Betapa berbezanya..

betapa berbezanya dua suasana..
yang di sana gempa bumi menjadi bencana..
yang di sini permainan dunia bencana di fikirannya..

betapa berbezanya dua suasana..
yang di sana berduka kehilangan nyawa..
yang di sini berduka kehilangan dunia..

betapa berbezanya dua suasana..
yang di sana meratapi kehilangan insan tercinta..
yang di sini menangisi kehilangan dunia kesayangannya..

betapa berbezanya dua suasana..
yang di sana mengalir air mata kerna tiada lagi insan tercinta..
yang di sini menitis air mata kerna dunia hilang darinya..

betapa berbezanya dua suasana..
yang di sana keluarga itulah dunianya..
yang di sini harta dan wanita itu menjadi dunia baginya..

betapa berbezanya dua suasana..
yang di sana sentiasa mengharap padaNya..
yang di sini bersyukur pun tidak tentu masa..

betapa berbezanya dua suasana..
yang di sana berpada dengan apa yang ada..
yang di sini mengejar selagi terlihat di depan mata..

betapa berbezanya dua suasana..
betapa berbezanya dua kehidupan di dunia..
betapa berbezanya dua cara hidup manusia..
betapa berbezanya dua reaksi jiwa..

Advertisements
2 comments
  1. Salam, karya menarik & berisi..
    Y not, hantar kat mane2 media ke…
    IALlah terpilih..
    WAllahu’alam

    • lasiaf87 said:

      wa’alaikumussalam akhi,

      belum sampai lagi ke tahap itu.. insyaAllah di masa hadapan. doakan yang terbaik!

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: