Just a short one I guess..

Semalam pihak Adun Bangi anjurkan perarakan sempena isu kebiadapan israel, dan kami ISMA DHL menyertai perarakan tersebut.

Selepas habis program tersebut, kami berbual sambil minum pagi bersama. Antara persoalan yang dibincangkan adalah ke mana perginya pemuda-pemuda pada pagi Ahad itu. Hal ini disebabkan perarakan tersebut rata-ratanya hanya golongan 30 atau 40 tahun dan ke atas serta anak-anak mereka sahaja.

Salah seorang dari kami pantas menjawab, “Ni ha, sekeliling kita ni.. Ni la tempat diorang.” Saya lantas melihat sekeliling, ternyata kedai makan itu memang hampir keseluruhannya golongan pemuda yang sedang minum bersembang sesama mereka.

Saya pernah dengar, nak tahu masa depan sesuatu negara itu, lihat pada golongan pemudanya, dan hari ini saya telah melihat sebahagian golongan pemuda tersebut.

Saya berharap akan adanya sebahagian lain daripada golongan pemuda di negara ini yang benar-benar mengenal erti hidup dan kehidupan, agar negara ini mampu dipimpin oleh mereka. Andai tidak ada mereka yang seperti ini, pasti negara ini tidak akan ke mana, malah mungkin jatuh menjadi hamba pemikiran dan ideologi musuh Islam.

2 comments
  1. cikgu said:

    da’i zaman ini perlu berani turun ke padang mengajak pemuda2 yang sedang leka tetapi tidak semestinya tidak mahu…malu mungkin…atau merasakan diri mereka belum cukup bagus untuk mendampingi da’i yang seolah2 dari dunia yg lain dari dunia nyata mereka; orang baik2 mungkin mereka itu, fikir mereka tidak mahu bersama membangun ummah, mereka fikir mereka tidak cukup baik kerana tidak diajak semasa da’i sejak dari awal telah merencanakan program ummah; ruang yang tinggal untuk mereka hanyalah apa yang terentang dimata – bola, bantal atau teh tarik …wallahualam; respon yang mengelirukan … begitulah anak2 muda kini ramai yg keliru tetapi jika tidak kita yg mengajak mereka siapa lagi dan usah kita salahkan mereka jika kita sendiri belum pernah mengajak mereka mengikuti program kita hanya kerana kita fikir mungkin mereka tidak mahu bersama atau mereka pernah menolak ajakan kita sebelumnya kerana manusia boleh berubah maka kita tidak harus putus asa mengajak apa lagi jika mereka itu orang muda yang dekat dengan kita – jiran atau saudara mara hanya kerana ada yang lebih mau dari mereka…mad’u yg menyerah diri saja untuk ditarbiyyah, less challenge! wallahualam just my 2 cents opinion.

  2. setuju!

    perlu lebih usaha. insyaAllah, jom terus berusaha, banyak lagi yang memanggil meminta tolong.

    p/s: ummi, ni bukan 2 cents ni, ni billion dollars opinion. not many people would say it loud, yet it is so very true. (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: