Archive

Tazkirah


Sa’id Hawwa dalam bukunya “Al Madkhal” bercerita tentang berbagai ujian. Beliau mengatakan,

“Man lam yakun lahu bidayah muhriqah laisa lahu nihayah musyriqah.”

Barangsiapa tidak memulai dengan muhriqah (sesuatu yang membuat terbakar, penuh semangat dan kesusahan), maka tidak akan mendapat akhir yang musyriqah (cemerlang).


‎”Di antara sekian jenis kemiskinan, yang paling memperihatinkan adalah kemiskinan azam dan tekad bukan kemiskinan harta.

Kemiskinan azam akan membawa kepada kebangkrutan dari segi harta.

Azam dan kemahuan yang kuat kelak akan membuat kita berilmu dan kaya.

Tidak mungkin seseorang bisa keluar dari kejahiliyahan dan memperoleh darjat tinggi di sisi Allah tanpa tekad, kemahuan dan kerja keras.”

(Ustaz Rahmat Abdullah, dalam filem Sang Murabbi)


“Dua wajah Raya:

1. Raya ruh atas kemenangan untuk mendidik nafsu.. Ia dihias tahmid dan takbir dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya.

2. Raya nafsu yang baru terlepas dari kekangan Puasa Ramadhan. Ia disambut dengan apa sahaja pengisian yang boleh memuaskan nafsu untuk  cover kerugian sebulan yang lalu.”

(Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman)


Pada usia tertentu sesaorang sepatutnya mula memikirkan secara bersungguh-sungguh akan situasinya pada kehidupan akan datang. Iman bukan sekadar impian tetapi kerja keras untuk memastikan apa yang di impikan tercapai. Pada usia itu ia harus menghabiskan lebih banyak masa untuk menekuni persiapan untuk kehidupan di alam baru..menghayati janji-janji tuhan.

(Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, 2010)


I like this workshop a lot. It tells you exactly how Islam should spread. You can’t do it all by yourself.

My 3 years in Australia taught me about this..

Semua orang ada kelebihan masing-masing. You just need to know what is your strength and weaknesses, then channel them towards the proper way.

Islam itu syumul.

Oleh sebab itu, tidak logik seorang manusia biasa mampu menunjukkan kesyumulan Islam itu bersendirian.

In the video, the workshop tells everything. You don’t give tasks to the people who don’t have the skills set.

As a team, we know each other, we fight together. Kita tidak mengecilkan mereka yang tidak pandai bercakap, kita tidak meninggalkan mereka yang kerja di sebalik tabir, we go down together, we rise up together.

Kisah yang popular mengenai Hassan al-Banna ketika mana dia datang awal dan tolong ikhwah lain susun kerusi, dan ikhwah kata kat dia, “tak payah la, nta karang nak bagi ceramah lagi..”. Kemudian dia jawab, “Aku tak tahu amalan mana yang Allah akan beri pahala..”

Ini penceritaan semula, not the exact wordings..

Anyway, mungkin orang susun kerusi, sapu sampah, kemas dewan tu lepas mendapat pahala daripada pencemarah  atas keikhlasan dan kesungguhan dia melakukannya kerana niatnya yang sangat bersungguh untuk melihat Islam kembali tertegak di bumi Allah ini. Siapa yang tahu.

Again, as a team, everbody is at the same level. Secara logiknya pun, kalau dia tak sapu sampah tadi, mesti dewan tu nampak kotor, dan imej penganjur pasti akan buruk. So, he did play a big role. Nobody is doing nothing.

Kenapa saya menulis ini?

Kerana saya tengok video ni, dan saya teringat kepada ikhwah di Australia yang rasa inferior atau bahasa pendidikannya, Inferiority complex.

Saya tak tahu tepat atau tidak istilah yang digunakan, tetapi saya merasakan mereka yang bekerja untuk islam secara umumnya, harus ke depan dengan skills masing-masing dan sampaikan apa yang mampu, biarlah ialah tenaga fizikal, wang ringgit, kemahiran, atau pun lain-lain. Hatta yang minat bola pun mampu membawa minatnya ke arah yang betul.

Moga bermanfaat. amin.

p/s: I do write this with memory of ikhwah in Adelaide.