Khabaran Rasul..

dengarlah dengarlah umat islam semua
khabaran dari Rasulullah tercinta
sebagai panduan kehidupan di dunia

Rasulullah tercinta telah diutuskan
sebagai cahaya penerang kegelapan
membawa ajaran dari kitab al-Quran
sebagai teladan kita sepanjang zaman

kehidupan di dunia banyak yang mendustakan
segala kemewahan dan juga kekayaan
janganlah janganlah kita diperdayakan
binalah kekuatan untuk menghadapainya

akhirat nanti kita tiada siapa
menjadi pembela dari api neraka
datanglah datanglah Rasulullah tercinta
membawa syafaat untuk kita semua

bila terdengar saja sangkakala pertama
menandakan tamatnya usia dunia
lerailah lerailah nyawa dari badannya
segala penyesalan kini tiada berguna

sangkakala kedua kini menyusul pula
mengejutkan semua daripada kuburnya
bangunlah bangunlah semua umat manusia
untuk memperhitungkan segala amalannya

12 comments
  1. mukhayyam said:

    rindu nak baca hasil penulisan ‘pengemis’ sendiri.

  2. FaisaL said:

    insyaAllah ya akhi.. diri ini sendiri terasa ingin nak menulis.. tapi masa tidak mengizinkan.. insyaAllah akan cuba mencari waktu.. tetapi janganlah terlalu mengharap.. kadang-kadang terlalu beremosi dalam menulis.. sehingga diri sendiri terasa kosong sekali penulisan itu.. insyaAllah akan diperbaiki.. doakan yang terbaik untuk diri ini.. amin..

    jazakAllahu khairan kathira ya akhi..

  3. oyis said:

    salam… saya tau post ni dah lama, tp tiba2 terjumpa plak nasyid ni di blog ni, teringat zaman kecil2 membawa nasyid ni… kenangan betul… kat mana ye bole download (kalo tahu la). di youtube mmg x ada… thanks in advance

  4. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    saya ada upload lagu ini dalam widget box.net saya di widget bar sebelah kanan bahagian bawah blog ini (sebelum arkib), namun mengikut pengalaman saya, orang ramai seperti susah untuk menjumpai widget tersebut.

    Oleh itu, untuk memudahkan, lagu ini boleh di download di sini atau linknya ialah :

    Grup Apresiasi Seni – Khabaran Rasul

    semoga bermanfaat.. amin..

  5. oyis said:

    jazakallah saudara faisal… setelah lebih berbelas tahun saya x dgr nasyid ni (hanya ingat2 dlm kepala saja), dpt jg saya dgr kembali… saya wat dodoi anak nasyid ni, sbb mendayu2 dan berunsur pesanan… jazakallah segala lg…

  6. FaisaL said:

    waiyyak.

    lagu yang sangat sesuai untuk mendodoi anak. semoga dengan alunan yang baik, hidupnya membesar menjadi anak yang soleh dan musleh. amin.

    waiyyak.

    semoga bermanfaat. amin.

  7. luqman said:

    terima kasih banyak2 for that lirik..sy tercari2 lirik nayid tu..

    • lasiaf87 said:

      sama-sama. lirik penuh makna kalau kita nak hayati dengan penghayatan yang sebenar. moga bermanfaat. amin.

  8. Anonymous said:

    terima kasih bagi link utk download…. teringat zaman sekolah yg amat indah….

    • lasiaf87 said:

      sama-sama. moga ingatan itu memangkin ke arah yang lebih baik. amin.

  9. wanie ayie said:

    subhanallah… lama tak dgr nasyid yg macam ni… tgh buat psiapan utk ptandingan nasyid sempena maulidurasul peringkat sekolah… tertarik dgn lagu ni…tp alangkah ruginya, sekarang semua lebih suka guna minus one…lagu ni ada minus one ke?huhu

    • susah nak cari minus one lagu-lagu lama, tapi sekarang ni ada je teknologi boleh perlahankan suara munsyid untuk ambil background musik sahaja, cuma kalau tiada kepakaran agak sukar nak buat, dan kalau dapat buat pun dia bukan sepenuhnya minus one, kadang-kadang ada terdengar sedikit bunyi-bunyi suara munsyid.

      semoga dipermudahkan urusan persiapan nasyid. dan berdakwah mengikut medan amal masing-masing. insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: