Tarbiyyah: Antara Risalah dan Ijazah…

hari ini.. mungkin membincangkan satu perkara yang sangat besar kalau benar-benar kita teliti.. satu perkara yang kalau kita lihat semula merupakan proses hidup kita.. iaitu tarbiyyah.. untuk memulakan perbincangan kita lihat semula.. kita diuji dengan dua.. satu.. hadaf.. yakni matlamat jangka pendek kita.. kemudian yang kedua.. ghayah.. yakni matlamat jangka pangjang kita..

sekarang kita ambil satu contoh.. kita ambil gelas sebagai contoh.. sekarang.. gelas tadi disuruh kepada kita untuk jatuhkan ke atas lantai.. kita mungkin rasa selamat lagi kan.. sebab ada karpet.. lagipun gelas tadi macam kuat je.. insyaAllah tidak sampai tahap pecah lagi.. kita yakinkan diri kita.. tapi cuba.. kita ambil gelas yang sama.. kita pergi kat tingkap apartment tingkat 14 Adelaide tower.. kita disuruhkan jatuh dari di situ.. agaknya apa kita akan cakap?.. sudah tentu menolak.. ye tidak?.. sebabnya apa?.. sebabnya kita tahu jatuhnya gelas tersebut pengakhirannya sudah pasti pecah berkecai.. tiada keraguan.. jadi kita pun menolak.. tidak mahu melepaskan gelas tersebut…

begitulah kehidupan kita.. jika kita sandarkan sesuatu dalam kehidupan ini kepada sesuatu yang rendah matlamatnya.. di sini kita rujuk kepada dunia.. jika kita melakukan sesuatu dan menyandarkan perbuatan tersebut hanya kepada dunia semata-mata.. nescaya kita tidak akan rasa ragu atau berbolak-balik dalam menentukan sama ada ianya berbaloi atau tidak sekiranya dilepaskan.. kita tidak akan rasa gelisah atau bimbang untuk tidak melakukan sesuatu.. kita akan ambil lewa segala pekerjaan tersebut.. disebabkan kita bermatlamat yang rendah.. matlamat yang pendek.. yang singkat.. pengakhiran yang jelas di depan mata.. di sinilah yang kita harus ubah.. sebagai muslim kita dididik untuk bermatlamat jauh.. kita diajar berfikiran panjang.. kita dikurniakan tempat bergantung yang terbaik dari kalangan seluruh manusia.. kita seharusnya menyandarkan segala amal perbuatan kita kepada Pencipta kita.. Allah s.w.t… Allah berfirman dalam al-Quran..

“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.”

(Surah al-Insyirah, 94:7-8)

kita lihat bagaimana Allah mengajar nabi.. kita lihat apa yang menjadi driving force nabi.. Allah ajar.. selepas selesai satu urusan.. tetap bekerja keras untuk yang lain.. urusan lain.. tidak kira apa sekali pun asalkan ianya bertetapan dengan al-Quran dan as-Sunnah.. Allah tidak menyatakan lepas perang kamu semua bolehlah berehat.. Allah tidak ajar nabi bermalas-malasan.. tapi kita hari ini.. sebelum ujian.. ya Allah.. bukan main hebat lagi study rate kita.. sehingga bermalam-malaman dengan buku.. buku yang dahulunya cukup payah kita nak menyelak.. buku yang dulunya hanya terperap dalam almari.. tetapi apabila datang waktu periksa.. apabila bayangan periksa datang meliputi cahaya-cahaya ketenangan diri.. mulalah kita berasa resah.. badan yang dahulunya sukakan tidur terus berubah.. segalanya kerana kita tahu peperiksaan hampir tiba.. tetapi kita lihat kemudiannya.. setelah habis peperiksaan.. semuanya bermalasan semula.. membazir waktu.. tidak memanfaatkan kesihatan dan kelapangan yang ada.. itulah kita.. jauh sekali dari kehipuan para nabi dan salafus soleh..

kalaulah kita berpegang dengan ajaran islam dengan sebenar-benar pegangan.. tidak akan ada satu masa pun kita akan terasa malas.. sentiasa di dalam kotak fikiran kita Allah mengajar aku ini.. Allah tidak sukakan ini.. nabi dulu tidak begini.. sememangnya kita tidak mungkin mencapai taraf nabi.. tapi salahkah jika kita berusaha?.. kenapa tidak kan?.. apabila rasa malas datang.. kita ingat semula kalamullah.. lalu ditepis sifat malas tersebut.. insyaAllah.. kita ingat Allah akan menguji amalan kita di akhirat kelak.. kita tidak akan sempat untuk berbuat kemungkaran dan kejahatan.. kerana kita yakin Allah akan menguji setiap perbuatan kita.. kita tahu setiap amalan itu ada nilainya tersendiri di sisi Allah.. setiap amalan akan diangkat oleh Allah sekiranya betul matlamat dan jalannya.. baiklah.. cukup setakat ini muqadimmah.. kita masuk kepada topik besar kita hari ini.. insyaAllah..

setiap perkara.. kita harus tahu apa yang kita lakukan itu.. untuk apa kita lakukan itu.. kenapa kita lakukan itu.. supaya hadirnya thiqah (kepercayaan) dalam diri.. kemudian dengan thiqah ini ia akan menatijahkan amal yang berkualiti.. insyaAllah.. kita harus tahu tujuan kita melakukan sesuatu.. sia-sialah kita sekiranya menjerumuskan diri ke dalam sesuatu yang tidak kita ketahui akan pengakhirannya.. atau sesuatu yang diselubungi keraguan akan proses dan matlamatnya.. tiada visi mahupun misi..

kita ambil contoh.. pelajar tajaan.. kita ambil jpa sebagai contoh.. kenapa.. pelajar tajaan.. sanggup menghabiskan waktu belajar bersungguh-sungguh.. menghabiskan waktu berlatih itu berlatih ini.. mengerjakan segala persiapan untuk temuduga.. sanggup bersengkang mata demi keputusan yang hebat.. kenapa sanggup patah riuk berko-kurikulum untuk mendapat mata.. kenapa mereka sanggup berhabis duit mempersiapkan diri sebelum terbang ke negara-negara lain.. mengapa mereka sanggup berpisah dengan ibu bapa.. dengan adik-beradik.. mengapa segalanya mereka lakukan untuk tajaan jpa ini?

Satunya sebab dia adalah.. mereka sedar dan mereka tahu serta mereka yakin bahawa.. pengakhiran proses pembelajaran mereka di perantauan itu akan menghasilkan sesuatu yang menjamin masa depan.. dengan pengorbanan mereka semua itu mereka sedar mereka akan memperoleh satu prospek kerjaya yang baik.. mereka arif mengenai pengakhiran yang akan mereka terima setelah berkorban akan segalanya.. jadi mereka tiada keraguaan untuk terus berusaha.. .. cuba kita renungkan..

Kalaulah jpa memberitahu kita sebegini.. semua murid-murid akan dihantar ke satu negara.. yang mana.. insyaAllah kamu dapat belajar di sana.. cuba-cubalah nasib.. kalau ada rezeki insyaAllah.. sekembalinya kamu semua ke malaysia kalaulah kamu semua layak untuk bekerja kami terima.. kamu pergilah ke negara ini.. cuba-cubalah tanya penduduk sana.. kalau-kalau ada sesuatu yang dapat dipelajari.. duit semua kami bagikan.. cume mungkin cukup mungkin tidak.. kami pun tidak berapa pasti.. yang penting kamu pergilah..

Jika inilah yang jpa utarakan kepada para pelajar.. agaknya apakah reaksi pelajar?.. apakah persediaan pelajar?.. di manakah motivasi itu hendak muncul?.. negara mana pun tidak diberitahu.. wujud atau tidak proses pembelajaran di neraga tersebut juga diragui.. pekerjaan setelah pulang juga sangatlah dalam keraguan.. segalanya kabur.. segalnya bertapak atas keraguan.. tiada satu pun yang nyata.. semuanya adalah kesamaran belaka.. siapa yang mahu meneruskannya..

Begitulah kita dalam setiap perbuatan kita.. harus jelas matlamatnya barulah akan ada satu kuasa.. satu driving force yang membawa kita menuju ke arah itu.. insyaAllah… begitu juga dengan topik kita hari ini.. tarbiyyah.. masyaAllah.. panjang sungguh muqadimmahnya.. tidak mengapa.. insyaAllah.. kita boleh ambil waktu untuk rehatkan diri sekiranya rasa ini terlalu panjang untuk difokuskan dalam satu masa.. otak kita kadang perlukan rehat.. tiada sekatan untuk berehat kerana ini semua hanyalah perkongsian maya.. agar dapat dimanfaatkan bersama.. insyaAllah..

baiklah.. kita masuk tarbiyyah.. tajuk kita.. tarbiyyah.. apakah itu tarbiyyah?.. kita tanya diri kita.. apakah kita benar-benar faham istilah ini.. kalau kita liaht hari ini.. ramai orang salah faham akan sesuatu perkara hanya disebabkan satu istilah.. kita ambil contoh bid’ah.. masalah ni sudah lama dibincangkan oleh ulama’-ulama’ islam dari segala bidang.. namun tidak ada penyelesaiannya.. mengapa?.. kerana satu perkara.. mereka tidak ada kesefahaman dalam erti perkataan bid’ah itu sendiri.. ulama’ salafi kata bid’ah itu ini.. ulama’ fiqh kate tidak, bid’ah itu macam ini.. ulama’ tafsir beri pendapat mereka kata, bukan, bid’ah itu menurut mereka ini.. semuanya tidak mengalah dan tidak mahu bersepakat.. lalu bertelingkah akan perkara yang sama.. hanya kerana satu perkataan yang berlainan maksud bagi setiap mereka..

dengan perkataan ini juga manusia mampu menyelewengkan hampir seluruh dunia.. kita ambil perkataan yang dahulunya tersangatlah umum maksudnya.. terrorist.. kita lihat bagaimana sekarang.. terrorist sudah dianggap sinonim dengan islam.. sinonim dengan muslim.. walhal ianya satu perkataan yang jauh berbebeza..

Kita lihat maksud sebenar terrorist.. terrorist ialah orang yang menyebabkan orang lain takut kepadanya.. dalam satu pendapat ada mengatakan.. penulisan yang agak baik.. penulis berkata dalam bukunya.. islam sememangnya perlu ditakuti.. perlu ditakuti oleh para penjahat.. kerana.. islam itu tersusun.. islam itu kuat dan kukuh.. tiada cara menjatuhkannya sekiranya ia dipegang dengan syumulnya.. sebab itu ia harus ditakuti oleh penjahat.. btul.. sepatutnya penjahat harus takut dengan islam..

Kita ambil situasi lain.. sekiranya terrorist bermaksud orang yang menghadirkan perasaan takut kepada orang lain.. mengapakah polis tidak dianggap terrorist, walhal terrorist itu ada sahaja yang bersifat ganas dan tidak berperikemanusiaan.. jawapannya pasti ada yang berkata tidak semua poilis begitu.. kemudian, adakah muslim semuanya begitu?.. malahan kejadian 11/7 itu sendiri tidak ada kepastian siapa yang melakukannya.. mengapakah muslim dipersalahkan.. dan mengapakah seluruh muslim dipersalahkan?.. sekiranya seorang saudara kamu adalah penjahat adakah ia bererti seluruh keluargamu adalah penjahat?.. tentu tidak.. inilah salah faham manusia hari ini hanya kerana satu perkataan telah disalah ertikan.. telah dimediakan kepada masyarakat akan satu maksud yang dominan.. terrorist = islam = muslim.. maka seluruhnya terpengaruh dan terikut.. kitalah mangsanya..

Begitu juga dengan satu perkataan jihad.. jihad juga banyak disalah ertikan.. seeloknya jihad itu sangatlah luas maknanya.. makna asalnya ialah menentang kekufuran dan kemungkaran.. dengan apa cara sekali pun.. nafsu juga kekufuran.. yahudi juga kekufuran.. rasulullah tidak menentang dengan satu cara sahaja.. tidak ada dikatakan rasulullah hanya berperang untuk sebarkan islam.. jauh sekali.. sangat jauh.. jihad rasulullah meliputi segalanya dan jalan terakhir adalah perang.. setiapnya terdapat pilihan.. contohnya pembesar yang hendak ditawan negaranya diberi pilihan.. masuk islam.. atau bayar jizyah.. atau rasulullah perang.. bukanlah terus-terus perang.. malahan mereka telah diberikan peluang.. ditunjukkan ke’izzahan islam.. keindahan islam telah dilihat oleh mereka.. lalu diberi peluang untuk memilih.. bukanlah jihad itu perang semata-mata.. tapi tidak pula dikatakan perang itu terkeluar dari jihad.. perang adalah jihad yang besar.. jihad yang agung.. tapi jihad itu sendiri merangkumi pelbagai wasilah..

cukuplah sekadar itu contoh-contoh lain.. kita belum pun masuk tajuk kita lagi.. masyaAllah.. mintak maaf kerana terlau panjang kali ini.. baiklah.. kita teruskan.. tarbiyyah.. apakah definisi tarbiyyah yang sebenar?.. jika mengikut al-Quran.. Allah berfirman..

“Dan agar orang-orang yang telah diberikan ilmu menyakini bahawa (al-Quran) itu benar dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan hati mereka tunduk kepadaNya. Dan sungguh, Allah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.”

(Surah al-Hajj, 22:54)

kita lihat dalam ayat ini.. Allah menerangkan.. apa sahaja yang membawa manusia kepada jalan yang lurus itula ilmu.. itulah pentarbiyyah.. sesuatu yang membawa manusia kepada lebih dekat dengan Allah.. sesuatu yang menjadikan manusia lebih mengenali Allah..

kalau kita lihat mengikut hadith pula.. Rasulullah bersabda..

“Barangsiapa yang Allah kehendaki baik, maka akan Allah berikan padanya pemahaman agama.”

maksudnya di sini.. barangsiapa yang mendapat tarbiyyah dia seharusnya akan berubah menjadi yang baik malah akan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik kerana diterangkan oleh Rasulullah, barangsiapa yang Allah dikehendaki baik olehNya, akan difahamkan kepadanya agama.. orang yang faham akan ilmu adalah orang yang baik..

kita lihat jenis-jenis faham ini.. faham.. atau kefahama ada dua jenis.. satu faham akan ilmu islam.. satu lagi faham akan islam.. kita ambil faham akan ilmu islam dulu.. contoh orang yang sebegini ialah imam shafi’i.. atau imam-iman mazhab yang lain atau ulama’-ulama’ lain.. mereka semua mempunya ilmu islam yang tiggi.. mereka betul-betul faham akan ilmu islam sehingga taraf mereka boleh mengistinbat hukum.. boleh berijtihad.. tapi ada sahaja orang yang diberi pengetahuan ilmu islam namun tidak diberikan kefaham lalu tiada dapat dia menatijahkan dalam amalnya.. contoh orang sebegini ialah para orientalis.. mereka mengkaji islam.. menyelidik al-Quran.. malah mereka lebih arif dari kita yang belajar islam ini.. namun antara dia dengan kita siapa yang mengamalkan islam itu dengan kefahaman yang sebenar?.. jauh skali dia dari mengamalkan islam.. tujuan penyelidikannya adalah untuk menjatuhkan islam.. yang mana sampai kiamat pun tidak akan dia berjaya kerana Allah sendiri akan memelihara Quran itu.. subhanAllah..

Kemudian kita lihat jenis kefahaman kedua.. mereka ini faham akan islam.. tapi tidak semestinya faham setiap ilmu islam.. kebanyakan mereka adalah golongan awal yang memeluk islam.. kita ambil contoh sumayyah.. kalaulah kita dapat bertemu dengannya sekarang.. kalau ditanyakan kepadanya.. rukun iman ada berapa?.. mungkin saja dia tidak dapat jawab.. kerana mereka tidak diajar sedemikian.. namun kalau dibandingkan amalan dan pengorbanan beliau.. layakkah kita hanya berdiri setinggi lutunya pun rasanya tidak layak lagi.. hebat sekali pengorbanan beliau..

Kita lihat abu zar al-ghifari.. apabila dengar sahaja beliau mengenai nabi Muhammad s.a.w… dia terus ke madinah.. sebelum itu.. abu zar al-ghifari ini dalam kaum ghifar.. kaum yang terkenal sebagai penyamun.. terletak luar sedikit dari madinah.. sepengetahuan abu zar mengenai nabi terus beliau ke madinah dan minta dibawakkan berjumpa rasulullah.. saidina Ali membawanya bertemu.. setelah rasulullah bercakap sedikit dengannya menerangkan kepadanya akan islam.. Abu Zar memeluk islam..

Kerana fahamnya islam itu dia tidak sabar untuk mengumumkannya.. imannya meluap-luap ingin memberitahu sekalian penduduk di situ.. walaupun rasulullah berkata jangan, dia tetap dengan hasratnya kerana imannya meluap-luap pada ketika itu.. walhal dia hanya mendapat kalimah la ilaha illallah muhammadur rasulullah baru sahaja sebentar tadi.. namun.. fahamnya Abu Zar akan makna dan islam itu.. dia mengumumkannya.. lalu dibelasah seteruk-teruknya oleh penduduk di situ..

Riwayat mengatakan Abu Zar sepatunya boleh mati di situ kerana teruknya dibelasah.. tapi seorang di antara mereka berkata.. tahukah kamu siapa yang kita pukul ini?.. dia dari kalangan bani ghifar.. lalu mereka berhenti kerana takut bani ghifar akan datang menyerang balas.. bani ghifar terkenal dengan kegiatan samun.. sekembalinya Abu Zar kepada kaumnya.. dia mengislamkan selurah bani ghifar dan bani salam.. subhanAllah.. hanya dengan kalimah la ilaha illallah muhammadur rasulullah yang baru diterima dan kefahamannya akan islam yang diterangkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w.. Abu Zar telah mengislamkan dua kaum pada ketika itu.. itulah kefahaman akan islam.. pastinya Abu Zar tidak tahu ilmu hadith.. ilmu al-Quran atau apa sahaja ilmu islam pada ketika itu.. namun kefahamannya akan apa yang dibawa oleh islam.. itu yang mengubah hidupnya..

Begitulah hendaknya tarbiyyah.. sesuatu yang mengubah hidup.. dengan ilmu islam itu kita mengubah hidup kita.. dengan kefahaman akan islam itu.. ia mengubah hidup kita.. kita bukan sahaja tahu.. tapi kita faham.. walaupun perkara mudah namun itulah yang haq.. sehingga ia mampu mengubah hidup.. kesungguhan disandarkan kepada sesuatu yang haq dan betul sehingga membawa kepada perubahan dalam hidup.. itu yang kita kehendaki.. ilmu yang mengubah hidup.. itulah tarbiyyah.. ia mengubah hidup kepada yang lebih baik.. kita berubah kerana kita mahu menjadi seseorang di sisi Allah..

Kelak di akhirat kita mampu menyuarakan bahawa kita adalah si fulan bin si fulan yang melakukan ini dan itu.. dengan bermodalkan apakah kita untuk melayakkan diri dipanggil oleh Allah kelak sekiranya kita hanya typical manusia yang melakukan segala perbuatan yang manusia lain buat.. muslim pastinya berbeza.. kita perlu mencari ilmu yang merubah diri.. perubahan kepada yang lebih baik..

kita lihat.. berapa ramai yang tahu halal haram tetapi masih melanggarnya.. kita lihat berapa ramai yang tahu yang mana amalan ahlul jannah yang mana amalan ahlul nar.. namun berapa ramai yang masih melakukan amalan ahli neraka dan berapa kerat sahaja yang mengamalkan amalan ahli syurga.. mereka tahu tetapi mereka tidak faham.. na’uzubillahi min zalik.. moga kita diberi kefahaman yang menghadirkan kesedaran lalu melahirkan penghayatan yang menatijahkan amal.. insyaAllah.. dan amal itulah bukti kita nanti.. bekalan kita.. modal kita..

kalau kita lihat contoh lain.. pada zaman 60-an 70-an.. kalau kita lihat.. kerajaan banyak menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.. ada yang dihantar ke al-azhar ada yang dihantar ke negara-negara barat.. kita lihat sekembalinya mereka ke tanah air.. siapa yang lebih mengamalkan islam itu.. sama ada pelajar azhar atau mereka yang belajar di negara barat tapi mengikuti program tarbiyyah di sana..

ada sahaja pelajar azhar keluar mengajar di sekolah dengan tudung ikat di dagu.. namun kita lihat ada jufa graduan luar negara yang mengikuti pentarbiyyahan di tempat lain.. subhanAllah… tudung labuh dan menjaga sifat malu.. begitulah.. perkara sama.. kedua-duanya keluar belajar.. malahan pelajar A dari al-azhar lebih spesifik pembelajrannya.. namun kefahaman dan penghayatannya berbeza.. natijahnya berbeza.. biar sedikit atau mudah namun itu yang diamalkan.. kerana itu adalah haq..

baiklah cukup setakat itu kita menjelaskan mengenai tarbiyyah itu sendiri.. kita masuk kepada kepentingan tarbiyyah.. tarbiyyah.. mengapa ianya penting.. apakah signifikasinya kepada manusia?.. perlukan manusia ditarbiyyah?.. kita cuba lihat secara perlahan-lahan.. insyaAllah.. maaf sekiranya panjang sangat.. namun ilmu islam itu tidak pernah jemu dibaca berulang kali.. itulah indahnya islam.. setiap hari kita baca al-Quran pernahkah kita rasa bosan?.. setiap hari kita tadabbur al-Quran pernahkah kita rasa jemu?.. jauh sekali.. insyaAllah.. sekiranya letih kita sama-sama rehat.. moga dapat keberkatan dalam perkongsian ini.. majlis ilmu ialah taman-taman syurga di dunia.. dinaungidan didoakan oleh para malaikat.. seperti kata ustaz zahazan.. tidak kita dia berada di tempat lain pendengarnya di temapt lain namun ini satu majlis ilmu.. malaikat bersama-sama kita mendoakan kebaikan bagi kita.. insyaAllah.. amin ya Rabbal alamin..

baiklah.. kepentingan tarbiyyah.. pertamanya.. tarbiyyah adalah jalan menuju kepada Allah.. ini tidak dapat dinafikan, sememangnya fitrah manusia itu mahu bertuhan.. hatta penduduk sedalam mana sekali pun.. pastinya dia akan terasa hendak bertuha.. hendak ada satu tempat pergantungan yang tiada ragu dalamnya..

kita lihat satu situasi.. sekiranya kita di dalam kapal terbang hendak pulang ke malaysia.. bersama dengan seluruh jenis manusia.. ada orang australia.. ada orang pedalaman.. ada orang asli.. ada segala macam orang.. tetapi.. segala macam orang ini.. apabila tiba satu detik.. saat kematian.. pengharapan mereka tetap sama.. kepada Tuhan.. dengarlah kita pelbagai bahasa nanti tatkala dalam kapal terbang itu diumumkan bahawa terpaksa mendarat kecemasan dan akan terhempas.. atau apa sekali caranya… pastinya semua mula berdoa.. malahan yang muslim jua.. mula mengaku akan segenap dan seluruh ajaran al-Quran dan as-Sunnah.. walhal ketika hidupnya.. diambil sedikit dan ditinggalkan bahagian yang lain.. namun di akhirnya.. tetap tahu dia akan mati.. lalu mengharap pada Ilahi..

Ingatlah mati itu bila-bila.. dan ingatlah kita ada Tuhan.. dan fitrah kita adalah hendak kepada Tuhan.. kita sememangnya berTuhan.. maka tarbiyyah merupakan satu proses menuju kepada Tuhan.. mengenal Tuhan.. merapatkan diri dengan Tuhan.. mendekati Tuhan.. segalanya.. menuju Tuhan kita, Allah s.w.t..

Walau bagaimanapun.. kita tidak boleh hanya bermatlamat sahaja..kita tidak boleh cume berkata.. ya, saya belajar ini untuk Allah.. tapi langsung tidak berusaha.. hanya bermatlamat tapi tidak ada jalan.. maka sememangnya tarbiyyah itu membawa kita menuju kepada Allah… tapi kita sendiri harus menuju kepada Allah juga.. matlamat sahaja tidak cukup kerana Allah tidak menilai pada matlamat itu sahaja, Allah melihat jalan yang dilalui..

Dalam kisah Rubit bin Amir (maaf sekiranya salah ejaan).. dia dihantar oleh rasulullah untuk berdialog dengan pemerintah kawasan yang hendak ditawan itu.. lalu ditanya kepadanya.. ada apa kamu datang ke sini.. dia menjawab dengan hebatnya.. walhal dia hanyalah askar biasa, bukanlah seorang general perang seperti khalid ibni walid.. namun jawapannya amatlah hebat.. kerana bukanlah askar-askar yang beperang bersama rasulullah.. tetapi hamba Allah yang dekat dirinya dengan Allah..

Kata Rubit bin Amir.. aku datang untuk tiga perkara.. pertama.. aku ingin membawa kamu dan sekalian penduduk di sini dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.. kedua.. aku juga ingin membawa kalian semua dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Tuhan Yang Esa.. ketiga.. aku ingin membawa kalian keluar dari penyelewangan agama lain kepada kebenaran Islam.. subhanAllah.. inilah hasil didikan Rasulullah.. kemudian.. ditanya oleh pemerintah tersebut.. lalu bagaimana caranya.. jawab Rubit bin Amir.. tiga perkara juga.. pertama kalian menganut islam sebenar-benarnya.. kedua kamu tetap memerintah tetapi sekaliannya membayar jizyah.. ketiga.. kami akan berperang dengan kalian.. itulah jalannya.. matlamatnya hebat.. jalannya juga hebat.. keduanya selari.. tidak ada yang tertinggal dan terkecuali..

Kita masuk kepada kepentingan yang kedua.. mungkin ini secara ringkas sahaja.. tarbiyyah juga merupakan sunnah para rasul.. kita lihat setiap rasul ditarbiyyah oleh Allah s.w.t. sendiri.. itu istimewanya mereka.. malahan nabi Muhammad ditarbiyyah dalam segenap hidupnya.. hatta salahnya juga ditegur dalam al-Quran dalam surah ‘Abasa.. setiap yang diucapkan baginda adalah wahyu.. baginda sememangnya ditarbiyyah oleh Allah s.w.t.. maka menjadi tuntutan kepada kita untuk menurut sunnah..

ketiga.. tarbiyyah adalah fitrah manusia.. sememangnya dari kecil manusia akan ditarbiyyah.. manusia akan belajar.. kalau kita ambil contoh bayi.. bayi belajar berjalan.. bayi belajar bercakap.. semuanya.. kita memang belajar.. namun adakah bayi tersebut diajar bercakap dengan ibu bapa mengambil mulutnya lalu digerak ke atas ke bawah menyuruh sebut huruf ini dan itu.. tidak.. tidak sama sekali.. hal ini kerana ia sememangnya fitrah.. akal dan keseluruhan badan sememangnya bergerak sendiri menurut fitrah.. manusia akan sendirinya berkehendak kepada tarbiyyah.. manusia akan belajar dari semasa ke semasa.. tanpa disedari atau disengajakan..

keempat.. tarbiyyah adalah wasilah penyelesaian.. apa sekali pun masalah di dunia ini.. jalan menyelesaikannya kembali semula kepada tarbiyyah.. ambillah masalah mana sekali pun.. pusing-pusing segala penyelesaian dibincangkan.. akhirnya yang menyelesaikan adalah tarbiyyah juga.. kita ambil yang mudah.. isu rempit.. heboh diperkatakan.. macam-macam cara dibuat.. ada kata bagi mereka berlumba di litar.. tapi tidak semua dapat berlumba.. ada yang jauh.. ada kata ini.. ada kata itu.. pokoknya pasti ada saja kebocoran dalam setiap penyelesaian.. ini disebabkan.. penyelesaian sebenar adalah kembali kepada tarbiyyah..

kita lihat isu yang lebih besar.. palestin.. berapa banyak rundingan damai.. berapa banyak perjanjian dimetrai.. tapi apakah hasilnya?.. pernah ditanyakan kepada seorang ulama’ yang masyhur akan penyelasaian masalah ummah ini.. isu palestin ini.. dan dicadangkan kepada beliau untuk mengumpulkan seluruh ketua-ketua negara islam.. namun beliau menjawab.. adakah ada nilai sekiranya ditambahkan angka-angka kosong.. maksud beliau.. pepimpin-pepimpin sekarang tiada ruh islam dalam jiwa.. nilai mereka kosong.. perjumpaan angka-angka kosong hanya membuahkan hasil yang kosong..

Kita lihat bagaimana rasulullah bermatlamat menghancurkan kerajaan parsi yang ketika itu memerintah tanah palestin.. baginda mendidik setiap jiwa.. jiwa yang dididik itu mendidik jiwa seterusnya.. lama kelamaan sehingga muncul seorang yang benar-benar layak membuka palestin.. apabila umat islam sudah bersedia menerima kemenangan.. diberikan kemenangan itu.. sangat besar dan jauh matlamat Rasulullah.. dan sangat tepat jalan dan manhaj yang ditunjukkan.. subhanAllah.. jadi perlulah kita ingat.. permasalahan apa sekali pun.. jalannya ialah menukar dan mengubah yang di dalam..

dan kepentingan yang terakhir adalah.. tarbiyyah penentu syurga dan neraka.. kita tidak ditentukan syurga dan neraka hanya dengan lisan kita.. kalaulah begitu penentuan syurga neraka.. alangkah indahnya ummat manusia.. namun umat islam sering salah faham akan pernyataan ini.. kata sebahagian mereka.. aku islam, akhir nanti masuk syurga juga.. sedih mendengarnya.. melakukan maksiat dan segala dosa.. dan tidak mahu menerima nasihat hanya kerana menganggap diri sudah islam kerana lisan telah mengucap.. kerana lisan telah mengaku islam.. sememangnya akan ke syurga juga.. tapi tahukah kamu apa itu seksa neraka.. tahukah kamu bagaimana rasanya.. tahukah kami berapa lama setahun di neraka dengan setahun di dunia.. sangat-sangatlah lama.. malahan penghuni awal neraka ini akan dicopkan sebagai ahlul nar sebelum memasuki syurga.. tidak malukah kami mendiami satu tempat yang padahal tidak layak kamu berada di situ.. seluruh penghuni syurga tahu asalmu.. sedarlah…

dalam kepentingan-kepentingan di atas tidak disertakan dalil.. namun sebebarnya ada dalil untuk setiap satunya.. kita lihat dalil-dalilnya dalam al-Quran dan disesuaikan mengikut point-point yang di atas.. yang mana mengukuhkan kepentingan yang mana.. kita lihat bersama.. kita sesuaikan mengikut kepentingannya.. insyaAllah.. Allah berfirman..

 “Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat.”

(Surah al-Baqarah, 2:269)

 “Dialah yang menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu (Muhammad). Diantaranya ada ayat-ayat muhkamat, itulah pokok-pokok kitab (al-Quran) dan lainnya mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, mereka mengikut yang mutasyabihat untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata, “kami beriman kepadanya (al-Quran), semuanya dari sisi Tuhan kami.” Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal.

(Surah ali-Imran, 3:7)

“Tetapi orang-orang yang ilmunya mendalam di antara mereka, dan orang-orang yang beriman, mereka beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad), dan kepada (kitab-kitab) yang diturunkan sebelummu, begitu pula mereka yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan beriman kepada Allah dan hari kemudian. Kepada mereka akan Kami berikan pahala yang besar.”

(Surah an-Nisa’, 4:162)

“Katakanlah (Muhammad), “Berimanlah kamu kepadanya (al-Quran) atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang yang telah diberi pengetahuan sebelumnya, apabila (al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan wajah, bersujud.”

(Surah al-Isra’, 17:107)

“Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahawa (al-Quran) itu benar dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan hati mereka tunduk kepadaNya. Dan sungguh, Allah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.”

(Surah al-Haj, 22:54)

“Allah menyatakan bahawa tidak ada tuhan selain Dia; (demikian pula) para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan, tidak ada tuhan selain Dia, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

(Surah ali-Imran, 3:18)

“Dan demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang ayat-ayat Kami agar orang-orang musyrik mengatakan, “Engkau telah mempelajari ayat-ayat itu (dari Ahli Kitab),” dan agar Kami menjelaskan al-Quran itu kepada orang-orang yang mengetahui.”

(Surah al-An’am, 6:105)

“Dan orang-orang yang diberi ilmu dan keimanan berkata (kepada orang-orang kafir), “Sungguh, kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut perintah Allah, sampai hari kebangkitan. Maka inilah hari kebangkitan itu, tetapi (dahulu) kamu tidak menyakini(nya).”

(Surah ar-Rum, 30:56)

semua ini adalah dalil-dalil untuk tarbiyyah.. semuanya menunjukkan tarbiyyah akan membawa kita menuju kepada Allah.. ilmu akan menambahkan keyakinan kita.. orang berpengetahuan akan mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya kerana dia seharusnya lebih ‘alim akan apa yang bakal menimpanya sekiranya berbuat dengan sebaliknya lantaran ilmu yang dipunyainya.. oleh itu.. dalam memahami dan menghayati islam.. kita seharusnya menggarab ilmu sebanyak mungkin.. seluruhnya adalah ilmu Allah.. setiap ilmu itu mendekatkan kita kepada Allah sekiranya kita belajar itu kerana Allah.. insyaAllah..

tarbiyyah merupakan satu pendidikan yang mengubah manusia.. mengubah kepada yang lebih baik.. tetapi apa yang ada di dalam tarbiyyah itu?.. di sini kita dapat pecahkannya kepada empat perkara.. iaitu.. murabbi.. mturabbi.. manhaj.. dan akhirnya biah.. seluruh elemen atau aspek ini saling melengkapi.. tidak dapat berjalan tarbiyyah dengan lancar tanpa salah satu.. walau hebat macam mana pun murabbi yang mengajar.. hatta Yusuf Qardhawi sekali pun yang datang mengajar.. jika mutarabbinya tidak mahu belajar dan tidak bersemangat.. sama sahaja.. tidak jadi juga proses pembelajarannya..

selain itu.. manhaj.. manhaj ini adalah jalan.. wasilah.. cara.. bagaimana kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang yang sepatutnya.. kita sudah ada murabbi.. sudah ada mutarabbi.. apakah cara penyampaiannya pula.. kalau kita lihat dalam konteks universiti.. kita ada pensyarah.. kita ada pelajar.. apakah manhajnya?.. manhajnya banyak.. bukan sekadar kelas syarahan sahaja.. tutorial.. projek.. seminar.. bengkel.. lawatan.. banyak sekali.. kalau kita ambil konsep usrah juga begitu.. sudah ada naqib dan anak buahnya.. apakah manhajnya pula?.. halaqah.. riadhah bersama.. makan bersama.. keluar bersama.. banyak lagi.. itulah manhaj.. wasail.. halaqah hanyalah satu wasilah.. tidak perlu menjumudkan fikiran bahawa usrah itu bosan dan tidak sesuai dengan peredaran zaman.. kita yang menyempitkan pemikiran lalu membawa hati jauh darinya.. padahal usrah itu mempunyai pelbagai cara untuk disampaikan..

perkara terakhir yang hendak dibincangkan ialah sifat mereka yang inginkan tarbiyyah.. ada empat.. yang mana semuanya boleh kita dapat dalam kisah nabi Ibrahim.. sifat-sifat itu adalah.. berhajat.. berilmu.. yakin.. dan taat..

dalam kisah nabi Ibrahim.. nabi Ibrahim pada awalnya berhajat kepada kebenaran.. dia ingin mencari Tuhan yang sebenar.. iaitu Allah.. dia mula dengan bintang.. tapi bintang terbenam bila tiba siang.. dia tidak suka akan yang terbenam.. kemudian bulan.. perkara sama berlaku.. kemudian matahari.. tapi matahari juga hilang tatkala tibanya malam.. semuanya itu tidak melengkapi keinginan nabi Ibrahim.. lantas dia mencari dan mencari akhirnya dia tahu ada Satu kuasa yang mentadbir seluruhnya.. dan dia menyakini akan apa yang diperolehinya kerana ilmunya mengenai ketuhanan amatlah hebat.. Tuhan itu tiada sifat kekurangan..

Kita boleh lihat kisah ini dalam surah al-An’am ayat 74 hingga 83.. dia juga yakin sehingga mampu menentang kaumnya.. malahan ketika dia meminta untuk Allah menghidupkan burung yang telah mati dan dipecahkan bangkainya kepada tempat-tempat lain, Allah bertanya sama ada dia tidak yakin.. nabi Ibrahim menjawab.. dia yakin dan ingin menambahkan keyakinan yang yakin ini agar lebih-lebih yakinnya… haqqu yakin.. keyakinan yang paling haq.. yang paling benar.. keyakinan nabi Ibrahim amat hebat sehingga melahirkan taat yang mungkin kita tidak dapat buat.. disuruh menyembelih nabi ismail.. disuruh meninggalkan hajar dan nabi ismail di tengah gurun tanpa bekalan.. subhanAllah.. mampukah kita meninggalkan orang tersayang tanap bekalan di tengah gurun yang panas terik.. hebatnya keyakinan nabi Ibrahim..

maka.. inilah sifat yang harus ada pada diri kita dalam mempelajari ilmu-ilmu Allah yang tidak terkira banyaknya.. semoga dapat dimanfaatkan bersama.. niatkan segala yang dilakukan.. lillahi taala.. moga ada keberkatan dalam setiap perkara baik yang dilakukan.. insyaAllah..

doakan semuanya sentiasa istiqamah..

Advertisements

5 thoughts on “Tarbiyyah: Antara Risalah dan Ijazah…

  1. Sesungguhnya amat benar mengenai Faham Islam dan Tahu Islam. Di Malaysia tahun ini kerajaan mewajibkan masjid-masjid mendirikan solat terawih 20 rakaat. Masjid tidak disarankan untuk membuat 8 kerana nanti ada ruangan untuk diadakan tazkirah takut nanti menggangu para jemaah, makanya diharamkanlah Tazkirah pada tahun ini selepas terawih di masjid (bukan surau..). Umum yang faham akan maslahat ini ada yang akur tanpa rela.

    Namun surau2 yang faham tetap melaksanakan 20 bukan sekadar melaksanakan kewajiban terhadap arahan kerajaan tetapi kerana ingin memperbanyakkan zikr dan bacaan serta penghayatan Al-Quran dan kerana pelbagai sebab yang lain dan semuanya kembali kerana Allah.

    Di kawasan yang penuh dengan pelbagai ilmuwan ini, ada sebuah masjid yang baru dinaiktaraf oleh kerajaan dari sebuah surau biasa dengan biaya yang besar bagi menggantikan sebuah surau yang telah dirobohkan pada tahun 2002. Surau yang diribohkan itu sangat aktif dengan pelbagai ceramah tetap, antaranya oleh Ustaz Nur Salam dan Dato’ Hasan Ali. Surau tersebut didirikan sendiri oleh mereka yang inginkan sebuah surau yang aktif. Oleh kerana sering menjemput khatib2 yg hebat2, maka pada setiap solat Jumaat pasti ramai yang terpaksa solat di jalanan tetapi mereka rela dan siap sedia membawa sejadah sendiri.

    Apa pun surau tersebut telah tiada. Jadi berbalik kita kepada Masjid baru yang dibina atas sebuah surau yang tidaklah sepopular surau roboh tadi. Tahun ini pada minggu pertama mereka melaksanakan 20 rakaat tetapi masuk minggu kedua, kata pengerusinya, kita akan buat 8 rakaat untuk memudahkan semua pihak. (Tidaklah berapa ana paham alasan tersebut kerana jika buat 20 pun mereka yang nak buat 8 boleh aje buat setakat 8).

    Pada minggu kedua itu, ada Pengerusi Aman Palestin yang beribu pejabat di Seksyen 3 BBBangi telah memohon laluan untuk membuat taklimat mengenai Isu Palestin dan mohon dibenarkan mengutip derma untuk tempoh seminggu. Alhamdulillah beliau dapat memungut kira2 RM12,000++ dalam tempoh seminggu tersebut. Allahuakbar!

    Namun yang membuat ramai terkilan ialah apabila di akhir taklimat wakil dari Aman Palestin itu (actually ia adalah tazkirah mengenai kewajipan kita sebagai muslim untuk sama2 menangani isu palestin), pengerusi masjid telah mengingatkan para jemaah bahawa apa yang baru disampaikan itu bukanlah tazkirah kerana tazkirah diharamkan. Ana menggeleng2 kepala pada malam pertama. Dan menggeleng2 kepala pada malam terakhir kutipan tersebut atas peringatan yang sama. Astaghfirullahal’azim.

    Apakah menyeru kepada amar maaruf nahi munkar itu bukan tazkirah? Menyeru kepada kebaikan bukan tazkirah? Menjentik minda terhadap keinsafan, juga terhadap kesyukuran atas nikmatNya itu bukan tazkirah? Sejak bila pula ada ayat Al-Quran yang melarang tazkirah dibuat di masjid2? Mohon jelaskan kepada ana yang belum jumpa ayat tersebut dalam AlQuran. Mungkin khatam celup2, tak menghayati betul2.

    Ana tidak paham. Yang pasti orang yang bercakap itu mesti orang yang berilmu jika tidak ia tidak akan dilantik menjadi pengerusi masjid. Namun tatkala surau-surau kecil sibuk mengutip dana ramadan (kerana tiada peruntukan dari kerajaan) untuk mendatangkan imam-imam hafiz dari pesanteren, pondok, maahad tahfiz yang dekat dan jauh samada dari selangor mahupun dari Thailand, Jawa, Kelantan dan Terengganu, Masjid yang punya banyak peruntukan ini masih mengekalkan imam-imam di kalangan imam masjid itu juga yang mengimamkan solat pada bulan2 lain.

    Tidak salah. Tetapi masyarakat ingin berehat tatkala bertarawih dengan mendengar alunan bacaan Al-Quran dari qari2 yang agak berlainan dari biasa. Selepas hari terakhir wakil aman Palestin berada di masjid itu ana terus terawih di lain2 tempat. Ana bertahan di sana seminggu kerana minat dengan bacaan imam dari Aman Palestin itu. Setelah itu, dek kerana frasa “..tazkirah diharamkan” itu, ana tawar hati untuk bertarawih di situ (tak payah ceritalah yang ada beberapa orang remaja yang duduk-duduk sembang saja masa orang bersolat dan kebisingannya amat luar biasa, dan ada seorang remaja yang memberitahu ana begini…”…imam tu tah ape2..baca asyik salah-salah je…bukan surah yang susah2 pun, surah lazim je pun…”, tak tahu apa nak jawab ana diam sahaja dan mengajaknya ke surau lain, saja2 jalan2 cari bacaan yang lain2 pula.

    Alhamdulilah kini dah masuk 4 surau di sekitar daerah ini yang telah kami ikut berterawih. Ada yang buat 20 dan ada yang buat 8 diikuti tazkirah. Alhamdulillah banyak manfaat yang kami peroleh dari tazkirah yang disampaikan. Walaupun tak semeriah (meriah=riuh=bising) di sana tapi cukup menenangkan. Anak-anak masih ada yang bising tetapi ramai yang ditemani dan diingatkan bukan saja oleh ibubapa, kakak, abang mereka tetapi juga jemaah lain yang prihatin dengan cara yang berhemah.

    Kini tamat fasa pertama dan masuklah kita ke fasa kedua. Ya Allah hu ya Rabbi, Ilahku yang Satu, ingin sekali aku menarik perhatianMu walau sesaat cuma, apakah mampu aku mendapatkan perhatianMu dengan sedikit ilmu ini yang kulakukan ikhlas hanya keranaMu. Ku pohon setitis cuma kasihMu ya Allah, kumohon maghfirahMu walau kutahu dosaku amat banyak. Sekilas pandanganMu amat membahagiakan, siapalah aku yang masih mahu menagih cintaMu, namun aku hanya mendambakan cintaMu, hanya padaMulah aku bergantung harap, hanya rahmatMu yang kuharapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian ya Allah walau dengan kadar sekelip mata. Awasilah daku dan perbetulkanlah kesalahanku, ampunilah segala dosa-dosa ku wahai Rabb yang memiliki segala keagungan. Laa ilaha illa anta.

  2. subhanAllah.. indahnya luahan hati.. jazakumullahu kahiran kathira atas perkongsian perasaan mengenai al-Haq.. sesungguhnya al-Haq tetap al-Haq.. tiada yang dapat mengubahnya..

    ana ada dengar mengenai badan Aman Palestin datang ke Bandar Baru Bangi ini dari ummi.. kerana rumah kami di situ juga.. ummi pergi ke tazkirahnya.. ummi kata menusuk hati.. sehingga mampu menangis mengenang kisah perjuangan ikhwah akhawat di Palestin.. moga kalian dibalas syurga Allah.. amin..

    selain itu, memang benar apa yang anta (ana andaikan anta seorang rijal, kerana dari penulisan enta gayanya seorang rijal.. maaf kalau tersalah andaian..) ummi pun ada memberitahu.. bacaan pengerusi Aman Palestin itu sangat senang didengari oleh telinga.. sehingga mampu lebih menghayati quran.. walaupun kita kadang tidak mengetahui makna yang dibacakan.. tapi dengan alunan yang sedikit sebanyak mampu membuatkan kita terasa kerdil di depan Allah.. subhanAllah.. itu satu kurniaan yang amat besar.. menghadirkan hati dalam solat.. malah membantu ma’mum juga untuk menghadirkan hati dalam solat mereka.. sungguh berjasa imam tersebut.. moga dia diberi kebahagian di dunia dan akhirat.. ummi juga berpesan untuk cuba sedaya upaya membetulkan bacaan al-quran agar mampu membawa ma’mum menghadirkan hati dalam solat, sekalipun, rata-ratanya tidak ramai yang faham apa yang dimaksudkan dengan apa yang dibaca oleh imam.. namun, harapannya adalah agar alunan yang dibacakan mampu sedikit sebanyak menghadirkan rasa kerdil dan hina di hadapan Allah.. mengenai penghayatan isi kandungannya akan kita usahakan sama-sama membawa seluruh dunia hidup di bawah lembayung al-Quran seperti mana kehidupan yang diceritakan oleh Syed Qutb dalam tafsirnya, tafsir fi zilalil quran..

    mengenai isu tazkirah.. ana berpendapat.. yang haq itu haq.. tidak perlu takut untuk menyembunyikan yang haq.. kerana manusia tiada kuasa menentukan sesuatu ke atas manusia lain.. walau sebesar zarah.. bukankah tazkirah itu peringatan.. dan bukankah menyeru manusia yang muslim mengenang perjuangan ikhwah akhawatnya di tempat lain suatu yang perlu ada dalam islam.. sebagaimana rasulullah telah menyarankan.. al-quran juga menyatakan..

    “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”

    ( Surah az-Zariyat [51] : 55 )

    kesimpulannya tiada ayat yang melarang tazkirah di masjid.. kerana al-Quran menggalakkan kita berpesan-pesanan.. dan al-Quran itu tidak akan bercanggah antara satu isinya dengan isi yang lain.. kerana al-Quran itu sempurna.. ia adalah kalam (kata-kata) Yang Maha Sempurna.. Allahu Rabbi..

    wAllahu’alam..

    mohon pembetulan sekiranya ada kesalahan dalam pendapat ana..

    jazakumullahu khairan kathira untuk doa anta..

    Ya Allah hu ya Rabbi, Ilahku yang Satu, ingin sekali aku menarik perhatianMu walau sesaat cuma, apakah mampu aku mendapatkan perhatianMu dengan sedikit ilmu ini yang kulakukan ikhlas hanya keranaMu. Ku pohon setitis cuma kasihMu ya Allah, kumohon maghfirahMu walau kutahu dosaku amat banyak. Sekilas pandanganMu amat membahagiakan, siapalah aku yang masih mahu menagih cintaMu, namun aku hanya mendambakan cintaMu, hanya padaMulah aku bergantung harap, hanya rahmatMu yang kuharapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian ya Allah walau dengan kadar sekelip mata. Awasilah daku dan perbetulkanlah kesalahanku, ampunilah segala dosa-dosa ku wahai Rabb yang memiliki segala keagungan. Laa ilaha illa anta.

    amin..

    amin..

    amin ya Rabbal ‘alamin..

  3. Assalamualaikum,
    izinkan saya mengambil sedikit perkongsian ini untuk disebarkan.
    jazakumullahu khairan kathira..:)

  4. hina di hadapan Allah.. mengenai penghayatan isi kandungannya akan kita usahakan sama-sama membawa seluruh dunia hidup di bawah lembayung al-Quran seperti mana kehidupan yang diceritakan oleh Syed Qutb dalam tafsirnya, tafsir fi zilalil quran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s