Mungkin ini sebabnya..

setelah sekian lama..
akal cetek mencari asbab duka..
ketika hati masih hiba..
taktala perasaan duka bersarang di dada..
semuanya bersatu mencari asbab segalanya..
seperti tangan-tangan mengorek pasir mencari harta..
akhirnya timbullah satu kesimpulan nyata..
salahnya bukan pada yang lainnya..
tapi lihatlah pada mulanya.. 

Al-fatrah Ba’da Mujahadah Min Fasadil Ibtida’.. 
Lumpuh dan longlai selepas mantap..
adalah kerana permulaan yang tidak betul..

mungkin ini sebabnya..
maka layaklah aku di tempatnya..
tepatlah semua tudingan jari ke arahnya..
layaklah segala cacian dan tuduhan pada tuannya..

Ya Allah..
tatkala diri ini rasa disendirikan..
tatkala terasa alam turut mentertawakan..
tatkala merasakan air mata ini seperti air murahan..
tatkala rasa seperti perasaan ini dipermainkan..
tatkala itu jualah Engkau menjadi harapan..
tatkala itu jualah Engkau satu-satunya harapan.. 

Ya Allah..
ampunkan diri yang hina ini ya Allah..
telah ku terjun dalam lurah kehinaan..
bersama kekotoran dan lumuran kehinaan..
telah aku datang meminta padaMu ya Tuhan..
andainya permintaanku pada insan..
nescaya telah lama aku merempat di jalanan..
namun Engkau Tuhan yang mencipta belas ihsan..
ampunkanlah dosa-dosa yang telah aku lakukan..
suluhkan ku jalan ke arah kebaikan..
moga akhirnya terus ke syurga idaman..

amin..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s