Surat darinya kepadaku..

– diambil daripada blog akhi Nizam dalam entri bertajuk Warkah dari sisi bahtera 2

Sahabat,
Salam untukmu dan selawat untuk dia,

aku menulis lagi, Alhamdullilah, milik Dia pujian, aku masih menulis di atas bahtera. Sambil hati berzikir syukur melihat hebatnya dayungan rijal pada sisi bahtera. terpahat diwajah bicara keikhlasan, menitis basah peluh pengorbanan dan hampir-hampir air mata menitis melihat dakapan cinta mereka pada perjuangan.

namun jemari ini giat mengajak berbicara. tentang samudera. yang luas permukaanya melupakan aku pada dalam jurangnya.

izinku meminjam kata-kata Ibnu al Jauzi

“Bukanlah ilmu itu dengan banyak riwayat, tidak juga dengan banyak menukil kata-kata ulamak, tetapi ilmu adalah cahaya yang dicampak ke dalam hati, dengannya ia mengetahui kebenaran, dan membezakan yang batil, ia mengungkapkannya dengan kalimah yang ringkas yang membawa kepada maksud.”

kurenung sedalamnya, dan aku akui tertewas dengan sebarang kesimpulan melainkan satu. Berapa ramai dari kita pandai berbicara, tentang dalil dan kalimah menegakkan hujah, tetapi terlupa untuk apa kita bersuara. Berapa ramai yang pandai mengumpul dan menyatukan manusia bersama, tetapi terlupa kemana kita membawa mereka. Berapa ramai yang punya jalan dan kaedah yang hebat, tetapi terlupa apa tumpuan dan apa tujuan.

“Engkau (Muhammad) tidak pernah berharap kitab Al-Quran ini diturunkan kepadamu. (Ia tidaklah diturunkan kepadamu) melainkan kerana rahmat daripada tuhanmu jua. oleh itu janganlah engkau menjadi pembantu kepada orang-orang kafir. “

(Surah Al Qashas [28] : 86)

izinkan aku meminjam kata-kata Sheikh Muhammad Al-Ghazali.

“sesungguhnya pemilihan untuk membawa risalah yang agung bukanlah berdasarkan kepda impian dan cita-cita seseorang, sebaliknya berdasarkan kepada kemampuan untuk memikulnya.”

perjuangan membawa risalah ini bukan dinilai berdasarkan keberanian dan cita-cita sahaja, tetapi memerlukan kemampuan memikul risalah ini dengan jujur dan amanah. Bukan sekadar menebar hujah menggema bicara manusia yang lain, tetapi menyeru manusia pada asalan dan pengakhiran kehidupan.

dalam kita menyeru dan bercerita, jangan lupa bahawa Allah adalah matlamat dalam setiap unsur perjuangan samaada yang tetap mahupun yang berubah. Bukankah ini pesan Al Banna?

akhirnya, kita beramal kerana menyembah Allah, bukan kerana manusia atau apa-apa ciptaannya. kita berjuang menanam benih iman di dada manusia. bila ia mekar, maka telah terhubunglah akal dan hati manusia dan penciptanya. dan dengan itu, selesailah urusan kita di dunia, dan berharaplah diterima.

tukarlah kalimah bicara dari “ikutlah aku kerana aku dan orang-orang bersamaku” kepada “ikutlah aku kerana Dia dan orang-orang yang bersama Dia”.

ingat pesanku. dan moga aku juga tidka lupa..
Perjuangan itu bila engkau menyembah Allah dan bukannya bila engkau menyembah hujah.

wassalam

– diambil daripada blog akhi Nizam dalam entri bertajuk Warkah dari sisi bahtera 2

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s