Bangkitlah!..

ketika berduka..
aku baring mencari masa..
bersendirian menenangkan minda..
teringat hidup ini hanya sementara..
lalu terfikir tentang semuanya..
mengapa aku berduka?..
bukankah dunia ini sementara?..
duka ini pasti sekejap sahaja..
hanya aku yang gagal melihatnya..

dalam pembaringan itu juga..
aku merasakan hidup ini sekejap cuma..
maut kan pasti tiba..
apa pun duka ku di dunia..
andai ia bukan keranaNya..
maka hanyalah sia-sia..

dalam kembara masa..
aku melihat semula diri ini semasa muda..
dari kecil aku memikirkan usia..
ketika kecil aku ingin dewasa..
bila dewasa aku ingin berumahtangga..
sudah berumahtangga..
banyak lagi cita-cita..

akhirnya aku melihat semula..
jika dahulunya kereta mainan itu masalah utama..
namun bila dewasa ia hanya permainan semata-mata..
bila dewasa emosi mengganggu jiwa..
aku pasti bila berumahtangga..
tiada lagi masa memikirkan semuanya..

hidup ini penuh tanggungjawab dan tuntutannya..
tiada masa berduka..
namun aku insan biasa..
pasti ada masa aku berduka..
namun aku ingatkan semula..
dunia ini hanya sementara..
tidak berbaloi untuk lama berduka..

bangkitlah wahai jiwa!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s