Di sebalik tangisan..

setelah sekian lama tiada
sedihnya kembali bermula
angkara manusia syaitan durjana
anak dibuang dan didera

mereka adalah anugerah ilahi
yang bakal lahir ke dunia ini
belum sempat membuka matanya lagi
kini berada di alam sunyi

dengarlah jeritan hati ini
sudah pun tidak tertahan lagi
aku dikelar dan dilacupi
apakah dosaku diperlaku begini

ke mana perginya maruahmu ibu
yang sering kau pertahankan itu
tidakkah dikau terasa malu
di atas apa yang kau laku

insaflah dirimu wahai manusia
hentikanlah seksa hentikanlah dera
hidup ini hanyalah sementara
balasan Allah pasti akan tiba
di Padang Mahsyar.. di akhirat sana..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s