Peluru berdarah..

Dentuman di angkasa
Angin melintang hala
Dunia rabak sengsara
Zikir terbit di dada
Senapang tingkah meriam
Darah tidak tertatang
Denai saraf penuh tenggelam
Ayah abang berjuang!
Peluru berdarah
Mengejar nyawa..
Darah hilang di urat
Pucat tanah kuburan..
Termakan racun tidak mati

Imam di masjid berdoa
Tuhan berilah jalan
Dunia makin sengsara
Wahyu tak kesampaian
Bilal meraung di kubah
Azan sayup terdengar
Masa berganti darah
Sengsara dahaga lapar!
Termakan racun tidak mati

p/s: i still prefer the original Peluru Berdarah.. the version sang by the old az-Zariyats..

Advertisements

6 thoughts on “Peluru berdarah..

  1. wa’alaikumussalam..

    lagu ni memang lama dah.. lagu yang popular di kalangan az-Zariyats.. ana nak cakap bagi pihak az-Zariyats pun tak berani.. sebab langsung tiada hubungan.. cuma minat lagu ini.. ana ada upload lagu ini versi yang dinyanyikan oleh az-Zariyats lama.. tiada percussion.. ada dalam widget box.net dekat kanan blog..

    az-Zariyats yang dalam video ni, tak pasti batch mana.. tapi ini adalah performance sewaktu Saringan Malam Inspirasi Seni 2008 di Universiti Teknologi Petronas..

    setakat yang ana tahu, az-Zariyats (Angin yang Menderu) adalah kumpulan nasyid pelajar MRSM Jasin.. mengenai pelajar di dalam video ini, tak pasti mereka memang daripada MRSM Jasin atau pun tidak.. dan tidak diketahui mereka ini batch mana.. atau generasi ke berapa.. maaf..

    semoga bermanfaat.. amin..

  2. salam..
    saya pun dah lama cari lagu ni..
    last dengar masa sekolah dulu..
    tapi saya x jumpa yg diuploadkan dekat widget tu..

  3. Hohoho…
    Ini memang performance kat UTP nih…
    Ada Mat Zam siap nyanyi gak…

    Tp, dua percussionists dia aku kenal, memang asalnya dari Az-Zariyats batch 2004/2005
    Yang congas to Kamil x silap aku…
    Yang men shaker dgn tamborine tue Alip rasanya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s