Sebelum terlena..

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakur ku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangMu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahMu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimuti diri ku
Dengan sutra kasih sayangMu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdianku padaMu

Advertisements

7 thoughts on “Sebelum terlena..

  1. salam.
    hati merintih mengenangkan dosa lalu..
    akh,minta maaf selalu gak tgk2 blog ni
    n ur frindster..kdg2 ade wat pengcopyan..
    maaf tak minta izin..
    syukran..jazakAllahu khairan..
    salam.

  2. wa’alaikumussalam.. silakan copy.. mana yang bermanfaat lebih baik untuk disampaikan kepada orang lain daripada dapat dekat diri sendiri sahaja.. moga bermanfaat.. amin..

    kalau yang di’copy’ itu, ana yang tulis, ana tak kisah nak copy.. tapi kalau yang mana ana ambil dari laman web atau blog-blog lain seperti blog asatizah atau laman web ISMA atau PEMBINA atau mana-mana yang lain, harapnya tulis juga sumber tersebut.. atau minta izin dari tuan punya artikel..

    sama2.. waiyyak.. wa’alaikumussalam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s