Mengemis Kasih..

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
kepada manusia yang alpa jua buta
lalu terheretlah aku di lorong gelisah
luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

semalam sudah sampai ke penghujungnya
kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
tak ingin lagi ku ulangi kembali
gerak dosa menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
tapi rahmat-Mu melangit luas
harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
bila selangkah ku rapat pada-Mu
seribu langkah Kau rapat padaKu

p/s: even I already heard it more than thousand times.. this is just too deep.. T_T..

Advertisements

13 thoughts on “Mengemis Kasih..

  1. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. 41:35. Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik. 70:5. I am always there if you need me.

    Along tahu camana nak contact Ummi kan? Digi dan Etisalat tak berapa clear, kalau Along rasa Ummi tak nambahkan lagi masalah Along bila2 je boleh YM Ummi…kalau rasa cam Ummi dapat membantu la…

  2. Cukup kiranya kita perhatikan sabda Nabi Saw:
    “Teman berbincang yang baik lebih utama daripada duduk bersendiri, tetapi kesendirian lebih utama daripada duduk bersama teman yang jahat.”
    2hb tu seakan lama je lagi..Paku masih di Maple atau nanti akan sama2 Ammar temankan Faisal kat city? Apapun Ummi mohon jika tidak skrg, 2hb atau bila dah saing ngan dia bulan 2 nanti mohon tengok2kan dia. Dia lebih rela membiarkan lukanya sembuh sendiri tapi luka yg berkali2 dihiris susah nak baik dan dua hari lalu Ummi tahu lukanya kian parah. Ummi kira dia telah bertemu satu pengakhiran yang pahit tapi tak pasti samada dia dapat menerimanya walau Ummi yakin dia redho dgn ujian ini. Dia lebih rela bersendiri kerana fikirnya nanti akan membebankan Ummi lagipun perubatan secara maya Ummi tak mampu juga nak sembuhkan secara hakiki. Sedih Ummi tak mampu nak bantu. Tak mau dia membebankan kita yg kasih akan dia, tidak Ummi, sahabat2nya, naqib maupun Amrnya. Terima kasih kepada semua sahabat2nya yg meraikannya 22hb yg lalu semoga nanti kebahagian akan menjadi milik kalian bersama. Amin. Salam terima kasih kepada semua di Burns, Meredith, Maple dll yg meraikan kami tempohari…minta halal asam gelugur yang tak sempat diganti balik…dan segala makan minum dan kenangan indah di sana dlm semua program di rumah Kak Ton, rumah Abg Zaki, Umair @ K&Faruq, rumah sahabat2 di Klemzig, di city dan banyak lagi yg tak tersebut kerana tak ingat nama2 tempatnya, tak lupa kenangan yg mengharukan di Airport dan semuanya yg tak dapat diungkap dgn kata2…Allah jua yg mengetahui dan dapat membalas segalanya

  3. jazakillahu khairan kathira ummi.. sangat-sangat menghargai segala nasihat tersebut.. insyaAllah along ok je.. ummi jangan risau.. along memang try nak contact ummi.. tapi ym selalu offline je.. takut ummi sibuk.. tapi ummi tak perlu risau.. insyaAllah along ok.. Allah kan ada.. 🙂

    sekali lagi, jazakillahu khairan kathira ummi tercinta.. semoga diberkati dan diredhai setiap saat hidupmu.. amin..

    salam penuh rindu dan sayang,

    Along
    Adelaide, South Australia

  4. Ummi baru online. Along selalu je camtu sokmo ok. Takpela. Harap2 ok betul.

    Ummi kejap je ni. Cuba nak tunggu subuh kalau larat pastu tido jap dan lepas solat Jumaat mgkn nak keluar kejap cari al-quran dan ambil beg dari Aiman, nak balik dah Ahad. Jumpa Aiman tu esok Jumaat mungkin kali terakhir sebelum Ummi berangkat sebab dia tengah prepare first exam Sabtu ni. Jgn lupa doakan ya. Lepas tu Ummi dah tak ada broadband modem lagi tunggu kat airport Cairo atau Dubai dan kLIA je harapkan wireless.

    Ummi ada emel Kak Ton minta dia pinjamkan tesis yg Ummi pinjam dari dia hari tu minta dipinjamkan pada Along untuk fotostat dan poskan pada Ummi. Ummi perlukan dalam 2nd week of February tapi kalau dapat awal lagi lebih baik.

    TQ dear, JZZK. Moga Along sentiasa didalam peliharaannya dikelilingi oleh sahabat2 yang memberi ketenangan. Amin.

    Salam sayang dan rindu dari bumi anbiya,

    Ummi

  5. iA saya juga akan menemani Faisal di city nanti, sekali dengan Ammar, Syahr dan yang lain-lain. iA kami akan tengok PLUS jaga Faisal ni dengan penuh kasih sayang :p

  6. JZZK Paku, ummi amat menghargainya…dan Omar yg telah tolong tengok2 kan Faisal sejak sekolah rendah lagi, hanya doa yang Ummi dapat balasi salam sayang buat semua juga untuk Topek dan Nabil…rindu masak kicap Topek dan muffin Omar oh lupe lebih rindu Lasagna Melayuwi…salam ukhuwah moga kalian sentiasa dinaungi rahmahnya…AMin

  7. wah~ semua orang sayang saya.. hehe..

    jazakumullahu khairan kathira semuanya..

    uhibbukum fillah..

    semoga semuanya sentiasa tsabat atas jalanNya.. amin..

    (^_^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s