How do you introduce yourself?..
Hari ini terbaca biodata seorang saudara Islam di Youtube, tertarik dengan cara dia memperkenalkan dirinya, katanya;
I am Palestinian
I am Iraqi
I am Bosnian
I am Somalian
I am Chechen
I am Kashmiri
I am Indonesian
I am Afghan
I am SudaneseWherever a Muslim is oppresed, i am from there.
Abu Khattab a.k.a. JihadOfTheSoul
Teringat semula bagaimana As-syahid al-Imam Hassan al-Banna memperkenalkan dirinya.
Mereka ini begitu yakin dan percaya serta jelas tentang diri dan matlamat serta pegangan mereka.
Bagaimana dengan kita?
! هبت كالريح ! شبت كالنار..
Sebelum menulis ni, dengar satu lagi nasyid Abu Ali yang superb! kemudian terfikir lagi..
Sebelum mendengar nasyid ini, banyak perkara dah lalu dalam fikiran. Baru-baru ini Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang ke-8, Dr. Muhammad Badi’ dilantik dan bila dilihat biodatanya, terkesima dalam kekaguman.. Seorang yang berjaya dalam kerjayanya selain daripada asppek lain yang kita kagumi.

Banyak lagi tokoh ikhwan yang lain juga tokoh berpangkat besar dan memegang tampuk yang tinggi di tempat kerja mereka. Ambil contoh pemimpin-pemimpin Hamas. Semua mereka golongan terpelajar. Golongan yang berjaya dalam kerjaya dan hidup mereka.
Mungkin contoh-contoh ini jauh daripada kita, tetapi sekembalinya daripada Adelaide, berjumpa dengan para qudama’ di Malaysia, perkara yang sama dapat dilihat. Mereka bukan sahaja aktif berdakwah, tetapi berjaya dalam kerjaya mereka. Baru-baru ini, perkongsian dengan mereka juga menegaskan peri pentingnya wawasan dan kerjaya kita.
Setelah banyak penegasan diberikan, rasa macam kena ketuk kepala pun ada. Terfikir, berapa banyak para du’at yang memilih untuk bersenang dan bersambil lewa, atau bercukup makan dengan kerjaya mereka atau akademik mereka, atas alasan aku perlu bergiat dengan dakwah sepenuhnya. Apakah akademik dan kerjaya itu bukan dakwah?
Masyarakat melihat peribadi kita sebelum dia mahu mendengar apa yang hendak kita sampaikan. Maka perlu bagi kita untuk lebih kuat daripada biasa. Bertiup seperti badai yang kuat! Habbat karreeh!
Selain itu, ada juga yang menasihatkan supaya challenge yourself! Tiada istilah cukup makan bagi para du’at. Walaupun begitu, para du’at tidak pernah melupakan asas perjuangan mereka, tarbiyah dan dakwah adalah paksi kehidupan mereka. Maka, perlulah kepada kebijaksaan kita menyusun kehidupan kita.
Penulisan ini untuk diri sendiri, sebab sebelum ini tidak terbuka kepada perkara-perkara sebegini, adapun pembentangan Himmah ‘aliyah dahulu, perkara yang difikirkan hanyalah sekecil skop tarbiyah diri sendiri, tanpa membukanya kepada akademik dan kerjaya ataupun lebih luas daripada itu.
Maka hari ini, pembentangan Jiddiyah itu dilihat dengan skop yang lebih luas. Horizon yang lebih lebar. Pandangan yang lebih jauh. Wawasan yang lebih jelas. Arah yang lebih tersuluh. Jalan yang lebih lurus. Pegangan yang lebih yakin. Membangkitkan jiwa yang lena. Menggerakkan roh yang lesu. Menghidupkan semangat yang mati. Mencairkan iman yang beku. Membakar obor perjuangan yang malap.
Sama-sama muhasabah, sama-sama menuju perubahan. Perubahan ke arah kebaikan. Amin.
! هبت كالريح ! شبت كالنار
Muhasabah pagi..
Sekadar peringatan untuk diri sendiri, dan sesiapa yang ingin mengambil manfaat darinya..
Sejak kebelakangan ni, asyik nampak siput bergerak. Mungkin sebab Adelaide tak banyak siput atau memang jarang nampak, tidak pasti. Apa yang pasti ialah, hari ini nampak lagi sekali. Ini membuatkan aku terfikir sekejap. Siput ni, jalan sangat lambat, tetapi tak pernah tengok siput yang tak sampai destinasinya. Maksudnya, siput tu mesti sampai mana yang dia nak tuju, walaupun memakan masa yang agak lama relatif kepada masa seorang manusia.

Jadi aku terfikir, kita hari ini berbincang isu masalah sosial masyarakat kita, keruntuhan akhlak remaja, kebejatan sikap masyarakat, pemikiran kelas tiga masyarakat, hatta orang melayu ataupun orang muslim sendiri. Setelah hebat berbincang, berdegar-degar marahkan ini marahkan itu, kita berpecah kepada dua. Ada sebahagian yang berusaha membetulkannya, ada sebahagian yang balik rumah hidup bersama keluarga, esoknya keluar semula ke tempat kerja dan berjumpa lagi rakan-rakan sekerja, lalu membincangkan lagi masalah yang sama, tanpa ada usaha apa-apa yang dilakukan selain menyalahkan itu dan ini. Hal ini dah makruf, tak perlu dipanjangkan.
Namun, yang aku terfikir sebentar setelah melihat siput hari ini melintas ialah bagaimana golongan yang bekerja ini tahan dan sabar dalam mencapai cita-cita murni mereka. Siput tu walaupun lambat, tapi dia fokus bergerak dari hujung ke hujung. Kerja dia bergerak sahaja. Bergerak semata-mata.
Hari ini, berapa ramai golongan yang bekerja ini, atau golongan yang beramal ini, sanggup bersabar dalam mengerjakan amalan. Maksudnya, bukan sekadar bersabar tetapi fokus mereka sememangnya beramal itu semata-mata. Adalah diketahui ramai bahawa solusi bagi permasalahan kita adalah tarbiyah dan dakwah. Namun, berapa ramai yang betul-betul fokusnya tarbiyah dan dakwah, dan berapa ramai yang betul-betul sabar menunggu amal itu menampakkan hasilnya.
Ramai yang suka memetik buah sebelum masak. Kemudian, setelah memakan hasilnya, kita memaki pihak lain kerana kepahitan buah tersebut. Salah siapa sebenarnya?
Pesanan al-Banna, jangan petik buah sebelum masak..
Kadang-kadang siput ini dikacau oleh halangan-halangannya tersendiri, terpaksa dia menyembunyikan diri disebalik cengkerangnya semula. Setelah gangguan semuanya pergi, siput ini kembali meneruskan perjalanan. Sekarang, kita muhasabah diri kita, berapa ramai antara kita hanyut dengan halangan-halangan kita..
Perkongsian dengan qudama’ tempoh hari menekan wawasan dalam kehidupan seorang daie dari segenap aspek kehidupannya. Akademiknya. Pekerjaannya. Tarbiyahnya. Dakwahnya. Kewangannya. Keluarganya. Seluruh aspek yang mampu dirancang. Muhasabah lagi diri kita, sejauh manakah wawasan kita dalam setiap aspek kehidupan kita..
Tarbiyah dan Dakwah ini melahirkan GENERASI HARAPAN. Generasi yang terus ke depan. Generasi yang jauh pemikiran. Generasi yang lebar horizon wawasan. Generasi yang terang dan jelas arah perjalanan. Generasi yang yakin derap langkah perjuangan. Generasi yang iltizam dengan amalan. Generasi yang berani menongkah arus kejahilan. Generasi yang sememangnya menjadi harapan.
Persoalannya, adakah kita tergolong dalam generasi tersebut?..
Semoga terus tsabat. amin.
Resolusi KOBANNA..
- diambil daripada blog Tuan Haji Aminuddin Yahya dalam entri bertajuk Konvensyen Pemikiran Al Banna -
Pada 30 Januari 2010 Isma telah mengadakan konvensyen Pemikiran HAB dan telah berjaya menarik lebih dari 3,000 peserta dari seluruh negara. Konvensyen ini juga telah di hadiri oleh wakil NGO dan ahli2 politik. Dalam konvensyen tersebut Isma telah mengutarakan pandangannya terhadap pemikiran HAB dalam menangani kemelut umat islam di negara ini.
Berikut adalah Resolusi yang di dapati hasil pembentangan beberapa kertas kerja dan perbincangan yang di adakan :-
RESOLUSI KONVENSYEN
”PEMIKIRAN HASSAN AL BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA”
Kemelut perbezaan ideologi dan kekeliruan identiti yang melanda bangsa Melayu Muslim, sebagai bangsa teras umat islam di negara ini, memerlukan satu jawaban yang mampu membawa satu penyelesaian yang menyeluruh. Penguasaan ideologi barat yang berasaskan humanisme telah berjaya mencengkam pemikiran bangsa Melayu sehingga mereka sudah tidak yakin dengan kemampuan diri dan terpaksa bergantung kepada bangsa lain. Lebih memburukan lagi apabila bangsa Melayu Muslim ini sanggup berganding bahu dengan bukan islam demi menjatuhkan bangsa Melayu Muslim yang lain. Perebutan kepada kuasa politik menyebabkan mereka hilang pertimbangan sehingga terpaksa berkompromi dalam ideologi perjuangan mereka. Dalam masa yang sama kesempatan ini di gunakan sepenuhnya oleh bangsa lain untuk menghina orang Melayu dan menuntut segala hak kesamarataan termasuk dalam isu-isu agama.
Sebagai bangsa majoriti, masa hadapan negara amat bergantung kepada keutuhan bangsa Melayu. Maka dengan itu konvesyen ini telah mengenegahkan pemikiran Imam Hassan Al Banna dalam menentukan metod yang praktikal bagi merubah masyarakat Melayu Muslim untuk menjadi sebuah bangsa yang mulia dan berwibawa. Hasil pembentangan dan perbincangan, konvensyen ini mengemukakan resolusi-resolusi berikut :-
Mesej KOBANNA..
- diambil daripada laman web ISMA Shah Alam Klang dalam entri bertajuk Retrospeksi Konvensyen -
Terlepas KB
AZ (Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis) pada 2009, saya tidak mahu melepaskan peluang ke Konvensyen Pemikiran Hassan al-Banna (Kobanna) beberapa hari lalu. Terpaksa memarkir kereta sedikit jauh, menandakan betapa ramainya jiwa-jiwa yang sudah bersedia untuk melazati konvensyen ini. Beberapa buah bas turut berbaris menurunkan penumpang. Pegawai-pegawai trafik dari PEMBINA berbaju putih setia memberi panduan menuju ke tempat sepatutnya. Hampir 7/8 atau 2700 orang memenuhi dewan tertutup UNITEN tersebut, membuat saya teruja. Bukan hanya golongan dewasa sahaja yang memenuhi kerusi-kerusi dewan, bahkan para syabab yang paling banyak melimpahi segenap pelusuk dewan, terutama di bahagian atas.
Pemerhatian awal saya mendapati bahawa tajuk Pemikiran Hassan al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa memberi satu interpretasi bahawa ISMA mempunyai satu mesej dan pendirian ketika mana mengacarakan konvensyen ini; bahawasanya ISMA tetap berpegang dengan fikrah Hassan al-Banna dalam memacu perubahan dan pembaikan masyarakat dalam apapun kondisinya sekalipun ada badan-badan lain yang memilih untuk tidak lagi menggunakan pendekatan as-Syahid Imam Hassan al-Banna.
Demi merealisasikan intipati pemikiran Hassan al-Banna, al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA menyelesaikan beberapa isu asas yang mungkin menjadi tanda tanya bagi beberapa pihak yang mencari jawapan mengapa pemikiran Hassan al-Banna yang menjadi pilihan, di dalam ucaptamanya. Meskipun Imam Hassan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin berasal dari Mesir, namun intipati pemikiran, wasilah-wasilah, penemuan marhalah, metodologi dakwahnya tetap relevan dan sehingga hari ini digunapakai di lebih 90 buah negara. Presiden ISMA turut melakarkan kepentingan Melayu sebagai suatu tunjang kekuatan yang mampu memacu perubahan dan pembaikan, dan dalam masa yang sama sebagai penegak kalimah dan deen Allah SWT. Kelemahan bangsa ini akan menyebabkan Islam juga turut sama tenggelam, sedang bangsa Melayu telah lama diperkasakan oleh Islam. Bangkit bersatu di atas agenda ini atau terus berpecah dengan melaksanakan agenda orang lain.
Konvensyen ini seterusnya diteruskan dengan tiga pembentangan kertas kerja oleh orang yang hebat belaka, dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri. Secara keseluruhan, mesej yang ingin disampaikan melalui konvensyen ini meliputi beberapa perkara;
Bangkit bersatu atau terus berpecah!..
- diambil daripada laman web ISMA dalam entri bertajuk ISMA seru Melayu bersatu bangunkan keperibadian bangsa -
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Bangi, 30 Januari – Orang Melayu diseru supaya bersatu di atas agenda membangunkan semula keperibadian bangsa yang hebat sebagai umat yang memiliki dan mendokong risalah Islam. Justeru itu Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengemukakan cadangan agar kelompok islamis dan nasionalis berdamai serta bersatu di atas agenda pembinaan bangsa tersebut.
Menurut beliau, kesatuan di atas satu agenda ini merupakan kefardhuan yang mesti dilaksanakan bagi menjayakan agenda Islam yang besar. Rentetan sejarah menunjukkan bahawa kepimpinan Islam sentiasa ditunjangi oleh satu bangsa yang kuat. Inilah agenda yang memerlukan orang Melayu bersatu di atasnya.
“Kita percaya bahawa projek atau agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya selama orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam berada dalam keadaan lemah dan dipolitikkan. Aibnya bukan kepalang apabila kita menjadi bangsa majoriti yang tidak memiliki kekuatan untuk membuat kata putus secara merdeka di bumi sendiri.”
Ustaz Abdullah Zaik menegaskan bahawa orang Melayu hanya mempunyai dua pilihan, samada bangkit bersatu di atas agenda ini atau terus berpecah dengan melaksanakan agenda orang lain. Perpecahan dan kepartian melampau yang melanda Melayu hari ini telah menyebabkan mereka hilang dominasi untuk menentukan kata putus sendiri, memaksakan kehendak serta mempertahankan kedudukan agama Islam dan ketuanan Melayu di negara ini.
Mengangkasa lalu membumikan fikrah al-Banna..
- diambil daripada blog Ustaz Azizee Hasan dalam entri bertajuk KOBANNA Mengangkasa dan Membumikan Pemikiran Pemikiran Hassan al-Banna -
Konvesyen Pemikiran Hasan al-Banna mencetuskan satu anjakan baru ke arah merealisasi dan membumikan idea pemikiran Hasan al-Banna dalam realiti Nusantara khususnya bumi Malaysia. Relevensi pemikiran Imam Hasan al-Banna boleh dilihat dari ketiga-tiga pembentangan kertas kerja yang menjurus kepada analisa sosio politik negara Mesir, sejarah pertembungan ideologi Barat yang ditunjangi oleh aliran Humanisme sehingga mencetus gerakan tajdid dan nahdah yang dipelopori oleh Hasan al-Banna.
Tempoh hidup beliau yang singkat tetapi sarat dengan idea-idea pembaharuan dan perubahan telah mengesan geo-politik Mesir dan negara-negara Arab. Bahkan gagasan dan wawasan beliau menebar ke seluruh pelusuk benua mencecah 90 buah cawangan Ikhwan Muslimun. Beliau saya ibaratkan ’satu jiwa berjuta hikmah..episodnya dahsyat full manfaat..wawasannya holistik dan memiliki idea broadfront (jalur ke depan) , merentasi zaman dan umat. Pemikiran beliau yang merentasi zaman dan keupayaan menganalisa waqie (realiti) adalah pra syarat kejayaaan beliau mengemukakan projek membina peradaban. Kupasan ini boleh dilihat dari kertas kerja 2 ”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia” yang saya sendiri bertindak sebagai moderator.
Projek membangunkan agenda kekuatan bangsa menurut pemikiran beliau mestilah dilatari dengan qanun taghyir ( undang-undang perubahan) sebagai pilar ke arah membina satu peradaban. (boleh rujuk mukasurat 55-62).Bagi mencapai objektif tersebut, Hasan al-Bana telah menggariskan 4 komponen tumpuan stategik beliau iaitu :
Hal nahnu qaumun ‘amaliyun?..
“Daripada anda mencela kegelapan gantikanlah dengan menyalakan satu obor”
Syeikh Ahmad Rasyid
Kesedihan yang merugikan..
“… jangan terbawa-bawa dengan kesedihan yang dihadapi, tinggalkan kesakitan yang dirasai, berusaha dan bergerak ke depan untuk mendapat kejayaan…”
“… syaitan memang suka manusia berada dalam kesedihan yang berpanjangan, supaya manusia tidak akan maju ke depan…”
“… pandang dunia ini secara keseluruhan, ada kegembiraan, nikmat, kesedihan dan ujian, bukan hanya pandang perkara yang menyedihkan semata-mata…”
Ustaz Mohd Ali Abdullah, AJK ISMA Pahang
Persoalan yang memerlukan jawapan dari kita..
- diambil daripada blog sahabat Dr. Rozanizam Zakaria dalam entri bertajuk Kontroversi Penggunaan Kalimah Allah: Apa yang Kita Belajar? –
Jiwa-jiwa ummat Islam yang sensitif sekali lagi digegarkan ketika ini dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar Herald- The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penulisan mereka. Pelbagai reaksi timbul samaada yang menerimanya dengan perasaan marah, terkejut, terkilan, keliru dan sebagainya. Namun yang jelas, isu ini sebenarnya telah datang sebagai salah satu tarbiyyah dalam silibus pelajaran ummat Islam hari ini untuk mengenal siapa diri mereka yang sebenarnya. Persoalannya, apakah kita benar-benar belajar? Atau sekadar sedang menyelak helaian akhbar melihat berita hangat hari ini dan beralih kepada berita lain untuk minit seterusnya? Persoalan-persoalan di bawah adalah pertanyaan untuk setiap individu yang merasakan mereka perlu belajar sesuatu dari isu ini.
Jadilah.. bukan carilah..
- diambil daripada laman web PEMBINA Kedah dalam entri bertajuk Mendamba Pilihan yang Soleh -

Lama saya memerhati dan cuba memahami penulisan seseorang di blog nya. Tentang hasratnya mendapatkan seorang yang soleh sebagai peneman hidup. Katanya, dia inginkan yang soleh kerana dirinya serba kekurangan. Kurang dari segi ilmu agamya, kurang dari segi akhlaknya, kurang dari segi ibadahnya. Pendek kata kurang dari segala hal yang dimiliki oleh seseorang untuk bergelar muslimah apatah lagi bergelar solehah. Jadi, tindakannya untuk mendapatkan yang soleh ibarat penyelamat keadaan tanpa perlu bersusah payah menjadi solehah. Andai dapat yang soleh, peluang untuknya menjadi solehah akan datang setelah itu. Katanya, seseorang yang soleh mampu membimbingnya ke jalan yang lebih dirahmati. Lebih diberkati. Seseorang yang dapat kuatkan semangatnya untuk terus beribadah dan terus menjadi dorongan untuk dia menjadi solehah. Itu katanya.
Bidadari bayangan..
Selembut bayu membelai
seindah mawar di taman hati
seharum wangi kasturi
lemah gemalai mengamit
Mencairkan salju
dan panas membara
kau bak bidadari
di taman syurgawi
Penghias kamar duniawi
kaulah racun kau penawar
dan tangan yang mampu
menggegarkan dunia
namun renungilah segala kurnia
kau milki itu
ternilaikah andai kau persiakan
anugerah tuhanMu
kau dicipta bukanlah
ciptaan semata
Puteri harapan
sujudlah kau mengadap tuhanMu
Ibarat Fatimah rela jiwa berkorban
demi agama Islam yang tercinta
Ibarat kaca terhempas ranap segala
zahir menderita batinmu bakal merana
sanggupkan kau rasai kepahitan
di hari pembalasan yang tiada tandingan
Selembut bayu membelai
seindah mawar di taman hati
seharum wangi kasturi
mekarmu suci berseri
Mendamaikan kalbu
punyai segala kau bak serikandi
yang tulus berbakti
Dikaulah puteri harapan
dan moga hidupmu
di lembayungnya redhaNya











