Sekadar luahan hati..

dah lama tak menulis sendiri.. dan tak banyak penulisan secara penceritaan sebegini.. tapi hari ini terasa ingin dikongsikan apa yang difikirkan..

banyak peristiwa berlaku sekitar hidup kita.. namun setiap yang berlaku akan menjadi sia-sia andai ia dibiarkan pergi tanpa kita berfikir mengenainya..

sejak kebelakangan ini.. banyak peristiwa di sekeliling kehidupan saya yang membuatkan saya terfikir.. membawa saya kepada satu kesimpulan.. kesimpulan yang saya sendiri pada awalnya agak tersentak..

peristiwa terbaru adalah kematian Maria Bertha Hertogh pada usia 72 tahun akibat leukimia.. namun apa yang membuatkan saya terfikir bukan kematiannya.. tetapi rusuhan yang pernah berlaku satu ketika dahulu.. ketika saya sendiri belum pun hidup lagi..

dalam entri-entri sebelum ini ada banyak video yang boleh memberi sedikit kefahaman mengenai apa yang berlaku..

yang membuatkan aku terfikir ialah, masyarakat yang perihatin pada suatu ketika dahulu.. dan kelemahan jati diri masyarakat sekarang.. serta betapa kuatnya orang kafir berusaha untuk menjatuhkan islam dan menegakkan agama mereka..

Maria atau nama muslimnya dahulu, Natrah, yang hidup sebagai Muslim telah dipaksa untuk melupakan Islam dan telah dipaksa untuk murtad.. dan mereka mampu berbuat demikian kerana Singapura di bawah pengusaan mereka pada ketika itu.. undang-undang semua adalah di bawah kawalan mereka..

selain peristiwa Natrah, ada beberapa lagi peristiwa yang membawa saya kepada kesimpulan bahawa mereka sangat bersungguh-sungguh dengan dakyah mereka..

baru-baru ini juga, seorang kawan saya, dalam perjalanannya menaiki basikal ke rumah saya, telah ditahan untuk diajak bersembang oleh pendakyah kristian.. yang membuatkan saya terkesima sebentar adalah.. mereka mengetahui alamat rumah kawan saya ini.. dan setiap apa yang disembangkan oleh kawan saya pada ketika itu dicatat oleh mereka..

betapa terancang dan sistematiknya kerja mereka.. padahal berapa kali sangat mereka jumpa orang-orang melayu di sekitar kawasan ini.. mereka mempunyai keazaman yang tinggi serta gerak kerja yang tersusun.. teringat satu kata-kata bahawa sesuatu yang bathil tetapi tersusun mampu mengalahkan yang haq tetapi tidak tersusun..

selain peristiwa itu.. ada satu lagi peristiwa yang baru saya dengar daripada Dr. Zainur Rashid.. dalam misi kemanusiannya di Acheh.. beliau melihat betapa bersungguhnya dan terancangnya pergerakan mereka..

Acheh seperti yang semua ketahui.. dikenali dengan Acheh darussalam.. Acheh tidak membenarkan orang kafir masuk ke dalam kawasan mereka.. hampir 99% warga Acheh beragama Islam..

dan ketika tsunami melanda Acheh beberapa tahun yang lepas.. berpusu-pusu orang kafir datang untuk membantu.. dan mereka mempunyai perancangan dan niat tersendiri..

sebagai contoh.. disebabkan mayat-mayat yang sangat banyak bergelimpangan di Acheh, tiada air bersih untuk diminum.. lalu Malaysia menghantar bantuan dalam bentuk botol untuk diminum.. namun berapa banyak yang kerajaan mampu hantar untuk orang yang sangat ramai itu..

dan pada ketika inilah.. kekuatan teknologi negara barat digunakan.. Australia datang dengan membawa mesin penapisan air.. air yang kotor di Acheh telah ditapis dan disuling berkali-kali sehingga menjadi bersih sebersih air yang dibawa oleh pasukan kebajikan dari Malaysia..

air yang bersih dan tidak akan habis ini lalu diberikan kepada rakyat Acheh.. namun, mereka perlu datang ke gereja di Acheh untuk mendapatkannya..

di Acheh hanya ada lebih kurang 4 gereja.. seluruh Acheh hanya ada 4 gereja.. sedangkan masjid sangatlah banyak..

dan mereka mengambil setiap peluang dan kesempatan untuk menyebarkan agama mereka.. begitu terancangnya gerak kerja mereka sehingga gereja yang sangat sedikit berbanding masjid di Acheh itu mampu digunakan untuk tujuan penyebaran agama mereka..

selain Acheh, Dr. Zainur Rashid juga memberi gambaran secara kasar, setiap kali misi kemanusian yang diikuti olehnya, orang kafir terlebih dahulu mendahului orang Islam.. bahkan mereka tinggal di sana lebih lama dari pasukan bantuan orang Islam.. ada yang tinggal memberi bantuan selama 9 bulan hingga setahun..

selain peristiwa-peristiwa tersebut.. satu lagi peristiwa yang diceritakan kepada saya oleh seorang kawan saya yang merupakan seorang doktor.. katanya.. suatu hari dia didatangi pesakit.. seorang yang sangat tua.. perlahannya jalannya.. seorang yang beragama Kristian dengan aliran Jehovah’s Witnesses.. dan dia mempunyai beberapa pegangan yang menyebabkan mereka masuk kepada perbincangan isu agama..

dan sangat bersungguh makcik yang tua itu bercerita.. dan akhirnya diberikan kepada kawan saya injil dalam bahasa arab kerana dalam perbualan mereka, kawan saya ada kata dia boleh berbahasa arab sedikit..

yang membuatkan saya terfikir.. makcik tua ini mempunyai injil dalam berbagai bahasa dalam begnya yang dibawa setiap hari..

alangkah besarnya cita-cita dan betapa dia yang tua ini sangat mencari peluang.. ada sahaja kesempatan akan digunakan dengan baik..

ini baru kisah-kisah mengenai pendakyah kristian, kita belum bercerita mengenai orang yahudi yang jauh lebih berazam dan bersemangat tinggi, bahkan perancangan mereka jauh lebih teliti..

saya bawakan satu kisah mengenai satu keluarga yahudi di Russia dalam misi mereka mewujudkan Israel, telah menghantar anak mereka ke Palestin, lalu anak mereka itu dibunuh..

setelah diberitakan kepada ayah anak tersebut, jawapannya ialah, “kami tidak akan bersedih atau meraung, kematian dia akan membawa kita semua ke Israel, kami akan hantar anak kedua kami.”

betapa mereka semuanya bersungguh untuk agama mereka.. cukup beberapa peristiwa ini untuk kita sama fikirkan..

mereka sangat bersungguh-sungguh dengan agama mereka, tetapi bagaimana kita?..

kita yang mengaku agama kita agama mulia dan tertinggi hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa untuk agama kita.. sangat mengharukan..

malah Mahatma Gandhi yang merupakan lepasan undang-undang dan mampu hidup mewah turut berusaha membebaskan India daripada genggaman penjajah..

hari ini, kita dijajah dan diperangi dari setiap sudut.. namun kita bukan sekadar tidak melakukan apa-apa.. malah kita langsung tidak sedar.. kita tidak pernah mengenali siapa musuh kita..

kita ditembak dari depan.. ditikam dari belakang.. ditumbuk dan dibelasah dari kiri dan kanan.. setiap sudut kita diperangi.. atas dan bawah.. luar dan dalam.. keseluruhan hidup ini kita diserang dan diperangi, namun kita tidak pernah kenal pun siapa musuh kita..

kita umat yang lena.. kita umat yang tidur.. kita umat yang koma.. kita umat yang telah dibius.. umat yang dikijangkan.. umat yang lemah jati diri.. umat yang mengikut.. umat yang tertipu..

mentaliti kita sangat rendah.. merasakan penjajah baratlah segala-galanya.. setiap produk mereka kita agung-agungkan..

kita diserang melalui televisyen.. kita diserang melalui artis.. melalui majalah.. internet.. musik.. permainan dan perempuan dan segalanya.. namun kita menganggap itu semua hiburan kita.. sehingga kita memerlukan semua itu untuk terus hidup seperti biasa.. seperti satu ketagihan yang tidak dapat disembuhkan..

dan hari ini.. kita masih tidak mahu keluar dari kepompong penjajahan.. kita masih tidak mahu mengenali musuh kita.. kita masih menari-nari bersama musuh kita.. kita masih bermain-main dengan musuh kita..

alangkah malunya.. sedangkan binatang kenal erti bahaya..

seekor tikus.. apabila dia ingin keluar dari lubangnya dia akan melihat ke kiri dan kanan memastikan tiada bahaya yang mungkin datang kepadanya..

kucing, ikan, apa sahaja binatang apabila ada bahaya yang mereka rasanya mereka akan mempertahankan diri atau menjauhkan diri..

tetapi manusia hari ini lebih teruk daripada binatang.. mereka hari ini tidak memandang zina itu sesuatu yang bahaya.. malah membunuh anak sendiri yang tidak sampai sejam hidup di dunia pun tidak mendatangkan apa-apa perasaan lagi kepada mereka..

ada juga yang tahu zina itu bahaya.. tetapi masih ingin mendekatinya.. jauh berbeza dari binatang yang akan secara nalurinya melarikan diri atau mempertahankan diri..

ini semua sekadar luahan hati.. untuk sama-sama kita memperbaiki diri kita dan berusaha sehabis baik untuk agama kita..

kita percaya agama kita yang paling benar.. maka menjadi hak seluruh umat di dunia mendapat Islam daripada agama-agama lain..

mengembalikan jati diri muslim kita adalah menjadi kewajipan dalam dunia yang penuh konflik dan serangan samada secara fizikal ataupun yang lebih meluas adalah secara jiwa dan mental..

peperangan saraf.. peperangan minda.. peperangan jiwa.. peperangan jati diri..

sedarkah kita siapa yang menguasai dunia hari ini?..

sedarkah kita betapa mereka merancang segala yang berlaku dalam dunia ini?..

ataupun kita telah berpuas hati dengan sekadar belajar, kerja, kahwin, beranak pinak lalu mati..

mengapa mereka bersusah payah ingin agama mereka tersebar sedangkan kita yang percaya agama kita agama yang benar sekadar pergi ke sekolah pagi hingga petang dan balik ke rumah petangnya lalu duduk di hadapan komputer atau televisyen di rumah?..

adakah syurga itu terlalu murah dan mudah untuk dimasuki?..

kenapa para sahabat dan generasi awal sangat bersusah payah mengejar syurga sehingga terpaksa bergadai nyawa?..

dan hari ini kita kata kita ingin masuk syurga sedangkan kita duduk di hadapan komputer dan televisyen setiap hari..

syurga itu terlalu mahal untuk didapati dengan mudah..

ini semua sekadar luahan hati yang mungkin tidak dapat disusun dengan baik.. maaf andai kata agak bercelaru dan sukar untuk difahami.. sekadar meluahkan perasaan di hati..

semoga kita tergolong dalam golongan yang memperbaiki diri dan mengajak dan membawa pembaikan kepada orang lain..

islah nafsak wad’u ghairak..

4 comments
  1. ikin said:

    bagus postnya, sungguh membuka hati dan akal. saya mohon harap dapat di link-kan dari blog saya.

    • FaisaL said:

      silakan.. semoga bermanfaat.. amin..

  2. ummat ini telah dimanjakan dengan dunia. mereka enggan bergerak untuk sesuatu yang mereka ditipu kerana tidak terlihat oleh mata zahirnya.

    ayuh bergerak segala anggota, bekerja membebaskan ummat ini.

    • FaisaL said:

      insyaAllah, jangan tinggalkan saya ye..

      ayuh bekerja!
      ayuh maju ke hadapan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: