirat..

    amin..

    Ya Allah, Ya Tuhan kami, bantulah kami, bimbinglah kami untuk membina baitul muslim yang terbaik di sisiMu..

    amin..

    amin..

    amin ya Rabbal ‘alamin..

  24. Secara peribadi (berdasarkan pengalaman ana sendiri yang berkahwin pada tahun pertama dan tinggal berasingan selama hampir 3 tahun), ana nasihatkan jika dah bersedia dan parents tak ada halangan lebih baik nikah kalau dah begitu statusnya. Nikah dengan niat untuk menjaga kesucian diri, ikhlas hanya keranaNya, selebihnya pasti Allah akan uruskan. Doa dan tawakkal. Pasti Allah takkan mengecewakan. Mungkin susah sikit mulanya tapi akhirnya jika rahmat yang dicari pasti Allah beri. Itu janjiNya. Wallahualam.

  25. jazakAllahu khairan kathira untuk pandangan..

    betul.. orang yang bernikah kerana Allah, akan dimurahkan rezekinya.. insyaAllah akan dipermudahkan.. amin.. tapi niat penting.. saling memahami.. persedian yang sangat rapi.. dan ibu bapa itu penting.. jika tiada halangan barulah teruskan.. jika mendapat tentangan.. bagi ana.. secara peribadi.. sabar dan uruskan dengan ibu bapa terlebih dahulu.. restu mereka sebahagian dari keberkatan hidup juga.. jaga niat dengan betul.. ikhlas keranaNya.. kalau sekadar untuk memenuhi nafsu.. ana rasa.. sabar dahulu.. kerana nafsu itu boleh dikawal.. moga terus kuat.. amin.. wallahua’lam.. semua kata-kata boleh diambil atau ditinggalkan melainkan kata-kata rasulullahi salallahu ‘alaihi wassalam..

  26. salam ….teruskan usaha kalian..
    cuma nak tnya..
    faisal ni student adeilade ke?? sekali dgn akh alif anwar??
    muassifah…
    maat taufiq wannajah

  27. wa’alaikumussalam.. insyaAllah akan diteruskan.. moga bersama di atas jalan yang haq.. amin.. a’ah.. seorang student adelaide.. sekali dengan akhi alif anwar.. betul tu.. moga sentiasa dalam hidayah dan petunjukNya.. amin..

  28. assalamualaikum.

    sekadar pandangan untuk insan-insan yang tertanya-tanya tentang jodoh 🙂

    jodoh itu memang Allah dah tetapkan. tapi, sebagai hamba, tak salah kita nak doa supaya dapat apa yg kita mahu. janji Allah janji yang pasti;
    “attoyyibuuna li toyyibaat”, dan juga sebaliknya.

    bagus fikir pasal jodoh ni, tapi jangan sampai fokus utama sebagai individu muslim terabai. utamakan islah diri dan tuntlah ilmu banyak2.

    apabila kita diri kita jadi insan yg soleh, barulah Allah akan izinkan kita bertemu dengan pasangan yg soleh jugak. tak gitu? 😉

    mohon maaf andainya terkasar. sekian.

    salamullahi ‘alaikum warahmatuhu wabaraktuh

  29. wa’alaikumussalam alif..

    hehe.. a’ah.. akhi alif ialah “ahli kelima” rumah kami.. 🙂

    moga kita sentiasa hidup di bawah hidayah dan petunjukNya..

    amin..

  30. assalamualaikum

    bleh x sape2 tlg bgtau cane kalo kte tlalu syg pd org 2..tp nk brade di lndasan islam..cane?
    sy confuse
    cane nk jd kuat ni?
    😦

  31. wa’alaikumussalam..

    setuju dengan ummi.. nikah jalan yang terbaik.. jalan yang tepat.. tapi sebelum itu.. perlu dilihat niatnya dulu.. adakah semata-mata kerana nafsu.. atau kerana apa.. kemudian perlu difikirkan juga tanggungjawab yang akan dipikul.. nikah ini.. atau perkahwinan ini.. bukan perkara seronok-seronok semata-mata.. bahagian yang besar dalam perkahwinan itu adalah tanggungjawab.. hanya sedikit daripadanya ialah bersuka-ria.. kasih sayang dan cinta.. tapi di situlah kemanisannya.. tanggungjawab itu juga manis.. manis sekiranya dilakukan bersama-sama.. insyaAllah.. banyak perkara perlu dipertimbangkan.. kalau nak bernikah hanay kerana nafsu.. rasanya.. perlu fikir balik.. mantapkan diri.. perkuatkan individu muslim.. sebelum ke baitul muslim..

    untuk jadi kuat.. kene bermujahadah sentiasa.. yakin mujahadah itu manis.. ingat janji Allah.. yakin berkat dan rahmat Allah.. kalau sebelum kahwin dah buat Allah murka.. macam mana rumahtangga nak berkat.. dua-dua belah pihak kena faham.. dan kene usaha.. bermujahadah.. sungguh, mujahadah itu manis.. kalau sayangkan orang tu.. kita takkan sanggup tengok dia masuk neraka.. kita takkan sanggup tengok permulaan rumahtangga kita dengan murka Allah.. kita mesti nak semuanya bahagia.. sebab kita sayangkan dia.. jadi.. kalau sayangkan dia.. kuatlah.. bermujahadah.. ikut jalan islam.. tetap atas landasan yang benar..

    moga kata-kata diikuti dengan amalan..
    moga anggota selari dengan lisan..
    moga hati sentiasa kuat dan tabah..

    amin..

    amin ya Rabbal ‘alamin..

  32. hu hu, tak setuju la sangat dengan Faisal tapi betulkan jika pendapat Ummi ni salah, ia berdasarkan pemahaman yang cetek. Dari persoalan hambe_Allah, “cane nak kuat”, dapat diandaikan bahawa hambe_Allah dalam dilemma dan perjuangan yang hebat untuk mempertahankan kekuatan imannya.

    Kalau takde hal untuk mengharungi perjuangan itu jawapan Faisal tu subhanallah, cukup bagus. Tapi jika dah tahu ada kebarangkalian untuk tewas walaupun sedikit maka mereka yang bernikah atas alasan untuk menyelamatkan kesucian diri itu juga mendapat kerahmatan yang banyak dari Allah (dalilnya rujuk posting/komen sebelum2 ini dalam tajuk yang sama).

    Pada usia muda sehingga remaja kita harus mengutip sebanyak2 ilmu serta mendalami al-quran dan sunnah dalam usaha untuk memperkuatkan aqidah agar iman benar2 mantap tatkala masanya tiba untuk membina baitul muslim. Tetapi di mana sempadan ilmu yang luas tidak bertepi itu? Jadinya, kita kutip sebanyak2 ilmu itu…

    Kemudian bila tiba masanya harus membina baitul muslim kita boleh saja membinanya jika itu adalah satu-satunya jalan untuk memastikan kita sentiasa di atas landasan Islam dan dalam redaNya dengan memelihara kesucian diri (memelihara kesucian ni merangkumi memelihara aurat, dan aurat ni bukan sekadar fizikal tetapi juga pandangan, suara dan hati – yang mana boleh tergelincir hanya dengan ber”sms” dan dan ber”ym” atau yang seumpamanya).

    Dakwah individu tidak terhenti bilamana kita menjejak kaki ke alam rumahtangga kerana kemenangan Islam menurut Hassan Al-Banna tidak akan diraih tanpa pertolongan daripada Allah swt., dan pertolongan Allah hanya akan dicapai apabila pejuang mendekatkan diri kepadaNya, maka teruskan perjuangan, mantapkan diri melalui harakah islamiyyah dengan mengutamakan dulu pembentukan diri dan baitul muslim. Dengan terbinanya peribadi dan baitul muslim maka akan terbentuklah masyarakat Islam dan seterusnya rujuk ushulul-isyrin (dua puluh prinsip) yang perlu dipegang oleh setiap pejuang Islam seantero dunia.

    Wallahualam. Semoga kita sentiasa IKHLAS berjuang dijalannya dalam naugan rahmat dan redaNya. Amin.

    Refleksi malam/pagi ini (dah 12.03 ghopanya..ha..ha..nak tido (2X):

    Di antara kesan daripada tarbiyah ikhwanul muslimin (meletakkan ikhlas ditempat yang tinggi) ialah muncul banyak pendokong yang tidak dikenal dalam jemaah. Atau sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi saw riwayat At-Tirmizi:

    Orang-orang yang berbakti, bertakwa dan tersembunyi. Jika tidak hadir, mereka tidak dicari dan jika hadir, mereka tidak dikenal.”

    Salam 21 Ramadan

    Ummi

  33. wa’alaikumussalam ummi..

    sangat setuju dengan ummi.. memang remaja masa kini menghadapi masalah yang sangat hebat.. cuma dalam setiap perkara pun kita harus ada persediaan.. mungkin sedikit asas atau pengetahuan mengenai hakikat perkahwinan dalam islam dapat membantu.. tidak bermaksud perlu betul-betul mantap.. kerana seperti ummi kata.. proses pemantapan diri itu terus berjalan walaupun sudah bernikah.. memang remaja hari ini banyak yang tewas.. huhu.. cuma kadang bukan sahaja bermujahadah itu satu masalah.. tapi pernikahan itu juga satu permasalahan.. terdapat halangan-halangan dalam bernikah.. moga terus dikuatkan.. amin..

    satu lagi cara nak untuk kuat.. dalam apa konteks sekalipun.. taqarrub ilallah.. mendekatkan diri kepada Allah.. dalam berdakwah juga.. aspek ini tidak boleh dipandang remeh.. moga amalan selari dengan kata-kata.. begitu juga anggota berjalan selari dengan lisan.. moga hati terus utuh di atas jalanNya.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

  34. time kasih atas sume nasihat & pndpt kalian
    sesungguhnye sy msih lg cetek ilmu..sy perlukn pndpt kalian utk mnmbhkn ilmu yg sdie ade. sbnrnye sy baru je mlalui pglaman yg sy anggap satu pgjran yg cukup hbt dlm hidup sy.
    rmaje..satu pertukaran alam wktu yg sgt singkt dan wktu 2 juge ade mcm2 dugaan.Time kasih pd saudara itu krane mnyedarkn sy..
    insyallah, Allah dh tentukn jodoh pd stiap hmbenye sjak dr azali

    alhamdulillah, syukur ya Allah, hmbemu ni dh cukup kuat mnmpuh dugaanMu ni..bimbingla aku ke jalan yg diredhaiMu

  35. Kita sama-sama saling memerlukan. Dikala kita down sahabat kita mengingati kita begitulah juga sebaliknya. Bukan bermaksud kita yang memberi pendapat ini lebih ariff atau lebih banyak ilmu kerana kita sama2 mencari, memberi dan menerima. Begitulah kekuatan yang datang dalam berjemaah.

    Allhamdulillah dan tahniah kerana menang dalam perjuangan kali ini. Moga Allah naungi rahmatNya dan sentiasa bersama kita.

    Ya Allah, hanya rahmatMu yang kami harapkan. Jangan tinggalkan kami sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusan kami. Laa ilaha illa Anta

  36. “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”

    ( Surah az-Zariyat [51]:55 )

    “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

    ( Surah al-‘Asr [103]:1-3 )

    sangat betul apa yang ummi cakap.. tak semestinya yang memberi pendapat itu lebih ‘arif atau banyak ‘ilmu.. kita sama-sama mencari.. kita sama saling memperingati.. saling melengkapi.. saling memberi dan menerima.. berkongsi.. sungguh perjuangan ini perjuangan yang panjang.. perjuangan yang susah.. perjuangan yang tiada ditabur bunga perjalanannya.. oleh itu, kekuatan berjemaah sangat diperlukan.. nasihat terhadap kesabaran.. nasihat terhadap kebenaran.. semua itu sangat diperlukan.. moga terus tetap atas jalan yang haq.. amin..

    alhamdulillah.. tahniah atas kejayaan.. moga kita terus tsabat dan istiqamah di atas landasan yang benar.. amin..

    Ya Allah.. Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih singkat dari itu.. bimbinglah kami.. bantulah kami.. tunjukkanlah kepada kami.. amin ya Allah.. la ilaha illa Anta..

  37. time kasih lg skali
    wlupn kte xknal antare satu same len
    kte ttp sdare seislam kn? istilah jemaah 2 pntg..
    baru sy phm..kwn ade yg mmbntu diwktu kte kesusahan
    best blog awk ni..sy just mencari2 mende yg mnjd tnde tnye sy slame ni..dan alhamdulillah..jupe gak dgn blog yg mane kte leh share idea+kisah+nasihat 🙂 insyaallah

    sy ni xpndai nk berbhase dakwah..ske sy tgk org dlm blog ni..
    maaf ye kalo ayat2 sy sempoi2 aje 🙂

  38. Faisal tngh kuliah rasanya masa ni…sementara itu izinkan Ummi memberi sedikit maklumbalas terhadap komen hambe Allah_.

    Hambe Allah_ yang dimuliakan,

    Islam itu untuk semua, tak kira bangsa atau bahasa. Kadangkala bila orang menggunakan bahasa dakwah tu kita cam takut nak join tetapi mereka sekadar mempraktikkan sedikit-sedikit apa yang mereka tahu dan belajar demi untuk memperkukuhkan apa adanya dengan bahasa al-quran yang baru dipelajari (atau dah lama belajar baru nak praktik dan budayakan).

    Faisal belajar di tempat yang alhamdulillah telah diwujudkan (dalam bahasa mudah kita komuniti) jemaah Islam yang dipimpin/digerakkan oleh senior-senior yang, subhanallah ikhlas memperjuangkan Islam. Mungkin ada di kalangan mereka yang memang dari latarbelakang sekolah agama tetapi yang pasti ramai juga dari sekolah kebangsaan (SMK). Setelah beberapa tahun hidup mereka bersama, sukar nak tahu yang mana sekolah agama yang mana bukan sebab ilmu mereka telah dikongsi bersama dan digabungjalinkan dan kefahaman mereka sama atas matlamat yang satu, sama-sama berjuang untuk mendapatkan keredaan Allah.

    Maka yang terserlah seperti mereka, meneraju komuniti Melayu Islam setempat untuk sama-sama menggerakkan Islam dengan ahli2 yang baru seperti Faisal dan sahabat2nya. Dalam komuniti/jemaah ini, bukan semestinya mereka yang dari sekolah agama yang ada lebih banyak ilmu itu lebih baik kerana kata Imam Shafie,

    ilmu itu bukan yang dihafal akan tetapi yang bermanfaat (yang dengannya kita beramal dan berkongsi dengan orang lain)

    Jika mereka tidak hidup berjemaah mungkin bahasa-bahasa dari Al-Quran/bahasa Arab yang pernah dipelajari akan pupus begitu saja, (atau mereka yang tidak pernah belajar tidak akan menggunakannya) kerana bila bersama/berjemaah mereka rasa ada kekuatan untuk menggunakannya pada peringkat permulaan sehingga akhirnya ia telah terbudaya di kalangan mereka. Mungkin jika tidak berjemaah, bagi yang baru mendengar/belajar ttg sesuatu konsep/bahasa/istilah rasa segan nak guna/praktikkan dalam percakapan harian tetapi bila berjemaah ada kekuatan.

    Hadis Nabi saw riwayat Tirmizi:

    Pertolongan Allah bersama jemaah

    Hadis Nabi saw riwayat al-Bukhari dan Muslim:

    Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menolong sebahagian yang lain

    Bila mereka melaksanakan aktiviti secara berjemaah (main, pergi shopping, belajar di uni, berhalaqah – berbincang dan belajar hal2 mengenai Islam seperti sirah, AlQuran, AsSunnah, pergerakan Islam dan lain-lain) banyak istilah-istilah dari Al-Quran yang digunakan dan dibudayakan dalam jemaah itu sehinggalah satu ketika nampak seperti orang cam kita kata bahasa dakwah. Tetapi itu juga merupakan satu usaha mereka untuk memperkukuhkan apa adanya ilmu yang baru diperoleh dengan harapan bila diguna ia tidakkan dilupakan dan bila balik Malaysia ia telah menjadi sebati dan yakin untuk menggunakannya dalam menerapkan Islam kepada keluarga dan masyarakat di sekeliling tempat kerja dan tempat tinggal sedikit demi sedikit.

    Bahasa atau Istilah2 yang mereka gunakan ada dalam bahasa Melayu tetapi kadangkala tidak benar2 tepat seperti apa yang dimaksudkan dalam Islam. Misalnya refleksi=reflection=muhasabah atau lengkap=whole=syumul atau komuniti=community=jemaah.

    Orang Barat dah lama menggunakan Internet untuk mewujudkan komuniti. Ada community of academicians, community of scientists, community of medical practitioners dan yang sewaktu dengannya. Tidak semua dalam komuniti itu pakar, mungkin ada sorang dua, malah yang mewujudkan komuniti itu juga mungkin bukan pakar tetapi ada pakar-pakar yang minat nak kongsi ilmu akan join dan mereka yang minat nak mencari ilmu juga akan join. Lama-lama semua akan ada something in common iaitu prinsip komuniti yang satu dan akhirnya sama-sama memberi, mencari dan berkongsi.

    Begitulah juga komuniti kita disini yang lebih tepat jika kita sebut jemaah Islam. Komuniti blog ini dimulakan oleh Faisal bukan semestinya dia yang pakar tetapi itu adalah usaha untuk dia memperkukuhkan apa yang baru dipelajari untuk diikat dalam bentuk penulisan agar ia lebih tekal. Alhamdulillah ramai yang lebih pakar tak kira sahabat yang dikenali mahupun tidak, termasuk naqibnya (satu motivasi yang amat baik dari yang memimpin kepada anak buahnya, jazakaullahukhairan kathira kepadanya) dan barisan pimpinan dan ahli jemaahnya yang lain sudi sama-sama berkongsi ilmu dan pendapat disini. Kata Imam Shafie;

    Ilmu adalah binatang buruan dan tulisan adalah pengikatnya – ikatlah buruan kamu pada tali yang kuat. Termasuk orang yang bodoh jika engkau memburu kijang dan engkau membiarkannya terlepas di antara orang-orang.

    Di zaman teknologi yang memudahkan penulisan dan penerbitan bagi tujuan menyebarluaskan ilmu ini, seharusnya kita memanfaatkan alat itu bagi tujuan mencapai matlamat. Jadi marilah sama-sama kita membina komuniti/jemaah Islam secara maya di sini untuk mencari dan berkongsi apa adanya dengan tujuan yang satu, sama-sama memperjuangkan Islam untuk mencari keredaanNya. Harap lepas2 ni hambe Allah_ akan sering2 bersama2 membentuk jemaah di sini ye. Sesungguhnya kekuatan itu datang secara berjemaah.

    Apa yang benar itu dari Allah, jika ada tersilap kata/pendapat, itu adalah dari kecetekan ilmu dan kedhaifan ummi maka mohon dimaafkan dan diperbetulkan.

    Ya Allah, hanya rahmatMu yang kami harapkan. Jangan tinggalkan kami sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan kurniakanlah kami hidayah dan barang sebutir mutiara kasihMu agar dapat kami perbetulkan kesilapan kami. Ya Allah, Rabb dan Ilah kami yang satu, permudahkanlah segala urusan kami. Laa ilaha illa Anta

    Salam ukhuwah

    Ummi

  39. waahh
    mntap skali berhujah
    🙂 ske sy mmbacenye..sy ni plak hobinye mmg mmbace 🙂
    so kalo camni bestlaaa..
    mmg, kalo sorg2 or bkn dlm jemaah camni mmg sukar sy nk mulekn bckp bhse2 camni..tp kalo community camni cam best plak sy rs..sy hrp kalian sume dpt bntu sy..sy br d garisan permulaan 🙂
    tringin gk nk join community2 cmni..tp kdg2 rs malu sbb sy xshandal kalian sume..
    sy pn br terjupe blog ni..xknal pn sape2..just join je
    xpe kn
    🙂
    at least leh share opinion kn

    sy pn masih blaja..tp currently doing my internship..so ade gakla pluang nk access internet smbil2..rest jap dr wat keje..hehehe
    🙂

    sy hrp community dpt bntu sy menjd yg lbeh baik..insyaallah

  40. alhamdulillah hambe Allah_, membaca tu satu hobi yg baik, segala ilmu bermula dari membaca, sbb peratus tekalnya ilmu dari pembacaan ada lebih sikit dari mendengar saja he he …alhamdulillah bila rasa best tu ada semangat, ada passion,

    nothing in the world has ever been accomplished without passion

    ha ha ini takde dalil yg khusus tapi yg selari dengannya adela…antaranya daripada Aisyah r.a., Nabi saw bersabda riwayat al-Bukhari dan Muslim:

    Wahai manusia lakukanlah mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit

    Silakan2. Ummi bagi pihak ahli-ahli lain yang telah sudi membaca atau memberi, samada sahabat yang kenal mahupun tidak mewakili Faisal untuk sementara (2-3 minggu ni je) yang rasanya sedang berjuang menyiapkan assignmentnya yang due lusa, meraikan semua yang sudi menjadi ahli samada sebagai pembaca mahupun pemberi. Sama2 kita kongsi pengalaman. Jadinya hambe Allah_, usahlah rasa malu, kita sama2 belajar, orang yang menulis tu belum tentu lebih berilmu dari orang yang membaca cuma sekadar berkongsi apa yang ada agar ilmu yang pernah dibaca/didengari/dipelajari secara berguru dapat ditulis dan bila dah tulis akan ingat dan mesti laksanakan kerana amat besar kemurkaan Allah kepada mereka yang berkata2 tetapi tidak melakukannya. Jadi dalam mencari, ummi berkongsi bila berkongsi walaupun ilmu kita amatlah cetek, kita memberi bila memberi kita kuatkan diri kita dengan azam untuk melakukannya juga. Dalam hidup ni kita mesti sentiasa berjuang atau berniat untuk berjuang (dibaca juga berjihad) tak kira dengan hawa nafsu mahupun berperang di jalan Allah kerana kata Nabi saw.daripada Sahl bin Hunaif riwayat Muslim,

    Siapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang benar, nescaya akan menyampaikannya kepada kedudukan para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya

    Bab syahid ni pulak, kita tunggu Faisal habis exam nanti (lepas raya..), harap2 dia boleh tulis satu posting mengenainya. Ummi sekadar dapat memberi satu hadis yang menjelaskan syahid itu juga merangkumi segala bentuk perjuangan mempertahankan agama suci kita yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan an-Nasa’i daripada Said bin Zaid ra. iaitu:

    Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh mempertahankan agamanya ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid.

    Jadi sama-salah kita mencarigali apa ilmu yang ada melalui cara yang paling terdaya untuk kita dengan azam untuk berjihad jika/apabila kita berdepan dengan situasi tersebut kerana kata Nabi saw daripada Abu Hurairah ra, riwayat Muslim:

    Sesiapa yang mati sedangkan ia belum berperang dan tidak pernah berbicara kepada dirinya sendiri tentang peperangan, nescaya ia mati di satu cabang nifak.

    Ummi pun belajar jugak lagi, sekali sekala bila dah jam otak ummi datang ke ruangan ini untuk menghuraikan kekusutan. Dah tu baru Ummi kembali ke tugasan yang amat sukar nak Ummi habiskan setelah berbulan-bulan mengadapnya. Moga Allah beri kekuatan.

    Insyallah. Harap kita semua dapat belajar sikit2 dari sini agar esok kita sentiasa lebih baik dari semalam. (Teringat lak cerita Dr. Fadilah Kamsah kuliah subuh kat Surau AnNur tadi ttg Saidina Umar yang bila malam hari melihat dirinya ke cermin dan bertanya pada dirinya apa kebaikan yang telah dibuatnya pada hari tersebut dan jika tidak diperolehnya jawapan akan dipukulnya dirinya hingga berbirat – ada orang tanya anaknya masa jenazahnya dimandikan mereka nampak tanda calar birat2 di anggota badannya itu; Subhanallah, adakah kita memuhasabah/buat refleksi kendiri setiap hari/malam?). Sama2 kita panjatkan doa kepadanya agar komuniti ini menjadi salah satu wadah perjuangan kita yang terlalu jauh dari mereka yang telah menemui cahayanya terlebih dahulu namun yang penting kita punya niat, semangat dan passion untuk berjuang.

    Ya Allah hanya rahmatMu yang kami harapkan, jangan tinggalkan kami walau sekelip mata. Perbetulkanlah segala kesilapan kami dan permudahkanlah segala urusan kami. Laa ilaha illa anta

    Amin ya rabbal alamin. Segala yang benar itu datang dari Allah, mana yang tersilap itu mohon diperbetulkan kerana ia adalah dari kekurangan diri Ummi sendiri yang masih dan sentiasa dalam pencarian.

    Coretan Tinta dari Bumi Bangi Tercinta

  41. assalamu’alaikum..
    mashaAllah,sungguh ana rasa takjub dgn hujah2 antum.rasa diri ini kerdil dan byk lagi ilmu perlu dikutip.moga saling membantu,inshaAllah.

    oh,empunya blog ni satu rumah dgn akhi alif ya.patutlah,ayat lebih kurang sama.seperti dlm hadis,”…jika kita bersahabat dgn penjual minyak wangi,kita skali akan terkena tempiasnya…”. 😉

    mumkin nak tya sedikit,apa pendekatan yang terbaik untuk kita (ana) tegur sahabat2 ana yg sangatlah desprate bercinta?padahal pada ana,mereka semua tahu hukum hakamnya.mumkin ummi or empunya blog or sesiapa shj dpt membantu ana?

    jazakumullah~

  42. wa’alaikumussalam.. pertama sekali, minta maaf kerana lama menyepi.. agak sibuk dengan amanah tanggungjawab akademik.. kemudian, nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ummi.. terima kasih banyak sangat ummi.. jazakillahu khairan kathira.. berkongsi pendapat, pengalaman, ilmu dan semuanya.. moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya..

    sekadar ingin menambah sedikit dari komen-komen ummi yang telah sedia mantap hujahnya.. terima kasih sekali lagi ummi..

    semua yang ummi katakan sangat-sangat betul dan sangat disetujui.. islam itu rahmat untuk seluruh alam.. segala yang dibawa oleh rasulullah itu rahmat kepada sekalian alam.. oleh sebab itu, kita akan lihat, apa sekali permasalahan di dalam dunia ini, jawapan kepada masalah-masalah tersebut sebenarnya hanya satu.. back to quran and sunnah.. iaitu.. berbalik semula kepada islam.. kita lihat contoh terdekat, contohnya malaysia dalam menangani masalah rokok.. kita boleh senaraikan berapa banyak langkah yang telah kerajaan lakukan.. dengan kempennya, cukainya, peringatan pada kotaknya, dendanya, peraturannya.. semuanya.. banyak sekali yang dilakukan.. tapi adakah masalah ini telah selesai?.. tidak.. tidak sedikit pun.. kerana dalam diri itu tiada rasa ke’izzahan islam.. kemulian islam.. diri yang dimuliakan dan ditinggikan oleh Allah, telah direndahkan oleh perkara-perkara duniawi..

    oleh kerana islam itu untuk semua.. maka tidaklah ada istilah hanya golongan yang tertentu sahaja yang boleh berbicara mengenainya.. islam itu agama kita bersama.. kita semua bertanggungjawab di atasnya.. oleh itu, semua layak berbicara mengenainya.. semua wajib menuntut ilmu memperdalami ilmu mengenainya.. kerana islam itu agama kita..

    dalam soal berjemaah.. bukankah setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan.. sekiranya tidak berjemaah.. masakan kita mampu menjadi satu umat yang kuat dan digeruni seperti dalam sirah islamiah yang terlah lalu.. islam merupakan satu kuasa besar yang dikagumi.. dari segala sudut.. ekonomi.. ketenteraan.. ilmu.. sains.. apa sahaja.. kerana islam telah bersatu atas satu dasar aqidah yang sama.. atas satu perjuangan yang sama.. teringat saya mengenai ucapan seorang aktivitis Hamas, yakni seorang pejuang palestin yang datang ke indonesia.. pejuang ini telah berkali-kali ditangkap oleh rejim zionis dan dipenjara serta diseksa sehingga dia buta akhirnya.. dalam ucapannya, dia berkata,

    “Saya teringat suatu pesan dari Umar ibn Khattab kepada Saad Abi Waqqash yang mengatakan bahawa nasab kita hanya dihitung jika kita taat kepada Allah. Sesungguhnya, kita dengan musuh-musuh kita adalah sama. Yang membezakannya hanyalah mereka bermaksiat dan tidak beriman kepada Allah, sedangkan kita—mengapa kita perlu menang atas kaum kafir dan musuh-musuh Allah, semata-mata kerana kita beriman dan taat kepada Allah. Jika kita melakukan kemaksiatan seperti yang mereka lakukan, maka kita akan kalah dan terhina di hadapan kaum kuffar. “Sesungguhnya kemenangan itu tidak akan datang kecuali atas izin pemiliknya, iaitu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi.”

    dari sisi pandangan Allah, kita semua sama sahaja.. hanyasanya yang bertaqwa kepada Allah, merekalah yang dipandang mulia di sisiNya.. sebagaimana dalam firman Allah..

    “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

    (Surah al-Hujurat [49]:13)

    maka tiada siapa pun berhak meninggi diri kerana di sisi Allah kita semua sama.. yang paling mulia di sisiNya ialah yang lebih bertaqwa kepadaNya..

    insyaAllah kita akan manfaatkan komuniti ini.. sebagai satu wadah untuk kita saling ingat mengingati.. kerana firman Allah..

    “Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya.”

    (Surah al-A’la [87]:9-11)

    teruskan memberi.. insyaAllah kita sama-sama kongsi apa yang kita ada.. berlapang dadalah dalam perbincangan kerana setiap manusia itu tidak ada yang sempurna dan tidak ada yang terlepas dari kesilapan dan kesalahan.. maka berlapang dadalah..

    teruskan mencari ilmu.. kerana yang mengenal Allah, yang takutkan Allah.. mereka itu dari kalangan orang berilmu.. seperti mana dalam firmanNya..

    “…Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”

    (Surah Fathir [35]:28)

    Syaikh Abul A’la al-Maududi dalam memberi penafsiran akan makna berilmu.. dia mengatakan ia bukan ilmu akademik.. tetapi ianya ilmu mengenai Allah.. kenal akan nama-nama dan sifat-sifatNya.. beriman dan percaya.. takutkanNya.. mengharap padaNya.. merasa kerdil dihadapanNya.. mereka yang mengenal Allah dengan sebenar-sebanr kenalan pasti akan takut dengan azabNya dan sentiasa mengharapkan rahmatNya.. tambahnya lagi, perkataan ulama’ dalam bahasa arabnya di dalam ayat tersebut bukanlah merujuk kepada ulama’ seperti mana yang kita maksudkan.. yakni golongan yang terpelajar mengenai ilmu agama.. tetapi, ia bermaksud sesiapa sahaja ayng takutkan Allah, barulah dia memenuhi makna ulama’ itu..

    Imam Hassan al-Basri mengatakan, ulama’ itu, siapa yang takutkan Allah walaupun dia tidak melihatNya, dan melakukan apa yang dibenarkan olehNya serta menjauhkan diri dari apa yang menyebakan Allah murka padanya..

    mengenai muhasabah.. Umar al-khattab berpesan kepada kita semua..

    “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab”

    kadang kita leka dengan dunia.. sehingga tidak perasaan jiwa kita terasa kekosongan.. hidup bagai tiada arah tuju.. itu adalah petanda-petanda kita perlukan nasihat-nasihat dan peringat-peringatan.. kita memang mudah terleka.. kita alpha.. kita lupa.. oleh sebab itu Allah berfirman..

    “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

    (Surah al-‘Asr [103]:1-3)

    semua manusia itu dalam kerugian.. kecuali empat golongan ini.. yang beriman.. yang beramal soleh.. yang berpesan-pesan kepada kebenaran.. dan berpesan-pesan dengan kesabaran..

    lafaz berpesan-pesan itu.. kita dapat lihat kepentingan jema’ah di situ.. mana mungkin kita dapat berpesan-pesan sekirannya tiada orang lain untuk memperingati atau diperingati.. di situ dapat terlihat keutamaan berjema’ah.. nabi salallahu ‘alaihi wa salam juga bersabda..

    Dari Mu’az bin Jabal dari Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya syaitan adalah serigala bagi manusia, seperti serigala bagi kambing yang memakan kambing yang keluar dari kawannya dan menyendiri. Oleh kerana itu, jauhilah perpecahan, dan hendaklah kamu bersama jamaah dan orang umum”.

    (Hadith sahih riwayat Ahmad)

    perumpaan yang tepat.. seperti yang kita tahu.. serigala hanya menerkam kambing yang bersendirian.. ia tidak akan melulu terus ke dalam sekawan kambing yang sedang bersama-sama.. maka di situ kita dapat lihat keutuhan dalam berjema’ah..

    kesimpulannya.. teruslah tetap bersama jema’ah.. dan terus menerus mencari ilmu.. kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim.. denga adanya ilmu barulah kita yakin beramal.. dengan yakin barulah mudah kita istiqamah dengan amalan.. Fudail Iyad ada berkata, “Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal”..

    wAllahua’lam.. sekiranya ada kesalahan atau kekurangan, sangat dianjurkan untuk menegur.. kerana dengan kritikan itu kita akan belajar.. seperti mana yang selalu dikatakan oleh Dr. Fadzilah Kamsah.. “sesiapa yang memuji aku, dia musuhku, sesiapa yang mengkritik aku, dia guruku..” berlapang dadalah dalam menuntut ilmu.. insyaAllah..

    jazakumullahu khairan kathira..

    moga bermanfaat..

    salam eidul fitri dari bumi Adelaide..

    assalamu’alaikumu warahmatullahi wabarakatuh..

  43. wa’alaikumussalam..

    sebenarnya ana dengan akhi alif anwar bukanlah satu rumah.. cuma akhi alif selalu menziarahi rumah ana.. jadi dia bagaikan “ahli kelima” rumah kami.. kami satu rumah mempunyai 4 orang ahli.. jadi dia kami anggap seperti ahli rumah kami sendiri..

    mengenai persoalan.. bagi ana.. cinta itu tidak salah.. nabi yusuf sendiri diuji dengan perasaan yang sama.. cuma tidaklah perlu sampai “desperate” seperti mana yang dituliskan.. rasanya itu sudah salah..

    bukanlah orang paling layak untuk menasihati.. cuma sekadar renungan kita bersama.. apakah matlamat kita yang sebenar-benarnya.. bukankah mencari redha Allah.. bukankah penghujung kita yang sebenar-benarnya itu akhirat yang abadi.. apakah persiapan kita menghadapinya?..

    kalaulah bercinta itu mendekatkan diri kepada Allah.. maka teruskan.. cuma rasanya bercinta sebelum kahwin ni.. lazimnya lebih melalaikan.. dan rasanya tidak ada bercinta sebelum kahwin.. kalau sudah berkahwin.. itu berbeza.. bercinta dalam perkahwinan itu digalakkan malah disuruh.. itu barulah dikira mendekatkan diri kepada Allah.. barulah selari dengan matlamat sebenar kita.. yakni meraih redha Allah.. itu barulah boleh dianggap antara persiapan untuk bertemu dengan Allah..

    cuma.. cubalah fikirkan.. pada hari semua manusia dikumpulkan.. pada hari kita disuruh membawa amalan yang akan dipandang oleh Allah.. adakah kita hendak membawa cinta yang murahan ini di depan Allah?.. kenapa para pejuang islam yang lain bersusah payah dalam kehidupan ini, sedangkan kita bersenang-lenang bercinta tidak ada batasan, lalu di hari akhirat kelak, kita rasakan kita sama sahaja seperti mereka.. layak diberi pandangan yang sama taraf oleh Allah.. jauh sekali!

    ana memang tidak layak untuk berbicara soal cinta dan permasalahan hati.. sekadar berkongsi pendapat sahaja.. hati dan perasaan ini mampu dikawal sebenarnya.. ia perlu kepada mujahadah yang kuat.. ketabahan dan kecekalan.. kita semua tahu ganjaran dan kelebihan bermujahadah.. kita tahu hukum hakam bercinta.. kenapa kita menafikannya.. peringatan untuk ana sendiri.. sekiranya yang lain dapat mengambil manfaat, maka ambillah..

    ana tidak ada nasihat yang khusus untuk golongan tersebut.. kerana apa sekali nasihat yang diberi.. sekiranya empunya diri tidak mahu menerima.. mahu terus hanyut dengan kerendahan dan kemurahan cinta palsu.. bukan seperti yang diajarkan oleh islam.. maka, sampai bila-bila pun tidak akan mampu kita mengubahnya.. diri sendiri yang perlu dihadirkan satu rasa takut kepada Allah.. baru terkesan akan nasihat-nasihat dari sahabat-sahabat seperti enti..

    firman Allah..

    “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

    (Surah ar-Ra’d [13]:11)

    satu lagi ana nak bangkitkan.. ke mana hala tuju kisah cinta ini?.. sekiranya perkahwinan.. adakah ringan-ringan sebelum berkahwin ini membawa redha Allah.. kita impikan baitul muslim yang sejahtera.. maka kita harus ikut ajaran yang sejahtera.. islam.. redha Allah penting dalam kehidupan kita.. keberkatan dari Allah itu penting.. kita tiadalah sesiapa di muka bumi ini melainkan hamba yang tiada daya upaya kecuali dengan rahmat dan kasih sayangNya.. kerana redha Allah terhadap kita kita berjaya dalam sesuatu.. berkatnya amat penting.. keberkatan itu sesuatu yang tidak dapat dilihat atau digambarkan.. ia perlu dirasai.. kadang kita kata orang kaya itu untung.. tapi kita lihat dia kaya, tapi hidup tidak tenang.. asyik resah gelisah.. sibuk dengan urusan harian dan bermacam-macam lagi.. dan seorang lagi.. tidaklah kaya, tetapi tidaklah miskin.. sederhana.. namun hidupnya tenang dan bahagia.. di situlah peranan keberkatan Allah.. dan sekrang kita kata, kita mahukan kerberkatan Allah.. tapi kita buat sesuatu yang tidak disukai Allah.. mana mungkin kita akan meraihnya..

    peringatan ini buat ana sendiri.. ana yang menulis, ana lah orang yang pertama yang membaca penulisan ini.. jadi, sesiapa nampak ana tersilap langkah.. diharap dapat tegur.. jangan biarkan diri ini terus di atas landasan yang salah..

    moga bermanfaat..

    wAllahua’lam..

  44. Assalamualaikum ikhwan dan akhwat semua..
    huhu, best baca semua pandangan2 semua diatas.. alhamdulillah banyak yang bermanfaat dan sgt2 berguna..
    nak kongsi .. sebelum ni ana pun pernah ‘terhanyut’ dengan cinta..:'( kalau diingatkan kembali..nak menangis pun ada juga.. tapi apa hak kita untuk melihat masa lalu kita..Setiap kejadian ada hikmahnya..

    Alhamdulillah..Allah dah beri hidayah pada kita…Allah masih sayang kat kita orang..:'( Semoga Allah terus memberi hidayah dan memberi redhaNya pada kita semua..Amin..

    Salam ukhwah,
    Ana..dari negeri jiran..:-)

  45. wa’alaikumussalam.. alhamdulillah.. moga terus bermanfaat.. dan setiap yang bermanfaat itu, moga diambil pengajaran dan diterapkan dalam amalan harian.. kerana sekiranya apa yang dikongsikan ini semua hanya sekadar byte-byte di dalam komputer.. alangkah ruginya.. ibarat buku yang muktabar.. di biarkan di atas rak buku berhabuk.. berkurun-kurun terperap di dalam bilik.. moga pengetahuan membawa kepada kefahaman.. dan kefahaman menyuntik keinginan.. apabila berkeinginan kita akan beramal.. dan amalan yang bertunjangkan keinginan dari hati, insyaAllah akan berterusan.. bukankah banyak kata-kata berkisar mengenai ilmu tanpa amal ini.. antaranya..

    “ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.”

    – pepatah arab –

    selain itu, Imam al-Ghazali juga ada berkata mengenai ilmu tanpa amal.. katanya..

    “ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.”

    – Imam al-Ghazali –

    moga anggota menurut apa yang dilafazkan lisan.. bukan sekadar pandai berkata-kata.. amin..

    alhamdulillah.. semoga kita semua terus di bawah payung rahmat ilahi.. semoga kita sentiasa diberkati.. semoga semuanya terus kuat mencari redha Ilahi Rabbi.. amin..

    moga amalan selari dengan kata-kata.. amin..

    wassalamu’alaikum..

  46. assalamualaikum..
    alhamdulillah, ana sgt brsyukur krn akhirnye Allah membuka hati ana utk mmbace blog ini..
    ana nk tnye ni..
    ana ade trsuke seseorg nih..
    dan prasaan ana ni sudah duketahui oleh rmai org dlm klgn shbt2 ana(mksdnye dh x mujahadah la ni)..
    ana pun br sdr bahawa ana x spatutnye pikirkn soal2 cinta ni lebih2 lagi sbb ana nih seorg student(PMR)..
    tp shbt2 ana slalu menggosipkn ana dan menyebabkan ana sering terigt2 ttg die..
    jd ana ingin minta pndpt antum..
    ape yg harus ana buat??
    ana takut ana x dpt lpekn die lebih2 lg die sblh kls ana shj..
    dan bila ana mengatakn bahawa ana ingin melupakannye kpd rakan2 ana, mrk menyatakn bahwa prasaan ini sudah mnjadi lumrah kehidupan seorg manusia, jd kite x dpt mengelak drpdnya..
    apa yg harus ana lakukan??

    >hari ni ana balik asrama..

  47. Katakan kpd mrk dan berkali2 kpd diri bahawa mmg perasaan itu sudah menjadi lumrah, jd mmg kite x dpt mengelak drpdnya…akan tetapi cinta kasih dan sayang itu datang dan pergi. Ia boleh pergi dengan hadirnya cinta hakiki dariNya yang Maha Kudus.

    Yang di sebelah kelas itu nampak di mata pasti hati lebih mudah terpaut tambah lagi dengan galakan rakan2 yg seakan2 baja dan apalagi jika dibalasi perasaan itu, kelak akan tersiram suburlah nanti ia menjadi sebuah cinta yang ibarat setitik candu yang akan mengakibatkan ketagihan dan akhirnya akan terseksa.

    Jika belum mampu terbang tinggi, berehatlah seketika di dahan rendang. Kutip segala ilmu dan bekalan hati. Jika dia yang terbaik, pasti 2, 3 atau 4 tahun lagi mahupun lebih pasti kan bertemu lagi dengan syarat kita berdoa agar Allah jua memeliharanya sehingga kita mampu mendekatinya. Dua, tiga tahun tidak lama apalagi jika diisi dengan pencarian ilmu untuk dunia dan akhirat. Jika dia yang disebelah kelas itu yang terbaik untukmu pasti ikatan yang halal akan jadi kenyataan.

    Jika tidak, ingatlah pesan ustaz tadi,

    Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga.
    Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.

    Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3).

    Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. Ingatlah, cinta itu ibarat api. Ia boleh menjulang tinggi dalam kelajuan yang tidak berkadaran secara normal dan akhirnya boleh membakar pencetusnya. Wallahualam.

    Kata2 ini buat ingatan anak2 remaja Ummi juga dan pastinya bagi insan yang telah bertemu cinta fatamorgana di dunia yang fana ini, pencarian cinta yang hakiki tak pernah lenyap dan perlu disuburi setiap masa agar cinta yang sifatnya boleh datang dan pergi itu sentiasa terpaut, kerana itulah cinta hakiki tang bakal memandu kita menemui redhaNya. Wallahualam fissawab. Buat ingatan diri ini yang selalu amat leka dan alpa. Tuhanku peliharalah diriku ini dari segala yang melalaikan. Amin.

  48. salam..
    dulu saya pernah bercinta, tapi saya ambil keputusan berpisah setelah saya sedar COUPLE itu haram, tapi saya tahu pasangan saya tidak boleh terima alasan itu, jadi saya bagitahu saya nak berpisah sebab parents saya tak suka..
    sekarang.. saya telah insaf dan bertaubat dengan dosa yang telah saya lakukan masa couple dulu.. saya belum pernah terlanjur tapi banyak zina hati dan lain2..
    saya mengharapkan jodoh saya di kalangan orang2 yang kuat imannya.. yang boleh membimbing saya setelah berkahwin..
    tapi, saya takut bile baca tentang dialog antara ustaz dan pelajar tadi, mungkin kah saya akan mendapat suami yang pernah berzina/bercouple juga..

  49. Saya cuma ingin melontarkan pandangan. Kenapa Hamba ALLAH perlu risau tentang mendapat suami yg pernah bercouple? Nasihat ustaz itu untuk menjauhi zina/couple, bukan untuk jadi judgemental terhadap orang lain.

    Bak kata Imam Syafi’e: “Be hard on yourself, easy on others.”

    Bak kata Syaikh Abdal Hakim Murad: “There’s too much judgment of others and not enough judgment of ourselves. There’s too much self-righteousness and not enough self-knowledge…”

    InsyaAllah kalau kita jaga diri kita (berserta usaha), adalah yang baik akan datang, tak perlulah nak judgemental.

    (http://al-azel.blogspot.com/2008/05/calm-down.html)

  50. jazakallahukhairan kathira..
    skrg ana dh nekad..
    cinta padaNya cinta hakiki..
    mengapa kita perlu menagih cinta manusia sedangkan cinta Allah belum dikejar lagi??
    Ya Allah, Antal ghaniyyu
    Wa nahnul fuqaraa’….

  51. saya pelajar utp.. saya berkawan dengan pelajar politeknik.. saya masih dalam usaha memperbaiki diri saya, beitu juga dia. kami menangguhkan hubungan kami kerana saya takut zina hati dan dia memahami saya. saya sangat bersyukur dia memahami saya. saya terlalu sayangkan dia dan saya tahu dia juga begitu.. sya minta dia berjumpa dengan ibu bapa saya dan dia cakap dia memang ingin berjumpa tetapi dia sendiri faham yang dia tidak layak untuk saya berdasarkan kelulusan kami.. saya beritahu dia, jika dia betul2 inginkan saya sebagai isteri, ambil saya dari mak ayah saya kerana saya masih bawah jagaan mereka.. saya menantikan kehadiran dia tetapi saya juga faham yang dia berasa sangat malu untuk bertemu ayah dan emak saya. saya beritahunya, jangan hilangkan diri kerana saya pasti akan mencarinya bila masanya sudah sampai tetapi dia tak dapat janji kerana selagi saya tahu dia di mana, dia akan ternanti2 kan kehadiran saya.. saya terlalu sayangkan dia dan saya tahu itu zina hati. sebab itulah, saya ambil keputusan ini.. saya sayangkan dia.. apakah tindakan saya ini betol..?? dan ape yang perlu saya buat selepas ini…? bantu la saya…

  52. saya pernah terbaca hukum bercinta adlh haram..
    tetapi bile bertanya kpd seorang ustaz di tmpt sy belajar menjawab x haram..sy musykil dgn jawapan kedua2 ni..
    dan saya igin bertanya jika kita mmpunyai kekasih dan mpunyai perasaan rindu kat dia..adalah ia termasuk dlm maksiat hati??
    adalah wujud maksiat hati 2 dlm islam???

  53. assalamualaikum..
    sy nak minta sedikit pendapat..kenapa saya terlalu mudah utk sukakan seseorang?maksud sy,mudah utk jatuh cinta..sy x suka perasaan macam ni..sy masih sekolah lagi dlm tingkatan4.setiap kali sy rapat dgn seseorang2,mst sy akan ske dkt dy..dan setiap kali sy ske kat org2,msti org2 dah berpunya.asyk bertepuk sblh tgn jer.len yg nk,len yg dpt..thn dpn nk spm,xtau cmne nk hindarkan diri dr perasaan mudah utk jth cnta..klu blh nak focus pd study n nk hentikan angan2 xkesampaian nie..tlg bg komen ckt..

  54. Assalamualaikum…

    Hari ini bertarikh 14/06/09. Post Tiada Couple dalam islam bertarikh 9/05/07. Harap belum terlambat untuk saya join forum ini.. Sya ada beberapa soalan. Harap ada yg sudi untuk menjawab pertanyaan saya;

    a) Apa pendapat saudara/saudari bila dating berteman.. maknenya x berdua-dua la..ada org lain teman.

    b)apa tafsiran lelaki baik dalam islam..

    1. wsalam wbt..
      apa yg sy selalu dgr dlm kuliah2 agama adalah:

      1. bila nak keluar berjumpa, pasangan perempuan mestilah ditemani oleh mahram(emak, adik, ayah etc) yg baligh dan berakal..

      2. lelaki baik tidaklah perlu sampai darjatnya ustaz atau ulama, lelaki itu sudah dikira baik sekiranya dia menjaga dirinya dr melakukan kefasikan kpd Allah spt meninggalkan solat, tidak menjaga aurat(pakai seluar pendek), minum arak etc..

      harap ianya membantu.. sebarang teguran amatlah dialukan.
      jazakaLlah khairan khathira.

  55. sye ingin bertanye , saye minat pade seorang lelaki dalam kelas saye .patut ke saye meluahkan perasaan saye kepada dia ? atau saye pendam kan sahaja perasaan saye

    1. saya rasa baik awk tidak mengambil peduli tentang perasaan kerana awk masih sekolahkan jadi nak buat apa bercinta bukan boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita. saya rasa awak pendamkan sahaja perasaan itu kerana perasaan cinta itu BUTA dan MENYAKITKAN HATI

  56. sye mudah jatuh cinta pada semua lelaki tapi saya mengharap boleh melupahan merka semua.bolehkah saya memandang mereka walaupun mereka tiada perasaan dengan saya atau memandang mata mereka itu dikatakan sebagai zina

  57. Sendiri bikin soalan sendiri jawab boleh laaa
    pegi la jumpa geng geng Islam liberal and bersoal jawab
    dengan diorang… pasti terkucil punya…

    aku bukan sokong puak2 diorang, tapi suka tengok diorang putar belit sampai muka ustad merah padam. Kalau ustad bagi satu nas al-Quran dia bagi 10 nas al-Quran lak , begitulah umpamanya…..

  58. Sabda baginda: Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka. (Riwayat al-Bukhari).
    Islam itu jelas yang halal dan haram. Isu cinta halal haram tuh, bergantung pada maksud penyoal. Bercinta sekadar perasan? Hanya perasaan hati atau bercinta melibatkan kedua2 pihak? Bila ditanya, boleh kita bercinta? Itu maksudnya boleh ke kita ada perasaan pada jantina lain atau boleh ke kita saling bercinta dengan pasangan jantina yang lain?
    Betul, perasaan tertarik pada jantina berlainan itu fitrah. Jangan persoalkan lagi, ada dalil nya di dalam Quran. Bila dah suka, ok, kita suka. Takde masalah di situ. Islam tak suruh: Aaaiiikkkk,,,, takleh, takleh. Takleh ada perasan, buang perasaan tu. Tak, Islam tak kata itu. Jangan risau masalah perasaan hati. Biar Allah tentukan itu semua. Kita berusaha, berdoa, bergantung semuanya pada Allah. Bila dah minat seseorang, berdoa pada Allah untuk dijodohkan dengan dia. Dah tak payah pikir perlu bagitau dia atau tidak, boleh ke tak ada perasaan dan lain2. Allah suruh berdoa pada Dia, mohon pada Dia, bergantung pada Dia, tak… nak juga fikir lain. Boleh ke tak nanti saya nak berjodoh dengan dia? Dalam kita dok berfikir kita perlu berusaha, kita lupa yang kita berdoa, mohon sedaya upaya pada Allah itu pun usaha. Malah usaha yang sebesar-besarnya, kita mohon pada Perancang segala sesuatu. Tak perlu pikir perlu bagitau ke, dia tu jodoh aku ke tak, dia suka aku ke tak..? Itu semua benih syaitan tanam dalam hati kita, buat kita fikir yang macam-macam. Benda2 yang tak perlu. Ok, kalau bagitau pun, apa yang kita nak kecapi sebenarnya? Kita nak dia tahu dan dia beri respon? Respon apa? Respon macam mana? Kalau kahwin, Alhamdulillah. Jika bukan, kita ber’couple’? Haaa, kat sini yang jadi isu yang berkait2. Tak, kita tak ber’couple’, cuma berhubung, berkawan rapat sahaja. Pastu inilah itulah. Sampai terjerumus dalam nafsu, yang mana bila kita nak keluar nanti dah susah. Hati sudah hitam, keras, Nauzubillah.
    Pendapat saya, kenapa ada orang kadang kala terlalu mudah jatuh cinta adalah kerana berlaku mainan mata terutamanya. Bukan bermaksud suka berkenyit2 tuh, tapi bila kita tak menjaga pandangan mata kita. Kita asyik tengok orang, terutamanya berbeza kaum, Adam atau Hawa. Pandangan mata itu yang menjadi senjata syaitan.
    “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” ( An Nur:30)
    Masalah mudah tertarik ni, yang utamanya adalah kerana individu itu sendiri. Jaga mata. Saya juga Kaum Hawa, saya sedar, mudah kalau kita terjerumus dalam masalah ini. Tapi yang penting, jaga mata. Kalau selau tengok, itu yang berbahaya tuh. Awal2 memang tak terniat apa2, tapi bila dah menjadi kebiasaan, itu yang kita terpesong tuh, Nauzubillah.
    Kita mungkin ingat kita tak mempunyai niat apa2, tapi Allah Maha Mengetahui kelemahan hamba-hambaNya. Kalau nak berbicara, biarlah ada sebab. Elakkan kita sendiri cari sebab.
    “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (Al Ahzab: 32)
    Jangan jadikan nafsu punca utama kita cuba untuk lari dari hukum Allah. Bila Allah larang, jelas kita kena jauhkan. Saya hamba Allah yang lemah, selalu berlari pergi ke arah Neraka, tapi Alhamdulillah, Allah masih sayangkan hamba dia yang hina nih. Kita manusia yang lemah, kita sendiri tak tahu kelemahan-kelemahan kita, yang saya pesan pada Kaum Hawa, jangan putus dari bergantung pada Allah. Ingat, hubungan antara lelaki dan perempuan ni, memang kita bermain dengan api.
    Sabda Nabi: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
    “Dari Abu mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amr al-Ansoriy al-Badriy RA katanya: “Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya salah satu perkara yang diketahui manusia dari ucapan kenabiah terdahulu: “Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa yang kamu suka.” (HR al-Bukhari)

  59. alhamdulillah setelah saya membaca kisah ini saya sangat yakin tiada istilah kapel dalam islam sebelum kahwin..kapel2?? adalah perkara yang saya pling takut terjadi pada diri saya untuk kali seterusnya..kali ini saya bertekad tidak akan menghampirinya insyaALLAH…kadang2 teman2 saya bertanya pada saya tentang kapel tapi saya memberi penjelesan kurang dalam kerana saya takut satu hari nanti akan terjadi pada diri saya..maaf..wallah’am

  60. Assalamualaikum..
    yatie sungguh tertarik dengan perkara di atas..mm..sememangnya indah apabila kita mengorbankan kasih dan cinta kita kepada seseorang lelaki kepada cinta kepada yang satu iaitu Allah..dulu yatie bercinta tp atas banyak sebab yatie putuskan hubungan tersebut disebabkan hanya kerana Allah..moga yatie tergolong dalam wanita yang hanya berkasih dan sayang selepas tertunainya ijab qabul..amiiin…

  61. perasaan cinta itu naluri bukan?
    jika kedua-duanya mempunyai perasaan yang sama,namun ada perkara yg membataskn mereka utk berkahwin seperti masih study.sedangkan cinta itu telah hadir di hati kedua2nya.adakah mreka dilarang berkongsi perasaann tersebut.hanya sekadar itu.tidak lebih dan tidak kurang.

  62. assalamualaikum…

    Subhanallah..
    betapa banyak nye ilmu yg saya dapat tentang cinta dalam islam yang menganjurkan umatnya menjaga dan mengawal perasaan cinta agar ia suci dan ikhlas kerana Allah SWT…
    di sini ingn saya bertanya..
    bagaimana jka seseorang itu berubah kerana die mencintai sesorang itu dalam diam?
    Saya menyayangi seorang laki ni$ di kolej saya dalam diam. dia x tahu akan hal ini..saya dan die x pnah pon berbual o berjumpa secara personal.
    cuma die dalam 1 kuliah saya..
    bagi saya die seorang yang amat sempurna..tiade cacat cela pon..die seorang yang pandai, selalu mengimarahkan masjid, berkarisma dan berwawasan..itu secara lahiriahnya..zahiriahnya wallahualam..namun begitu saya selalu menganggap diri die sempurna..saya ade 1 prasaan bile saya berhadapan engannya..stiap kali saya berhadapan dengannya saya akan rase diri ni hodoh, bodoh n hine sangat..saya x tahu kenape timbul prasaan mcm 2..saya rase rndah diri sangat..
    disebabkan prasaan sayang n suke kat lelaki ni saya berubah..contohnya dulu saya ‘freehair’..disebabkn laki ni saya bertudung..dulu waktu2 solat pon lobang2..tp sekarang Syukur Alhamdulillah tiada istilah ‘ponteng’ bagi saya dalam mengerjakan ibadah..
    1 hari saya tertanya2 saya ni beribadah ikhlas kerana Allah atau kerana lelaki yang saya sayangi 2?
    saya selalu je berdoa agar Allah ikhlas kan hati saya supaya beribadah betul2 kepadaNya bukan kerana lelaki 2..
    tapi stiap kali saya ikhlaskn diri saya akan terbayang-bayang dan teringat2 kn laki 2..
    saya rase serba salah sangat..
    serba salah yg teramat padaNya..saya rasa berdose sbb perubahan yang berlaku bukan kerana Allah..saya takot perubahan ini tidak berkekalan..
    pada masa yang sama lelaki ini masih lagi saya cintai walaupun kami tidak lagi sekolej..
    saya x tahu kenapa sampai skarng saya masih tidak boleh lupekan die..selalu juge saya mendoakan kebahagiaan dan kejayaannya..
    saya juga doa agr Allah buangkn jauh2 prasaan sy terhadap die sbb takot sy x ikhlas beribadah kerana Allah..tapi disebabkan kelemahan saya sebagai seorang manusia saya masih lagi terbayangkan die..
    harap kawan-kawan dpt membantu sedikit sebanyak masalah saya ni..
    terima kasih..

    P/s: tersepit antara cinta Illahi dan cinta manusia..minta pendapat agar dapat saya kukuhkn pendirian ini sebagai muslimah sejati..

    1. nampaknya prob kita sama .minta tolong send kat email kalou ade jawapan bg soalan2 di atas ye .
      tq! 🙂

  63. Saya ada pertanyaan, iaitu seorang suami yang terlalu sibuk dengan kerja dan pada masa yang sama melepaskan tekanan dengan berjumpa rakan-rakan dan perkara ini berlaku terlalu kerap sehingga masa untuk keluarga terabai. Walaubagaimanapun, dari segi belanja dan keperluan rumah masih lagi terjaga, timbulnya maslah ialah isteri seperti terasa suami mengabaikannya sedangkan suami tidak pernah melakukan perkara yang dilarang dlm islam. Dan sekarang isteri pula sekarang suka dengan lelaki lain hasil dari perkenalan melalui rakannya, berkenalan melalui sms. telefon & YM sehingga satu tahap bersua di satu masa. Suami sudah menegur perbuatan isteri dan berjanji akan merubah keadaan, tetapi isteri mempertahankan kehendaknya untuk terus berkawan dengan lelaki tersebut atas sebab soal hati, jadi sekarang saya ingin tahu adakah soal hati itu penting dalam islam sedangkan pepatah ada menyatakan kalau ikut hati mati dan ikut rasa binasa.

