Analogi hakikat kehidupan..

– diambil daripada emel yang saya terima bertajuk Kenyataan Hidup di Sebalik Permainan Ini –

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan.. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”.

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru itu berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru itu kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.” ulasnya lagi. “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” tanya guru kepada murid-muridnya. “Faham cikgu..” jawab mereka.

“Baik, permainan kedua…” begitu guru melanjutkan.

“Cikgu ada al-Qur’an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?”.

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan diambil Qur’an tersebut. Dia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. Lalu terus diulasnya, “Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya.. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang.. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.”

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunkanlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..” tambahnya lagi.

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Mereka tidak akan menghentam secara terang-terangan, tapi mereka akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka.. Dan itulah yang mereka inginkan.” diterangkan dengan lebih dalam olehnya.

Lalu disimpulkan olehnya, “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita..”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” jawab guru itu.

“Begitulah Islam.. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar”. ditambahnya penjelasan kepada jawapan tadi.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..” Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya..

– diambil daripada emel yang saya terima bertajuk Kenyataan Hidup di Sebalik Permainan Ini –

Advertisements

4 thoughts on “Analogi hakikat kehidupan..

  1. syukran, akh…artikelnya cukup bermakna.
    terkadang ana kesal, terdapat sahabat/sahibah dari sekolah agama atau mendapat pendidikan agama yang cukup baik rela diri dilemahkan, walhal bila ditanya mereka katakan mereka mengerti, tahu dan faham kalau apa yang dilakukan itu tidak betul, salah dan dosa. inilah yang nabi sebutkan sebagai ‘buih di lautan’..

    1. itulah yang terjadi bila jatidiri sudah tiada..

      Islam hanya sekadar nama..
      Islam hanya sekadar baris-baris ayat di dalam buku..
      Islam hanya diajar untuk melepasi peperiksaan..

      tiada amalan..
      tiada penghayatan..
      tiada keinsafan..

      semuanya tiada makna lagi..

      dan siapa lagi yang akan mengubah semua ini, kalau bukan kita semua?..

  2. ALHAMDULILLAH..
    sy amt berminat dgn kisah ni

    bole la sy gunakn utk mndidik anak-anak didik sy di kolej nti..
    sy pnh ikuti krusus Majlis Perwakilan Pelajar 1ktika dulu.. seronok dpt mntarbiyah org lain

    cara dlm kisah ni pn amt bagus.. mgkin berkesan =o)
    syukran jazilan krn post kisah ni. dpt la idea =P~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s