Simfoni remaja..

Sewaktu meniti usia remaja
Indah dan harumnya bagai sekuntum bunga
Hari-hari mendatang terasa asyiknya
Bagai dunia ini aku yang punya

Sukar membezakan warnanya maya
Terjerat dalam kemelut pesona dunia

Peralihan zaman bukan lagi khayalan
Mewarnai kehidupan remajaku
Di pentas kehidupan keremajaan ini
Cabaran dan dugaan pengalaman berharga

Dalam keghairahan mencari identiti
Zahirlah kelemahan dan kekurangan diri
Usia remajaku ini bagaikan debunga
Kembang sementara layu akhirnya

Rapuhnya keimanan tandusnya ketauhidan
Dihambat pesona indahnya dunia
Manisnya kehidupan pesona remaja
Hitam putih kehidupan sukar ku bezakan

Tika seketika bertandanglah cinta
Meriah dunia bagai aku yang punya
Bisikkan kalimah cinta yang menggoda
Mengalpakan diri dan kelalaian

Lupa seketika nasihat pesanan
Dihambat keegoan dan keinginan
Ku sangka berkekalan panas hingga petang
Gerimis kejam meraut kebahagiaan

Bagaikan terhantuk batu menyakitkan
Tersentak diriku dari kelalaian
Membina kembali kehidupan ini
Dalam sisa usia remajaku ini

Dalam kepasrahan ku aturkan kembali
Langkah yang sumbang ini cuba kubetulkan

 

Advertisements

6 thoughts on “Simfoni remaja..

  1. Cinta mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia. Pasti kebahagiaan akan menyusul pula buat yang memastikan dan mendoakan kebahagiaan orang yang dicintai. Jika tidak dengan orang yang dicintai dengan orang yang lebih sekufu serta lebih sesuai dan baik untuknya.

    Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah jualah yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui [1:216]

    Dan cinta itu sentiasa buta dalam keegoaan…

  2. ummi.. jazakillahu khairan kathira atas peringatan dan perkongsian..

    semoga kita semua sentiasa dalam bimbinganNya.. amin.. amin.. amin ya Allah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s