Cabaran..

“Jangan bermimpi untuk Islam menang selagi bilangan mereka yang solat subuh berjemaah di masjid tidak seramai mereka yang datang untuk solat jumaat..”

(Moshe Dayan, Jeneral Tentera Yahudi dan Bekas Menteri Pertahanan Israel)




7 comments
  1. abu.hassan said:

    Salam,

    Sejak bila seorang zionist yahudi laknatullah diterima sebagai autoriti dalam mengeluarkan ‘fatwa’ untuk umat Islam? Kenyataan ini, walaupun kelihatan ‘valid’, adalah mustahil untuk dicapai kerana solat subuh (dan solat lain) tidak dilakukan di satu tempat seperti solat jumaat. Lebih-lebih lagi di negara umat Islam yang hampir setiap taman atau kampung ada surau, kadang-kadang lebih daripada satu. Jika seluruh umat Islam keluar solat subuh berjemaah sekalipun, mereka tidak akan memenuhi masjid kerana sebab di atas.

    Solat subuh berjemaah juga, walaupun sangat-sangat digalakkan, tidak mencapai tahap diwajibkan seperti Solat Jumaat.

    Kenyataan ini juga tidak berlandaskan mana-mana ayat al-quran ataupun hadis nabi (sudah tentu).

    Cubaan untuk menjustifikasi kenyataan Mosye Dayan ini tidak lebih daripada mempertahankan ‘fatwa’ seorang zionist yahudi laknatullah.

    Argument ini saya petik daripada kuliah Imam Anwar Al-Awlaki berkaitan kenyataan Mosye Dayan tersebut. Allahualam.

    • Setuju dengan hujah tersebut.

      Namun, saya masih melihat ini sebagai cabaran. Bukan perlu penuh macam solat jumaat, tapi alangkah bagusnya jika solat subuh itu memang ramai. Kemenangan adalah hak Allah bukan Moshe Dayan, bukan zionist, bukan yahudi, bukan manusia mana sekalipun.

      Perkara yang paling menyakitkan dan menjengkelkan zionist yahudi laknatullah adalah kita beramal dengan islam yang syumul. Solat subuh berjemaah di surau atau masjid adalah antara perkara yang berat bagi umat hari ini, bagi saya, sekiranya lebih ramai dapat melakukannya, itu menjadi satu kayu ukur bahawa masyarakat sedikit sebanyak mula berubah ke arah yang lebih baik.

      Itu pandangan saya.

      Saya bersetuju, kenyataan Moshe Dayan itu tidak seharusnya dijadikan sebab atau matlamat untuk kita kenapa solat subuh berjamaah, kerana semuanya harus kerana Allah.

      Tetapi bagi saya tidak salah ia diambil sebagai cabaran seperti tajuk yang saya berikan.

      Terima kasih atas argument yang dipanjangkan ke sini. Sangat menghargainya. Tak ramai melihat dari perspektif tersebut.

      JazakAllahu khairan kathira.

      (^_^)

      Muhammad Faisal Kamarul Zaman

      • abu.hassan said:

        Satu lagi hujah ‘against’ ‘fatwa’ Mosye Dayan ini boleh didapati dengan mengkaji seerah sahabat2 Rasulullah saw, terutamanya di zaman Abu Bakar dan Umar r.a. Cuba kaji siapakah majoriti yang membentuk ketumbukan tentera Umat Islam yang dihantar oleh khalifah ke Rom, Parsi, Mesir dan lain-lain tempat. Majoriti mereka bukanlah sahabat Rasulullah yang telah melalui proses pembentukan dan tarbiyah yang panjang, tetapi kebanyakan mereka adalah mereka yang memeluk Islam selepas kewafatan RSAW. Ada di kalangan mereka yang masih pekat karakter pre-Islam mereka sehingga sahabat2 r.hum mengadu kepada khalifah Abu Bakar. S Abu Bakar terpaksa menenangkan mereka dan menyuruh mereka berlapang dada selagi mana mereka tidak melanggar hukum syarak. Boleh jadi Allah akan membuka kawasan2 bukan Islam melalui tangan mereka.

        Yang penting ialah ‘core group’ yang membentuk pasukan umat Islam. Bukan bermakna kita meninggalkan dakwah dan berhenti menyeru manusia kepada kebaikan, kerana itu tugas dan tanggungjawab asasi setiap Muslim Mukmin. Tetapi ukuran kemampuan umat Islam untuk menewaskan Yahudi itu yang menjadi persoalan. Dan saya sendiri pun tidak mampu mengemukakan jawapan. Cuma yang pasti saya tidak akan gunakan ‘fatwa’ seorang zionist yahudi laknatullah untuk tujuan ini. Allahualam.

        • saya berminat dengan reply yang atas ini. boleh saudara terangkan dengan lebih lanjut.. maaf.. tak berapa dapat apa yang nak disampaikan dengan jelas..

          setuju mengenai kata-kata Moshe Dayan bukan ukuran bila Islam nak menang. Kemenangan adalah hak Allah.

          • abu.hassan said:

            Saya mencadangkan dengar audio lecture Sh Anwar Al-Awlaki bertajuk Abu Bakar As-siddiq, His Life and Times. Muat turun di sini: http://www.archive.org/details/abubakrlifeandtimes (warning: sangat panjang). Maaf saya tidak ingat CD nombor berapa yang menyentuh kisah yang saya nukilkan di atas. Semoga bermanfaat.

            • abu.hassan said:

              Satu lagi perkara ialah Ayat Al-Quran; “Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.” [2:249] Dan kita sendiri maklum perkara ini berlaku banyak kali sejak zaman RSAW dan Khulafa Ar-Rashidin dan zaman selepas mereka, bahkan telah berlaku sejak zaman Nabi Daud lagi (Ayat di atas dinukilkan oleh tentera Talut).

              Sekiranya kita mengambil kata-kata Mosye Dayan tersebut sebagai tanda aras kita, maka sampai bila-bila kita akan rasa tidak mampu (balik merujuk komen yang pertama) untuk menang melawan mereka.

            • takpe. tak ingat CD pun takpe. sebab kalau dengar tengah2 karang takut salah faham pula. baik dengar dari awal. (^_^)

              terima kasih banyak untuk website dan lecture tersebut. insyaAllah saya akan cari masa untuk mendengarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: