Ghalib..

Situasi 1

Flexibility seorang gimnas yang menakjubkan adalah disebabkan latihan mereka. Oleh kerana mereka selalu merenggangkan otot-otot mereka, maka otot-otot tersebut sudah terbiasa dengan kadar renggangan tersebut.

Situasi 2

Mereka yang selalu jogging atau mengadakan aktiviti senaman kardiovaskular yang lain secara konsisten akan mendapati stamina mereka tinggi, di mana mereka mampu bertahan untuk aktiviti-aktiviti lasak dan sukan pada satu kadar yang lebih lama daripada orang biasa.

Situasi 3

Pelajar yang hobinya membaca buku tidak merasakan buku sesuatu yang membosankan, sedangkan betapa ramai manusia yang hidup di Malaysia ini khususnya, merasakan membaca buku itu sesuatu yang sukar atau membosankan.

Situasi 4

Seorang yang hafaz al-quran begitu lazim dengan bacaan qurannya, sehingga dia tidak rasa sedikit pun terbeban dengan bacaan yang banyak dalam tempoh masa yang yang pendek sebagai contoh 1 juzu’ satu hari adalah perkara yang biasa baginya.

Situasi 5

Seorang pemuda yang kehidupannya dididik untuk solat berjemaah di masjid tidak merasakan pergi ke masjid itu satu perkara yang menyusahkan, dan dia tidak akan cuba mengelak dan mencari alasan.

***********************

Persamaan

Terdapat satu persamaan dalam situasi-situasi di atas, di mana setiap situasi itu terjadi dengan adanya aktiviti yang berulang dengan sangat banyak sebelumnya. Seorang gimnas melatih flexibility ototnya berjuta-juta kali, mereka yang tinggi staminanya berjogging setiap minggu, mereka yang suka membaca boleh jadi rutinnya membaca buku 2 jam selepas subuh pada setiap hari seperti Amr Khaled, para huffaz sudah tentu al-quran itu sangat lazim pada lidah mereka, begitu juga pemuda yang hatinya terikat dengan masjid, didikan yang diterimanya untuk solat berjemaah di masjid menanamkan benih cinta dalam hatinya terhadap baitullah. Rindu hati pemuda tersebut membara dan bernyawa; berdengup jantungnya menanti hadirnya saat pertemuan dengan al-Khaliq.

Persamaannya satu. Biasa. Kebiasaan. Terbiasa. Membiasakan. Dibiasakan. Menjadi biasa.

***********************

Persoalan

Hari ini, kita tanya diri kita. Apa matlamat hidup aku ini?

Setelah jelas matlamatnya, apakah cara atau jalan aku mencapai matlamat ini?

Apabila jalan telah terbentang, adakah aku sekadar melihat pemandangan jauh dan luas itu?

Pasti harusnya aku bergerak ke arahnya, maka bagaimana harus aku lakukannya?

Hari ini kita melihat salah satu cara menuju ke matlamat akhir kita.

Konsistensi atas perkara kecil, dan teruskannya hidup ke arah perkara yang lebih besar.

***********************

Pantun Melayu

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Bermula dengan sekadar berbohong, namun konsistensinya di atas perbuatan berbohong itu menjadikannya terjebak dalam kancah yang lebih besar permasalahannya.

Pepatah Melayu

Alah bisa, tegal biasa

Apabila terbiasa melakukannya, kesukarannya tidak lagi terasa. Benda yang orang lain lihat berbisa, baginya sudah biasa!

Maka, seperti itu juga perbuatan baik bagi kita..

***********************

Hadith Nabi

بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

“Islam bermula sebagai suatu yang asing, dan akan kembali sebagai suatu yang asing juga sebagaimana ia mula datang. Oleh itu, selamat datang kepada orang-orang asing.”

Oleh kerana orang ramai sudah tidak terbiasa dengan Islam, maka amalan yang disyorkan oleh Islam menjadi asing, tidak terbiasa. Namun begitu, Nabi mengucapkan Thuba lil ghuraba’.. glad tidings to those whom practice Islam at this time..

Tidak mahukah kita menyahut sambutan oleh Nabi?

Perkara yang tidak biasa sudah pasti sukar pada awalannya, namun setelah terbiasa, kesukarannya tidak lagi terasa.

***********************

Pesanan Guru

Biasakan yang betul (Islam) dan betulkan (Islamisasi secara kaffah [keseluruhan]) yang biasa.

Pesanan mengenai melazimkan yang betul dan membetulkan yang lazim ini saya terima daripada seorang guru di zaman persekolahan saya.

Pada waktu itu, konteksnya adalah membiasakan penggunaan Bahasa Melayu yang betul, dan membetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang biasa (harian).

Namun hari ini saya lihat, nasihatnya mampu dikembangkan kepada konteks yang lebih luas dan lebih perlu malah lebih utama, yakni mengenai kehidupan dan matlamat kita.

Maka, saya berpesan kepada diri sendiri dan semua yang membaca, mari kita biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

4 comments
  1. fakulito said:

    yeay!

    • (^_^)

      masih bertatih dalam menulis..🙂

    • omar said:

      suke :)!

      • (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: