Kenapa kau di sini?..

bila bersendiri..
terasa dekat dengan diri..
bila bersendiri..
banyak persoalan di hati..

tanyakan pada diri..
saat ini..
kenapa aku di sini?..
apakah ada jawapan yang pasti?..

benarkah tiada sangsi?..
bagaimana sekiranya kau tertipu sendiri?..
rasa seperti di atas kebenaran hakiki..
sedangkan kau tersalah lagi..

terasa seperti di langit tinggi..
sedang menuju ke istana abadi..
merupanya sedang berdiri atas bara api..
luapan yang meratah jasad dan rohani..

terasa seperti kobaran api..
membakar semangat jiwa insani..
rupanya hanyalah arang hitam yang dibasahi..
sedikit percikan pun tidak terbukti..

terasa seperti sungai yang mengairi..
membawa khazanah silam kepada manusia hari ini..
rupanya sekadar tasik yang dipagari..
busuk dan terbiar tanpa penghuni..

terasa seperti intan yang dihargai..
disimpan dan digilap setiap hari..
rupanya hanyalah kaca yang memantulkan diri..
tertipu dengan wajah rupa sendiri..

maka di saat ni..
aku tanyakan sekali lagi..
kenapa kau di sini?..

Advertisements

2 thoughts on “Kenapa kau di sini?..

  1. kenapa kau d cni??
    kerna kau ade tanggungjawab yg perlu kau selesaikan…
    walaupun terasa berat
    tapi harus kau pikul..
    ???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s