Redhalah aku..

Suasana pagi makin berseri-seri
Bila matahari mula menjenguk diri
Terlukis keindahan dalam keharmonian
Terpamer kekuasaan ar-Rahman

Burung-burung berkicau di celah pohon hijau
Menitislah embun dari hujung dedaun
Lembut bayu menyapa badai membelai jiwa
Mengilap dosa-dosa yang tersisa

Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan kurniaan kehidupan rabbani

Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan limpahan nikmat di bumi ini

Keindahan alam keindahan islam
Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan
Persada kecintaan taqwa jadi hiasan
Biarpun kehinaan di mata insan

Segala keperitan jadi rencah perjuangan
Itulah sunnatullah dari zaman rasulullah
Biarpun tumpah air mata dan darah
Tak peduli demi cinta ilahi

Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan kurniaan kehidupan rabbani

Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan limpahan nikmat di bumi ini

Keindahan alam keindahan islam
Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan
Persada kecintaan taqwa jadi hiasan
Biarpun kehinaan di mata insan

Segala keperitan jadi rencah perjuangan
Itulah sunnatullah dari zaman rasulullah
Biarpun tumpah air mata dan darah
Tak peduli demi cinta ilahi

Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan kurniaan kehidupan rabbani

Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan limpahan nikmat di bumi ini

Wahai teman-teman majulah ke hadapan
Islam takkan kalah begitu janji Allah
Kemenangan milik kita syahid adalah cita
Syahid adalah cita..

Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan kurniaan kehidupan rabbani

Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan limpahan nikmat di bumi ini

Advertisements

3 thoughts on “Redhalah aku..

  1. Redhalah aku.. Hanya padaMu..

    Ya Allah.. Tuhanku Yang Maha Esa.. Dia tempat yang haq bagi cinta ditaburkan sepenuhnya.. Dia tempat yang haq bagi rindu di jiwa.. Dia tempat yang haq bagi diri mengadu domba.. Dia tempat yang haq bagi insan berkasih mesra.. Dia tempat yang haq mengisi masa luka.. Dia tempat yang haq berkongi saat suka bersama.. Dialah segala-galanya..

    Moga dapat aku hayati erti kata-kata yang lahir dari hati ini.. moga ianya tetap bersemi dalam diri.. moga terlekat dalam hidup diri yang mengemis ini.. Ya Allah.. Sesungguhnya aku merayu dan mengemis kasihMu..

    Moga dapat aku istiqamah dalam segalanya..

    Amin ya Rabbal alamin..

  2. Moga Allah beri kekuatan jasmani dan rohani bukan saja buat Along ttp juga ummi, abah dan adik2, amin ya rabbal alamin.

    ummi yg juga masih perlu banyak belajar dan beristiqomah dlm segalanya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s