  64. di dunia ini banyak orang jahat dari yang baik. berlaku kerana manusia tidak lagi mengikut atau memahami agama mereka iaitu agama islam. Hanya mewarisi agama atas nama kad pengenalan. Insyaallah kemunkaran tidak akan berlaku jika semua manusia taat pada Allah , rasul dan seumpamanya. Tapi itulah perjalanan hidup ini. Bagi mereka yang menyedari teruskan pencarian ke jalan yang benar dengan niat kerana Allah. Insyaalah semuanya ada jawapannya. Amin

  65. peringatan..
    NABI ADAM ITU MAKSUM… hehe..
    kalau kapel kita jaga ADAB pergaulan pun x boleh ea??? maksudnya bila jaga adab yg juga digariskan Al-Quran, maka tiada la peluang setan nak cucuk jarum… ulama2 mngeluarkan pendapat mengikut zaman.. tiada paksaan utk ikut yg mana.. yg wajib diikuti adalah Al-Quran dan sunnah.. Bagaimana pula dengan bertunang yg merupakan sunnah nabi??? cam tiada beza je ngan kapel… tolong bagi penjelasan

  66. bercinta itu sememangnya tersangat-sangat indah.,bagi pasangan yang sedang terkhayal-khayal bercinta.,tetapi mereka tidak sedar akan hukumya kita bercinta pada usia remaja.,aku juga pernah melalui pengalaman itu.,dan kini ku tahu diriku ku ini telah membuat keputusan yang salah.,aku telah insaf.,dahulu aku bercinta dengan seorang insan yang namanya rahmat.,aku sdangat mencintainya sepenuh hatiku.,kami bercinta melalui sms dan telefon.,ku tidak pernah bertemu dengannya.,ku mengenalinya melalui seorang rakanku.,setelah setahun lebih kami bercinta.,aku memikirkan betapa banyaknya dosa yang telah kami lakukan.,aku rasa menyesal sangat2.,dan ku ambil keputusan untuk tinggalkan dirinya.,kini ku mempunyai prinsip yang ku akan ikuti.,iaitu ku tidak akan bercouple atau berpasangan ngan sesiapa sehingga bertemu jodoh ngan seseorang.,iaitu berkahwin.,sesiapa yang sepertiku ini.,insaflah.,masih belum terlambat lagi.,alhamdulillah.,bersyukur kepada allah kerana telah memberikan peluang kepadaku untuk insaf dan meninggalkan perkara maksiat dan terhina ini.,

  67. islam adalah satu agama yang mencerminkan seseorang. sesungguhnya kita dilahir dari perut ibu yang juga islam.. janganlah kita menukar agama..

  68. bagaimana kita nk tahu seorg lelaki itu serius dengan kita.. serius ke alam perkahwinan.. dr sikap dan tindakan.. saya ingin mengetahui… terima ksih..

  69. camne yek ustaz kita nak putuskan hubungan ngan dia..sy dah lame taw kapel 2 haram tp bila sy mintak klash…2 -3 ary esoknya dia masuk hospital sbb dia ade penyakit kanser paru2.. sy kesian sbb dia x leh hdup klw sy tinggal kan dia..mcm mane nie ustaz,, pliz sy perlukan pertolongan..sy dah x de rase syg kat dia tp sbb penyakit yg dialami agk serious sy jd kesian thp tkut.. hope ustaz dpt bantu.. bg tips 2 kat email sy..

  70. sy ade mnat dgn seorg bdk laki nie..msalahnye dy dah ade awek..skrg nie sy pom 4..mcm mane sy nk lupekn dy..scare jjurnye sy x suke org yg couple..sy hrp sesiape yg couple x kecik aty..sy just bg pndangn…

  71. salam..sy de kenal sorg laki ni..dye klazmate sy kat u..pjg citenyea..tp dipendekkan cerita..dye tlh hntr msj kat sy dengan menyatakan minat dye terhadapt sy..then sy tolak dan anggap je sbg kawan je dulu..dia penah cakap yg dia x nak couple just nak relation ats nama jer n kiranya mcm cop sy untuk dijadikan sbg isterinya kelak…sy tetap tolak dgn permintaan dia tu…tp sebagai manusia,iman naek turun..lame2 sy terterima relation tu tp bukan couple..kitorang just mesej2 mean kenal2 melalui telefon…lam kelas mmg x penah tgur sapa..tp yang peliknya dia mahu kitorang mesej macam berkasih2 syg..sy agak pelik sbb rase perbuatan tu da jadi macam couple…n sampaila suatu hari..saya terang pe yg saya x suka..then dia x dapat nak terima dan dia mintak putuskan relation tu…sampailah hr nie,sy terjumpa article nie..sy da nekad akan putuskan n akn akhirkan perbuatan nie semua……..skang sy ad rs sedikit buntu yg amat..boleh bg pendapat x ttg masalah sy ni????????

    kadang2 sy terpikir sy akan amat rugi putuskan relatin nie sbb dia memang seorng yg sgt nekad suka sy…sy takot x akan dpt lagi lelaki mcm dia..buntu2xxxx…

    pastu soklan sy lagi…dalam jodoh nie,kita mesti usahakan cari jugak kan????x boleh just tunggu je kan?????tp mcm mane usaha tu????

    ok…harp sape2 boleh bg pendapat..tq..

  72. dan satu lagi…biler da putus…dia warning supaya jgn mesej dia lagi dan kitorang x kan kenal lagi selepas nie…tp sedangkan kitorang klazmate skrg…amat2 susag la mcm nie….mcm mane cara nak sejukkan dia n nak buatkan dia paham…..???????

    1. Salam

      Dik, naqibah akak kata, lelaki macam tu sebenarnya adalah penipu. Kata-kata manis cuma untuk mengaburi saja. Hasilnya, dia konon2 marah bila putus relationship. Trick je tu nak pancing rasa kasihan. jangan terpedaya ok! =)

      Lelaki yang baik akan MALU untuk mengenali wanita dengan cara begitu.

      Dalam syariat Islam, perhubungan melalui orang tengah adalah lebih afdhal. itu juga salah satu usaha kan.

      Adik takkan pernah rugi memutuskan hubungan ini. Percayalah. Sesungguhnya cinta ILAHI itu lebih abadi dan menenangkan.

      Untuk mendapat yang soleh, jadilah SOLEHAH.

      Wallahua’lam.

      p/s:afwan tuan rumah, menjawab sekejap.

    2. Salam,

      Teguhkan hatimu!

      Perempuan yg baik di bibirnya tidak melintas nama lelaki, dan di bibir lelaki tidak terlintas namanya.

      Kalau lelaki tersebut suka ke demo sungguh pon, suka dia berdasarkan rupa paras atau sikap ( Which is satu asas yg sangat rapuh dalam perhubungan)

      Kalau tiba2 ada lelaki soleh contohnya, dia tidak kan buat macam lelaki tersebut tu, jika dia berkahwin dengan nurul pon, pasti dia akan sayang nurul sangat2 sbb lelaki soleh biasanya ikut perintah Allah dan mencintai isteri adalah perintah Allah (ada hadis), so, apa beza dengan lelaki yg nurul sebut tu?

      Lagipon kalau nurul mendapat cinta lelaki tersebut dengan cara begitu, iaitu cara yg tidak berapa halal bagi saya, maka di manakah berkah perhubungan tersebut?

      Fikir2 kan.

      Wassalam

  73. – diambil daripada blog Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz dalam entri yang bertajuk ‘Couple’ Itu Haram!

    Bismillahi walhamdulillah.

    Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang pelajar saya melalui email. Sebagai perkongsian dan untuk manfaat bersama, saya masukkan dalam blog dengan sedikit pindaan dari segi ejaan. Sebab saya kurang berkenan dengan penggunaan singkatan-singkatan yang merosakkan Bahasa Melayu kita! Berikut adalah perbincangan kami…

    Salmah (bukan nama sebenar): Salam,, ustaz saya ada terbaca beberapa artikel pasal couple yang mengatakan bahawa bercouple ni haram.. Mulanya terkejut juga.. tapi bila baca balik ada betulnya artikel tu. Tapi saya masih keliru sikit, betul ke couple tu haram?

    Saya: Salam. Sebelum saya jawab, boleh perkenalkan diri. Supaya jawapan saya lebih sempurna. Terima kasih

    Salmah: Wa a’laikumussalam, saya Salmah bt Hasan.

    Saya: Salam. Terima kasih kerana memperkenalkan diri, Salmah. Saya tak mahu mengagak-agak, sebab ada ramai Salmah!

    Pada pengamatan saya, sudah memadai semua artikel yang Salmah baca tu. Tidak perlu rujuk saya. Tapi kerana Salmah dah tanya, maka pendapat saya, couple itu haram. Mungkin saya akan mengulangi hujah yang sama macam artikel-artikel tersebut.

    Ringkasnya;

    1. Apa maksud couple? Jika maksudnya seorang lelaki mempunyai seorang kawan perempuan, atau mengenalinya sebagai rakan sekerja, maka hukumnya harus. Selagi mana tidak melibatkan unsur-unsur yang membawa kepada haram. Tetapi jika perkenalan, persahabatan dan berpasangan tersebut membawa kepada perkara haram, hukumnya adalah haram ber’couple’! Orang yang bijak tidak melihat sesuatu pada zahirnya sahaja, tetapi akan meneliti kesan jangka panjangnya.

    2. Antara keistimewaan Islam; mencegah dan mengharam semua perkara yang membawa kepada kemudharatan. Sebab itu Allah sebut; Janganlah kamu mengHAMPIRI zina. Maksudnya, semua perkara yang menJURUS ke arah zina adalah haram, termasuklah coupling tadi. Kaedah syarak menyebut; Setiap perkara yang membawa kepada haram adalah haram. Sebagaimana ada juga kaedah syarak; Mukaddimah kepada wajib adalah wajib.

    3. Apa perlunya berpasangan dalam SUASANA SEKARANG? Pada saya, tidak lain daripada menurut runtunan nafsu dan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Adakah layak seorang pelajar muslim berpasangan? Sedangkan masa lapangnya diamanahkan Allah untuk menuntut ilmu, dan kelak akan dipersoalkan di akhirat. Adakah terdapat dalam sirah nabi dan sejarah para sahabat mahupun para tabien bahawa mereka berpasangan? Adakah keadaan umat Islam kini yang dihimpit oleh musuh-musuhnya mengizinkan kita untuk membuang masa dan melayani perasaan. Amat tidak wajar sekali…

    4. Dengan jujur, jawablah soalan saya; Apakah perlunya berpasangan? Jika boleh meningkatkan iman kepada Allah, silakan. Jika boleh memaju dan menguatkan umat Islam menentang musuh, silakan. Jika boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir, silakan…

    Wallahu a’lam. Itu pendapat saya, seperti dipinta. Harap dapat menjawab kemusykilan. Wassalam.

    Salmah: Wa a’laikumussalam. Terima kasih ustaz. Ada jugak saya menegur budak-budak junior ni. Tapi dia orang mempersoalkan siapa saya untuk bercakap tentang perkara tu. Rasa terkilan jugak bila dengar dia orang cakap. “Hai! Sejak bila akak dah jadi alim ni?” Tapi saya anggap tu sebagai gurauan. Sejak tu saya tak pernah lagi menegur kawan-kawan saya yang bercouple ni sebab takut dia orang pulak yang akan kata saya macam tu. Apa-apa pun terima kasih kepada ustaz sekali lagi.

    Saya: Salam. “dia orang mempersoalkan siapa saya untuk bercakap tentang perkara tu”

    Siapa kita? Kita adalah seorang muslim. Tugas kita ialah mengabdikan diri kepada Allah. Pengabdian diri kepada Allah bukanlah dengan ibadat khusus seperti solat dan puasa. Tetapi termasuk juga mencegah kemungkaran. Seorang muslim mendapat ‘permit’ secara langsung dari Allah untuk mencegah kemungkaran.

    “Hai! Sejak bila akak dah jadi alim ni?” Jawabnya- Sejak Allah beri saya petunjuk, sehingga saya kenal baik dan buruk. Apa yang kita buat bukanlah suatu yang extra sehingga dapat title ‘alim’, tetapi sekadar melaksanakan kewajipan asas seorang muslim. Takutilah azab Allah yang tidak akan menimpa orang-orang yang membuat maksiat sahaja, tetapi jika diturunkan azab akan menimpa satu kampung atau negeri! Sebab itu kita perlu cegah kemungkaran.

    So, apa nak buat sekarang? Takkan nak dibiarkan sahaja. Rakan-rakan dan umat Islam sedang tenggelam dan hanyut oleh arus jahiliah…

    Pertama, bina dan tingkatkan kekuatan diri sendiri dengan menghampirkan diri kepada Allah, banyak berdoa kepada Allah.

    Kedua, tingkatkan kefahaman tentang Islam sama ada dengan membaca, bertanya, berbincang, mengikuti akvititi anjuran pertubuhan yang Islamik.

    Ketiga, cari dan bersamalah kawan-kawan yang yakin bahawa kita perlu berubah dan kegelapan ini perlu diubah.

    Insya Allah saya sedia membantu. Wassalam.

    Salmah: Terima kasih ustaz.
    _______

    Demikianlah perbincangan kami. Mudah-mudahan Salmah diberi kefahaman yang jelas tentang Islam dan diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan hidup sebagai seorang muslimah. Umpama ikan yang hidup di lautan, tetapi tidak masin isinya!

    Wallahu a’lam.

    – diambil daripada blog Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz dalam entri yang bertajuk ‘Couple’ Itu Haram!

  74. Assalamualaikum..

    hingga sekarang saya masih bercouple. Dah 7 tahun. Sejak di bangku sekolah lagi. Dulu masa sekolah, fikiran kurg matang. hny pikir syg je. sekarang masing2 melanjutkan pelajaran. Memang kami merancang ingin berkahwin. Tapi, kami bukan dari kalangan orang yang berduit. Yang lelaki mempunyai tanggungjawab untuk adik-adik. Kami takut jika kami menyuarakan hasrat ingin berkahwin,kami takut akan mengecewakan mak dan abah.kerana kami masih belajar.Sebab kami lah harapan keluarga untuk meningkatkan ekonomi keluarga nanti. Kami tahu mak dan abah akan berfikir, jika kami berkahwin, kami akan melepaskan tanggungjwb untuk keluarga ini. Hakikatnya tidak begitu.Tidak mungkin kami akan melupakan keluarga. So untuk tidak mengecewakan mak abah, kami pendamkan dulu hasrat untuk berkahwin.

    Sekarang, kami dapat belajar di u yang sm. LAgi lah besar dugaan kami. Sentiasa bersama.. Kami nak kahwin. Kami nak kahwin pun bkn sbb nafsu semata.. Sebb nak dpt keredhaanNya..kami tau kapel ni sbnrnye tak elok… tapi kami takut nak minta izin kahwin dgn mak abah.. pernah jugk kami mintak nak kahwin dgn mak.. tapi kami kena marah.. hmm.. bkn desperate pun.. tapi cuma nk ada hubungan yg halal..tmbh2 bila dah satu u ni.jauh dr keluarga.sll berjmp.. kami tahu semua ni bolh menhampiri zina.. wlaupun tahu, kami lemah nak melawannya..masih jgk berjumpa…

    Kalau dpt kami undur masa, kami takkan bercinta masa sekolah dulu. biarlah jodoh itu dtg sndiri..terus kahwin je. tapi tu sume kalau.

    hmm… 😦

  75. salam..saya nk tnye,saya dh lmew t’jrumus dlm couple nie..nk tngglkn sume tu mmg xsngup laa…pnah gak saya t’pkie..npew couple nie b’dse…sdgkn adam dan hawa juga b’cnte..dan prnah saya t’baca cre2 ntuk b’couple dlm islam..ckp b’dse..npe still dew cre2 cm tu???saya mmg xpham laa,dan saya nk b’ubah..dlu time stdy..saya bnyk kli wt kes psal couple nie…taun dpan saya nk exm..saya nk fkus je dlm stdy..tp,tok elkkan trus couple dgan laki tu..mmg saya xleh…kalau pew saya ckp nie dew yg xbtul..tlg p’btulkan..maaf…slm….

  76. salam…
    sye nk tye,ad s’stgh m’ngatakn yg couple 2 xharam…ad plk yg kta ia haram..mne 1 yg btol??
    sye m’ngaku t’jebak jgk dlm couple2 ney…smpai skg…sllu bce artikel2 yg b’kaitan dgn benda2 cm ney..ase b’salah..t’fikir tuk b’pisah tp sye xkuat…sgt syang kn dy…xde ke cre or ape cadangan nk hdapi kes cmney??salam…

    1. salam,,setiap manusia tidak dapat lari dari nafsu dan mainan duniawi,,cinta akan duniawi dan lupa akan akhirat…tidak bolehkah kita lari dari semua ini kerana Allah,,saya akui hati seorang insan memang lembut,,tetapi mengapa kita tidak memperbanyakkan amal ibadah kita agar hati kita akan kuat untuk menjauhinya,,..

  77. assalammualaikum,,saya merupakan pelajar sekolah agama dan tingkatan empat..di sini saya ingin mengemukakan soalan yang berkaitan dengan couple..bagi pandangan saya,,kebanyakkannya orang yang banyak bercouple ialah dikalangan pelajar,,tetapi,,mengapa walaupun mereka bercouple,dan melakukan perbuatan2 yang tidak baik jika dipandang seperti dating dan sebagainya,,,tetapi mereka juga lah diantara pelajar yang terbaik di sekolah,,sentiasa mendapat tempat yg cemerlang di sekolah..sedangkan pelajar yang lain,,yang belajar bersungguh-sungguh dan menjauhi semua larangan Allah,sentiasa di bawah mereka??

  78. copied from the Internet and pasted here.

    SMS punye angkara.

    1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

    2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

    3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

    4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

    5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

    6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u… ..

    7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni… .hihihi..

    8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

    9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..

    10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

    11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?… syg x caye kat abg eh.. huhu..

    12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

    13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

    14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

    15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

    16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

    17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…

    18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

    19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

    SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…

    *********************************************************

    20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

    21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

    22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa…..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

    23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

    24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

    25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

    26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!…

    27.(terputus hubungan)

    – wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

    – si lelaki mencari mangsa baru..

    – dan kejadian terus berulang..

    ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI…so hati2 wahai WANITA…

  79. diambil daripada blog ustaz fauzi asmuni dalam entri bertajuk cinta oh cinta

    Pantun orang Melayu zaman dahulu:

    Nasi lemak buah bidara
    daun selasih saya lurutkan
    buang emak buang saudara
    kerana kasih saya turutkan

    Kalau roboh kota Melaka
    papan di Jawa saya sorongkan
    kalau sungguh bagai dikata
    jiwa dan raga saya serahkan

    Orang muda kita pula berkata:

    ‘cinta itu buta’
    ‘cinta tak boleh dijual beli’
    ‘cinta medic’
    ‘sms On Cinta’
    ‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
    ‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
    ‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
    ‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’

    gila-gila cinta
    harganya mahal
    nak beli tidak daya
    tapi ia datang percuma
    dengan sepenuh jiwa dan raga
    meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
    kerana ia tidak bermata
    emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
    mata sepet tidak mengapa
    hidung kembang alangkah lawanya
    sudah bersatu dunia kita
    susah senang kita berdua
    dunia akhirat kita bersama

    wah …. wah …. wah

    Datang zaman kebangkitan Islam. Arus dakwah terkena kepada sesiapa sahaja samada orang ini memang nak berdakwah atau orang ini adalah sasaran dakwah. Berubah nilai dan neraca. Yang dahulunya jahiliah bertukar jadi Islamik dengan sedikit ‘dakwahisasi’. Orang muda sekarang cerdik sungguh…. Pandai ‘adjust-adjust’. Pandai ‘modify’. Mereka ni mungkin tak pernah lagi berjaya mengislamkan orang bukan Islam,tapi mengislamkan unsur-unsur jahiliah ni cekap bukan main. Bukankah Adam dulu juga bercinta dengan Hawa? Bukankah Nabi Sulaiman juga bercinta dengan Ratu Balqis? Bukankah qudwah cinta sejati itu pada Ali dan Fatimah? Ni semua akibat baca silibus usrah tak betullah ni.

    Lalu da’ie zaman moden pun bercintalah juga. Tapi mereka bercinta tidak sama macam orang lain tahu. Sempadannya batasan syarak. Main-main perasaan sahaja, tidak lebih dari itu. Takut Allah murka, tak berkat dakwah nanti.

    kau tahu ku mencintaimu
    ku tahu kau mencintaiku
    ooohhhh kasih
    bersabarlah sayang
    saat indah kan menjelma jua

    tapi …….

    ‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’

    Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe. Ni da’ie ni ….. Tempat-tempat lagho macam tu tak mainlah ….

    alangkah riangnya hatiku
    luahan rasaku mendapat perhatian
    ku terima balasan darimu
    kau jua menyimpan perasaan

    warkahmu memberi kepastian
    agar kejayaan menentu pertemuan
    setiap kali di akhir katamu
    kau selalu tulis
    SEE YOU DI ICV …eeh silap IPT (sorry orang Victoria)

    Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi. Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya. Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.

    cinta itu cahaya sanubari
    kurniaan Tuhan fitrah insani
    dan di mana terciptanya cinta
    di situ rindu bermula

    cinta itu tidak pernah meminta
    tetapi memberi sepenuh rela
    rasa bahagia biar pun sengsara
    berkorban segala-gala

    Samar …. Buka Lampu Sikit

    Sikit membebel ni bukan kerana apa. Kerana sayang dan harapan yang kami berikan kepada pendakwah-pendakwah muda. Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.

    Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan. Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”

    Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.

    Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.” Sabdanya lagi: “Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”

    Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.

    Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut, pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.

    Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.” Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.

    Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.

    Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.

    Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.

    Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak. Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

    Ini adalah sikit nasihat. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.

  80. assalamualaikum….saya dah lepaskan cinta kerana Allah tapi kekasih saya cari laen pulak…saya amat kecewa…boleh pula sekarang nie dia jadi best friend saya padahal dia tahu saya memang sayangkan dia..apa saya patut lakukan..adakah saya patut melayannya atau tinggalkan..

  81. Assalamualaikum semua…
    terima kasih atas info2 kalian…sedikit sebanyak membantu menenangkan jiwa sy…insyaAllah…sy akn terus dekatkn diri dgn Allah dan trus mencari info2 sebegini…

  82. assalamualaikum ,.
    hah ! memang terbaik lah, inf0 nie .
    sbel0m nie, ingatkan kapel tu x hrm .
    rpenye, kpel membaya kite kpde perzinaan ,
    nak tanya satu s0alan boleh x ?

  83. assalmualaikum..

    sy nak tanya .. kat cini sy keliru la…. sy baca kat sini haram ble kita kple….
    tp ad lak kate kaple akan haram bergantung kepada cara dyeorg kple.. cm lak 2 eh?

  84. “Sebahagian trend biasa mahasiswa/i di IPTA/IPTS sejak dahulu hingga hari ini adalah study bersama BF atau GF, alasannya hanya belajar, padahal nafsu keduanyalah yang ‘sedang belajar’, kononnya ‘lebih fokus’, padahal mata ranjangnya si lelaki shj yg bertambah ‘fokus’. Akhirnya sama ada jatuh zina @ tak jadi kahwin @ jika kahwin byk yang mudah retak & akhirnya bercerai. Hilang sama sekali keberkatan dlm hubungan & rumahtangga, juga pengajiannya. Jauhinyalah wahai anak muda…demi kebaikan masa depan kalian.” (Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

  85. – diambil daripada Blog Untuk Remaja dalam entri bertajuk 5 Sebab Kenapa “Couple” Haram

    KENAPA COUPLE HARAM??

    PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

    Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

    KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

    Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
    haram.

    KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

    Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
    memelihara kehormatan seorang wanita.

    Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:

    “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

    Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

    Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

    “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

    Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :

    “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

    (Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

    KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

    Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
    harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

    KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

    Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

    Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

  86. – diambil daripada laman web ISMA Jordan dalam artikel bertajuk Sepertimana Bidadari

    Wahai adikku yang dikasihi sepenuh hati,

    Saat pertama kali bersalaman setelah disarungkan cincin, hati kakak tidak berdebar-debar sepertimana yang novel-novel cinta gambarkan. Tiada juga renjatan elektrik yang dirasakan bila pertama kali bersentuhan umpama yang filem-filem cinta kisahkan. Yang ada hanyalah suatu kedamaian yang mengalir meresap ke hati, dan rasa selesa menggenggam tangannya ibarat kedua-dua tapak tangan kami telah lama berkenalan. Perasaan malu tetap menyelubungi kerana hakikatnya kedua-dua pemilik tapak tangan yang sedang bersalaman itu belum pernah berbalasan pandangan mata mahupun senyuman, apatah lagi bicara yang melangkaui urusan kerja.

    Untuk apa kakak menulis mukaddimah seperti itu?

    Kalau bukan kerana cinta, kakak tidak akan tergerak untuk melayangkan curahan hati terbuka ini.

    Kerana cinta, kakak ingin yakinkan adik kakak, bahkan semua wanita muslimah di luar sana bahawa syariat sangat indah dalam meraikan fitrah. Terimbau kembali kenangan membawa PINTAR (kumpulan diskusi di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid) pada sesi lepas, ada yang melontarkan soalan kepada kakak,

    “Realistik ke zaman sekarang kalau tak couple untuk dapat jodoh? Lepas tu, bagaimana nak cintai seseorang yang kita tak pernah kenal betul-betul?”

    Laju kakak menjawab, “Memang macam tu zaman sekarang sebab masyarakat dah sangat rosak. Apa yang betul jadi salah dan apa yang bagus dipandang pelik. Tapi kita yang ada kesedaran agama, yang Allah dah pilih kena sangat thiqah dengan Dia, kena percaya betul-betul yang setiap apa yang Allah gariskan adalah yang terbaik untuk kita. Bukan setakat couple..hatta untuk elakkan zina, pandangan mata pun kita kena jaga kan.”

    Jawapan berbaur keyakinan yang tinggi itu pantas dituturkan, namun sebenarnya hati kakak terdiam lama. Tidak dapat dinafikan, tahap-tahap keyakinan setiap individu pastinya berbeza.

    Ada ‘ilmul yaqin atau keyakinan rasional; meyakini segala sesuatu berdasarkan ilmu dan pengetahuan. Kemudian terdapat ‘ainul yaqin atau keyakinan empirikal; keyakinan yang terbit atas sebab kita telah melihatnya dengan mata kepala sendiri. Berbeza bukan sekadar mengetahui indahnya Petra di Jordan berbanding membelek gambar-gambar kota Petra yang tersergam indah? Tahap yang tertinggi ialah haqqul yaqin atau keyakinan hakiki; melibatkan dzouq (rasa) dengan sebenar-benarnya dan terbukti melalui pengalaman. Nah, apabila kita sendiri mengelilingi kota Petra, keyakinan mengenai keindahan Petra benar-benar terpahat di hati dan mustahil untuk sesiapa pun merenggut keyakinan tersebut daripada diri kita.

    Bagi kakak, menjadi tanggungjawab golongan yang Allah telah kurniakan nikmat haqqul yaqin untuk berusaha menenangkan hati adik-adik yang masih berada di peringkat ‘ilmul yaqin atau ‘ainul yaqin. Rasa takjub bila mengalami sendiri cinta tanpa couple itu ingin kakak kongsikan dengan adik. Bukan untuk berbangga atau menceritakan hal rumah-tangga sedangkan perjalanan kakak masih jauh, tetapi untuk meningkatkan keyakinan adik bahawa janji Allah itu benar. Semoga adik dikurniakan kekuatan untuk percaya dengan janji Allah dan tidak terpengaruh dengan budaya couple yang menjadi norma masyarakat kita kini. Biar adik nampak kolot di mata manusia, namun adik sebenarnya dipandang tinggi olehi Allah dan para malaikat. Jangan sesekali meragui keupayaan Allah untuk menghadirkan rasa cinta selepas wujudnya ikatan yang sah. Malah, cinta yang barakah itu pastinya berjuta-juta kali lebih manis dan indah.

    Wahai adikku, si mata-air kebangkitan ummah,

    Andai kakak bertanya sekarang, apakah visi keluarga adik? Apakah yang adik inginkan bagi ibu dan ayah, adik-beradik, bakal suami, dan bakal anak-anak adik? Sasarkanlah visi adik sebagaimana yang telah Allah firmankan dalam Surah At-Tur ayat ke-21, “Orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan Kami kumpulkan anak cucu mereka dengan mereka. Dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.”

    Dengan visi yang sebegini mulia, haruslah kita mempermuliakan hidup kita. Bimbang bukan, kita bercita-cita untuk dikumpulkan di syurga Allah bersama keluarga kita, tetapi kita masih belum berperangai seperti ahli syurga. Kebimbangan ini seterusnya patut membuatkan kita cemerlang beramal dan bertindak, bukan futur atau lemah semangat mengenangkan prestasi diri yang masih corot.

    Wahai adikku yang bernilai dan berharga,

    Mari kita teladani ciri-ciri bidadari syurga, agar selayaknya kita menjadi ketua mereka bagi pasangan kita. Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Rahman, ayat ke-56, “Dan di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.”

    Adikku sayang, sopan dan menundukkan pandangan itu subjektif, maka timbanglah segala perilaku kita dengan neraca iman. Walaupun dengan rakan sekelas atau pemandu teksi, ingatlah sabda Nabi s.a.w bahawa pandangan kedua itu adalah panahan syaitan. Takut-takut setiap kali kita terdetik,“Handsomenya mamat ni!”, bakal suami yang telah Allah catatkan untuk kita di Lauh Mahfudz juga terdetik, “Cunnya awek ni!” Takut-takut setiap kali kita melirikkan mata, bertambah titik hitam di hati yang memadamkan cahaya keimanan dan menyukarkan kita membuat kebaikan. Izinkan kakak untuk menghadiahkan adik hadith Nabi s.aw. ini yang diriwayatkan oleh Ahmad:

    إِيَّاكُمْ وَ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوِبِ، فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ

    “Hati-hati kalian daripada dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil itu bila berkumpul pada diri seseorang akan membinasakannya.”

    Adikku sayang, jagalah adab-adab sewaktu diiringi muraqib agar hati kekal suci terpelihara. Bukan muraqib berjalan di hadapan atau belakang yang patut kita perdebatkan, tetapi yang perlu kita cakna adalah kita tidak membuka ruang untuk dicuri pandang mahupun ditegur sapa. Rendahkanlah suara dan hindarkan gelak ketawa sesama akhawat ketika di jalanan. Berterima kasih itu wajar, namun bertanyakan khabar itu seharusnya disambut hambar. Cantik sungguh lembaran sirah yang mencatatkan perjalanan pulang Aishah r.a, apabila beliau tertinggal mencari rantai selepas peperangan Bani Mustholiq. Bayangkan adik, Sofwan Al-Muaththol telah mengheret unta yang ditunggangi Aishah tanpa kedua-duanya bercakap walaupun sepatah kalimah.

    Adikku sayang, pastikanlah setiap aktiviti yang melibatkan syabab dan akhawat mempunyai objektif yang ingin dicapai, samada untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, memberi manfaat kepada dunia kita, ataupun membawa faedah buat akhirat kita. Pilihlah antara tiga objektif ini yang telah ulama’ sarankan. Kakak tersenyum bahagia mendengar kelas akademik, simulasi peperiksaan,diskusi ilmiah dan sebagainya yang dijalankan dengan kerjasama syabab dan akhawat. Kadang-kala pula, kakak berkerut dahi mendengar jamuan makan, rehlah batch, melancong dan sebagainya dilaksanakan dengan percampuran syabab dan akhawat tanpa keperluan yang mendesak. Suka untuk kakak petik kata-kata Imam Fakhrurazi bila beliau menerangkan mengenai ayat ke-48 Surah As-Saffat, “Ini menunjukkan betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”

    Adikku sayang, pergaulan di alam maya tiada beza hukumnya dengan pergaulan di dunia nyata. Bersembang mesra online dengan lelaki yang bukan muhrim menggambarkan status sebenar iman kita. Saidina Ali pernah mengungkapkan,

    ٌ لِلْمُرَائِيْ عَلاَمَاتٌ، يَكْسُلُ إِذَا كَانَ وَحْدَهُ، وَيَنْشَطُ إِذَا كَانَ فِي النَّاسِ، وَيَزِيْدُ فِي الْعَمَلِ إِذَا أُثْنَى، وَيَنْقُصُ إِذَا ذُمَّ

    “Orang yang riya, terdapat beberapa ciri, Malas jika seorang diri, giat beramal jika di tengah-tengah orang ramai, bertambah semangat beramal jika mendapatkan pujian, berkurang frekuensi amalnya jika mendapatkan celaan.”

    Semoga kita tidak hanyut dengan hawa nafsu yang mengatakan “It’s okaylah..” untuk malas memelihara pergaulan di Facebook, Yahoo Messenger, Twitter, dan lain-lain lagi. Adikku, lawan kepada sikap riya’ adalah sifat ikhlas. Bagaimana agak-agaknya tahap ikhlas kita jika diri kita yang bersendirian menghadap laptop berbeza berbanding diri kita yang malu tersipu-sipu di khalayak orang?

    Adikku sayang, firman Allah di dalam Surah At-Taubah ayat ke-71 berbunyi, ”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Marilah kita bantu mujahid-mujahid ummah kita menundukkan pandangan dengan tidak meletakkan gambar online yang jelas memampangkan wajah mujahidah-mujahidah ummah kita. Sepertimana bidadari syurga, keayuan adik dan sahabat-sahabat adik mestilah istimewa buat mereka yang membayar mahar yang digariskan-Nya. Namun, janganlah sesekali marah atau mengguriskan perasaan ahli keluarga adik atau sahabat-sahabat yang meng-upload foto adik. Qudwah hasanah itu jauh lebih baik daripada kritikan. Lambat laun, mereka akan mengerti dengan izin Allah.

    Buat adikku bakal bidadari syurga, maafkan kakak andai ada perkataan yang tidak ditepati amalan. Saling menasihati dan mendoakan, kakak titipkan ayat-ayat Allah ini sebagai pendamai jiwa adik.

    “Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Rabbnya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). iaitu syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan anak cucu mereka, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): “Salamun ‘alaikum bima shabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” [Ar-Ra’du:22-24]

    Oleh;
    Nadhirah Sahri
    Tahun 4 Perubatan, JUST

    – diambil daripada laman web ISMA Jordan dalam artikel bertajuk Sepertimana Bidadari

  87. – diambil daripada nota Hilal Asyraf di facebooknya yang bertajuk Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

    Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

    Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.

    Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.

    Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?

    Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?

    Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

    Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.

    Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.

    Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.

    Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.

    Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?

    Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.

    Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
    Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
    Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
    Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
    Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.

    Apabila Cinta Silap Dipandang.

    Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.

    Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.

    “Hish, kecik-kecik dah gatal!”

    Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.

    Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.

    “Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
    “Hang budak lagi. Belajar dulu.”

    Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.

    Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.

    “Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
    “Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
    ———————————————————–
    Perbualan di atas ini adalah SMS
    ————————————————————

    Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.

    “Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
    “Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
    “Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
    Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.

    Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.

    Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.

    Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”

    Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.

    Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.

    Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
    Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.

    Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

    Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

    Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.

    Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.

    Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.

    Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.

    Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.

    Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.

    Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
    Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
    Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
    Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.

    Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.

    Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
    Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.

    Cinta. Rosak dalam tangan manusia yang tidak mendalaminya.

    – diambil daripada nota Hilal Asyraf di facebooknya yang bertajuk Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

  88. Thanks for another informative site. Where else may just I get
    that kind of info written in such a perfect approach?
    I’ve a undertaking that I am simply now running on, and I have been at the look out for such information.

Tinggalkan Jawapan kepada lasiaf87 Batal balasan