Masih seperti selalu?..

sering ku pinta dariMu..
kerap sekali ku bertandang ke rumahMu..
selalu ku mengetuk pintu-pintuMu..

dan tiap kali itu juga..
permintaan ku hanya satu..

semoga dipermudahkan untukku..

dan ia masih seperti selalu..
aku berjalan dalam kehidupanku..
aku berlari dalam duniaku..

dan ia masih seperti selalu..
dalam riang ku..
aku tersadung di lubang itu..
aku terjatuh kerna lopak itu..

dan ia masih seperti selalu..
aku menangis bukan padaMu..
aku merintih pada selainMu..
aku merayu ada yang menemankan ku..

dan ia masih seperti selalu..
aku akan tersedar salahku..
lalu aku berpaling kepadaMu..
semua itu setelah aku melupakanMu dahulu..
entah ke mana sifat malu ku..
namun aku hanya ada diriMu..

dan sekiranya ia seperti selalu..
aku akan meminta daripadaMu..
agar dipermudahkan urusanku..

namun hari-hari itu aku ingin biarkan berlalu..
hari itu aku tidak mahu seperti selalu..

maka kali ini pintaku..
agar dikuatkan imanku..

moga dengan iman itu..
aku tidak lagi tersadung di lubang itu..
aku tidak lagi terjatuh di lopak itu..
aku tidak lagi menangis bukan padaMu..
aku tidak lagi merintih pada selainMu..
aku tidak lagi merayu ditemankan oleh selainMu..

amin..

2 comments
  1. UmmI said:

    amin ya rabbal alamin. doakan jua semua itu buat ummi agar air mata ini hanya mengalir buatNya Rabb yang satu. Diri ini tidak mahu lagi menangis kerana manusia, lelah hingga ke nyawa ikan pun tak mungkin mengubah batu yang berganjak hanya bila ia ingin memperlihatkan mentari yang tersembunyi di sebalik tabir, dan itupun hanya mungkin akan jadi nyata dengan kehendakNya jua…biarlah hati2 ini mengadu hanya padaNya…manusia boleh berjanji tetapi Allah jua yang menggerakkannya menunaikan janji2 itu, cukuplah Allah buat diri hamba yg tidak layak meminta pun…cukup kiranya mahu didengariNya isi hati ini, kerana sedari manusia itu dilahirkan manusia itu belum mampu dan belum pernah mengerti, cukupah Dia buat diri ini.

    • FaisaL said:

      amin..
      ummi senantiasa didoakan..

      semoga dikuatkan iman untuk menghadapi segalanya.. amin..

      hasbunAllahu wa ni’mal wakil..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: