Kasih seorang yang bernama ibu..

– diambil daripada blog Ustaz Rushdan dalam entri bertajuk Kasih, Cinta Ibu… Tiada Galang Ganti…

Pada mulanya saya ingin menyambung perbicaraan tentang poligami seperti yang dijanjikan pada post yang lalu. Tapi saya rasakan ada satu perkara yang lebih penting daripada itu yang banyak diabaikan oleh ramai orang walaupun orang itu bergelar ulamak atau Daie. Begitu juga supaya tidak disilap tanggap tentang penekanan saya terhadap keluarga bahagia, bahawa keluarga bahagia bukan segala-galanya. Demi keluarga bahagia ibu bapa tidak boleh diabaikan. Demi isteri solehah, penyebab untuk ke syurga tidak boleh dikesampingkan…demi generasi pewaris, pewaris asal tidak boleh dilupakan…

“Birrul walidain” atau berbakti kepada kedua ibu bapa adalah satu perkara penting yang  ditekankan dalam Tarbiyyah Islamiyyah. Banyak ayat dan hadis yang menekankan perkara tersebut. Malah keredhaan Allah berada bersama keredaan keduanya.Bahkan dalam banyak hadis ianya melebihi seruan berjihad di ketika bukan kerahan umum “Tanfirul am”.

Imam Muslim pernah meriwayatkan: Seorang lelaki mengadap Rasulullah s.a.w. sambil berkata “Aku berjanji pada engkau untuk berhijrah dan berjihad semata-mata mengharapkan pahala. “Rasulullah s.a.w. bertanya “apakah salah seorang tuamu masih hidup? ” lelaki itu menjawab, “ya, malah keduanya masih hidup.” Rasulullah bertanya: “apakah engkau ingin mendapat pahala dari Allah?” Lelaki itu menjawab : Ya. Lalu baginda bersabda ” Pulanglah kepada orangtuamu dan berbuat baiklah kepada mereka…”

Menurut Riwayat  Thabarani, seorang sahabat berjumpa Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Aku ingin berjihad fi sabilillah ” Rasulullah bertnya “Apakah ibumu masih hidup?” jawabnya ya, Kemudian Rasulullah bersabda: “Jagalah dia kerana di sana  ada Syurga” . Malah Rasulullah pernah berkata pada seorang sahabat bahawa : “Neraka atau Syurgamu ada pada keduanya”

CINTA IBU MELEBIHI SEGALANYA…

Cinta atau kasih seseorang kepada yang lain biasanya bersebab, tetapi bagi seorang ibu cukup dengan hanya seseorang itu anaknya dia akan mengasihininya tak kira anaknya baik atau tak baik kaya atau miskin… Ia  juga tidak akan luntur atau pudar dengan sebab anak itu mengasihi orang lain (spt.isteri dan anak-anaknya) dan tidak cemburu jika anaknya mengasihi juga mentuanya. Ia lain pada seorang isteri dalam dia mencintai suaminya, ia bersifat sementara pada setengah keadaan. Ia banyak berasaskan perasaan dan imbal balik daripada tindakan lawan (reaksi). Mungkin puluhan tahun dia mengasihi suaminya tetapi dalam masa sesaat dia boleh berubah membencinya dengan hanya mengetahui bahawa suaminya mempunyai isteri lain yang sama dengannya… kecuali mereka yg kembali kepada kewarasan dan mendapat rahmat Tuhan… Itulah uniknya hakikat cinta yang ada pada seorang wanita yang sama bergelar Isteri dan Ibu…

IBU PENYEBAB KEBAHAGIAAN

Ibu adalah penyebab seseorang itu wujud di alam buana ini, malah dia juga penyebab untuk kebahagiaan seseorang didunia ini dan juga di akhirat, itu adalah janji Pemberi kebahagiaan bahawa “Syurga di bawah tapak kaki Ibu”…dan “Mereka adalah Syurga dan Nerakamu”

NASIHATKU…

Kenapa kita beramal? kenapa kita berdakwah dan berjihad…? kerana mematuhi perintah Allah dan akhirnya ingin mendapat balasan Syurga daripadaNya serta mengelak seksaNya. Maka Tuhan yang sama mengarahkan kita berbakti kepada kedua ibu bapa dan menjanjikan anugerah yang sama jika kita menunaikannya, jadi kenapa kita mencuaikannya… hubungilah mereka, sayangilah mereka, bantulah mereka, nafkahkanlah sebahagian harta kita untuk mereka walaupun mereka tidak memintanya. Ketahuilah bahawa REDHA mereka lebih berharga daripada keredhaan isteri dan anak-anakmu…

Imam Muslim meriwayatkan Bahawa Rasulullah bersabda ” Rugilah dia, rugilah dia, rugilah dia, maka sahabat bertanya siapakah dia ya Rasulullah?  Baginda menjawab: ” iaitu orang yang sempat dengan  kedua orang tuanya disisinya yang telah tua  salah seorang daripadanya atau kedua-duanya, tetapi dia tidak dapat masuk syurga kerananya”.

– diambil daripada blog Ustaz Rushdan dalam entri bertajuk Kasih, Cinta Ibu… Tiada Galang Ganti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: