Jemputan ke Walimatuna, Faisal & Ain


Assalamualaikum warahmatuLlah wabarakatuh,

Dengan penuh rasa bersyukur dan rendah hati kami, Muhammad Faisal Bin Kamarul Zaman dan Nurul Ain Bt. Rusli ingin menjemput tuan puan dan keluarga ke majlis perkahwinan kami.

Kenduri Sebelah Perempuan
Tarikh: 4 Februari 2012
Tempat: No. 14, Kampung Jarau,
33600 Enggor, Kuala Kangsar, Perak

Kenduri Sebelah Lelaki
Tarikh: 11 Februari 2012
Tempat: Dewan Tun Abdullah Mat Salleh, UKM,
43600 Bangi, Selangor

Kami mengalu-alukan kedatangan tuan puan dan keluarga bagi memeriahkan dan menyerikan majlis serta menambahkan lagi keberkatan majlis. InsyaAllah. Ramai-ramailah datang ke majlis kami. Semoga dengan kehadirantuan puan dan keluarga semua majlis ini diberkati dan diredhoi Allah s.w.t.. InsyaAllah.

Doakan semoga segalanya berjalan lancar, semoga penyatuan ini akan menguatkan iltizam kami di jalanNya serta melahirkan zuriat soleh dan solehah dan menegakkan agamaNya dan kami mengalu-alukan bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat dari tuan puan semua dalam usaha membina rumah tangga yang cemerlang dunia dan akhirat.

Jemput datang semua! Doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah. Amin. Terima kasih.

Muhammad Faisal Kamarul Zaman
Nurul Ain Rusli

website: http://www.walimatul-urus.com/undangan/faisalain.php

facebook event: https://www.facebook.com/events/122640067855895/

gambar kad kahwin: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150487780806850.369493.632281849&type=1

Advertisements

Tak pernah jemu..


Semasa JALINAN baru-baru ni, Ustaz Halim ada ditanyakan soalan,

“Ustaz tak pernah rasa jemu ke dah bertahun-tahun berdakwah?..”

Ustaz Halim jawab,

“Saya bukan rasa jemu, saya rasa TAK CUKUP MASA!.. Kalau boleh nak ada di banyak tempat dalam satu masa, satu hari tu lebih 24 jam, satu minggu lebih 7 hari..”

Persoalannya, apakah yang menyebabkan para qudama’, para du’at dari zaman berzaman tak pernah rasa jemu dengan kerja mengislah masyarakat ini.. banyak jawapan yang boleh kita fikirkan.. sama-sama fikirkan..

Jemputan!..


Undangan Majlis Perkahwinan

Mitsaqan Ghaliza telah terpatri di antara dua jiwa. Satu amanah telah di ambil dari Pencipta manusia, untuk menjadikan ikatan ini, perjanjian ini satu hakikat yg diberkati, biiznillah, insyaAllah, maka dijemput Tuan/Puan/Encik/Cik suami isteri serta keluarga ke majlis walimatul urus adik saya iaitu majlis kesyukuran sempena pernikahan antara

ABDULLAH KHAIRI BIN KAMARUL ZAMAN
dan
AMEERAH DIANA BINTI JASNI

Continue reading “Jemputan!..”

I know she is strong..


 

“Ya Allah, Tuhan semua manusia. Wahai Tuhan yang menghilangkan kesakitan. Sembuhkanlah. Sesungguhnya Engkaulah sahajalah satu-satu Penyembuh. Tiada yang mampu menyembuhkan selain Engkau. Sembuhkanlah dengan penawar yang tidak akan meninggalkan kesakitan.”

Akak dan adik..

Akak dan adik..

Akak dan adik..

Mabruk ya akhi!..


setinggi tahniah dan rasa bangga diucapkan khas buat adikku,

Abdullah Khairi bin Kamarul Zaman

dan zaujahnya,

Ameerah Diana binti Jasni

yang telah menjadi suami isteri!

BarakAllahu laka, wabaraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fi khairin.

semoga Allah memberi kemudahan untuk urusan seterusnya.. sebagaimana Dia telah mempermudah urusan terdahulu..

semoga dipermudahkan segala urusan.. amin..