Mampukah kita jawab seikhlasnya?..

Setiap pagi kita melangkah kaki menuju ke tempat kerja.. apakah kita sedang melakukan ibadah?..

Bukankah ibadah itu selain daripada ikhlas mencari keredaan Allah mesti bertepatan dengan Syariat Islam?..

Apakah pekerjaan kita dalam mencari keduniaan ini menyumbang kepada keutuhan Islam dan meneruskan kesinambungan perjuangan nabi s.a.w. untuk membawa rahmat kepada semesta alam?..

Kematian yang mulia adalah kematian di dalam niat memperjuangkan Islam.. Setiap detik masa yang kita lalui, tenaga yang diperah, kepenatan yang dirasai dan segala-galanya untuk Islam..

Segala-galanya perlu dirancang.. Amal ibadah khusus yang kita lakukan hanya menggunakan secebis waktu sahaja berbanding waktu-waktu lain..

Apakah dengan masa yang sedikit yang kita luangkan untuk mengingati Allah mampu menyelamatkan kita di akhirat?..

Sedangkan setiap detik berlalu akan dicatat dalam oleh Raqib dan Atid segala apa yang kita lakukan..

Hidup ini adalah ujian, hidup ini adalah perjuangan, hidup ini adalah untuk beramal dan amal nabi s.a.w adalah berdakwah mengajak dan mendidik manusia menjadi hamba Allah yang ikhlas..

Apakah kita telah melakukannya?.. Apakah modal jawapan kita di hadapan Allah Rabbul ‘alamin kelak?..

Mampukah kita jawab seikhlasnya?..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s