Persepsi dan hakikat..

Persepsi manusia terhadap manusia lain hari ini sangat materialistik. Bukan semua, tetapi kebanyakkannya begitu. Ini adalah pemerhatian saya berdasarkan beberapa peristiwa yang saya lalui sendiri.

Contohnya, saya hendak ke sebuah institusi pengajian di kawasan saya untuk tujuan menyertai program bersama pelajar di sana. Saya ke sana menaiki kereta kawan saya, kereta Mercedes. Semua melalui pondok pengawal, kami masuk dengan lancarnya. Pengawal yang menjaga mengangkat tangan seperti biasa tanpa perlu diberhentikan atau disoal jawab seperti orang luar yang lain. Sedangkan kawan saya yang datang dengan kereta buatan Malaysia, Proton telah ditahan dan ditanya tujuan kedatangan dan diminta keluar semula selepas tamat program.

Kisah itu sekadar muqadimah. Saya berfikir, kita selalu kata kita nak jadi kaya. Kita belajar supaya dapat kerja bagus, dapat gaji banyak, ada banyak duit. Kemudian saya fikir semula, tahap manakah kaya itu? Asalnya kita bermula dengan Kancil, kemudian tukar kepada Proton, kemudian tukar kepada Toyota atau Honda. Kemudian Mercedes dan seterusnya. Lepas ada satu Mercedes, kita nak dua. Kemudian nak kereta lain pula.. Di mana limit mengejar kekayaan kita itu? Kita mengejar benda yang kita takkan dapat capai..

Inilah tradisi sejak zaman berzaman, daripada zaman jahiliyyah lagi. Manusia memang tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Lalu, Rasullulah datang mengajar kita, redha dengan apa yang ada, maka kitalah orang yang paling kaya di dunia.

Prof. Hamka dalam bukunya Tasawuf Moden ada menceritakan satu kisah yang menarik. Ada seorang petani yang telah penat bekerja, rehat di sebatang pokok di kawasan ladangnya di tepi jalan raya. Kemudian, sebuah kereta besar (Mercedes mungkin..) melintas melepasinya. Di dalam kereta tersebut terdapat seorang yang kelihatan seperti orang kaya yang duduk di belakang, dan di depannya dipandu oleh pemandunya. Maka berfikirlah si petani ini, “Alangkah indahnya kehidupanku andai aku dapat menjadi seperti orang kaya tersebut, kereta besar, rumah besar, pergi ke mana pun orang pandu, makanan pun disediakan.. alangkah indahnya..”

Namun, pada waktu yang sama juga, orang kaya yang berada di dalam kereta besar itu juga memandang kepada petani tersebut sambil berfikir, “Alangkah bahagianya hidupku sekiranya aku menjadi seperti petani tersebut, tiada hutang, kerja tak banyak, anak-anak menjadi, isteri menunggu di rumah.. Alangkah bahagianya..”

Kesimpulannya, redha dengan apa yang ada , nescaya kitalah orang yang paling kaya di dunia.

Namun, tak bermaksud kita tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh. Itu pemahaman yang salah. Islam mengajar kita bekerja kuat namun, dunia bukanlah di hati kita, dunia sekadar di tangan. Sekiranya perlu dibuang, tidak menjadi masalah kepada kita.

ruhbanun fil lail wa fursanun fin nahar!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s