Kisah silamku..

– adaptasi Rintihan Taubat oleh Ustaz Badrul Amin –

saudara..
dalam hal ini..
yang mengampunkan dosa adalah..
Allahu subhanah..
Pencipta kita..

kadang-kadang kita berkata..
aku ingin bertaubat..
tetapi orang lain tetap memandang serong kepadaku..

ada orang yang pernah melakukan dosa..
lantas dia ingin berubah menjadi baik..
tetapi dia terhalang daripada kata-kata manusia..

lantas dia berkata..
tidak guna aku bertaubat..
kerana orang tetap memandang serong kepadaku..

seorang pernah terlibat dengan dadahnya..
ingin kembali ke pangkuan masyarakat..
ingin kembali ke pangkal jalan..
namun..
dia merasakan bahawa..
masyarakat tidak mungkin menerimanya..

saudara..
Allah yang menerima taubat kita..
Allah yang menentukan..
samada kita diampunkan ataupun tidak..

ada sebuah kisah..
menceritakan perihal seorang pemuda..
pengali kubur..

pada suatu hari..
dia telah menggali kubur..
dengan tujuan..
untuk mencuri..
barang berharga yang ada dalam kuburan itu..

tiba-tiba..
dia bertemu dengan jenazah..
seorang wanita cantik..
yang tubuhnya tetap anggun..
tetap cantik seperti asal..

lantas timbullah..
nafsunya..
berahinya..

maka dia pun..
telah menyetubuhi wanita itu..

setelah selesai melepaskan nafsunya..
dia pun pergi..

lantas jenazah itu pun bangkit..
dan menegurnya..
tabban laka ya ‘abdallah..
celakalah engkau wahai abdallah..

maka timbullah ketakutan di hati pemuda itu..
lantas dia pergi menemui Rasulullah s.a.w..
mengakui dosa-dosanya..

namun baginda telah memarahinya..
dan mengusirnya..

anakanda lari..
pergi ke sebuah bukit..
untuk bermunajat kepada Allah..
mohon ampun kepada Allah..
selama 40 hari..

dan waktu itu..
dalam masa yang sama..
dia tetap mengharapkan..
agar Rasulullah s.a.w…
memaafkan..
mengampunkan dosanya..

namun baginda s.a.w. merasa..
dosa itu..
terlalu besar..
terlalu hina..
terlalu keji..
perbuatannya amat terkutuk..
sehingga baginda tidak dapat memaafkan pemuda tadi..

sehinggalah Jibril datang berjumpa baginda s.a.w..
dan bertanya..

ya Muhammad..
apakah engkau yang mengampunkan dosa?..
ataupun Allah yang mengampunkan?..

ketika itulah..
baginda s.a.w…
memanggil pemuda itu tadi..
dan menyampaikan berita baik..
bahawa Allah s.w.t…
telah mengampunkan dosa-dosanya..

saudara..
setelah kita bertaubat kepada Allah..
maka..
tiada siapa yang berhak..
mengungkit dosa kita..

memang setiap kita punya kisah tersendiri..

ada orang..
yang masa mudanya..
banyak melakukan maksiat..
namun setelah tua..
dia ingin menjadi hamba yang ta’at..

saudara..
manusia boleh berubah..

hatta batu pun boleh berubah..

kita tidak hairan..
jika ada orang..
masa mudanya..
begitu banyak melakukan dosa..
namun..
setelah tua..
dia hampir kepada Allah..

kita tidak hairan juga..
ada orang..
ketika bujangnya..
banyak melakukan maksiat..
tetapi setelah berkahwin..
berkeluarga..
dia menjadi seorang yang cukup baik..

kerana..
manusia..
boleh berubah..

yang kita hairan ialah..
jika manusia tidak ingin berubah..

ada orang..
yang jahat di masa mudanya..
dan setelah tua..
dia kekal dalam kejahatannya..

ada orang..
kaki maksiat di masa muda..
dan setelah tua..
dia tetap..
bergelumang dengan dosa dan maksiat..

saudara yang dikasihi..
setiap kita..
punya kisah silam..

‘Umar..
satu ketika..
menangis..

dan apabila Rasulullah s.a.w. bertanya..
mengapakah dia menangis..

lantas ‘Umar menjelaskan..
bahawa..
dia teringat kisah silamnya..
dia rasa amat menyesal..
dia rasa amat pedih..
amat sayu..
mengenang kisah silamnya..
segala dosa yand dia lakukan..
arak..
judi..
maksiat..
malah..
‘Umar pernah membunuh..
dan menanam anak perempuannya sendiri..

baginda bertanya..
wahai ‘Umar..
bilakah engkau lakukan itu?..
apakah kau melakukannya sebelum Islam..
atau sesudah Islam..

‘Umar menjawab..
semua itu berlaku..
sebelum aku Islam ya Rasulullah..

maka baginda menjelaskan..
setelah kau Islam..
kau telah berhijrah..
ke dunia ta’at..
kau telah berhijrah..
ke pangkuan Allah s.w.t…
dan tidak ada siapa pun..
berhak mengungkit kisah silammu..

saudara sekalian..
janganlah kita dihantui..
oleh kisah silam kita..
akibat dosa-dosa..
yang pernah kita lakukan..

kita bertaubat kepada Allah..
kita menginsafi dosa kita..
dan kita perbaharui ‘azam kita..
untuk menjadi hamba yang baik..
hamba yang ta’at..
beribadat kepada Allah..

mudah-mudahan..
Allah menerimanya..

– adaptasi Rintihan Taubat oleh Ustaz Badrul Amin –

2 comments
  1. orangmuda said:

    Kisah silam…perlu dibuat renugan, untuk meneruskan kehidupan.

    Jazakallah atas ingatnnya, saudara.

  2. FaisaL said:

    waiyyak..

    betul.. kisah silam perlu dijadikan renungan.. supaya kita tidak jatuh ke lubang yang sama dua kali..

    hari ini perlu lebih baik dari semalam.. dan hari esok mesti lebih baik dari hari ini..

    semoga apa yang terucap akan diterjemahkan kepada amalan.. amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: