Kecemburuan terhadap syuhada’..

impian ku syurga..
harapan ku syurga..
idaman ku syurga..

namun..

amalanku..
adakah amalan ahli syurga?..

dijulang-julang semangat mujahid muda..
disahut-sahut syahid impian kita..

tetapi..

dengan nafsu sendiri..
aku masih terleka..

aku khuatir..
bukan sungai madu di bawahku..
tetapi bakaran api menjilat tubuhku..

aku khuatir..
bukan arak dan madu minumanku..
tetapi air nanah mendidih menggelagakkan jasadku..

aku khuatir..
bukan bukan bidadari melayanku..
tetapi malaikat zabaniyah yang membantaiku..

aku khuatir..
aku takut..
aku risau..
dan aku bimbang..

tetapi apa yang telah aku lakukan?..

sekadar kata-kata tidak mampu membayar mahar nikah bidadari syurga..
sekadar kata-kata tidak mampu membina istana di syurga..
sekadar kata-kata tiada apa yang layak untukku di syurga..
hatta wangiannya belum tentu akan ku cium wangi harumannya..

bangkitlah jiwa yang leka..
sedarlah hati yang lena..

hidupmu sementara..
cuma dirimu yang tidak menyedarinya..

malam ini kau tidur lena..
esoknya kau celikkan mata..
sepertinya setiap hari kau yang punya..
kau lupa hakikat dirimu siapa..

sedarlah..
dan bangkitlah..

beruntunglah para syuhada’ Gaza..
sedang kalian telah pasti di dalam syurga..
aku masih bertarung untuk ke sana..
aku cemburu dengan kalian semua..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s