Are we moving forward?..

Semasa di Adelaide sebelum ini, ada satu pesta yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar local Australia yang memang hidup mereka berpaksikan hedonism. Mereka menamakannya Skullduggery. Sejarah pesta ini kononnya seperti yang ditulis dalam website mereka;

In 1896, two med students from the Adelaide Medical Students’ Society (AMSS) decided to put on an after exams party for the entire University. The idea was simple; an event with beer for boys and cider for the ladies, at the cheapest price possible. Unable to decide on a name for the party, the two stumbled across the name ‘Skullduggery’ in a dictionary, meaning trickery and shenanigans.

Apa yang menarik dan membuatkan saya terfikir ialah iklannya semasa saya belajar di Adelaide sebelum ini. Mereka akan hantar beberapa kumpulan pelajar untuk pergi kelas ke kelas dan mengedarkan kertas iklan, serta menayangkan video promosi.

Video promosi itu menunjukkan betapa paksi kehidupan mereka adalah bersuka-ria atau hedonisme. Antara yang saya ingat isinya adalah; sekiranya anda masih dara semasa sekolah menengah itu merupakan perkara pelik dan memalukan. Seorang gadis yang tidak pernah berciuman pada usia 13 tahun adalah perkara yang janggal dan mangaibkan. Itu mesej video mereka, dan di akhir video mereka mengajak ke pesta tersebut..

Dan sekarang, saya sempat hidup beberapa bulan di Malaysia. Hampir setiap hari akan ada berita zina atau anak terbuang. Malah, pengakuan melayan pasangan berlainan jantina oleh remaja-remaja di dalam majalah ‘sampah’ seperti Mangga mendapat sambutan yang membawa maksud ‘wah! hebatnya dia ni’ dan banyak lagi artikel, budaya, sentimen, perbuatan, percakapan yang membawa konotasi ‘it is ok to have sex’.

Sahabat saya berpengalaman menjadi ahli panel forum Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung, katanya beliau pernah mendapat soalan seperti, ‘bagaimana sekiranya saya bercouple, keluar sama-sama, pegang tangan macam kekasih dan lain-lain, tetapi kami akan berhenti sebelum seks.’

Linear sungguh pemikirannya.. Mentafsir perasaan dan hati serta nafsu dengan logik akal adalah mustahil. Seperti yang selalu dinyanyikan dalam lagu-lagu cinta, ‘cinta itu buta’, maka samalah perkara perasaan lain.

Syaitan telah hidup terlampau lama untuk kita cuba menandingi dan menipu mereka. Kadang-kadang kita rasa kuat dan mampu melawan nafsu, tiba-tiba sejam selepas itu kita melakukan apa yang kita tadinya kata kita tidak akan melakukannya.

Today, you will say all of these are far away from me. Not in anyway that i will do anything like this. Jangan lupa adik-beradik kita, saudara-mara kita, sepupu-sepapat kita, anak-anak kita, cucu-cicit kita. Adakah mereka terselamat?

The evil force work very hard to lead us astray. But we just let them lead us. What a shame. In fact, we do not realize that we a running into hell. Wake up!

We are moving backward! to the worse!

Ini sekadar luahan rasa hati setelah terlampau banyak terbentang pembacaan mengenai isu zina, pembungan anak, anak luar nikah dan lain-lain..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: