Air mata darah..

dalam sedih ada ketawa..
dalam tangis ada bahagia..

inilah lumrah dunia..
hakikatnya semua sementara..

apalah yang ku kejar padanya..
sedang telah ku timbangkan segalanya..

bukankah yang kekal itu lebih bahagia..
atau pun diriku telah tertipu oleh keindahannya..

dalam aliran ketenangan hati..
ada yang terhempas pada batu realiti..
dalam perjalanan hidup ini..
pasti ada halangan untuk diri ini..

ketika genangan air mata ini..
setitis demi setitis jatuh ke bumi..
terasa ada bahagia hinggap di hati..
terasa indahnya kasihMu kepada diri ini..

namun..
genangan air mataku..
terus melimpah laju..
hatiku tertunduk malu..
Allahu Rabbi..

layakkah aku bersamaMu..
sedang aku berlumuran dosa..

terasa ingin dibisukan kata..
dan dibutakan mata..
kerana hakikatnya….
amalku entah diterima..
atau dicampak semula..

hanya kata-kata nista..
bersalut dosa..
cuba disembunyikan dariNya..
malulah kamu diri yang hina!..
apakah Dia tidak mengetahui..

wahai insan yang keras hatinya..
wahai insan yang gelap hatinya..
wahai insan yang tertutup pintu hatinya..
aku ingatkan dirimu..

hari ini kau rasa sendiri..
dan nanti..
semua akan menjadi saksi..
seluruh dunia..
malah alam turut bersama..
menghina dirimu..
hinaan dan kecelakaan ke atas kamu..
laknat Allah dan makhluknya kepadamu..

hari ini kau berkata-kata..
dan hari ini aku tidak melihat amalnya..
hari ini kau terselamat darinya..
ketahuilah..
hari esok..
air mata mu..
sekalipun darah yang mengalir..
tidak bermakna lagi..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: