Ini tanggungjawab kita..

– diambil daripada laman web ISMA Hulu Langat dalam entri bertajuk Qardawi – Semua Umat Islam bertanggung jawab mempertahankan Gaza

DOHA- Ulama’ Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Gaza dan melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.

“Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakyat Palestin adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu Muslim mengikut keupayaan masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab ini”, tegas Qardawi dalam ucapannya sebelum demonstrasi besar-besaran menyokong Gaza diadakan di Doha.

Beliau juga menyanjung rakyat Muslim “yang menyertai demonstrasi di jalanan dan menyatakan simpati serta melaungkan sokongan kepada Gaza”, sambil menyatakan bahawa semangat Umat Islam sentiasa hidup dan sentiasa bersedia untuk berkorban bagi membantu saudara-saudara mereka.

Pada masa yang sama, beliau menyelar rejim pentadbiran Arab dengan menyatakan bahawa mereka telah hilang keberanian untuk mengambil keputusan segera untuk menamatkan penindasan di Gaza.

Beliau juga memuji semangat juang rakyat Palestin dan orang-orang Islam di Semenanjung Gaza yang patut dicontohi, bersama kepimpinan Hamas mereka sama ada yang di Palestin atau yang dibuang negara, sambil menyeru mereka supaya tidak berputus asa walau apa jua keadaan sekalipun.

“Kami bersama kamu sehingga ke nafas terakhir, dan ketahuilah bahawa kamu tidak akan kami tinggalkan dan tidak akan berpaling tadah selagi mana kamu berpegang kepada hak kamu”, tegas Qaradawi semasa menujukan ucapan beliau kepada kepimpinan Hamas dengan menyatakan bahawa pengganas Zionis sama sekali tidak akan dapat mencapai kemenangan ke atas umat Islam.

Qaradawi juga menyeru kepada setiap individu muslim supaya berdoa untuk saudara-saudara di Gaza, dan menyumbangkan apa sahaja yang mereka mampu untuk memastikan bahawa “mereka-mereka yang berada di Gaza tidak merasakan bahawa mereka bersendirian dalam perjuangan ini, menentang semua penjenayah tentera penceroboh Israel”.

Sumber: palestine-info.co.uk
Penterjemah: Ummu Sa’ad

– diambil daripada laman web ISMA Hulu Langat dalam entri bertajuk Qardawi – Semua Umat Islam bertanggung jawab mempertahankan Gaza –

2 comments
  1. dir88gun said:

    Masalah persengketaan tanah antara warga Muslim & Yahudi di Pelestin bermula pada saat Daulah Khilafah Usmaniyah di Turki mengalami kehancuran akibat propaganda kafir Barat.
    Hal tersebut kemudian dimanfaatkan oleh Teodhore Hertz dkk yang menghasut warga Yahudi agar menguasai tanah Palestin.
    Cara paling efektif untuk menyelesaikan permasalahan tersebut adalah mengembalikan hak pengelolaan tanah tersebut kepada pemilik terakhir yang sah, yaitu Daulah Khilafah.
    Tanah Palestin adalah tanah wakaf yang diserahkan secara ikhlas dari pemilik sebelumnya kepada Khalifah Umar ra. & kemudian dibebaskan kembali dari tangan penjajah oleh Khalifah Muhammad al Fatih.
    Bisa saja saudara Muslim kita di Pelestin lari & mengungsi ke negara lain agar selamat, namun hal itu tidak mereka lakukan, karena mereka telah bersumpah untuk merelakan jiwa mereka guna melindungi tanah wakaf milik Daulah Khilafah, hingga Daulah Khilafah bangkit kembali.
    Wahai Saudara Muslim di manapun juga, relakah kalian berlama-lama membiarkan penderitaan saudara muslim kita di Palestin terus berlarut-larut?
    Wahai Saudara Muslim di manapun juga, marilah kita tegakkan Khilafah sekarang juga!
    Agar Saudara kita, baik umat Muslim maupun Yahudi, dapat kembali berdamai seperti sedia kala!
    Agar berbagai masalah yang melanda kita saat ini dapat teratasi!
    Dan yang terpenting, agar hukum Allah dapat ditegakkan kembali di muka bumi ini!

  2. FaisaL said:

    insyaAllah.. jazakAllahu khairan kathira atas perkongsiannya ya akhi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: