Sendi kehidupan..

– diambil daripada blog akhi Zaizul Azizi dalam entri bertajuk Sendi Kehidupan: Bait Muslim

Sendi Kehidupan, kata Ustaz Fauzi; “pada sendi-sendi inilah, macam-macam boleh jadi”. Perubahan fasa kehidupan atau transtion time inilah yang telah memakan banyak mangsa, kerana transition itu tidak diurus dengan baik, atau silap approach dalam menguruskan sesuatu masalah dalam proses transisi itu.

Bait Muslim, atau fasa mendirikan rumah tangga juga merupakan satu sendi penting dalam kehidupan, fasa yang menyempurnakan sebahagian daripada iman seperti maksud sebuah hadith, fasa penyempurnaan jiwa bagi seorang insan.

Mendirikan rumah tangga adalah satu lonjakan yang besar, banyak benda yang berubah, antaranya:

  • Perubahan rutin harian
  • Pertambahan perkara yang perlu diambil kira dalam setiap congak dan perhitungan, daripada fikir pasal perut sendiri kepada fikir pasal perut sendiri dan pasangan, keperluan dan kehendak sendiri kepada keperluan dan kehendak diri dan pasangan, fikir pasal seorang ibu dan seorang bapa kepada 2 ibu dan 2 bapa, daripada 2 atuk dan 2 nenek kepada 4 atuk dan 4 nenek, begitulah seterusnya, dalam hampir segenap hal
  • Perubahan cara fikir, cara cakap, cara faham dan cara komunikasi (kecenderungan berbeza dalam komunikasi antara lelaki dan wanita)
  • Mengurus expectation sendiri dan pasangan tentang hak dan tanggungjawab masing
  • Hmmm… rasa macam banyak lagi, pendek kata bukan senang nak menyatukan 2 orang berlainan jantina, berlainan cara fikir, berlainan sejarah dan cara dibesarkan, berlainan frame of mind, berlainan nilai dan halatuju, berlainan cita-cita dan harapan walaupun dalam sesetengah aspek, persamaan mungkin wujud

Rumahtangga dakwah lebih-lebih lagi cabarannya kerana rumahtangga dakwah bukan hanya untuk sekadar melahirkan dua insan yang saling berkasih-sayang tetapi banyak tuntutan lain lagi; seperti untuk meneruskan amal agar tidak membantutkan agenda dakwah, untuk memenuhi tuntutan amal, untuk menjadi qudwah sesama para du’at dan menjadi qudwah dalam keluarga dan masyarakat.

Beberapa catatan yang saya dapat melalui nasihat dan pengalaman:

  1. Ambil masa untuk mengenali pasangan, mengurus perbezaan dan meletak satu sasaran dan azam yang diimani bersama
  2. Komunikasi yang berkesan sangat perlu walaupun definisi “berkesan” itu cukup berbeza bagi si suami dan isteri. Suami mungkin menganggap komunikasinya sudah berkesan apabila apa yang dia mahu dipenuhi (baju yang diminta seterika dan tergantung di hanger, air yang diminta buat cukup manisnya) tapi isteri mungkin menganggap komunikasi berkesan cukup dengan suaminya boleh mengiakan apa yang dikatanya (walaupun sesetengah ayat sekadar ayat penyata yang tidak memerlukan apa-apa respon)
  3. Kemahiran mendengar sangat bernilai. Bukan sekadar mendengar apa yang dikata, tapi mendengar juga apa yang tak diungkap dengan kata-kata, mendengar bahasa mata, bahasa emosi dan gerak geri.
  4. Jangan malu untuk minta pandangan orang lain, terutama mereka yang thiqah di kalangan orang lebih berpengalaman dalam apa jua masalah. Kemungkinan mereka juga telah menghadapi masalah yang sama dan telah mencuba 10 cara untuk mengatasi masalah tersebut. Tidak perlulah anda membuat cubaan ke-11
  5. Masalah/konflik tidak selesai jika dibiarkan, disorokkan dan tidak di urus sewajarnya. Kenalpasti dan recognise wujudnya masalah adalah satu step yang besar ke arah penyelesaiannya.
  6. Masa adalah sebahagian dari penyelesaian

Beruntunglah bagi mereka yang memulakan perkenalan mereka dalam suasana halal dan barakah, dalam suasana yang selari dengan syarak, kerana dengan itu dia tidak terperangkap dengan expectation yang berbagai-bagai yang terbina daripada hubungan penuh kepura-puraan sebelum daripada akad nikah (masa dating semua tunjuk yang terbaik je, dah kahwin baru tahu buruk baiknya)

Beruntunglah mereka yang menjaga kesucian dan kehormatan mereka sebelum perkahwinan, menjaga batasan dalam pergaulan mereka kerana mereka akan selamat daripada bisikan syaitan yang boleh memporak-perandakan rumahtangga yang baru dibina (contoh biskan: “macam mana ye kalau aku kahwin dengan awek nombor 2 daripada yang 15 tu ye? mungkin akan akan lebih bahagia…”)

Berbahagialah mereka yang hidup berlandaskan syarak, bahagia dunia hingga ke syurga. Amiin.

(khas untuk sahabat yang baru melangsungkan perkahwinan, yang terakhir di kalangan yang terawal)

– diambil daripada blog akhi Zaizul Azizi dalam entri bertajuk Sendi Kehidupan: Bait Muslim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: