Mengangkasa lalu membumikan fikrah al-Banna..

– diambil daripada blog Ustaz Azizee Hasan dalam entri bertajuk KOBANNA Mengangkasa dan Membumikan Pemikiran Pemikiran Hassan al-Banna

Konvesyen Pemikiran Hasan al-Banna mencetuskan satu anjakan baru ke arah merealisasi dan membumikan idea  pemikiran Hasan al-Banna dalam realiti Nusantara khususnya bumi Malaysia. Relevensi pemikiran Imam Hasan al-Banna boleh dilihat dari ketiga-tiga pembentangan kertas kerja yang menjurus kepada analisa sosio politik negara Mesir, sejarah pertembungan ideologi Barat yang ditunjangi oleh aliran Humanisme sehingga mencetus gerakan tajdid dan nahdah yang dipelopori oleh Hasan al-Banna.

Tempoh hidup beliau yang singkat tetapi sarat dengan idea-idea pembaharuan dan perubahan telah mengesan geo-politik Mesir dan negara-negara Arab. Bahkan gagasan dan wawasan beliau menebar ke seluruh pelusuk benua mencecah 90 buah cawangan Ikhwan Muslimun. Beliau saya ibaratkan ’satu jiwa berjuta  hikmah..episodnya dahsyat full manfaat..wawasannya holistik dan memiliki idea broadfront (jalur ke depan) , merentasi zaman dan umat. Pemikiran beliau yang merentasi zaman dan keupayaan menganalisa waqie (realiti) adalah pra syarat kejayaaan beliau mengemukakan projek membina peradaban. Kupasan ini boleh dilihat dari kertas kerja 2  “Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia” yang saya sendiri bertindak sebagai moderator.

Projek membangunkan agenda kekuatan bangsa menurut pemikiran beliau mestilah dilatari dengan qanun taghyir ( undang-undang  perubahan) sebagai pilar ke arah membina satu peradaban. (boleh rujuk mukasurat 55-62).Bagi mencapai objektif tersebut, Hasan al-Bana telah menggariskan 4 komponen tumpuan stategik  beliau iaitu :

1. Pelestarian dan pemerkasaan dakwah ke seluruh segmen masyarakat.

2. Memfokuskan usaha kaderisasi melalui tarbiyah yang muathirah (berkesan), muntijah (produktif) dan mubdi’ah (kreatif)

3. Penyertaan dalam institusi pembuatan dasar dan polisi negara melalui Nidhal Dusturi (perjuangan perlembagaan) samada menyertai pilihanraya, majlis-majlis kerajaan tempatan, institusi-institisi berpengaruh dan sebagainya.

4. Membina pasak kekuatan umat berorientasikan Jihad (rujuk Rukun Jihad / Risalah Muktamar Kelima / risalah Jihad). Ikhwan menolak kaedah kekerasan bahkan menyeru kepada membina segala kekuatan yang mampu mengukuhkan sendi ketuanan umat.

Kertas kerja ketiga pula menyorot dilema politik Melayu Muslim, kemelut ketuanan bangsa selepas pasca PRU 12, isu negara bangsa, demokrasi, toleransi antara kaum dan isu wala’ wal bara’. Kertas kerja ketiga ini cuba  menilai isu semasa politik dan isu-isu yang menjadi titik pertikaian kaum berasaskan teori Maqasid Syarak, bagaimana prinsip maqasid menjadi tema dan instrumen penyelesaian kepada isu-isu politik Melayu masa kini.

Kajian tentang al-Fiqh as-Siyasi , teori kenegaraan menurut pemikiran Hasan al-Banna telah dibicarakan panjang oleh Dr. Muhammad Abd. Qadir  Abu Faris , seorang ulama ikhwan Jordan. (al-Fiqh as-Siyasi ‘inda al-Imam Hasan al-Bana). Kita boleh menalaah penulisan dan boleh dibahaskan disamping melihat tulisan Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya Fiqh ad-Daulah  yang menukilkan beberapa pandangan dan pemikiran Hasan- al-Banna.

Namun setelah berlalunya Kobanna anjuran ISMA  yang julung-julung kali diadakan ini , tugas besar terletak kepada pimpinan, ahli dan rakan Isma untuk berfikir dan bertindak  “bagaimana mengangkasakan dan membumikan pemikiran dalam konteks masyarakat Melayu hari ini”. Pada hemat dan pemerhatian saya secara peribadi beberapa langkah awal perlu dilakukan agar perbahasan dan konvensyen ini lebih mencapai matlamat dan objektifnya pada masa-masa akan datang ialah :

1. Setiap pembentangan kertas kerja ini perlu diperhalusi dan dibahaskan diperingkat cawangan oleh semua ahli bagi mendapat tasawwur yang menyeluruh tentang kerangka perubahan yang dicanangkan oleh Hasan al-Bana.

2. Perlu ada satu kajian menyeluruh tentang sosio budaya, sosio politik, geo-politik, geo-dakwah tentang isu-isu Melayu secara akademik, berfakta dari pakar-pakar agar input yang diperolehi lebih menggarap dan menepati realiti.

3. Konvensyen ini harus menganjak setapak ke depan dengan menjemput tokoh-tokoh akademik , pakar sejarah, pemikir gerakan Islam,ahli politik agar sisi-sisi pandangan mereka boleh dijadikan landasan mengangkasakan idea pemikiran Imam Hasan al-Bana di rantau Melayu.

4. Isma boleh memulakan langkah awal dengan menubuhkan Institut Kajian Pemikiran al-Bana agar segala idea, pemikiran, tulisan, analisis beliau dapat diadaptasikan dengan jiwa dan ruh Melayu. Ini bukan bermakna kita mencetak bulat-bulat tetapi mengambil inti dan produk pemikiran beliau yang bersifat sejagat dan diterima oleh semua Harakah Islamiah di dunia.

5. Majlis Ulama’ Isma boleh menggerak usaha mengkaji tulisan tentang teori Maqasid oleh Imam as-Syatibi, karya Imam Ibnu ‘Asyur tentang Maqasid yang diulas Muhammad  ’Alal al-Fasi serta mendiskusikannya di dalam seminar-seminar dengan menjemput pakar-pakar dari dalam dan luar negara tentang isu-isu kenegaraan, politik Melayu dan Non Muslim di Malaysia. Buku Usul ‘Ifta’ wal Ijtihad at-Tatbiqi fi Nazariyyat Fiqh ad-Dakwah al-Islamiah karangan Muhammad ar-Rasyid boleh dijadikan bahan perbincangan pemula kepada memahami konsep tersebut dalam bab-bab yang berkaitan.

Kobanna 2010 telah melabuhkan tirainya. Ribuan manusia yang datang samada sebagai sebagai JKP, YDP, tetamu jemputan, ahli Isma, peserta (rata-rata orang Muda) harus kembali menelaah dan membugar pemikiran beliau dari teori kepada praktik. Konvensyen ini tidak harus menjadi medan membugar makna ukhuwwah dan intima’ tetapi perlu disusuli dengan agenda bertindak yang solutif, komprenhensif dan realistik agar usaha mengangkasa dan membumikan pemikiran Hasan al-Bana dalam rantau Melayu punyai impak dan kesan.

Sekalung tahniah buat penganjur namun kerja besar menanti kita semua untuk digalas. Amal menjadi saksi dan hujjah kita dihadapan allah. Bersama-sama kita, satu pasukan, satu fikrah, satu tarbiyah , satu ISMA kita lestarikan fikrah Imam Hasan al-Banna.

– diambil daripada blog Ustaz Azizee Hasan dalam entri bertajuk KOBANNA Mengangkasa dan Membumikan Pemikiran Pemikiran Hassan al-Banna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: