Masih ada masa..

aku ingatkan kau semula..
peristiwa yang mungkin kau sudah lupa..

taktala itu..
kau lemas dalam lumpur dunia..
berusaha keluar setelah terjaga..
pabila berjaya..
masih ada palit-palit nista..
kau rasa perlu dibersihkan semua..
berhari-hari meredah hutan belantara..
semuanya untuk membersihkan jiwa..
dan kau tiba di sungai yang deras airnya..
kau sangka kau kuat menangkuh arusnya..
jangkaanmu jauh dari nyata..
kau hanyut bersama arus dunia..
kau tertipu dengan sejuknya air di rimba..
tidak sedar dirimu hanyut dibawanya..
seluruh alam menyaksikannya..
haiwan juga pelik menyaksikannya..
seperti mereka bertanya sesama mereka..
apakah manusia ini sudah dicabut akalnya?..
namun kau langsung tidak menyedarinya..
kau terus dibawa arus dunia..
tertipu dengan ligat air deras turun di depan mata..
melihat cantik riak air menenangkan jiwa..
kau terlupa ke mana arah dirimu dibawa..
kau tidak sedar bahaya tersedia di hadapan sana..
tiba-tiba..
kau terlanggar batu di dasarnya..
kini kau terasa sakitnya..
baru kini kau ingin berfikir mengenainya..
setelah sekian lama kau diberi masa..
baru kini kau menyedarinya..
mujurlah Allah Maha mengasihi hambanya..
dan kau kini, masih ada masa..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s