Inilah masanya..

– diambil daripada blog ISMA Kedah dalam entri bertajuk Inilah Masanya…

Hari ini masuk hari yang ke-14 (11/01/2009) bumi Gaza bersimbah darah para syuhada’ yang telah dijanjikan syurga. Walaupun resolusi demi resolusi dikeluarkan, namun Israel tetap tidak peduli, keangkuhan mereka tiada bandingannya.

Tiada kata bicara yang dapat menggambarkan kedasyatan penderitaan penduduk Gaza sekarang ini, setiap saat mereka diambang kematian, yang hidup, hidup dalam puing puing kemusnahan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Tiada manusia yang waras akalnya yang tidak akan bersimpati dengan Gaza, namun apakah hanya simpati dan airmata yang hanya mampu kita hulurkan.

Umat Islam telah jemu dengan persidangan demi persidangan, kecaman demi kecaman yang hanya ditertawakan oleh Israel. OIC yang ditubuhkan dengan objektif untuk membebaskan bumi Palestin menjadi menjadi pengecut, begitu juga pemimpin-pemimpin Arab dan umat islam yang telah hilang kelelakiannya.

Hari ini, umat islam diseru untuk memboikot produk-produk dari Amerika, usaha ini adalah satu usaha yang baik, namun sebaik-baiknya usaha ini perlu diperkembangkan lagi dengan memboikot terus cara hidup dan sistem sosial negatif yang didoktrinkan oleh Yahudi.

Tidak ada gunanya kita memboikot Coca Cola sedang pada masa yang sama kita masih lagi menyimpan wang dan menggunakan kad kredit dari perbankan konvensional tajaan yahudi, membeli kereta dan rumah dengan pinjaman riba yang diasaskan Yahudi. Tidak ada gunanya umat ini memboikot Colgate sedang pada masa yang sama masih lagi asyik dengan hiburan-hiburan negatif barat seperti MTV, filem-filem ganas dan video klip lucah dari Hollywood.

Inilah masanya untuk kita kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, menggabungkan diri dengan saf orang-orang yang beriman dan bersama dengan kumpulan yang bercita-cita menegakkan Islam. Hanya dengan Islam dunia ini akan kembali menjadi aman.

Inilah masanya kita kembali kepada Islam, kelalaian kita setiap saat akan dipersoalkan oleh Allah dihari akhirat kelak, saudara-saudara kita di Gaza akan menuntut bela terhadap kelalaian umat Islam dalam memberi pembelaan kepada kita di hari akhirat nanti…mampukah kita untuk menanggung azab api neraka akibat kelalaian kita di hari akhirat nanti…

Bangkitlah!

Mohd Hisham Mohd Sharif
PEMBINA, Kedah Darul Aman

– diambil daripada blog ISMA Kedah dalam entri bertajuk Inilah Masanya… –

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s