Doaku..

diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud radhiAllahu ‘anhu Nabi S.A.W. telah bersabda:

“Tidak ada seseorang yang ditimpa keluh kesah dan kesedihan, lalu dia membaca:

(maksudnya) “Ya Allah sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku berada di dalam gengamanMu, telah berlalu ke atasku hukumanMu, adillah ke atasku setiap ketetapanMu, aku memohon kepadaMu, dengan setiap nama yang Engkau namakan diriMu dengannya, atau dengan nama yang Engkau turunkannya di dalam kitabMu, atau dengan nama yang Engkau ajarkan kepada salah seorang daripada hambaMu, atau dengan nama yang Engkau simpan ia di alam ghaib di sisiMu, untuk Engkau menjadikan al-Quran itu penghias dan cahaya hatiku, menghapuskan kesedihanku dan menghilangkan keluh-kesahku.”

melainkan Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan kesedihannya dan Allah gantikannya dengan kegembiraan.”

(Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

—————————————————————————–

wahai Tuhan yang memegang hati ini..
Tuhan sekalian manusia..
Tuhan sekalian alam..
seluruh alam tunduk dan patuh kepadamu..
namun hambamu ini kadang terleka..
ingkar dan berdosa..
atas rahmat dan kasih sayangMu..
diri ini masih hidup di dunia..
memikul timbunan dosa di bahu ini..
hambamu ini tiadalah hak meminta..
namun Kau tahu tiadalah tempat aku meminta..
Allahu Rabbi..
kepada siapa lagi ingin aku mengadu..
sedang seluruh manusia punya tugas di bahu..
wahai Tuhan yang maha mengetahui..
kau tahu segala isi hati ini..
kau tahu setiap titis air mata yang membasahi pipi..
telah tercatat setiap titis yang jatuh ke bumi..
Allahu Rabbi..
janganlah Kau tinggalkan diri ini..
walau sekadar kelipan mata makhluk kerdilMu ini..
tiadalah aku berdaya tanpa bimbinganMu untuk hidup di dunia ini..
cerahkanlah jalan ini..
moga akhirnya pertemuanku denganMu..
pertemuan yang ku rindu itu..
aku layak berada di situ..

amin…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s