Andai bisa ku kirimkan air mata..

andai bisa ku kirimkan air mata..
pasti sudah lama ku lakukannya..
moga ia mampu bersama..
menjadi penguat jiwa..
kerna aku hanya seorang anak yang biasa..
kepada seorang ibu yang tabah lagi mulia..
sentiasa mengharap doa tulusmu menghadapi ranjau dunia..
maafkan salah silap anakmu yang berdosa..
kerna tidak pernah terlintas dari segenap rasa..
untuk membuatkan kau terluka..
tapi hati tidak dapat menerima..
walaupun dikau kata aku bukan penyebabnya..
kerna sepertimu..
aku turut punya rasa hatiku..
dan hatiku berkata denganku..
bahawa aku ada dosa denganmu..
lantaran itu..
mana mungkin aku mampu tidak mengalirkan air mata..
ku hanya mampu mengharap..
mengharapkan kepada air mata..
agar air mata murahku ini..
mampu membeli kemaafan yang tinggi..
kemaafan ikhlas dari dirimu yang mulia..
yang tidak pernah tua di dalam hatiku..
malah sentiasa gagah seperti orang muda..
moga kau maafkan kesalahanku..
tidak pernah sekalipun terlintas di benak fikiranku..
untuk membiarkan kau berduka..
maafkan ku..

24 thoughts on “Andai bisa ku kirimkan air mata..

  1. Assalamualaikum w.r.

    Sayu membaca hati terasa…
    Simbolik anak soleh remaja…
    Muga ibumu bersyukur kpd Illahi…
    Mendapatmu yg sensitif berimankan Islam…

    Kepiluan hatiku tiada terkira…
    Diriku pula macam tersisih…
    Membaca curahan hatimu, terasa camburu…
    Mungkinkah sudah takdir ku berakhir begini ?

    Apa ada pada dunia…
    Apa ada pada manusia…
    Tapi tetap hatiku menjerit…
    Mengapa aku tersisih begini ?

    Takper lah kalau takdirnya begini…
    Hanya Allah yg Maha Mengetahui…
    Siapalah aku yang cuba memahami…
    Ilmu tiada amal pun kurang…

    Aiii… mengeluh pun tiada gunanya…
    Sudah letih cuba ku ubahkan…
    Moga dikau menjadi anak yg baik…
    Moga Allah rahmati keprihatinan catatan mu…

    Wassalam

  2. Setinggi mana kasih anak, takkan tertanding kasih ibu. Ibu tak perlukan hadiah lumayan, atau belaian tangan. Cukup sekadar ingatan dan belaian perasaan. Buat jadi semangat dan bekalan, menitip hari-hari penuh dugaan dan cabaran. Rasional akal lelakimu, rendahkan. Sulamkan akal itu dengan secebis emosi, supaya kadang kau kan mengerti dambaan hati..

  3. wa’alaikumussalam..

    amin..

    jazakumullahu khairan kathira..

    sebaik mana sekalipun yang terlihat pada diri ini.. sejuta satu orang anak lagi yang lebih baik dari diri ini.. percayalah..

    moga terbimbing dan terdidik untuk menjadi anak yang soleh.. dambaan setiap ibu dan ayah di muka bumi ini.. amin..

  4. terima kasih untuk nasihat.. sedar.. diri ini memang sangat jauh dari anak yang soleh.. cuma yang mengalami lebih mengerti..

    jazakumullahu khairan kathira..

    moga terbimbing dan terdidik untuk menjadi anak yang soleh.. dambaan setiap ibu dan ayah di muka bumi ini.. amin..

  5. refleksi komen drpd ‘Kasih Cinta Ummi’:
    *aku sbg anak hny mampu menduga, tidak mampu merasa sebenar perasaanmu, ibu.
    *pengorbanan yang ibu lakukan, untuk dewasakanku, hanya bisa ditanggung hati ibu.
    * http://www.youtube.com/watch?v=lIfLKNVM0jY

    video nasyid sambest: http://www.youtube.com/watch?v=WkW0mTfGUk4

    sedih2 teringat ibu, dapat pahala..
    gembira2 teringat ibu, dapat pahala…

    skrg, ceria2kan diri sbb cerianya kita, cerialah ibu.. insyaAllah!

  6. Mujahid Ulung,
    Tiada maaf yang perlu buatmu,
    kerana tiada salah pada dirimu,
    kaulah permata hati, penyejuk mata, penghambat pilu.

    Mujahid Ulung,
    Hapuskan air matamu,
    Luahan rasa hati bundamu,
    Bukan untukmu.

    Mujahid Ulung,
    Bingkas bangun, masa tidak menunggumu,
    Luahan rasa sekadar ikatan muhasabah bundamu,
    Bukan juga penderitaan pada tafsiran kalamku,

    Mujahid Ulung,
    Buat sekian kalinya bunda mohon padamu,
    Hapuskanlah air mata itu,
    Kerana bunda tidak tega, air mata jadi mainanmu.

    Mujahid Ulung,
    Bagaimana mungkin kubunuh waktu,
    agar senyummu kembali menghimpit pilu,
    Betapa sunyi di dasar laut gagal menghancurkan ingatan pilu
    kanvas biru gambaran wajah lembutmu terkedu.

    Mujahid Ulung,
    Bingkas bangun, kotakkan air mata itu,
    Lantas cairi ia di sejadah hijau birumu,
    Buat al-Haq yang menunggumu,
    Kudamba lukisan indah tawa riangmu,
    Seusai kenari membawa pergi kisah dulu.

    Mujahid Ulung,
    Buat sekian kalinya bunda mohon padamu,
    Hapuskanlah air mata itu,
    Kerana bunda tidak tega, air mata jadi mainanmu.

    mungkin esok ada secangkir nescafe ditambah madu,
    dengan krimer manis buat menawan hati pilumu,
    buah hati bunda…nescafe maya menantimu,
    dihening malam syahdu.

    Bunda
    28.10.07
    Tinta Dell di Kamar Bangi nan Sepi

  7. Musafir ulung,
    Mohon ketulusan hati murnimu,
    Kiranya dapat mengobat hati pilu
    Buah hati pengarang jantung ibu,
    mohon tengok2kan sahabatmu itu,
    jangan biarkan dia bermain air.

    Musafir ulung,
    Doa tulus buatmu,
    Ammar, sahabat2 AdelaideTwr dan yg bersamamu,
    Omar, Nabil, Taufik dan naqibnya yg sering juga bersamamu,
    Kupanjatkan syukur pada yang Esa al-Haqku yang satu,
    Yang mengurniakan sahabat ceria tika hatinya pilu.

    Akhir kalam kumohon darimu,
    Jangan biarkan ia bermain air itu,
    Air bukan sebarang air tu,
    Air mata murahan katanya namun mahal buatku,
    Air mata mutiara lu’ lu’a hak Ilahi jua.

    Tinta Bunda Sahabatmu
    28.10.07
    Kamar Bangi nan Sepi

  8. Dimataku, kaulah anak soleh impian setiap ayah bunda. Subhanallah walhamdulillah walailaa ha illallah. Tiada lain yang kuharapkan dalam dirimu.

  9. Ummi Faisal:

    “Musafir ulung,
    Mohon ketulusan hati murnimu,
    Kiranya dapat mengobat hati pilu
    Buah hati pengarang jantung ibu,
    mohon tengok2kan sahabatmu itu,
    jangan biarkan dia bermain air……”

    ditujukan buat diri ini, kah?

    ********************************************

    untuk Faisal,
    jangan sedih2 tau!
    susah nak jadi yg tbaik sbb kdg2 kita rasa ada org lain yg lebih baik drpd kita, tmasuklah dlm konteks menjadi sorg anak soleh. walau apepon blaku, kasih ibu bukanlah mainan. kasih ibu bukanlah senipis kulit bawang. banyak cerita yg kita sendiri tahu, tentang anak derhaka yg masih dimaafkan oleh ibu mereka. (bukan promote utk ‘boleh derhaka’)..
    yang tak dimaafkan tu, nauzubillah la. insyaAllah Faisal, kita usahakan yg tbaik. buat apa yg Tuhan suruh, insyaAllah hati ummi bahagia.

    For me yang juga merupakan seorang anak yang masih dan senantiasa mencari jalan untuk menyayangi ibu sesoleh mungkin, tahu sgt bahawa ada kurangnya kita sbg anak. ummi mampu mendoakan keceriaan kita setiap masa, tapi kita mungkin terlupa (jgn amalkan). tapi semua itu, bukanlah masalah besar yg tiada penyelesaiannya. tol tak, Faisal?

    Kalau hari ni Faisal call umi, tanyalah “Ummi sihat?”… insyaAllah hati ummi dah berbunga da. dalam hatinya bkata “Anakku ini ingat aku, alhamdulillah”.. itu dah jadi sesuatu yang membahagiakan. tidak perlu nak hntr hadiah atau pape yg lain2. sebab ummi yg baik tak pndg semua tu. ummi hanya mahu anaknya bahagia. kan, ummi?
    cume, syahr tak nafikan, bila Faisal buat sesuatu yg lebih memberi ingatan, seperti hntr kad, hadiah, kucup dan peluk ummi, kesannya mungkin lebih mendalam. tapi bukan itu yg boleh dilakukan skrg, buatlah yg senang2..

    Kali ni, syahr bcakap memang senang. tp percayalah jika niat kita ikhlas kerana Allah, senang aje nak buat. sbb itu ummi kita, bukan org asing. hati ibu yg baik itu bersih dan suci untuk mengasihi anaknya…

    Sebagai kawan dan sahabat, Syahr ada suggestion.
    mungkin tak sesuai, tapi ini yg syahr selalu buat…
    dalam ramai2 sahabat yg kita ada di adelaide ni, faisal cari la seorang, untuk bkongsi. bukan bkongsi mslh, tapi bkongsi cerita gembira. tentang ummi. tentang ummi masak sedap. ttg warna kesukaan ummi. ttg kek coklat ummi yg faisal suka. tapi ingat, batasnya (sbb ummi tu wanita. jaga maruahnya. jaga aibnya) tetap ada. cerita kan yang baik-baik. ttg bukak puasa satu famili yg best2. ttg ummi suke senyum masa jumpa org.. walaupun hal kecik yg ibu2 lain pun buat… berceritalah!

    point utama syahr nak gtau, bukan nak suruh faisal banyak bcakap dan kurangkan memendam rasa. TAPI nak mintak faisal melihat insan/sahabat yg faisal pilih itu sbg ‘perantara’… faisal, dapat tak apa yg syahr maksudkan?

    ‘perantara’ yg baik..
    bila kita da byk bkongsi cerita ttg ummi dgn dia, kita insyaAllah akan ada tautan persaudaraan dengan dia. ada kasih sayang…
    bila terpandang wajahnya, kita teringat Tuhan, kita teringat ummi. masa tu, panjatkan doa banyak2 kpd Allah supaya ummi senantiasa dalam rahmatNya.. senang. dan bahagia.

    bagi syahr yg selalu online yahoo mesenger, setiap kali tengok ‘sahabat’ ini online, mesti teringat ummi abi di msia. dan pada masa tu, hanya Allah saje yg tahu ape yg syahr buat. bukan maksud di sini utk mengetepikan ingatan kpd mak ayah, dan ingat kwn baru ingat ummi spt ingatan kpd keluarga jadi poin no.2, tapi ini salah satu cara. bukan bmksud kene buat atau pape. sbb setiap org ada cara sendiri. kan, faisal?

    Faisal org baik, mesti ramai kwn. jd, ape faedahnya ramai kwn kalo semuanya sekadar bkwn, kan? tengaok kwn A, ingat tuhan. ingt kwn B, teringat ummi. tengok kwn C, teringat ayah. tengok kwn D, teringat adik. tengok kwn E, teringat masa depan. tak perlu di-list-kan kat sini, sbb syahr tahu, faisal da tahu semua2 ni. sekadar mengingatkan..

    hm.. panjang berceloteh pulak. tengah baca nota biology ni, 5 hari lagi final paper. final exam yg selalu aje menyebabkan syahr gelabah. hanya Allah yg tahu. tapi terkesan bila mmbaca komen Ummi Faisal, langsung tutup buku. banyak yang nak diberitahu, mungkin lain kali sbb syahr tahu, syahr tak pandai menulis (lalu khuatir org yg membaca tidak paham), tidak pndai mengarang (lalu khuatir org yg membaca tidak mahu meneruskan bacaan), jd ada masa nanti, kita boleh bbiacara. insyaAllah, lisan ini mampu bkata-kata sbb faisal pun tahu, kan, yang dalam ramai-ramai kwn kita di adelaide ni, syahr hanya bising bila ada 4 insan saje, dan faisal salah seorang drpd mereka (hikmah bsahabat, terasa ada ‘saudara sendiri’ bile bsama) dan bila bjumpa shbt2 lain, syahr lebih suka diam..

    utk kwn itu, kalo faisal percayakan syahr, dengan gembiranya syahr sedia mendengar. insyaAllah, berbicaralah kpd ku sbg sahabat, dan aku akan mendengar sebagai sang setia. rahsiamu, tiadakan pernah ku ceritakan kpd yg tidak berhak..

    sekadar bkongsi ye, Faisal.
    ada yg baik, faisal ambillah. yang tidak baik, lupakanlah. anggaplah sbg komen biasa yg memenuhkan kotak komen di entri faisal ni. terasa segan bile difkirkan ttg komen ini yg boleh dibaca oleh ramai org (sbb syahr tahu komen ini tidak seberapa) tapi terasa ingin bkongsi. malu. tapi biarkanlah, lebih baik syahr malu kpd Yang Menciptakan Perasaan Malu ini sahaja. yang bergelar makhluk, biarlah malu bertempat..

    selamat maju jaya, faisal.
    Ummi Faisal sayang Faisal sangat2, percayalah…
    kerana kata Ummi,
    “Mujahid Ulung,
    Tiada maaf yang perlu buatmu,
    kerana tiada salah pada dirimu,
    kaulah permata hati, penyejuk mata, penghambat pilu…..”

    akhir kalam,

    hati ini terusik pabila mengenangkan mata Faisal berkaca-kaca (walaupun tak pernah melihat), jadi usaplah. bukan menghalang jatuhnya ke bumi, tapi mahu menghapus dukamu..

    ingatlah ummi supaya Faisal tersenyum.. dan ummi akan tersenyum melihat senyumanmu…

  10. itu satu2nya musafir ulung di pelantar gelap yg kian membiru…
    moga Allah membalas jasamu,
    dikurniakan jua sahabat sepertimu,
    doa tulus ikhlas buatmu.

    usah malu dgn kata2 mu,
    penuh hikmah walau tidak bermadah tetap indah bertatah rindu,
    pada ibumu,
    moga ia sentiasa dinaungi rahmat Ilahi Rabb yang satu.

    p/s
    Shahr, kek coklat tu kene ganti ngan cheesecake kot,
    lagi best kalau blueberry cheesecake…

    insyaAllah pasti kanvas biru menampakkan senyum dalam pilu…
    oh..tak lupa secangkir nescafe campur krimer ditambah madu…
    malangnya ibu separa tua itu bukan pelakar rindu…
    untuk menghias indah gambaran itu di kanvas biru.

    Salam Maat Taufik Wan Najah Fil Imtiham buatmu,
    Moga Allah kurniakan HD untuk final BIOmu,
    Kemudian pungut lagi HD satu persatu.
    Full HD menghias transcript sem 2 yang jitu.

  11. menitis airmata membaca.
    teringat cinta Nabi pada Ummu Aiman..
    terbayang kasih Al Masih pada Maryam
    terlintas rindu Musa pada Asiah

    p/s cuak pula jadi naqib kepada mujahid ulung.. isy2
    ummi Faisal: jangan bimbang, anak umminya pon penyejuk mata, penambat hati, penawar pilu bapak usrahnya..insyaAllah (kalau boleh dikongsi) hehe.

    wassalam untuk jiwa yang meraih cintaNya

  12. Mujahid ulung dibentuk dari naqib nan ulung,
    Ulung 40X/lebih.. insyaAllah psikologi membantu al-Haq menolong,
    Pasti impian kan tercapai menjadi umat terulung.

    Mahligai syurga di bawah naungan pedang,
    Tegakkan agama Allah ayuh kita berjuang,
    Nabi kata sesiapa mati sebelum berjuang,
    Pun yang tidak pernah berbicara tentang perang,
    Nescaya matinya nifak di cabang.

    Perjuangan akademik yang mampir kini,
    Full HD mengasah pedang perjuangan,
    Hiasi transcript sem ini,
    dengan azam bersiap-siaga ke medan pertempuran.

    Salam maat taufiq wan najah fil imtihan,
    Buatmu naqib ulung pengganti diri,
    Jazakumullahukhairan kathiran,
    Allah jua yang mampu kembali memberi.

    Ummu Faisal

  13. hm…
    sejurus slps post komen di blog Faisal, syahr di’serang’
    diserang melalui Ym..

    ramai sebenarnya yg ingin bkongsi. jadi mungkin ada eloknya syahr letakkan sikit di sini.

