Darah yang membaja..

– diambil daripada laman web ISMA dalam Ustaz Dr Fathi Yakan Telah Kembali ke Rahmatullah

Lubnan, 13 Jun – Ketua جبهة العمل الاسلامي yang juga mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Dr Fathi Yakan diberitakan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya di sini hari ini.

Ustaz Dr Fathi Yakan yang lahir pada tahun 1933 di Kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang tokoh penting bagi gerakan Islam di dunia Islam dan telah mengasaskan gerakan Islam di Lubnan pada sekitar 50-an.

Sepanjang hayatnya, beliau telah melahirkan sejumlah karya ulung, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lainnya.

Ustaz Fathi Yakan telah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak Sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta dalam Muktamar Islam Antarabangsa.

Beliau memainkan peranan besar di Lubnan bagi menyatukan dan menghindari perselisihan di kalangan rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan golongan majoriti dan minoriti.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ustaz Dr Fathi Yakan ke rahmatullah ini. Sesungguhnya pemergian beliau bukan sekadar kehilangan besar bagi rakyat Lubnan, bahkan untuk seluruh umat Islam khususnya di kalangan aktivitis-aktivis dakwah yang banyak mendapat tunjuk ajar daripada beliau.

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji’un.

– diambil daripada laman web ISMA dalam Ustaz Dr Fathi Yakan Telah Kembali ke Rahmatullah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: