Ma’at taufiq wan najah..

Ma'at taufiq wan najah..

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah.. dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah.. kami memohon kejayaan yang hakiki.. yakni kejayaan dari sisiMu.. sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini.. malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.. sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami.. janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu.. sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami.. maka Kau teguhkanlah hati kami.. moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu.. kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau.. Ya Allah, telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain.. ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami.. moga Kau maafkan kealpaan kami.. telah juga kami berdoa.. dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar.. dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu.. moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami.. sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami.. dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah.. maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus.. jalan yang membawa kebaikan kepada kami.. kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki.. tidak hanya dunia yang sementara.. tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama.. Ya Allah, Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun.. dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul.. maka dengan itu, Kau tunjukkanlah kami.. Kau bimbinglah kami.. Kau terangilah kami.. jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu.. jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu.. dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan.. Moga kami semua terus tsabat dalam memperjuangkan agamaMu.. tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.. dan di atas ketaatan kepadaMu.. dan di atas jihad pada jalanMu.. amin ya Rabbal ‘alamin.. 

ma’at taufiq wan najah.. 

10 comments
  1. ..... said:

    Ameeeeeen… =)

  2. FaisaL said:

    amin..

    jazakumullahu khairan kathira kerana mengaminkan doa..

  3. syphoon said:

    Bittaufeeq wannajah gak~

  4. FaisaL said:

    amin..

    jazakAllahu khairan kathira syafiq..

  5. azeem said:

    😉
    minta izin copy

  6. FaisaL said:

    silakan.

    semoga bermanfaat. amin.

    ma’at taufiq wan najah.

  7. kami-kami said:

    salam…kami0kami nk ambik doa ini jgk ya.

    bittaufiq wannajah…

    salam imtihan..
    salam ukhuwah..

    • wa’alaikumussalam. silakan. doakan kejayaan bersama.

      ma’at taufiq wan najah!

      wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

  8. hamba allah said:

    maat taufiq wan najah…….
    man jadda wajada
    waman zaroa’a hasoda……
    wassalam

    • thanks for the reminder.
      usaha tangga kejayaan.

      wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: