Wahai para mujahid..

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh

Advertisements

One thought on “Wahai para mujahid..

  1. Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
    Ujian nikmat hidup duniawi
    Biarpun ianya begitu indah
    Namun hanya sementara

    moga diberikan kesedaran dan penghayatan akan makna rangkap di atas sebenar-benarnya.. sesungguhnya syurga itu jauh lebih indah dan sempurna.. jauh sekali.. malah syurga adalah kekal abadi.. apalah indahnya dunia ini dibandingkan syurga.. berapa lamakah dunia ini dibandingkan syurga yang kekal abadi..

    maka.. impikan syurga.. ikutlah jalannya.. dambakan nikmatnya.. susurilah lorongnya.. mahukan keindahannya.. berjalanlah ke arahnya.. teruja dengan keabadiannya.. tinggalkanlah kelekaan sementara..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s