Usia..

Musim berlalu bagai sungai mengalir
Menuju ke arah muara
Bagaikan usia kita

Masih ada sisa-sisa dosa yang tertinggal
Untuk kita singkirkan di hati
Yang amat mengharap keredhaan

Semalam telah pun tersisih
Suka duka jadikan iktibar
Kerana hari esok yang mendatang
Tak menjanjikan kepastian

Apakah di kesempatan yang ada
Kan dapat kita pohonkan dari-Nya
Sebelum berangkat ke daerah kematian

Amat rapuhnya usia bak dedaun
Nan tergantung pada tangkainya
Bila tiba detik dan waktunya

Berguguran.. berguguran..
Dedaunnya.. di akhirnya..

Advertisements

6 thoughts on “Usia..

  1. salam akhi…
    bleh bg emel x..
    actually nie gambar yang kiteorg dapat skit2 jerk
    dari kengkawan
    if akhi nak jugak
    bleh refer blog saya
    smaplabu
    tgk huda,fadhilah,syafiqah,ain roslan
    itu jer la
    yang lain belum diupload
    syukran

  2. wa’alaikumussalam.

    owh. emel? untuk apa ye? untuk beri gambar ye?

    terima kasih untuk link kepada gambar2 yang lebih itu. sangat2 nak gambar2 tu sebab tak dapat pergi pernikahan adik sendiri..

    jazakillahu khairan kathira.

  3. maksud di sebalik nasyid sebenarnya. bukan puisi. tapi saya sendiri suka juga kalau dianggap puisi. tiada masalah. hanya berbeza istilah. apa yang penting, perkara yang nak disampaikan itu dapat digarap.

    apa yang boleh diambil daripada puisi ini ialah, umur kita telah ditetapkan. oleh sebab itu, ia ibarat air sungai yang mengalir ke muara. kalau sungai itu berakhir di muara, setelah itu adalah laut. maka umur kita sebegitu juga. ia semakin pendek kerana umur kita telah ditetapkan. hari demi hari, kita semakin dekat dengan kematian. cuma kita tidak tahu di mana muara kita.

    oleh sebab itu, kita perlu membersihkan diri daripada dosa-dosa kerana hari ke hari kita semakin mendekati mati, dan lebih penting lagi kita tidak tahu bila tarikh kematian tersebut.

    rangkap ketiga pula, mengingatkan kita yang telah lepas harus dijadikan pengajaran kerana yang akan datang tidak pasti apa yang akan berlaku. oelh itu, kita seharusnya menggunakan segala masa yang ada sebaiknya.

    kemudian, sekali lagi diingatkan mengenai kematian itu bukan apabila kita tua, atau apabila kita sakit, kematian itu datang bila-bila masa. maka adakah kita pasti dapat memohon keredhaan dan keampunanNya sebelum kita menemuiNya.

    dan akhirnya, digambarkan usia atau umur itu ibarat dauh yang bergantung pada tangkainya, bila-bila masa ia akan jatuh berguguran.

    harap dapat membantu. itu apa yang saya dapat daripada lagu atau puisi ini, untuk perkongsian bersama.

    kalau ada perkongsian lain, sangat-sangat dialu2kan untuk berkongsi.

    semoga kita bukan hanya berbincang dan berkata-kata di atas kanvas maya, semoga kita bukan hanya menulis dan menaip di alam maya,

    yang penting adalah, semoga kita mengamalkan apa yang kita tuturkan dengan lisan.

    semoga yang tertulis dalam penulisan akan diterjemahkan kepada amalan.

    amin..

  4. assalamu’alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
    saya sahabat kalian semua dari syd… mungkin kita pernah jumpa kalau penulis blog nih among brothers la. anyway saya teringin sgt nak lagu usia yg d atas nih. minta tlg send kan kat saya di emel namasayapoji@yahoo.com

  5. wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh akhi..

    ana kenal.. kan nta pernah datang adelaide sebelum ni.. 😀

    nta boleh download sendiri lagu tu dekat box.net widget kat sebelah kanan blog ni.. itupun kalau nta terjumpa la.. sebab ramai orang tak jumpa..

    kalau nta tak jumpa, ana mudahkan kerja.. ana letakkan linknya di bawah ni..

    Anugerah – Usia

    semoga bermanfaat.. amin..

    jazakAllahu khairan kathira..

    wassalam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s