Rindu..

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan

Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan

9 comments
  1. Anonymous said:

    rindu..saya dah lama terlalu rindukan kehidupan yang tenang..tetapi tak pernah saya peroleh..saya hamba yg terlalu lemah..cuba mencari kekuatan dalam diri..hakikatnya, saya gagal..
    kelmarin, kerana tidak dapat lelapkan mata, saya terjumpa blog ni..banyak page yang saya baca, cuba mencari petunjuk di setiap bacaan..baru saya tersedar masih ada insan2 yang berhati murni..maksud saya, di kalangan melayu…
    saya baru belajar mengenal agama..terasa begitu jahil dan malu..

    • UmmI said:

      insyaAllah walaupun ramai yang berhati busuk dan berhasad dengki sebagai permainan percaturan di dunia fatamorgana ini, masih ramai yang berhati murni di kalangan muslim tak kira apa bangsa pun yang penting kita benar2 faham dan faham tidak semestinya tahu segala isi langit dan bumi cukup sekadar kita istiqomah/konsisten dalam mencari, memahami, menghayati, merefleksi serta mengamal walau sekadar sepotong ayat atau hadis jika tidak tiap hari satu, tiap minggu satu, atau tiap bulan satu, pada kadar yang kita mampu asalkan istiqomah.

      Tiada istilah gagal dalam kalangan kita yang muslim, jom sama2 kita bangunkan diri! Saya juga lemah seperti saudara/i, kadangkala perlukan penemuan sebegini untuk menyalakan semangat juang bukan pun untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri. Mari kita cari ketenangan kuatkan jiwa insyaallah kegagalan akan menjadi satu misteri yang bakal berlalu.

    • FaisaL said:

      Allahu Rabbi.. indahnya percaturan Allah.. indahnya ketetapan Ilahi..

      saudaraku, tiada perkataan malu dalam memperbaiki diri.. tiada perkataan segana dalam membina individu.. tidak wujud perasaan jahil dalam mengenal agama..

      ilmu tidak membezakan apa-apa di sisi Allah.. yang dinilai olehNya adalah taqwa.. dalam mencapai taqwa.. kita harus ada ilmu untuk beramal menuju kepada taqwa.. insyaAllah..

      saudaraku, izinkan saya memanggil saudara sebagai akhi, yang mana maksudnya juga lebih kurang sama, namun sekiranya betul-betul ingin menagmbil maksud arabnya.. ianya lebih kepada ikatan yang sangat rapat sehingga seperti adik beradik.. dan itulah hakikat ukhuwwah sesama muslim.. insyaAllah..

      saya bukanlah orang yang terbaik untuk bercakap dengan saudara.. namun kita dalam perjalanan yang sama.. kita di dalam pelayaran yang sama.. kita menuju kepada destinasi yang sama.. kita di atas laut yang sama.. maka itu yang mempertautkan hati kita untuk sama-sama saling mengasihi dan membantu.. atas dasar aqidah dan perjuangan ini kita bersatu dan bergerak menuju kepada redhaNya..

      akhi, apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah ungkapan dan kata-kata yang indah dan hebat serta membangkitkan semangat.. namun yang akan dinilai dan memberi nilai adalah amalan susulannya.. apa yang kita terjemahkan dari ilmu yang kita ada..

      dan sungguh, sebenarnya terlalu ramai manusia, lebih spesifiknya orang melayu seperti yang akhi cari.. yakni manusia yang berhati murni.. manusia yang berdiri dan berjalan atas jalan yang hakiki.. manusia yang sedar akan penyakit yang masyarakat sekelilingnya hadapi.. manusia yang berazam dan bercita-cita tinggi dan murni.. hidup mereka bukan hanya untuk diri sendiri.. mereka berusaha pagi petang siang dan malam menyedarkan ummat ini.. memperbaiki dan mengubati penyakit yang telah lama menular dalam nadi masyarakat kita hari ini..

      semoga kita tergolong dalam gerabak manusia yang mulia ini.. kerja mereka ikhlas hanya untukNya.. amalan mereka tidak untuk selainNya.. hati mereka tunduk hanya kepadaNya.. Allahu Rabbi.. alangkah murninya..

      hidayah Allah selalu hadir melintas di hadapan kita.. selalu sahaja hidayah Allah datang menjenguk kita.. tetapi kita hanya mengabaikannya, hanay kerana dikaburi keindahan dunia..

      dapatkah kita pastikan hidayah itu akan datang lagi menjenguk kita?.. apakah ada jaminan, sebelum ajal menjemput kita, pasti ada satu lawatan hidayah dariNya?..

      atau mungkin.. bila malaikat maut datang ingin mencabut nyawa.. kita masih tertipu dengan nikmat yang sementara.. sehingga terjaganya kita.. kita sudah tiada masa.. inilah waktu perhitungan amalan bermula.. tiada lagi masa untuk beramal kepadaNya.. yang ada hanya perhitungan amal dahulunya.. dan ketika itu.. kita menangis sekuat-kuatnya.. seperti ingin mengulupas seluruh kulit meminta merayu padaNya.. hatta tangisan darah tidak mampu membawa kita pulang ke dunia..

      namun kita tidak pernah sedar hakikat ini.. kerana telah dijadikan dunia itu indah di mata kita..

      hari ini kita sedar dan menatap tulisan di alam maya.. malam ini kita tidur dengan enaknya.. esoknya kita tahu kita pasti tersedar semula.. oleh kerana terlalu lali dengan tidur pasti ada bangkitnya.. kita terlupa bahawa nyawa kita Allah yang punya.. kita tidak sedar kita akan tidur tanpa akan terjaga lagi di dunia nyata.. sehinggalah sangkakala berbunyi, itulah saat kita dibangkitkan semula.. maka terdengarlah suara penyesalan yang mengerikan seluruh yang ada..

      Allah..

      semoga amalan lebih pantas dari penulisan..
      semoga amalan lebih laju daripada percakapan..

      semoga semuanya dapat diterjemahkan kepada amalan..

      amin..
      amin..
      amin ya Allah..

      semoga kita terus tsabat di atas deenNya..
      semoga kita terus tsabat di atas ketaatan kepadaNya..
      semoga kita terus tsabat di atas jihad di atas jalanNya..

      amin ya Rabbal ‘alamin..

  2. saudara baru.. said:

    kenali saya dengan ‘saudara baru’…

    • FaisaL said:

      insyaAllah akhi..

  3. deqmoon said:

    salam mesra dari jordan

    semoga thabat di atas jalan ini
    salamat

    • FaisaL said:

      wa’alaikumussalam akhi..

      amin.. semoga terus tsabat.. amin..

      kirim salam ikhwah di sana..

  4. saudara baru.. said:

    penatnya mencari kekuatan untuk membina kehidupan baru…apakah ubat paling mujarab untuk merawat jiwa yang sakit…

    • FaisaL said:

      saya bercakap atas dasar saudara sesama islam.. bukanlah orang yang lebih tahu atau lebih hebat daripada saudara.. kerana jauh saya daripada layak untuk berkata-kata..

      akhi, jangan pernah mengalah..

      hidup ini adalah pertarungan.. tarikan antara islam dan hawa nafsu.. tarikan antara kebenaran dan kebatilan.. tarikan antara kebajikan dan kejatahan.. tarikan antara kebaikan dan keburukan..

      saya tidak tahu ubat yang paling mujarab untuk mengubat jiwa yang sakit.. namun saya berkongsi sedikit apa yang saya tahu.. semoga ianya membantu.. teruskan mujahadah akhi..

      pada pandangan saya yang dhaif.. kita perlu hidup bersama orang yang soleh.. agar kehidupan kita senantiasa dapat lingkungan yang baik.. insyaAllah ramai mereka yang baik di dunia ini, dan di Malaysia juga..

      semoga dengan persahabatan yang soleh membawa kita ke arah yang tepat.. amin..

      dan mungkin juga akhi boleh baca buku Munuju Ketaqwaan oleh Ustaz Nasih Ulwan.. sekadar berkongsi.. saya tak pasti buku yang lain, namun saya dapati buku ini mengajar kita mendidik jiwa..

      saya pasti sangat sangat sangat banyak buku lain yang mengubat dan mendidik jiwa.. namun atas kedangkalan ilmu saya, saya tidak tahu sangat mengenai buku-buku lain.. insyaAllah sahabat-sahabat yang lain boleh membantu.. jazakumullahu khairan kathira..

      dan akhir sekali.. selalulah berdamping dengan al-Quran.. bukan sedakar membaca.. tetapi mentadabbur.. itu yang lebih penting..

      bukankah al-Quran itu diturunkan sebagai manual kehidupan manusia.. maka seharusnya kita sebagai manusia ciptaanNya mengikut apa yang digariskan dalam manual oleh Pencipta kita..

      mentadabbur yakni memahami dan menghayati al-Quran sangat memberi ketenangan..

      semoga kita terus tsabat atas jalanNya.. amin..

      semoga kita mampu menterjemah semua ini kepada amalan.. amin..

      kata-kata indah tidak menjamin amalan yang terindah.. namun amalan yang indah yang akan membawa kita ke destinasi terindah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: