Bahasa amal..

dari segenap sumber insan..
telah terbit darinya seruan..
penat sudah lisan..
mengajak kebenaran..
penuh sudah tulisan..
mencegah kemungkaran..

semuanya lahir seperti hujan..
hujan yang lebat turun dari awan..
ada yang melembutkan hati insan..
namun masih ada tidak terkena percikan..
di sebalik batuan bangunan..
seperti dinding yang keras menahan..
pintu hati yang menghalang kebenaran..

hari ini aku ingin kau fikirkan..
duduklah dan renungkan..
dari dalam hatimu lahir seruan..
yang dasarnya iman dan kefahaman..
tidak pernah aku sangsi tentang keikhlasan..
cuma aku ingin mengingatkan..

janganlah kau petah dengan lisan..
malah menyentuh dengan tulisan..
namun tidak pada amalan..

apakah yang lisan dan tulisan buktikan?..
apakah sekadar membina patung bayangan?..
kau hidup dengan makhluk yang punya kehidupan..
biarlah lisan dan tulisan itu ada nyawa dan kehidupan..
hidupkanlah apa yang diperkatakan..
suburkanlah apa yang dituliskan..

sungguh,
kerap sekali aku dengar percakapan..
dan telah banyak aku baca penulisan..
namun sedikit sekali aku lihat amal perbuatan..

sedangkan,
apa yang akan diperhitungkan?..

wahai diri yang kosong dengan kehidupan..
kau hanya membina satu bayangan..
satu patung yang punya jasad dan badan..
mengharapkan dia hidup bersama insan..
ketahuilah, jasad ini tiada tempat dalam hati insan..
kerana ia tidak bernyawa malah tiada pergerakan..

hanya yang hidup akan bersama di jalan perjuangan..
yang tidak bernyawa akan dikebumikan..

Advertisements

2 thoughts on “Bahasa amal..

  1. setuju.

    seperti mana yang selalu saya bawakan, pesanan saudaraku,

    Percayalah. Dunia ini sudah penuh dengan mereka yang pandai berkata-kata. Mari kita isi dengan mereka yang bijak beramal pula. Bahkan, mereka yang berhikmah berkata, bijak beramal dan syadid istiqamahnya. Allahu rabbi. Indahnya.

    (akhi Nizam, 2007)

    semoga amalan kita lebih laju daripada lisan dan tulisan kita.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s