Watikah mempelai..

– diambil daripada watikah-watikah mempelai mujahid dan mujahidah dakwah dari dalam alam maya ini untuk dijadikan peringatan kepada semua –

Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki langit dan bumi, Tuhan yang menciptakan kehidupan untuk menguji siapakah di antara hambanya yang benar-benar meng’ubudiahkan Dia; mencipta makhluk-makhluknya berjenis-jenis, berpasang-pasang untuk saling-mengenali, bekerjasama dan mencapai redhaNya.

Selawat dan salam juga buat nabi junjungan kita yang tercinta Al-Habib Al-Mustofa Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga Baginda, isteri-isteri Baginda, sahabat-sahabat Baginda daripada Ansor dan Muhajirin serta mereka yang memilih untuk mengikuti jalan yang ditempuhi Baginda jalan yang disifatkan bukan dihampari permaidani merah..

Sahabat dan Sahabiaat yang dihormati sekalian,

Setiap sesuatu yang Allah ta’ala ciptakan di muka bumi ini diletakkan asas-asasnya serta panduan-panduannya, dasar-dasarnya serta peraturan-peraturannya. Sekiranya asas, panduan atau peraturan ini diaplikasi dengan terbaik maka indah, ceria dan bahagialah hidup, sekiranya tidak, sebaliknya akan berlaku.

Menjadi Sunan Al-Kaun; pokok itu asalnya dari biji benih, jika dijaga dengan baik – subur dan baiklah pokok itu. Sekiranya tidak, sebaliknya akan berlaku.

Peredaran bumi mengelilingi matahari, pergantian siang dan malam, turunnya hujan, gerhana matahari dan bulan menambah keyakinan kita terhadap perkara ini. Bayangkan andainya bumi tidak mahu atau degil dalam megikutinya maka hancurlah alam, rosaklah bumi dan binasalah peraturan alam  – semua ini berjalan mengikut kadar yang ditetapkan Allah untuk memenuhi hikmah-hikmah yang tertentu.

Begitulah juga dengan asas hubungan antara lelaki dan perempuan. Ada asas-asas serta panduannya, andainya kita degil, maka rosaklah diri kita. Andai diikut dan dipatuhi, baiknya untuk diri juga serta menjamin keutuhan masyarakat.

Islam dan fikrah yang kita imani meletakkan pernikahan sebagai asas dan panduan di dalam hubungan lelaki dan perempuan. Pernikahan dalam islam dianggap sebagai ‘perjanjian yang kuat’ atau mitsaqan ghaliza  kerana perkahwinan merupakan suatu taklifan besar ke atas akh dan ukht yang melangsungkannya.

Pernikahan ini dilihat agung di dalam fikrah ini kerana perkahwinan antara 2 individu yang mengimani fikrah merupakan asas penting bagi melangkah ke marhalah amal berikutnya, bait muslim. Harapannya lahirlah daripada pernikahan ini rijal-rijal ummah seperti Huzaifah , Usamah bin Zaid , Ali bin Abi Tolib, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan lain-lain.

Melalui perkahwinan, terikatlah hubungan yang sah di antara lelaki dan perempuan; bersama-sama menempuh kehidupan meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah di muka bumi serta melahirkan anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan untuk Islam. Ikatan ini memberi maksud bahawa kedua-dua pengantin bukan sekadar berkahwin sesama mereka sahaja, tetapi telah ‘berkahwin’ dengan seisi keluarga pengantin, secara langsung dan tak langsung meluaskan lagi ukhuwwah islamiah di antara umat islam.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Surah Ar-Rum [30] : 21)

Nabi s.a.w sebagai Manusia agung melihat perkara ini sebagai perkara besar.. lalu baginda memberikan tasyji’ (memberi motivasi dan dorongan) kepada para sahabat Baginda untuk menjalankan perkara besar ini.

“Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain.”

(Hadith Riwayat At-Tabrani)

Jika kita amati, banyak hadith-hadith yang menggalakkan perkahwinan dan menunjukkan kelebihan serta keistimewaan berkahwin. Nabi Muhammad saw menyebutkan perkahwinan sebagai satu sunnahnya yang baginda sukai, dan barangsiapa yang tidak mahu berkahwin, maka ia bukanlah daripada golongan Nabi (umat Islam). Bahkan, Nabi pernah menegur seorang sahabat yang hanya mahu menghabiskan seluruh siang dan malamnya untuk beribadah semata-mata dan tidak mahu berkahwin.

“Kahwinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambahkan keluhuran mereka.”

(Maksud Hadith)

Dunia era dewasa ini merupakan suatu zaman yang begitu mencabar bagi para pemuda dan pemudi. Pemuda-pemudi dikelilingi oleh suatu persekitaran yang menggoda yang membangkitkan nafsu syahwat – pendedahan aurat yang meluas dan bebas melalui papan-papan iklan, majalah-majalah, program-program televisyen yang melata. Ditambah lagi dengan rancangan televisyen yang menayangkan perhubungan lelaki perempuan yang bebas yang menyebabkan sensitiviti muda-mudi terhadap bahayanya pergaulan yang tidak dibatasi syara’ menjadi tumpul. Lanjutan daripada itu, terlalu banyak rancangan televisyen yang menayangkan kisah-kisah cinta yang membawa muda-mudi ke kayangan khayalan, membuai mereka dengan mabuk cinta yang palsu. Sedangkan tiada cinta seindah cinta selepas perkahwinan. Semua godaan ini, pada hakikatnya adalah sukar untuk ditempuhi dengan berjaya oleh muda-mudi sekiranya tidak dibimbing dengan didikan dan amalan agama yang kuat.

Pelajar yang pernah belajar di luar negara, lebih-lebih lagi merasai hakikat ini. Di sebuah negara yang budaya hedonistiknya yang begitu hebat, benar-benar boleh merosakkan jiwa dan iman para pelajar. Malahan keadaan di tanah air pun tidak kurang hebatnya. Maka di sinilah datangnya sunnah Nabi Muhammad saw yang akan menyelesaikan banyak masalah ini, bahkan pula mendatangkan manfaat, iaitu perkahwinan.

Ramai beranggapan usia muda menjadi faktor penghalang. Hakikatnya islam tidak pernah meletakkan umur semata-mata garis panduan dalam penentuan sesuatu perkara tanpa menafikan umur juga penting. Islam lebih meletakkan al-ahdaaf atau orientasi objektif lebih penting. Perkahwinan dalam Islam adalah objective oriented, iaitu demi untuk mengelakkan daripada kerosakan melata di muka bumi hasil daripada pergaulan bebas dan cinta khayalan. Menurut sejarah, mana-mana tamadun yang zina berleluasa dalamnya, tidak akan bertahan lama dan menuju kehancuran.

Dan kita pun tahu bahawa zina itu bermula dengan pergaulan bebas yang tidak terjaga. Bahkan islam melarang untuk mendekati zina, apatah lagi melakukan zina itu sendiri. Dalam satu hadith Nabi s.a.w., Baginda memberi pesan kepada ibu bapa,

“Apabila seorang lelaki yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya meminang (anak perempuanmu), nikahkanlah dia. Apabila engkau tidak menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas.”

(Hadith riwayat At-Tarmizi)

Sahabat bertanya kembali kepada Nabi, sekiranya orang yang datang meminang itu miskin dan buruk rupanya. Maka, Nabi mengulang kembali hadith tadi. Di sini, kita dapat lihat bahawa isu harta, keturunan dan yang seumpamanya bukanlah perkara yang utama. Tetapi yang lebih penting adalah untuk menjaga anak-anak muda ini supaya terpelihara iman mereka, secara tak langsung juga mewujudkan masyarakat yang harmonis.

 

Diakui bahawa adanya halangan dari segi materi untuk mendirikan rumah tangga, namun itu bukanlah halangan hakiki. Kita meyakini firman Allah,

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).”

(Surah At-Talaaq [65] : 2)

Kita juga meyakini kata-kata Nabi bahawa “makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang”. Di sini, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mempermudahkan urusan perkahwinan sesuatu pasangan dengan meletakkan mahar yang rendah,

“Sesungguhnya di antara keberkahan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya”

(Hadith Riwayat Ahmad)

Dan mempermudahkan urusan perkahwinan dalam aspek urusan-urusan pra-perkahwinan, kenduri dan sebagainya,

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah”

(Hadith riwayat Abu Daud)

InsyaAllah, sekiranya individu dan masyarakat bekerjasama, kita fokuskan kembali kepada dasar perkahwinan itu sendiri dan meninggalkan ukuran-ukuran materi, insyaAllah kita akan berjaya mewujudkan satu masyarakat yang harmonis, terpelihara daripada unsur-unsur yang merosakkan.

 

“Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah, kemudian tak menikah.”

(Hadith riwayat At-Tabrani)

Moga pernikahan ini barakah dan daripadanya terlahirlah manusia yang mewakafkan dirinya untuk ummah dan agama tercinta ini dan moga-moga mereka (anak dan isteri) menjadi penyejuk mata, penenang jiwa, tempat mengadu tika perih, tempat teguh ketika bergoyang..

– diambil daripada watikah-watikah mempelai mujahid dan mujahidah dakwah dari dalam alam maya ini untuk dijadikan peringatan kepada semua –

Advertisements

4 thoughts on “Watikah mempelai..

  1. “Kahwinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambahkan keluhuran mereka.” (Maksud Hadith)

    Bngh/Kngh baca tak ni? Jika ya moga ia menjadi motivasi terhadap cabaran di hadapan kalian.

    Ramai beranggapan usia muda menjadi faktor penghalang. Hakikatnya islam tidak pernah meletakkan umur semata-mata garis panduan dalam penentuan sesuatu perkara tanpa menafikan umur juga penting. Islam lebih meletakkan al-ahdaaf atau orientasi objektif lebih penting. Perkahwinan dalam Islam adalah objective oriented, iaitu demi untuk mengelakkan daripada kerosakan melata di muka bumi hasil daripada pergaulan bebas dan cinta khayalan. Menurut sejarah, mana-mana tamadun yang zina berleluasa dalamnya, tidak akan bertahan lama dan menuju kehancuran.
    Dan kita pun tahu bahawa zina itu bermula dengan pergaulan bebas yang tidak terjaga. Bahkan islam melarang untuk mendekati zina, apatah lagi melakukan zina itu sendiri. Dalam satu hadith Nabi s.a.w., Baginda memberi pesan kepada ibu bapa,

    “Apabila seorang lelaki yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya meminang (anak perempuanmu), nikahkanlah dia. Apabila engkau tidak menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas.” (Hadith riwayat At-Tarmizi)

    Sahabat bertanya kembali kepada Nabi, sekiranya orang yang datang meminang itu miskin dan buruk rupanya. Maka, Nabi mengulang kembali hadith tadi. Di sini, kita dapat lihat bahawa isu harta, keturunan dan yang seumpamanya bukanlah perkara yang utama. Tetapi yang lebih penting adalah untuk menjaga anak-anak muda ini supaya terpelihara iman mereka, secara tak langsung juga mewujudkan masyarakat yang harmonis.

    Diakui bahawa adanya halangan dari segi materi untuk mendirikan rumah tangga, namun itu bukanlah halangan hakiki. Kita meyakini firman Allah,

    “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).”(Surah At-Talaaq [65] : 2)

    Moga ayat ini juga memberi motivasi dan panduan buat bngh dan kngh menempuh alam baru.

    Kita juga meyakini kata-kata Nabi bahawa “makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang”. Di sini, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mempermudahkan urusan perkahwinan sesuatu pasangan dengan meletakkan mahar yang rendah, “Sesungguhnya di antara keberkahan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya” (Hadith Riwayat Ahmad)

    Dan mempermudahkan urusan perkahwinan dalam aspek urusan-urusan pra-perkahwinan, kenduri dan sebagainya,

    “Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” (Hadith riwayat Abu Daud)

    “Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah, kemudian tak menikah.” (Hadith riwayat At-Tabrani)

    Atas kemudahan, tolak ansur dan kefahaman yg diberi oleh kngh dan keluarga bagi membolehkan urusan yg seems impossible ini terlaksana, jazakumullahukhairan katheera kita ucapkan. Moga Allah menaungi dan memberkati mereka.

  2. salam..along..
    sihat? moge sntiase sihat gembire tenang dan drahmati Allah..
    hmm terkilan along takde mase ari nikah aritu..=(
    tp alhamdulillah sume bjln lancar..
    kitorg mntk maaf sgt2 sbb x bg respon kat blog along ni..
    ni kat uma bangi..br snang sket nak online..
    thanks 4 entry2 tu..terharu~wuu
    kitorg hargai sgt..
    hope along da dpt tgk gmba ms nkah..
    br sgt masuk alam br ni..byk lg nak tempuh..
    hope along doakn..
    smoge Allah permudahkn jodoh n p’jalanan idup utk along..
    tah bile la ye along nak blk msia..
    along jg dr n kshtan..along kuat..=)
    kitorg nak stat shot sem da isnin ni..
    doa same2 ye long..
    salam bahagia slalu~

    1. wa’alaikumussalam..

      alhamdulillah.. sihat..
      amin.. semoga semuanya senantiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t.. amin..

      maaf tak dapat balik.. insyaAllah ada hikmahnya.. hujung tahun ni jumpa ye.. insyaAllah..

      no worries.. faham je orang nak kahwin.. sibuk macam-macam.. cuma harapnya apa yang mampu disampaikan ini bermanfaat bukan untuk waktu ketika ianya dibaca.. tetapi untuk sepanjang hayat di dunia dan terus berkekalan hingga ke akhirat.. amin..

      insyaAllah senantiasa didoakan.. amin..

      amin.. jazakumullahu khairan kathira atas doanya..

      insyaAllah hujung tahun ni along balik.. tiket free..

      huhu.. takde la kuat mana pun..

      insyaAllah senantiasa didoakan.. amin..

      kirim salam semua juga..

      wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s