Archive

Monolog/Dialog


seperti mati hidup semula..

terdampar dalam lumpur terbiar sahaja..
meraung meminta tiada menyapa..
melihat dari jauh indahnya dunia..
dari jauh terasa derita..
tetapi azam kuat ingin bangun semula..

luka pertama dibiar sahaja..
dosa lama berulang semula..
bila nista terukir di muka..
hati berwajah muram durja..
resah jiwa terus merana..

di manakah penyelamat dunia?..
kenapa terus dibiarkan sahaja?..
apakah terlalu hina untuk diberi muka..
atau tiada nilai untuk dibina?..
hati terus tertanya..

namun ia hadir tanpa diduga..
saat hati rasa telah hanyut dengan dunia..
hadirnya seperti tongkat si buta..
gelap dunia kini terang semula..
lumpur dulu kini tiada..

keindahannya tidak tergambar..
menangis seketika dibuai indahnya..
terkedu seketika menghayati lagunya..
kisahnya membungkam jiwa..
membakar obor yang dulu terbiar sahaja..

seperti mati hidup semula..


wahai bangsaku..
pada saf-saf itu kita berbahu-bahu..
pada barisan itu juga kaki kita diatur menjadi satu..
pada sejadah itu kita sama sujud kepada Yang Satu..
pada Dia pengharapan kita menjadi satu..

wahai bangsaku..
di perbatasan sana kita sama berjuang..
di sempadan sana kita sama berperang..
pada medan yang sama kita turun dan berbahang..
pada musuh yang sama kita turut menentang..

wahai bangsaku..
pada pakaian itu sama kita sarungkan..
pada budaya ini sama kita amalkan..
pada bahasa ini sama kita tuturkan..
pada tanah ini sama kita pertahankan..

wahai bangsaku..
dalam pelbagai perkara kita telah bersama..
pada banyak perkara kita duduk semeja..
tidak terkira apa yang kita sepakat bersama..
dan dalam Islam itu kita anuti bersama..

wahai bangsaku..
mengapa bila tiba Islam dihina..
kita tidak mahu lagi bersama?..

wahai bangsaku..
apakah bahasa kita telah berbeza?..
atau mungkin kita tidak lagi di tanah yang sama?..
mungkinkah songkok tidak lagi dianggap pakaian kita?..
atau apakah yang telah merubah kita?..


Straight to the point.. saya nak menulis mengenai musik.. dan tidak mahu berbahas soal hukumnya..

Kajian mengatakan musik mampu mengubah mood.. mampu menaikkan semangat.. mampu menghanyutkan jiwa.. dan bermacam-macam lagi.. dan pengalaman saya bersama lagu juga sedikit sebanyak membenarkan kajian ini..

Jadi.. saya ingat bertanya.. setelah mengetahui sama ada secara sedar atau tidak sedar bahawa musik mampu mengubah perasaan dan emosi anda.. adakah anda lebih berhati-hati dalam memilih lagu.. atau ia sekadar satu teori atau kajian di awang-awangan yang tidak perlu diendahkan..

Orang bercinta mendengar lagu-lagu cinta akan hanyut dalam dunia percintaannya.. seperti hidup dalam kepompong tanpa mengetahui dunia luar..

Orang berperang akan bersemangat dengan mengikut lirik dan rentak lagu yang mereka nyanyikan bersama..

Orang yang rindu akan terbayang mereka yang dirindui dengan lagu yang didekasi dan dinyanyikan khas mengingati mereka yang dirindui..

Orang yang patah hati mampu terus jatuh tersungkur emosinya sekiranya salah lagu yang dimainkan di dalam hatinya..

Begitulah saya melihat dan mengamati kesan musik atau lagu kepada emosi yang kita lalui.. menyentuh..

Tetapi dalam setiap sentuhan itu pasti ada batasannya.. di situlah kita sering gagal..

Orang tanya juga saya dulu, “nape asyik dengar lagu orthodox je..” rasanya saya tak jawab pun..

Sebenarnya.. saya terasa sesuatu yang lain daripada lagu-lagu lama.. mungkin kerana mereka lebih memikirkan lirik dan message yang ingin disampaikan jauh lebih lama dan mendalam daripada mereka memikirkan rentaknya..

Sekadar pendapat.. saya tidak berada dalam bidang seni yang mulia ini.. jadi saya tiada hak menyatakan cara bekerja mereka salah atau benar..

Namun itu tidak menolak untuk saya mendengar semua nasyid yang ada.. alhamdulillah.. semakin hari, industri nasyid semakin baik.. Semoga industri ini terus cemerlang dan gemilang dan digunakan sebaiknya untuk Islam.. amin..


The words are true.. music does influence you..

We go through many things in life..

The beats, rhythms and lyrics just calling back the emotions..

It’s like taking a walk down the memory lane..

Passed through all those events.. taught me a lot of things..

Looking back all those people.. make me appreciate them more in my life..

There are ups and downs.. but there is never the end..

But when you are at that position.. you thought that was it..

Deja vu.. It keeps coming up on your mind.. keeps popping up..

But you know who are with you.. from all those events before.. ups and downs..

yeah.. ups and downs.. those are the people.. they will be with you..

ups and downs.. they are still by your side.. ups and downs..

Thank You for sending them, ya Allah..

Read More


Semalam pihak Adun Bangi anjurkan perarakan sempena isu kebiadapan israel, dan kami ISMA DHL menyertai perarakan tersebut.

Selepas habis program tersebut, kami berbual sambil minum pagi bersama. Antara persoalan yang dibincangkan adalah ke mana perginya pemuda-pemuda pada pagi Ahad itu. Hal ini disebabkan perarakan tersebut rata-ratanya hanya golongan 30 atau 40 tahun dan ke atas serta anak-anak mereka sahaja.

Salah seorang dari kami pantas menjawab, “Ni ha, sekeliling kita ni.. Ni la tempat diorang.” Saya lantas melihat sekeliling, ternyata kedai makan itu memang hampir keseluruhannya golongan pemuda yang sedang minum bersembang sesama mereka.

Saya pernah dengar, nak tahu masa depan sesuatu negara itu, lihat pada golongan pemudanya, dan hari ini saya telah melihat sebahagian golongan pemuda tersebut.

Saya berharap akan adanya sebahagian lain daripada golongan pemuda di negara ini yang benar-benar mengenal erti hidup dan kehidupan, agar negara ini mampu dipimpin oleh mereka. Andai tidak ada mereka yang seperti ini, pasti negara ini tidak akan ke mana, malah mungkin jatuh menjadi hamba pemikiran dan ideologi musuh Islam.


manusia mempunyai masa selama 24 jam sehari untuk melakukan apa yang ingin dilakukan..

hari ini kita ada 24 jam sehari..
dulu pun kita ada 24 jam sehari..
dan orang sebelum kita juga ada 24 jam sehari..
waktu atuk nenek kita pun ada 24 jam sehari..
zaman para sahabat juga ada 24 jam sehari..

tetapi..

zaman para sahabat nak masak kena cari kayu api..
nak makan kena uli tepung dulu..
nak jalan kena naik unta berhari-hari bahkan berbulan-bulan..
nak hubungi orang lain kena hantar utusan..
semuanya makan masa..

dan kita hari ini..

nak masak dah ada api..
roti dah siap untuk dimakan..
jalan nak kereta atau kapalterbang..
nak hubungi orang lain ada telefon dan emel..
semuanya dah jimatkan masa..
hatta kerja seharian dah banyak masa dijimatkan..

tetapi..

kenapa ulama’ dulu tulis buku berpuluh-puluh..
kenapa sahabat mengislamkan orang beratus-ratus dan beribu-ribu..
kenapa banyak sangat pencapaian mereka hatta orang bukan islam sekalipun..

sedangkan kita yang ada masa yang sama banyak..
pencapaian tidak setara mana pun lagi..


Superficial is defined by thefreedictionary.com as

su·per·fi·cial
adj.

1. Of, affecting, or being on or near the surface: a superficial wound.
2. Concerned with or comprehending only what is apparent or obvious; shallow.
3. Apparent rather than actual or substantial: a superficial resemblance.
4. Trivial; insignificant: made only a few superficial changes in the manuscript.

I’m just wondering how many things in my life are superficial, especially about myself..
and I’m wondering how do I get away with all those superficial things..
maybe because I can tell lies to human..
maybe because I can hide things from human..
maybe because I’m capable of running away from troubles..
maybe because I’m able to manipulate people..
or maybe many other great things that i can do, making many things actually just superficial..

but of all these abilities, which one can help me escape on THAT DAY..
maybe none of them..
then, why still being superficial?..