    1. anak soleh selalu doakan ibu bapanya. jadi doakanlah. ada disertakan video. http://www.youtube.com/watch?v=9KO7Q82HB4o yg dinyanyikan Ae-Man: Anak soleh.

    2. kalo nak nangis2 masa ingatkan ibu, tgk ni: http://www.youtube.com/watch?v=MKjRvngSU5I dan yg ni pon lagu sama mcm yg Ae-Man nyanyi tu. bila syahr tengok, video memang lain, lagu sama. moga2 bermanfaat.

    (kata diri: popular jugak kump Ae-Man ni ye. pendengarnye bukan kanak-kanak saje. ada golongan remaja macam kami (merujuk kpd syahr, Pemberi video 1 dan Pemberi video 2))

    3. banyak2kan bersabar ye. jaga diri elok2. selalu call rumah. itu dah cukup membahagiakan umi syahr nanti. dugaan rindu kat adelaide yg jauh dr msia, mmg parah. tapi takpe, banyak2kan doa. nanti ujung tahun, ingat balik msia tau! (pesanan dari shbt di msia. terima kasih)

    4. yang ni paling tak tahan. bagi link video youtube ‘lagu utk seorang ibu’ yg syukri buat. ada syahr dlm video nih. dan terus hati ni btanya. ‘kenapa bg link ni? ada maksud lain ke?’ papepon, takpe. jazaka-Allahu khair. syahr bsangka baik. semoga dia hny ingin memberitahu ttg kasih ibu shj.

    5. Ym ni spesel. dr indonesia. kenapa spesel, biarkan yg alami je tahu. katanya, ’syahr, ingat umi selalu tau!’

    6. 7. dan 8. berceloteh saje.
    (faisal, maaf kerana tak bgtau. blog faisal ni, selalu saje kwn2 syahr baca. mereka tak komen, tapi syahr la yg jadi tempat dorg bbicara. harap maaf sbb tak mintak kebenaran. harap2 bmanfaat utk semua)

    9. teringat kat **i* yang suka nyanyi2 dalam kereta (ops, maaf. bukan ngumpat tau ni, **i*. saje je kongsi. suara **i* sedap, so nyanyi2 pun takpe. Syahr suka dengar. sgt2 suke!). **i* selalu gak pasang lagu ni (atau just ikot sequence cd je, wallahu a’lam). lagu hijjaz: http://www.youtube.com/watch?v=v9VbRjUD75g yang best dan best! hehe…

    semoga bermanfaat..

    maaf kerana komen tak ikot entri. sbb lps komen td, syahr ada gtau kwn2 ttg post ni. pas dorg baca, terus dorg ’sibuk’kan Ym syahr. hasilnya? hanya dua pages nota bio yg syahr sempat baca sehingga saat menulis komen ni. cuak ngn exam nanti. ada nota setebal 4cm lagi utk dibaca. ini baru nota bio, belum lagi nota2 lain. chemistry, psychology dan statistics. latihan pun belum disentuh. maaf yep ((apehal aku bercerita ttg diri sendiri nih??? buang tebiat ek, syahr?))

    ok, wassalamu’alaikum. (maaf kalo ada tersalah kata. tiada niat)

    terima kasih, kawan2.

  14. syah..

    jazakAllahu khairan kathira..

    terima kasih banyak atas segala nasihat.. insyaAllah akan cuba amalkan.. tapi rasanya tak mampu buat macam tu.. bukan jenis orang begitu. maaf.. mana yang termampu akan dilakukan.. insyaAllah..

    apa-apa pun.. terima kasih banyak untuk semua nasihat yang diberikan.. dan kata-kata pendorong..

    semoga dirahmati dan diberkati Allah subhanahu wa ta’ala.. amin..

    dan untuk pandangan-pandangan kawan-kawan yang didapati melalui ym syah tu.. terima kasih juga.. insyaAllah akan cuba diamalkan mana yang termampu.. jazakumullahu khairan kathira..

    maaf mengambil masa.. tapi.. dengan masa yang telah diluangkan untuk sahabatmu ini.. Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih enak dari sisiNya.. kelak akan mendapat naunganNya bagi sesiapa yang berkasih sayang kerana Allah ta’ala.. sebagaimana hadith baginda..

    Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai tujuh golongan tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud:

    “Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah.”

    (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

    semoga semuanya terbimbing dan terdidik untuk menjadi anak yang soleh.. dambaan setiap ibu dan ayah di muka bumi ini.. amin..

  15. ummi..

    terharu..

    walaupun dah banyak kali ummi cakap tiada kene mengena dengan along.. tapi along sendiri yang terasa.. takpe ummi.. insyaAllah along ok je.. terima kasih banyak sangat3.. tak terhingga.. jazakillahu khairan kathira..

    insyaAllah akan usaha ke arah yang lebih baik.. maafkan kekurangan dan kesalahan.. moga terubat pedih di hatimu..

    semoga ummi diberi ganjaran syurga.. dambaan setiap makhluk yang diciptaNya.. amin..

  16. akhi nizam yang dihormati..

    biarlah sehebat mana pun diri ini.. kita tetap sama di sisi Allah.. cuma yang lebih bertakwa akan dipandangNya.. nta tetap naqib ana.. jangan terlalu memandang tinggi diri ini.. sangat jauh diri ini dari diri nta.. dan.. kemuliaan yang ada pada setiap insan ini milikNya.. kita hanya dikurniakan kemuliaan itu dengan keizinanNya.. Dia berhak memberi dan mengambilnya semula.. kalau kita tidak mahu.. tidak rugi walau sebesar zarah pun bagiNya.. islam itu untuk semua.. kalau bukan kita yang dukung.. orang lain akan mendukungnya.. yang rugi kita.. bukan Dia.. jauh sekali untuk Dia rugi walau sebesar zarah atau unit yang lebih kecil dari itu.. kerna Dia tidak akan pernah rugi sama ada alam yang lepas, sekrang atau akan datang.. Dia Maha Kaya Lagi Maha Terpuji..

    sekadar mengingatkan kembali kata-kata ibunda yang berharga.. katanya..

    “tanya pada niat, ukur keikhlasan terhadap setiap yang kita lakukan. Jika takut barang sekelumit sifat ujub, riak, keterpesongan niat, maka lihatlah kepada siapa kita mencari keredhaan dan nikmat apa yang kita harapkan serta seksa apa yang kita takuti dan pertolongan apa yang kita syukuri serta musibah apa yang sentiasa bermain2 dibenak fikiran untuk sempadan di hari esok…”

    semoga terus menanggung bersama..

    jazakAllahu khairan kathira.. semoga senantiasa dirahmati dan diberkati Allah.. amin..

  17. ummi..

    jazakillahu khairan kathira untuk doa dan permintaan terhadap sahabat di sini.. moga mereka sentiasa menegur kesilapan diri ini.. amin..

    moga terus tabah menghadapi hidup yang penuh cabaran ini.. kalau hendak diberikan kata-kata pendorong mengenai sabar.. ku tahu diriku jauh dari layak untuk berkata.. kerna dirimu jauh merasai dan mengalami keadaan itu.. malahan kata-kata ku hanya dari insan yang hidup mewah tidak sepertimu.. jauh sekali cabaran dan dugaan di hadapan ku berbanding dengan mu.. maka dengan itu, sekdar doa yang ku panjatkan kepada Ilahi Rabbi untukmu.. dan.. ingin daku meminjam kalamNya.. kerana kalamNya lebih kukuh di dalam sanubari kita semua..

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

    (Surah ali-‘Imran [3]:200)

    “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

    (Surah al-Baqarah [2]:155)

    “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”

    (Surah al-Baqarah [2]:153)

    “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.”

    (Surah Muhammad [47]:31)

    semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang bersabar dalam apa jua keadaan.. kerana sabar dengan musibah yang melanda itu penghapus dosa.. sebagaimana dalam hadith baginda..

    Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak henti-hentinya bencana – bala’ – itu mengenai seorang mu’min, lelaki atau perempuan, baik dalam dirinya sendiri, anaknya ataupun hartanya, sehingga ia menemui Allah ta’ala dan di atasnya tidak ada lagi sesuatu kesalahan pun.”

    (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadith hasan shahih)

    semoga sentiasa tergolong dalam golongan orang yang sabar.. amin..

    InnAllaha ma’as sobirin..

    wAllahua’lam..

    ummi tidak lagi perlu bersedih.. terima kasih atas senyumanmu..

    salam sayang dari anakmu..

    wassalamu’alaikum..

  18. Permata hati bunda,
    Tiada kepedihan di hati bunda,
    Jika ada pasti kan lenyap sekelip mata,
    melihat sinar cahaya memancar seri wajah mujahid bunda.

    Mutiara hati bunda,
    Mana mungkin mengobat luka yg tiada sekelumit kesannya,
    Justeru usah difikir lagi, teruskan perjuanganmu untukNya,
    Pasti bundamu terpelihara.

    Mujahid pejuang agama,
    Usah bimbang lagi tentang hati bunda,
    Perjuanganmu amat jauh penuh ranjau di belantara,
    Masuki saf pertama, moga dirimu layak dihadapanNya,

    Mujahid bunda,
    Ibadurrahman impian kurnia,
    Agar kau dapat ke sana,
    Genggamlah bersama pesan bunda.

    Penyejuk hati bunda,
    Bila kau menggapai mentari merah di ufuk sana,
    Ingati pesan bunda,
    Agar melihat ke bawah, kau tak lupa.

    Penghambat lara bunda,
    Teguran bukan untuk menghiris luka,
    Sekadar membiasakan dirimu dengannya,
    Kelak di atas, asal usulmu kau tak lupa.

    Pengarang hati bunda,
    Renung ke bawah bukan hanya dipuncaknya,
    Tetapi setiap tapak yang kau lalui dengan hati lara,
    Kerana bunda tidak tega,
    Membayangkan jika kau tersungkur dari menara kaca.

    Penyejuk mata penyembuh luka,
    Bunda takut tak mampu menggapai anakanda,
    Menggamit deraian kaca,
    Lantas ingatlah sentiasa walau di bumi mana
    anakanda berada.

    Selagi al-Haq bersamamu bunda pasrah bersama,
    Moga terhapus terus air mata anakanda,
    Perjuangan terdekat harus ditempuhi jua,
    Kerana di hadapannya banyak lagi angkara.

    Akhir kalam pesan Ummi,
    Genggam 4HD transcript terkini,
    Buat mengasah pedang Islami,
    InsyaAllah bila itu telah kau genggami,
    Perjuangan dihadapan pasti dapat kau hadapi.
    Laa ilaha illa anta,
    wa hai yik lana min amrina rasyada.

    Tinta Ketikan Dell Bunda di Bumi Bangi nan Indah Permai
    28.10.07

  19. subhanAllah..

    segala pujian hanya untuk Allahu Rabbi yang mengurniakan diri ini seorang ibu yang tiada lafaz dapat menceritakan peribadinya di hati ini..

    moga dirimu senantiasa dirahmati dan diberkati Allah.. amin.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

    terima kasih untuk segala nasihat-nasihat dan tunjuk ajar.. akan dipegang dan diingati.. dan.. kiranya ada saat yang dilihat diri ini terlupa.. maka, capailah, dan tegurlah.. jangan dibiarkan hayut sekali lagi..

    ya Allah.. ajari aku erti cintaMu, agar tangisku hanya untukMu..

    sungguh, mengingati ibuku mengingatkanku akan kebesaranMu.. subhanAllah.. Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani.. alangkah beruntung dan bertuahnya diri ini dikurniakan seorang ibu yang tabah lagi mulia.. moga Kau terus memeliharanya seperti mana dia memeliharaku sejak kecil hingga dewasa dan hingga ke akhirnya.. amin..

    jazaklillahu khairan kathira ummi.. tiada kata yang sempurna dapat menggambarkan tanda terima kasih.. cuba doa dan ucapan terus, tidak tersusun, dan tidak seindah kata-kata hikmatmu yang dapat disampaikan.. dan.. ku tahu dirimu bisa mengerti isi hatiku..

    akan diteruskan perjuangan.. doakan kejayaan anakmu.. dan ku tahu diri ini selalu didoakan.. jazakillahu khairan kathira.. moga syurga ganjaranmu di sana kelak.. amin..

  20. Ya Allah
    Ya Rahman Ya Rahim
    Jauhkanlah Kami,
    kedua ibu bapa kami,
    ahli keluarga kami, guru2 kami,
    ikhwah dan akhawat
    dan seluruh umat Islam
    daripada azab api nerakaMu
    dan juga azab kuburMu.
    Tempatkanlah kami ke dalam
    Syurga FirdausMu dan
    kurniakanlah kami Syahid di jalanMu

    Ameen

  21. amin.. amin.. amin ya Allah..

    jazakAllahu khairan kathira, ammar.. kerana tidak melupakan kami semua dalam doamu..

    moga Allah merahmatimu.. amin..

Tinggalkan komen