Muhasabah pagi..

Sekadar peringatan untuk diri sendiri, dan sesiapa yang ingin mengambil manfaat darinya..

Sejak kebelakangan ni, asyik nampak siput bergerak. Mungkin sebab Adelaide tak banyak siput atau memang jarang nampak, tidak pasti. Apa yang pasti ialah, hari ini nampak lagi sekali. Ini membuatkan aku terfikir sekejap. Siput ni, jalan sangat lambat, tetapi tak pernah tengok siput yang tak sampai destinasinya. Maksudnya, siput tu mesti sampai mana yang dia nak tuju, walaupun memakan masa yang agak lama relatif kepada masa seorang manusia.

Jadi aku terfikir, kita hari ini berbincang isu masalah sosial masyarakat kita, keruntuhan akhlak remaja, kebejatan sikap masyarakat, pemikiran kelas tiga masyarakat, hatta orang melayu ataupun orang muslim sendiri. Setelah hebat berbincang, berdegar-degar marahkan ini marahkan itu, kita berpecah kepada dua. Ada sebahagian yang berusaha membetulkannya, ada sebahagian yang balik rumah hidup bersama keluarga, esoknya keluar semula ke tempat kerja dan berjumpa lagi rakan-rakan sekerja, lalu membincangkan lagi masalah yang sama, tanpa ada usaha apa-apa yang dilakukan selain menyalahkan itu dan ini. Hal ini dah makruf, tak perlu dipanjangkan.

Namun, yang aku terfikir sebentar setelah melihat siput hari ini melintas ialah bagaimana golongan yang bekerja ini tahan dan sabar dalam mencapai cita-cita murni mereka. Siput tu walaupun lambat, tapi dia fokus bergerak dari hujung ke hujung. Kerja dia bergerak sahaja. Bergerak semata-mata.

Hari ini, berapa ramai golongan yang bekerja ini, atau golongan yang beramal ini, sanggup bersabar dalam mengerjakan amalan. Maksudnya, bukan sekadar bersabar tetapi fokus mereka sememangnya beramal itu semata-mata. Adalah diketahui ramai bahawa solusi bagi permasalahan kita adalah tarbiyah dan dakwah. Namun, berapa ramai yang betul-betul fokusnya tarbiyah dan dakwah, dan berapa ramai yang betul-betul sabar menunggu amal itu menampakkan hasilnya.

Ramai yang suka memetik buah sebelum masak. Kemudian, setelah memakan hasilnya, kita memaki pihak lain kerana kepahitan buah tersebut. Salah siapa sebenarnya?

Pesanan al-Banna, jangan petik buah sebelum masak..

Kadang-kadang siput ini dikacau oleh halangan-halangannya tersendiri, terpaksa dia menyembunyikan diri disebalik cengkerangnya semula. Setelah gangguan semuanya pergi, siput ini kembali meneruskan perjalanan. Sekarang, kita muhasabah diri kita, berapa ramai antara kita hanyut dengan halangan-halangan kita..

Perkongsian dengan qudama’ tempoh hari menekan wawasan dalam kehidupan seorang daie dari segenap aspek kehidupannya. Akademiknya. Pekerjaannya. Tarbiyahnya. Dakwahnya. Kewangannya. Keluarganya. Seluruh aspek yang mampu dirancang. Muhasabah lagi diri kita, sejauh manakah wawasan kita dalam setiap aspek kehidupan kita..

Tarbiyah dan Dakwah ini melahirkan GENERASI HARAPAN. Generasi yang terus ke depan. Generasi yang jauh pemikiran. Generasi yang lebar horizon wawasan. Generasi yang terang dan jelas arah perjalanan. Generasi yang yakin derap langkah perjuangan. Generasi yang iltizam dengan amalan. Generasi yang berani menongkah arus kejahilan. Generasi yang sememangnya menjadi harapan.

Persoalannya, adakah kita tergolong dalam generasi tersebut?..

Semoga terus tsabat. amin.

10 comments
  1. meski pun siput, juga ada peranannya..jzk akhi

    • lasiaf87 said:

      waiyyak.

      semua orang ada peranannya. Allah yang menilai. ada jawatan besar, tapi buat sambil lewa, tak tentu pun pahala lagi hebat dari yang susun kerusi tapi buat ikhlas dan tekun serta bersungguh.

      Allahu ghayatuna!

      semoga terus tsabat akhi!

      p/s: jumpa ahad ni. (^_^)

  2. fakulito said:

    i love siput.

    • lasiaf87 said:

      (^_^)

      • musafir said:

        patut la tak penah ckp pape psl siput di adelaide, sebab nak bcerita psl siput di msia ye?

        ~ dtg la melwt kami di adelaide!

        • lasiaf87 said:

          insyaAllah. doakan yang terbaik. (^_^)

  3. musafir said:

    nice🙂

    • lasiaf87 said:

      😀

  4. akhirnya, tulisan original dari Faisal. teruskan, kitalah generasi harapan.

    • lasiaf87 said:

      alhamdulillah. i’m trying to write more. masih merangkak..

      ayuh, kitalah generasi harapan!

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: