Memperkasakan langkah..

– diambil daripada blog Ustaz Abdullah Zaik dalam entri bertajuk Kahwinkan Anak Bawah Umur

Satu lagi contoh antara ribuan fenomena kesesatan yang berlaku dalam kalangan sebahagian umat Islam di negara ini. Gejala-gejala pelik tumbuh seperti cendawan. Amaran Nabi s.a.w sedang berlaku. Tanda dunia akhir zaman dan kiamat sudah hampir. Sudah lahir dajjal-dajjal yang mengambil kesempatan atas kejahilan umat.

Ada orang mengaku nabi, kahwin lebih dari empat, bomoh ambil kesempatan, bersekedudukan, guna dakwah untuk langsai kehendak nafsu, bunuh anak, sumbang mahram, guna agama untuk lariskan barang perniagaan dan sebagainya.

Dalam pada itu mereka  terus leka dengan berbagai hiburan yang melalaikan. Orang sibuk dengan isu  politik dan perebutan kuasa. Gejala kerosakan terus berkembang biak. Dajjal-dajjal telah lahir menyeru kepada kesesatan.

Mengenangkan perkara-perkara ini saya naik risau. Ia seperti amaran tuhan.. Adakah bala besar akan menimpa bangsa ini?..

“takutlah kamu kepada fitnah yang tidak hanya menimpa golongan zalim di kalangan kamu sahaja”.

Ikhwah dan akhawat,

Umat memerlukan penyelamat.

Saya mencadangkan agar aktivis-aktivis ISMA di semua negeri memberi penekanan yang lebih kepada usaha-usaha dakwah dan tarbiyah. Tingkatkan kepekaan kepada isu-isu sosial dan pedidikan. Jangan terlalu sibuk atau leka dengan isu-isu politik.

– diambil daripada blog Ustaz Abdullah Zaik dalam entri bertajuk Kahwinkan Anak Bawah Umur

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s