Pengalaman berguna..

– diambil daripada blog Ustaz Halim dalam entrinya yang bertajuk Ulangtahun Perkahwinan ke-24

P1030179

The Brisbane Mosque, tempat saya dan isteri, Fariza diijabkabul pada 25/7/1985. Beberapa hari lepas, kami berkesempatan ke sana, dengan semangat juang yang sesegar 24 tahun lalu, bahkan lebih kuat dan lebih mantap lagi, alhamdulillah. Moga Allah kurniakan istiqamah dan tsabat di JalanNya. Ameen.

Pada 25/7/2009 lalu, genap 24 tahun saya dan isteri, Fariza mendirikan Bait Muslim/rumahtangga. Yang juga menarik ialah menjelang Ulangtahun Bait Muslim kali ini, kami diizin Allah menziarahi Brisbane Mosque, tempat di mana kami diijabkabul dan Walimah dilangsungkan. Ketika ke sana untuk solat Asar, saya sempat bertemu teman-teman lama ketika saya menuntut di sana dahulu, dan saya bersyukur dan terharu mendapati mereka masih iltizam/commit bersolat jemaah di masjid dalam suasana kehidupan di tengah-tengah masyarakat Barat yang melalaikan. Imam Rahimullah yang mengendali dan mendaftarkan perkahwinan kami telah lama ke rahmatullah. Moga Allah meletakkan beliau dikalangan para Anbiyak, Syuhadak dan Solihin.

Ditahun-tahun 1980an dan sebelumnya, trend orang Malaysia di dalam maupun di luar negara ialah beraqad nikah di tempat kenduri kahwin, biasanya di rumah pengantin. Jarang orang melangsungkan aqad nikah di masjid. Seingat saya, saya diantara pelajar Malaysia terawal di Brisbane yang melangsungkan aqad nikah di dalam masjid. Hari ini beraqadnikah dalam masjid sudah menjadi pilihan ramai mempelai. Terima kasih kepada Al-Akh Sayyid Qandil dari Canberra (sekarang di Sydney) dalam ceramahnya mencadang agar aqad nikah dilakukan di dalam masjid. Jika tidak, saksikanlah betapa orang-orang Kristian melangsungkan perkahwinannya di dalam gereja, sedang orang-orang Islam beraqad nikah di rumah, katanya. Walaupun ketika itu saya masih berumur 18 tahun, kata-kata beliau semasa Perkhemahan  Nasional se-Australia ketika itu, benar-benar saya pegang. Bila tiba masa saya akan melangsungkan aqad nikah, tanpa nasihat dan dorongan selain ucapan beliau, saya mengambil keputusan untuk beraqad nikah di Brisbane Mosque. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan.

P1030177

Sebaik tiba di Brisbane Airport. Kali pertama saya menjejak kaki di Brisbane Airport ialah pada 24/1/1983 seperti yang termaktub dalam pasport lama saya yang masih ada dalam simpanan, iaitu lebih dari 26 tahun yang lalu. Kali pertama isteri saya pula ialah pada 7/1/1984, lebih dari 25 tahun yang lalu. Pada 20/7/2009 baru-baru ini, kami kembali sekali lagi.

P1030203

Ini rumah pertama saya di Australia (1983) iaitu di Wellington Road, Red Hill, Brisbane, lebih kurang 1/2 kilometer dari pusat matrikulasi saya di Kelvin Grove State School, Brisbane. Di sini saya tinggal bersama Shukor (MRSM Kuantan), Zabidi (MCKK) dan Shamsuir (MCKK).

P1030201

Rumah isteri saya yang pertama di Australia iaitu di Prospect Terrace, Kelvin Grove, Brisbane di tahun 1984 ketika di matrikulasi. Isteri saya tinggal bersama Wan Mariam (kahwin dengan Zulqarnain Ghazali tahun 1986), Hamisah (kahwin dengan Hariffin Boosroh tahun 1986) dan Normadiah (kahwin dengan Johan).

P1030208

” Rumah Pengantin Baru“. Berfoto di hadapan rumah pertama kami pada tahun 1985 sebaik sahaja menjadi pengantin baru, 24 tahun lalu. Rumah tersebut di Sandford Street, St. Lucia, Brisbane dekat dengan University of Queensland, St. Lucia, Brisbane. Berkahwin awal, ketika belajar di luar negara, adalah salah satu nikmat Allah yang terbesar buat diri saya.

P1030187

Moga Sandford Street, St. Lucia akan terus menjadi saksi kepada Bait Muslim yang kami bina hanya semata-mata kerana untuk lebih mantap dan tsabat di Jalan Dakwah ini. Ameen.

Cabaran atau objektif Bait Muslim yang dan mesti lalui ialah seperti berikut :

  1. Baik dalam memilih pasangan hidup, membantunya dalam menjalankan tanggungjawab dan mendapat hak-haknya. Sebaiknya kita berkenan rupa parasnya, kerana itu anjuran Rasulullah saw kepada seorang Sahabat yang telah bertekad mengahwini seorang wanita Ansar tetapi belum melihatnya. Setelah itu, agama atau prestasi Tarbiyah dan Dakwah menjadi ukuran dan keutamaan. Selepas itu faktor pelajaran, pengkhususan, keluarga, kesihatan, negeri asal dan sebagainya boleh dipertimbangkan.
  2. Memastikan pasangan menghormati Fikrah (dakwah atau ideologi) yang kita bawa. Ini bermakna, saya mesti memastikan isteri saya, Fariza menghormati perjuangan saya. Fariza juga mesti memastikan bahawa saya menghormati perjuangan yang dia bawa dan bersedia berkorban atau mati untuknya. Mencapai aspek ini adalah sukar melainkan si isteri itu sendiri mengikuti Tarbiyah yang sama manhaj, memahami Islam sesyumul dan sejelas kefahaman suaminya. Begitu juga dipihak satu lagi. Memenangkan ideologi bukan juga sekadar Tarbiyah, bahkan ia juga adalah perjuangan dan organisasi yang menggerakkan ideologi tersebut sehingga sampai ke penghujungnya. Dalam hal ini, adalah penting suami dan isteri berada diorganisasi yang sama, samada sejak di awal alam perkahwinan, atau diusahakan dengan gigih disepanjang kehidupan Bait Muslim.
  3. Menjaga adab-adab Islam dalam setiap keadaan dan kehidupan berumahtangga. Suasana atau bi’ah Islam dalam rumahtangga bukan sahaja penting dalam meneguhkan jiwa Islam dalam diri suami dan isteri, malah ia sangat penting bagi pembesaran anak-anak yang sememangnya terpengaruh besar dari bi’ah tersebut yang mereka membesar di dalamnya. Elakkan perhiasan Barat/kafir kerana ianya akan  mengingatkan kita selalu dengan dunia dan kebendaan. Jauhi perhiasan tahap mewah dan membazir kerana ia akan melemahkan daya juang anak-anak. Jangan beri laluan kepada media massa yang merosakkan dari membolos masuk ke dalam rumahtangga kita lalu membinasakan generasi yang sedang kita bina.
  4. Baik dalam mendidik anak-anak dan pembantu rumah dengan prinsip dan ajaran Islam. Hendaklah suami dan isteri benar-benar sepakat dalam menentukan masadepan Islam anak-anak mereka, lalu mereka sepakat pula dalam menentukan jenis dan tempat pendidikan mereka. Khuatirilah tarbiyah mereka kerana ia adalah tanggungjawab kita. Jangan khuatir gaji dan rezeki mereka di hari muka, kerana ia adalah tanggungjawab Allah swt. Jika tarbiyah mereka berjaya, pasti rezeki mereka mencukupi dan diberkati. Sebaliknya, jika gaji mereka tinggi, belum tentu mereka pewaris perjuangan para Rasul dan bersama mereka di Syurga Firdaus.

P1030189

Di Milton Parkland, Brisbane. Kata segelintir orang, perjalanan rumahtangga tidak selalunya dihiasi bunga-bunga. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Pada saya, jika bersama di Jalan Dakwah dan punya satu matlamat yang sama dan nampak matlamat tersebut dengan basirah, Allah akan memberi taufiqNya kepada rumahtangga hamba-hambaNya yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh.

Setelah 24 tahun berumahtangga, perjalanan yang perlu kami tempuh masih jauh di hadapan. Masih banyak cabaran yang perlu dilalui. Namun begitu masih banyak pahala menunggu yang masih belum dikaut oleh orang-orang yang ikhlas dan berjuang. Disamping merenung masadepan, sesekali saya menoleh ke belakang mengamati pengalaman 24 tahun silam. Saya dapati :

  1. Siapa yang menolong Allah dalam memperjuangkan agamaNya, Allah akan menolongnya pula dan akan meneguhkan kehidupan mereka para pejuang. Setelah beberapa dekad, saya amat tenang dengan profesyen dan karier para Rasul ini, iaitu – Dakwah di Jalan Allah. Melalui berbagai kisah dan pengalaman, saya dapat rasai pertolongan dan keberkatan Allah sentiasa melimpahi hamba-hambaNya yang memiliki profesyen ini.
  2. Ikatan Aqidah dan Perjuangan Aqidah adalah ikatan yang amat kuat, lebih kuat dalam mengikat saya, isteri dan anak-anak dari ikatan kekeluargaan yang sememangnya dah kuat, alhamdulillah. Ikatan ini juga telah mengikat mereka yang berada di JalanNya walau tidak mempunyai talian persaudaraan darah. Setelah mengamati kegawatan sosial dalam masyarakat, saya amat yakin tiada yang mampu mengikat kembali orang ramai yang berbagai ragam di keliling kelalang kita melainkan dengan Ikatan Aqidah dan Perjuangan.
  3. Binaan sesebuah keluarga diatas asas yang jauh dari Tarbiyah Islam adalah binaan yang rapuh. Seperti binaan biasa, semakin tinggi binaan tersebut, semakin condong dan boleh runtuh pada bila-bila masa. Ketika keluarga masih kecil dan anak-anak masih di sekolah rendah, ramai yang tidak menyedari. Akan tetapi setelah anak-anak membesar dan menjadi remaja atau belia, baru terserlah kerosakan akhlak dan keretakan perasaan dan binaan yang dibina selama ini. Keluarga seperti ini pula tidak mampu bergabung dengan keluarga yang lain dalam masyarakat atau jika bergabung tidaklah lama kerana akhlak kata mengata, jatuh menjatuh dan seumpamanya adalah ciri yang biasa kedapatan. Contoh seperti itu di dalam masyarakat hari ini terlalu banyak untuk disebut satu persatu.
  4. Binaan sebuah keluarga atas asas Tarbiyah dan Dakwah Islam adalah binaan yang teguh. Semakin membesar, semakin kuat dan mengukuh. Ia semakin hebat apabila bergabung pula dengan keluarga-keluarga yang lain yang dibina di atas asas yang sama, dengan semangat Ukhuwwah dan Ithar (mengutamakan orang lain), lalu membentuk Masyarakat Islam yang cinta dan jujur ikhlas bersungguh dalam menghayati dan memperjuangkan Islam.

Semoga Allah swt terus membantu kita membina Bait Muslim dan Masyarakat Islam yang sejati. Tidak ada jalan selain ini dalam menjayakan cita-cita untuk melihat Keagungan Islam kembali bersinar dipersada antarabangsa seperti yang pernah dikecapi oleh Generasi Islam Terdahulu. Ameen ya Rabbal alameen.

– diambil daripada blog Ustaz Halim dalam entrinya yang bertajukUlangtahun Perkahwinan ke-24

4 comments
  1. Salam ziarah … dari Ustaz Halim, Seremban, NS.

    • FaisaL said:

      wa’alaikumussalam..
      jazakAllahu khairan kathira atas ziarahnya ustaz..
      semoga terus memberi tunjuk ajar..

  2. aizam said:

    Salam Ustaz,

    Entry yg amat menarik dan harus dijadikan sbg panduan ringkas utk mereka yg akan ke next level, Bait Muslim..🙂

    Jazakallah ustaz~

    • FaisaL said:

      semoga dipermudahkan segalanya.. amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: