Wahai bangsaku..

wahai bangsaku..
pada saf-saf itu kita berbahu-bahu..
pada barisan itu juga kaki kita diatur menjadi satu..
pada sejadah itu kita sama sujud kepada Yang Satu..
pada Dia pengharapan kita menjadi satu..

wahai bangsaku..
di perbatasan sana kita sama berjuang..
di sempadan sana kita sama berperang..
pada medan yang sama kita turun dan berbahang..
pada musuh yang sama kita turut menentang..

wahai bangsaku..
pada pakaian itu sama kita sarungkan..
pada budaya ini sama kita amalkan..
pada bahasa ini sama kita tuturkan..
pada tanah ini sama kita pertahankan..

wahai bangsaku..
dalam pelbagai perkara kita telah bersama..
pada banyak perkara kita duduk semeja..
tidak terkira apa yang kita sepakat bersama..
dan dalam Islam itu kita anuti bersama..

wahai bangsaku..
mengapa bila tiba Islam dihina..
kita tidak mahu lagi bersama?..

wahai bangsaku..
apakah bahasa kita telah berbeza?..
atau mungkin kita tidak lagi di tanah yang sama?..
mungkinkah songkok tidak lagi dianggap pakaian kita?..
atau apakah yang telah merubah kita?..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: