Sekadar pendapat..

Straight to the point.. saya nak menulis mengenai musik.. dan tidak mahu berbahas soal hukumnya..

Kajian mengatakan musik mampu mengubah mood.. mampu menaikkan semangat.. mampu menghanyutkan jiwa.. dan bermacam-macam lagi.. dan pengalaman saya bersama lagu juga sedikit sebanyak membenarkan kajian ini..

Jadi.. saya ingat bertanya.. setelah mengetahui sama ada secara sedar atau tidak sedar bahawa musik mampu mengubah perasaan dan emosi anda.. adakah anda lebih berhati-hati dalam memilih lagu.. atau ia sekadar satu teori atau kajian di awang-awangan yang tidak perlu diendahkan..

Orang bercinta mendengar lagu-lagu cinta akan hanyut dalam dunia percintaannya.. seperti hidup dalam kepompong tanpa mengetahui dunia luar..

Orang berperang akan bersemangat dengan mengikut lirik dan rentak lagu yang mereka nyanyikan bersama..

Orang yang rindu akan terbayang mereka yang dirindui dengan lagu yang didekasi dan dinyanyikan khas mengingati mereka yang dirindui..

Orang yang patah hati mampu terus jatuh tersungkur emosinya sekiranya salah lagu yang dimainkan di dalam hatinya..

Begitulah saya melihat dan mengamati kesan musik atau lagu kepada emosi yang kita lalui.. menyentuh..

Tetapi dalam setiap sentuhan itu pasti ada batasannya.. di situlah kita sering gagal..

Orang tanya juga saya dulu, “nape asyik dengar lagu orthodox je..” rasanya saya tak jawab pun..

Sebenarnya.. saya terasa sesuatu yang lain daripada lagu-lagu lama.. mungkin kerana mereka lebih memikirkan lirik dan message yang ingin disampaikan jauh lebih lama dan mendalam daripada mereka memikirkan rentaknya..

Sekadar pendapat.. saya tidak berada dalam bidang seni yang mulia ini.. jadi saya tiada hak menyatakan cara bekerja mereka salah atau benar..

Namun itu tidak menolak untuk saya mendengar semua nasyid yang ada.. alhamdulillah.. semakin hari, industri nasyid semakin baik.. Semoga industri ini terus cemerlang dan gemilang dan digunakan sebaiknya untuk Islam.. amin..

Advertisements

2 thoughts on “Sekadar pendapat..

    1. salam.

      yang saya maksudkan dengan nasyid2 orthodox ni nasyid2 lama, saja guna perkataan “orthodox” tu, lebih catchy daripada perkataan “lama”.

      antara kumpulan2 nasyid yang saya kategorikan sebagai orthodox ialah:

      al-wadi
      as-shoff
      budi murni
      grup apresiasi seni (GAS)
      ikhwan’s
      nada murni
      nahwan nur
      shoutun nahdhah
      suara azhar
      suara tajdid
      the zikr

      dan banyak lagi yang mungkin tak tersenarai..

      semoga bermanfaat. amin.

      p/s: setiap orang lain2 citarasa, saya tak menolak mana2 lagu selagi mana ia boleh membawa kepada kebaikan, hatta lagu2 yang mungkin tak dikategorikan dalam nasyid sekalipun..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s